Вы находитесь на странице: 1из 2

Mengapakah guru perlu tahu tentang pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak?

Kebelakangan ini, banyak berita telah melaporkan tentang kecuaian guru


terhadap murid-murid dan menyebabkan banyak kemalangan berlaku di dalam
atau luar kawasan sekolah. Hal seperti ini telah menjadi buah mulut masyarakat.
Persoalannya, kenapa kecuaian guru akan berlaku dan menyebabkan
kemalangan tersebut berlaku?
Kebanyakan kecuaian berlaku kerana guru tidak mempunyai ilmu tentang
pertumbuhan

dan

perkembangan

kanak-kanak

yang

secukupnya.

Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak perlu dipelajari oleh setiap bakal


guru supaya guru dapat penuh memahami murid-murid mereka. Guru perlu
mengetahui kesihatan dan ganguan pertumbuhan muridnya dengan jelas.
Dengan ini, guru dapat mengadakan aktiviti yang sesuai untuk seluruh kelas
dengan menjaga keselamatan mereka. Contohnya, sekiranya terdapat murid
yang mempunyai penyakit asma dalam kelas, aktiviti fizikal perlu dikurangkan.
Selain itu, dengan memahami secara komprehensif tentang perkembangan
kanak-kanak, guru dapat merancang pelajaran berdasarkan perkembangan
potensi muridnya. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan
bakat masing-masing. Oleh itu, guru perlulah memberi prihatin dan tumpuan
terhadap muridnya supaya dapat mencungkil kebakatan murid-murid tersebut.
Dengan ini, murid-murid dapat berkembang dengan lebih menyeluruh dan
seimbang.
Di samping itu, dengan mempelahari perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak, guru dapat lebih memahami tingkah laku anak muridnya. Guru
dapat sedar bahawa sesuatu tingkah laku yang dilakukan oleh mereka
mestilah adalah alasan mereka. Oleh itu, guru mestilah memahami tahap
perkembangan mereka dan fikiran mereka supaya dapat menyelesaikan
masalah mereka dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran .

Вам также может понравиться