Вы находитесь на странице: 1из 10

Tajuk laporan kajian yang telah dipilih oleh saya adalah Implementasi

hak kanak-kanak (CRC) di rumah kanak-kanak yang telah dijalankan oleh


Pathmanathan AIL R. Nalasamy dan Siti Hajar Abu Bakar Ah (ph.D) pada
tahun 2009. Kajian ini merupakan satu kaji selidik yang menggunakan teknik
self-report bagi mengenal pasti hak kanak-kanak. Dapatan kajian diperolehi
dengan menggunakan ujian rintis (pilot test) yang telah dijalankan ke atas 30
orang kanak-kanak di dua buah Rumah Kanak-kanak. Kajian rintis mendapati
sebahagian besar daripada hak kanak-kanak yang diusulkan sedang
dilaksanakan di Rumah Kanak-Kanak. Tajuk jurnal berkaitan dengan hak
asasi kanak-kanak pula adalah Laporan mengenai status hak kanak-kanak di
Malaysia oleh Child Rights Coalition Malaysia pada Disember 2012. Jurnal
ini memaparkan isu utama yang memberi kesan kepada kanak-kanak dan
diikuti dengan ringkasan cabaran utama yang dihadapi khususnya oleh
kumpulan kanak-kanak yang terpinggir dan kurang bernasib baik di Malaysia.
Tambahan pula, jurnal ini memberikan maklumat secara mendalam dan
meluas mengenai kanak-kanak di Malaysia.
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of
the Child atau CRC) merupakan satu konvensyen antarabangsa mengenai
pemberian hak sivil, politik, ekonomi, sosial, dan kebudayaan kepada kanakkanak. Konvensyen yang telah dimplimentasi adalah merupakan aspek yang
paling penting dalam kajian ini kerana walaupun hampir 15 tahun konvensyen
ini diimplementasi namun kes yang melibatkan perlanggaran hak kanakkanak di Malaysia masih berlaku. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak
Malaysia

semakin

terdedah

kepada

pelbagai

ancaman

sosial

yang

menggugat kesejahteraan hidup mereka. Ancaman-ancaman sosial yang


wujud dalarn persekitaran sosial yang didiami mereka menyebabkan ramai
yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial dan menjadi mangsa
penderaan, pengabaian dan eksploitasi sosial. Insiden-insiden berkenaan
menimbulkan banyak persoalan dikalangan orang awam yang selama ini
menganggap RKK merupakan tempat yang selamat untuk menjaga,
memelihara, dan melindungi kanak-kanak. Selain itu, kajian ini dijalankan
untuk kanak-kanak yang sedang mendapat perlindungan, penjagaan dan
pemeliharaan di institusi berkenaan dapat menikmati hak yang sewajarnya di

tempat tersebut. Tambahan pula, konvensyen ini membantu kanak-kanak


yang masih dinafikan hak kehidupan, perkembangan, perlindungan dan
penyertaan.
Aspek penting yang ditekankan dalam jurnal yang dipilih adalah
tentang status semasa kanak-kanak di Malaysia yang menggunakan
Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) sebagai penanda aras untuk
analisis. Tinjauan isu-isu utama iaitu kumpulan kanak-kanak yang terpinggir
dan tercicir, keganasan, pengabaian, penderaan dan penganiayaan kanakkanak, hukuman korporal, kekurangan pemantauan dan laporan yang
sistematik dan telus mengenai hak kanak-kanak, jelas menunjukkan bahawa
perlu

ada

penerimaan

kanak-kanak

sebagai

manusia

yang

berhak

sepenuhnya kepada hak-hak mereka. Selain itu, aspek penting yang banyak
dibincangkan dalam jurnal adalah hak sivil dan kebebasan yang menekankan
tentang pendaftaran kelahiran terutamanya mereka yang dari masyarakat
peribumi dan minoriti, pelarian, pencari suaka, migran tidak teratur, dan dari
masyarakat bandar dan luar bandar yang miskin. Golongan ini terus
menghadapi kesukaran dalam mendapatkan sijil kelahiran. Aspek yang lain
adalah keganasan, penderaan, pengabaian dan penganiayaan. Tambahan
pula, bilangan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di negara ini telah
semakin meningkat sejak tiga tahun yang lalu (walaupun statistik daripada
PDRM menunjukkan penurunan dalam kes-kes ini dari 2010-2011).
Aspek persamaan yang diperoleh melalui laporan kajian dan jurnal
yang dipilih adalah semua pihak bekerjasama dan memainkan peranan yang
penting untuk membantu kanak-kanak yang masih dinafikan hak kehidupan,
perkembangan, dan hak perlindungan. Setiap kajian membincangkan tentang
perlindungan yang harus diberikan kepada kanak-kanak kerana mereka
mempunyai

hak

yang

perlu

diperjuangkan

sebagai

contoh

hak

memperjuangkan diri mereka sebagai kanak-kanak. Tambahan pula, kes


penderaan kanak-kanak lebih diberikan tumpuan kerana kes ini merupaka
kes yang paling kerap dilaporkan berbanding kes kanak-kanak yang masih
belum diiktiraf kewarganegaraanya. Selain itu, terdapat beberapa cadangan
yang ditulis dalam jurnal dalam usaha mengelakkan pelanggaran hak asasi
daripada terus berlaku. Cadangan utama kepada masyarakat awam Malaysia

adalah melaporkan mana-mana kes penderaan atau pengabaian kanakkanak yang disyaki dengan memanggil Talian 15999 atau memaklumkan
kepada agensi penguatkuasaan untuk tindakan lanjut.
Perbezaan yang dikenalpasti melalui laporan kajian dan jurnal adalah
laporan kajian hanya berfokuskan kepada kes yang wujud di tempat
perlindungan kanak-kanak iaitu RKK iaitu RKK akan memastikan semua
kanak-kanak, tanpa mengira umur, budaya, bangsa, kecacatan, gender,
bahasa dan agama mempunyai hak untuk dilindungi daripada penderaan atau
sebarang bentuk unsur penderaan sepanjang berada di RKK. Manakala jurnal
pula, membincangkan hak asasi kanak-kanak dan isu semasa yang universal
dan terkini. Jurnal yang dipilih telah membincangkan hak asasi kanak-kanak
secara terperinci iaitu berkaitan dengan isu semasa kes pembuangan bayi,
penderaan kanak-kanak, emosi kanak-kanak. Oleh itu, walaupun terdapat
perbezaan dan persamaan dalam laporan kajian dan jurnal yang dipilih,
namun tujuannya adalah sama iaitu berfokuskan kepada hak asasi kanakkanak di Malaysia.
Bagi pandangan saya kes pelanggaran hak asasi kanak-kanak berada
di tahap yang paling membimbangkan dan perlu diberi perhatian. Oleh itu,
pandangan saya bagaimana untuk mengelakkan kes pelanggaran hak asasi
kanak-kanak daripada terus berlaku adalah dengan memberi maklumat yang
tepat

kepada semua pihak tentang kewujudan hak asasi kanak-kanak di

Malaysia. Sebagai contoh, kita perlu memastikan kanak-kanak dan anggota


masyarakat termasuk pengamal undang-undang, penuntut jurusan undangundang, pendidik, pekerja sosial, doktor, anggota penguat kuasa (seperti
pegawai polis dan imigresen), pemandu pengangkutan awam (seperti bas
dan teksi) dan pengawal keselamatan diberi kefahaman mengenai hak kanakkanak di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dengan
fokus kepada aspek perlindungan. Sebagaimana yang kita tahu, Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-Kanak(CRC) telah menekankan betapa pentingnya
nilai-nilai

tradisi dan kebudayaan

setiap orang

bagi

mendapatkan

perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi seorang kanak-kanak.


Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengetahui dengan
jelas bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini. Pendapat kanak-

kanak sering tidak diberikan perhatian dan tidak diberikan perlindungan yang
sewajarnya. Definisi perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan
aktiviti

untuk

mencegah

dan

bertindak

balas

terhadap

pengabaian,

penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak. Menurut


sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2009 kanak-kanak Malaysia semakin
terdedah kepada pelbagai ancarnan sosial yang menggugat kesejahteraan
hidup mereka. Ancaman-ancarnan sosial yang wujud dalarn persekitaran
sosial yang didiami mereka menyebabkan ramai yang terlibat dengan
pelbagai masalah sosial dan menjadi mangsa penderaan, pengabaian dan
eksploitasi sosial. Tambahan pula, menurut artikel yang ditulis pada 27 Mei
2015 dalam laman sesawang Mstar, sejumlah 571 kes penderaan seksual
kanak-kanak telah difailkan di mahkamah dalam tempoh tiga bulan pertama
tahun 2015. Oleh itu, hal ini menunjukkan kanak-kanak perlu diberi
perlindungan di "tempat selamat'. Di "tempat selamat' ini mereka bukan
sahaja dijaga, dipelihara dan dilindungi malah aspek yang lebih penting ialah
di sinilah mereka diajar dan disosialisasikan semula untuk besar-membangun
menjadi anggota masyarakat yang baik dan produktif. Contoh tempat selamat
yang dimaksudkan adalah di Sekolah Tunas Bakti Taiping.
Selain itu, langkah bagi mengelakkan pelanggaran hak kanak-kanak
daripada

terus

berlaku

adalah

dengan

mengenakan

tugas

dan

tanggungjawab melalui undang-undang ke atas ibu bapa atau penjaga kanakkanak bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa atau penjaga terhadap kanakkanak di bawah jagaan mereka. Mereka diajak bersama-sama untuk
membantu menangani masalah sosial yang dialami oleh kanak-kanak di
bawah jagaan mereka. Sebagai contoh,

kerajaan boleh mengadakan

kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat secara


umum bagi membanteras masalah penderaan. Kempen ini akan memberi
kesedaran kepada para ibu bapa supaya lebih melindungi anak-anak mereka.
Di samping itu, mereka akan lebih memahami tanggungjawab mereka yang
sebagai seorang ibu bapa. Jadi, mereka akan mengelakkan anak mereka
menjadi mangsa penderaan yang seterusnya. Ibu bapa atau penjaga perlu
peka tentang kanak-kanak yang mereka jaga sekiranya mereka didapati
melakukan sesuatu kesalahan. Pada masa yang sama, ibu bapa atau

penjaga juga harus menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada


mereka dengan sebaik mungkin dan mengelakkan daripada sebarang
perbuatan penderaan, pengabaian dan kecuaian yang boleh mengakibatkan
penderitaan sama ada dari segi fizikal atau emosi kepada kanak-kanak di
bawah jagaan mereka. Hal ini merupakan satu kaedah bagi memastikan
kanak-kanak yang telah terlibat dengan jenayah atau yang menjadi mangsa
deraan tidak terus hanyut dan menderita. Namun begitu, ada segelintir ibu
bapa terus melindungi kanak-kanak jagaan mereka yang telah melakukan
kesalahan jenayah seperti buli daripada diambil tindakan undang-undang.
Oleh itu, ibu bapa perlu lebih peka dengan kanak-kanak apabila mereka
memahami tugas dan undang-undang yang telah dilaksanakan dalam hak
asasi kanak-kanak. Merujuk kepada laporan kajian kes tentang hak asasi
kanak-kanak, sebilangan besar kes-kes keganasan terhadap kanak-kanak
tidak dilaporkan setiap tahun, ini mengakibatkan kecederaan serius dan
kematian kepada kanak-kanak yang sepatutnya boleh dihalang. Sebahagian
besarnya punca laporan tentang keganasan kurang atau tidak dibuat adalah
hakikat bahawa penderaan kanak-kanak, terutamanya penderaan seksual,
terus menjadi subjek yang pantang dalam masyarakat kita. Menurut JKM,
pada tahun 2011, 44.3% pendera kanak-kanak di Malaysia terdiri daripada ibu
bapa, dengan ibu lebih cenderung menjadi pendera daripada bapa. Sumber:
Hashim, NHM, (Timbalan DG, JKM), & ASP Ong (Jabatan Siasatan Wanita &
Kanak-Kanak,

Polis

DiRaja

Malaysia,

Bukit Aman), Analisis

Situasi

Keganasan Terhadap Kanak-kanak di Malaysia, Persidangan Negara Ke-3


Keganasan Terhadap Kanak-kanak, 9-10 Jun 2012.
Selain itu, usaha untuk mengelakkan kes pelanggaran hak asasi
kanak-kanak adalah dengan mengadakan pelbagai program dan kempen
berkaitan dengan pelanggaran hak asasi kanak-kanak sebagai contoh
Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (UNICEF) di
Negara ini telah menjalankan pelbagai program dan kempen seperti Get On
Board Raise Your Hand. Stop Child Abuse Now kempen ini

bertujuan

memastikan golongan masyarakat terbabit secara langsung menghalang dan


menyelamatkan mana-mana kanak-kanak daripada didera sumber dipetik
daripada (Berita Harian, 17 September 2012). Kempen ini memberi

kesedaran

kepada

masyarakat

berkaitan

tanggungjawab

dan

kuasa

masyarakat dalam menghentikan pencabulan hak kanak-kanak. Oleh itu,


melalui kempen ini juga dapat membuka mata semua pihak bahawa kanakkanak juga mempunyai hak mereka yang perlu dilindungi. Sebagai contoh, isu
pada tahun 2013 sehingga kini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan kes
pembuangan bayi di merata tempat dan paling menyedihkan dilaporkan bayi
dikerat 18 bahagian dan dibuang di dalam sampah. Pelanggaran hak asasi
kanak-kanak terus berlaku tanpa dibendung dan kurangnya kempen-kempen
berkaitan hak asasi manusia. Oleh itu, kempen ini perlu diadakan di semua
tempat iaitu di pusat beli-belah, institusi pengajian rendah dan tinggi, dan di
media massa.
Selain itu, usaha seterusnya bagi mengelakkan pelanggaran hak asasi
kanak-kanak

daripada

pemantauan

dan

terus

berlaku

memantapkan

sistem

adalah

dengan

pendidikan

meningkatkan

Negara.

Sekolah

memainkan peranan penting dalam usaha untuk menjaga hak perkembangan


kanak-kanak iaitu memberikan hak yang sama rata dalam pendidikan.
Sebagai contoh, pendidikan wajib telah dilaksanakan iaitu setiap kanak-kanak
berumur 6 tahun dan perlu menjalani pendidikan rendah selama enam tahun.
Tambahan pula, hal ini termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 bermula pada
tahun 2004. Selain itu, kurikulum dan kokurikulum yang dirancang dan
digunapakai membolehkan hak perkembangan kanak-kanak ditunaikan.
Selain itu, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) perlu diberi kepada murid
yang layak sahaja dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan untuk
menerima bantuan RMT tersebut. RMT dapat membantu membekalkan
makanan berkhasiat kepada murid yang kurang berkemampuan dan
menunjukkan bahawa hak kehidupan kanak-kanak ditunaikan.
Selain itu, usaha bagi mengelakkan daripada kes pelanggaran hak
asasi kanak-kanak adalah guru juga diberi pendedahan mengenai hak asasi
kanak-kanak ini. Hal ini adalah kerana guru merupakan individu kedua yang
paling rapat dan mengenali murid-murid secara dekat. Oleh itu, secara tidak
langsung guru dapat membantu menjaga hak kanak-kanak. Contohnya,
sekiranya murid datang ke sekolah dan berkelakuan tidak normal, guru perlu
mengenalpasti punca masalah tersebut. Guru perlu merujuk kepada pihak

sekolah dan seterusnya berhubung dengan pihak ibubapa sekiranya


melibatkan murid.
Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dipilih, adalah penting untuk
setiap individu mengambil inisiatif bagi menaik taraf pengetahuan tentang hak
asasi kanak-kanak serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini
akan menyedarkan setiap individu tentang tanggungjawab mereka dalam
menjaga hak kanak-kanak bukan hanya waris yang berhak diatas seorang
kanak-kanak.

Marilah

kita

sama-sama

berusaha

mengelakkan

kes

pelanggaran hak asasi kanak-kanak di Malaysia kerana tanpa usaha daripada


semua pihak maka hak asasi kanak-kanak tidak akan terbela dan akan terus
menular hingga akhir hayat.

RUJUKAN
Azizi Ahmad (2010), Hak Asasi Kanak-kanak, Dimuat turun pada 1 Julai
2015,daripada
http://deriakacamata.blogspot.com/search?
q=domain+pembelajaran

Child Welfare Information Gateway (National Clearing House on Child Abuse


and
Neglect), USA . Dimuat turun pada 1 Julai 2015,daripada
http://www.childwelfare.gov/

Jurnal Status Hak Kanak-Kanak di Malaysia oleh Child Rights Coalition


Malaysia.Disember 2012

Kajian Kes Implementasi Hak Kanak-Kanak (CRC) di Rumah Kanak-Kanak

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Dasar dan


Pelan tindakan perlindungan kanak-kanak Negara. Dimuat
turun pada 5 Julai 2015,daripada
http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=dasar_perlindu
ngan_kanak-kanak_negara&lang=bm

Hak asasi kanak-kanak . Dimuat turun pada 5 Julai 2015, daripada

http://kheru2006.webs.com/prasekolah/hak_asasi_kanak_kanak
.htm

Malaysia Kini (2011). Peningkatan promosi, perlindungan hak asasi. Dimuat


turun

pada

Julai

2015,

daripada

http://www.malaysiakini.com/news/175305

SUHAKAM, Research on Knowledge and Practice of Human Rights in


Secondary School. Kuala Lumpur, 2006, hlm, 3

WHO and International Society for the Prevention of Child Abuse and Neglect
(2006), Preventing Child Maltreatment: a guide to taking
action and generating evidence. WHO Press

Вам также может понравиться