Вы находитесь на странице: 1из 1

3.

0 KONSONAN RANGKAP
Konsonan rangkap juga dikenali sebagai digraf. Mengikut buku Siri Pendidikan Guru
Bahasa Melayu 1 (Siti Hajar Abdul Aziz), daripada sejumlah 26 huruf konsonan
dalam bahasa Melayu, terdapat lima huruf gabungan yang disebut sebagai digraf
atau konsonan rangkap. Digraf ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing
melambangkan satu bunyi konsonan. Mengikut (Suguhastuti, 2000 : 54) digraf
adalah fonem yang dilambangkan dengan dua konsonan manakala mengikut
(Rofiuddin, 1996 :74) digraf adalah dua huruf yang melambangkan satu bunyi.
Mengikut (Moelyono, 1996 : 379) pula, digraf adalah gabungan dua huruf yang
melambangkan konsonan. Berdasarkan empat definisi ini, dapat disimpulkan digraf
adalah satuan bunyi bahasa yag terdiri dari huruf konsonan yang melambangkan
satu bunyi. Dalam bahasa Melayu, terdapat lima konsonan rangkap iaitu /kh/, /gh/,
/ng/, /ny/ dan /sy/. Hanya digraf /ny/ sahaja yang tidak dapat ditulis di akhir kata.
Berikut adalah contoh penggunaan konsonan rangkap di awal kata, tengah kata dan
akhir kata.
Digraf
Kh
Gh
Ng
Ny
Sy

Awal
khusus
ghaib
nganga
nyala
syarat

Contoh Perkataan
Tengah
akhbar
maghrib
hangat
hanyut
masyarakat

Akhir
tarikh
mubaligh
kampung
Quraisy

Вам также может понравиться