Вы находитесь на странице: 1из 3

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan

Teknologi Maklumat
Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah
mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi
maklumat. Sedia maklum, bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di
dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada
penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya
mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata
berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa
Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah berfikiran positif dan
memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua selain bahasa ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun merupakan
sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka
tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari.

Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak berganjak


daripada menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke
peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris
hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di peringkat rendah.
Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugis,
Rusia,Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan,
rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap
diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.

Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan
oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik
sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti
komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya
kemunculan Internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi
bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang
melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.

Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan


dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Apatah lagi, negara
Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini.
Adakah kita mampu menghadapi cabaran ini dan menidakkan penggunaan
teknologi maklumat dalam arus pembangunan negara. Bagaimana dengan
Jepun.? Negara mereka maju dalam teknologi maklumat, namun bahasa ibunda
tetap terjaga dan terpelihara. Perkara ini perlu kita renung dan fikir bersama.

Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi
bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat
dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris
mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya
diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft,
Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa
Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada
mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa
perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya?
Mampukah penggiat-penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat
penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa
Melayu?

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka


dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT
dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa
bahasa Melayu masih lagi muda atau setahun jagung dari sudut peristilahan
sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa
Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat
bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh
bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini, kita percaya perkembangan
bahasa Melayu akan terus bersemarak seandainya kita bersikap terbuka. Dengan
adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa Inggeris, kita boleh
menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.

Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus
meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa, dalam
buku Sosiolinguistik Lanjutan, [ 2009; 61]bahawa penguasaan ilmu, sains dan
teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan
rakyat jelata, merupakan faktor utama dalam pembangunan Sumber Daya
Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang menjadi faktor utama
pula kepada pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan
pemahaman ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran
dengan cara yang paling berkesan adalah dengan perantaraan bahasa
kebangsaan rakyat jelata itu sendiri.

Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat,
bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini
disebabkan, pelbagai maklumat yang terkandung dalam pelbagai jenis teknologi
maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa Melayu ini, benar-benar
sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu, dan teknologi
maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting canggih, cekap dan

pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing
dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia patut bersepadunya dengannya.
Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk
menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini.

Вам также может понравиться