Вы находитесь на странице: 1из 10

SJK(C) PEI HWA

BAHASA MALAYSIA (PEMAHAMAN) TAHUN 2


PENILAIAN 4
Nama: _____________________(
Kelas : 2 (

Markah : _______________%
Tarikh : (

)-(

) - 2013

T/tangan Ibu bapa : _______________


Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan 1 hingga 5
berdasarkan petikan tersebut.
Pada minggu yang lepas, bapa Kavita telah membeli sebuah kereta
baharu bernama Proton Inspira. Kereta itu berwarna putih. Kereta
bapa Kavita sangat cantik dan bergaya.
Semua ahli keluarga Kavita memuji kecantikan kereta Proton
Inspira yang bapa Kavita beli. Bapa Kavita memandu kereta
baharunya ke pejabat setiap hari. Bapanya memandu dengan
cermat. Bapa Kavita sangat sayang akan keretanya.
1. Bilakah bapa Kavita membeli kereta baharunya?
A. Pada minggu yang lepas
B. Pada bulan yang lepas
C. Pada tahun yang lepas
2. Apakah nama kereta baharu bapa Kavita?
A. Proton Wira
B. Proton Waja
C. Proton Inspira
3. Bagaimanakah keadaan kereta baharu bapa Kavita?
A. Cantik dan besar
B. Cantik dan selesa
C. Cantik dan bergaya
4. Setiap hari, bapa Kavita memandu keretanya ke mana?
A. Pasar
B. Sekolah
C. Pejabat
5. Siapakah yang sayang akan keretanya?
A. Semua ahli keluarga
B.Bapa Kavita
Khor Wei Choo/Bahasa Malaysia K1/Tahun 2/Okt/Muka surat 1

C. Kavita

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan 6 hingga 10


berdasarkan petikan tersebut.
SJK(C)Pei Hwa menyambut Hari Guru. Hari Guru disambut pada 16
Mei setiap tahun. Pada hari tersebut, satu perhimpunan khas
diadakan di dewan sekolah. Dewan sekolah pula dihias cantik.
Pelbagai persembahan seperti koir, angklung dan tarian
tradisional dijayakan oleh murid-murid. Murid-murid Tahun 2 Merah
membuat persembahan kompang. Mereka memukul kompang
sambil bernyanyi. Bunyi kompang memeriahkan suasana.
Para tetamu terhibur oleh persembahan kompang tersebut.
Mereka bertepuk tangan selepas persembahan tamat.
6. Bilakah Hari Guru disambut setiap tahun?
A. Pada 16 Mac
B. Pada 16 April
C. Pada 16 Mei
7. Di manakah perhimpunan khas diadakan?
A. Tapak perhimpunan
B. Dewan sekolah

C. Kelas

8. Bagaimanakah keadaan dewan sekolah?


A. Dihias cantik
B. Tiada hiasan
C. Bersampah
9. Apakah persembahan murid Tahun 2 Merah?
A. Persembahan koir
B. Persembahan kompang
C. Persembahan tarian tradisional
10. Siapakah bertepuk tangan selepas persembahan tamat?
A. Para peserta
B. Para tetamu
C. Para hakim
Pilih kata hubung yang betul bagi soalan 11 hingga 15.

Gambar soalan 11

11. Murid-murid bernyanyi __________ memukul kompang.


A. dan
B. atau
C. sambil
Khor Wei Choo/Bahasa Malaysia K1/Tahun 2/Okt/Muka surat 2

Gambar soalan 12

12. Guru-guru ____________ murid-murid menonton persembahan angklung.


A. dan
B. atau
C. sambil

Gambar soalan 13

13. Murid-murid beratur _______ masuk ke dalam dewan sekolah.


A. dan
B. sambil
C. lalu

Gambar soalan 14

14. Ai Ling minum kopi ________ Ai Fang minum teh ais.


A. atau
B. tetapi
C. sambil

Gambar soalan 15

15. Emak Ai Ling minum kopi sama ada di rumah ________ di kafe.
A. dan
B.atau
C. lalu

Khor Wei Choo/Bahasa Malaysia K1/Tahun 2/Okt/Muka surat 3

Pilih kata ganti nama diri yang betul bagi soalan 16 hingga 20.

Gambar soalan 16

16.

________ mestilah menjaga kebersihan bilik darjah.


A. Saya
B. Kita
C. Mereka

Gambar soalan 17

17.

Keluarga Aiman mencantikkan kawasan rumah _______.


A. kami
B. kamu
C. mereka

Gambar soalan 18

18.

Ai Ling dan keluarga _______ melawat ke ladang teh.


A. saya
B.dia
C. nya

Gambar soalan 19

19.

___________ suka makan kismis kerana banyak berkhasiat.


A. Saya
B. Kami
C. Kita

Khor Wei Choo/Bahasa Malaysia K1/Tahun 2/Okt/Muka surat 4

Gambar soalan 20

20. Rosli Dhoby seorang perwira. _________ sangat berani.


A. Kamu

B. Beliau

C.Saya

Pilih imbuhan yang betul bagi soalan 21 hingga 25.

Gambar soalan 21

21. Pemimpin negara yang banyak berjasa patut kita ____________.


A. hormati

B. kehormat

C.menghormati

Gambar soalan 22

22.

_________ wira-wira negara tidak harus kita lupakan.


A. Penyumbang

B. Sumbangan

C.Menyumbang

Gambar soalan 23

23.

Kehebatan murid dalam pertandingan sains itu patut kita ________.


A. mencontohi

B. mencontoh

Khor Wei Choo/Bahasa Malaysia K1/Tahun 2/Okt/Muka surat 5

C. contohi

Gambar soalan 24

24. Guru besar menyampaikan __________ sempena Hari Pahlawan.


A. berucap
B. ucapan
C.mengucapkan

Gambar soalan 25

25. Proton Wira ialah kereta _________ negara.


A. membuat
B.berbuat
C.buatan

Pilih tanda baca yang betul bagi soalan 26 hingga 30.

Gambar soalan 26

26.

A. Bunga Raya ada lima kelopak.


B. Bunga raya ada lima kelopak.
C. Bunga raya ada Lima Kelopak.

Gambar soalan 27

27.

A. Harimau menjadi lambang keberanian rakyat malaysia.


B. Harimau menjadi lambang keberanian rakyat Malaysia.
C. Harimau menjadi lambang keberanian Rakyat Malaysia.

Khor Wei Choo/Bahasa Malaysia K1/Tahun 2/Okt/Muka surat 6

Gambar soalan 28

28.

A. Nama bendera Malaysia ialah jalur gemilang.


B. Nama bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang.
C. Nama bendera malaysia ialah Jalur Gemilang.

Gambar soalan 29

29.

A. Pak Mat menjual telur itik di pasar tani.


B. Pak Mat menjual telur itik di Pasar Tani.
C. Pak mat menjual telur itik di Pasar Tani.

Gambar soalan 30

30.

A. Ai Ling dan keluarganya bercuti di Cameron highland.


B. Ai Ling dan keluarganya bercuti di Cameron Highland.
C. Ai Ling dan keluarganya bercuti di cameron highland.

Pilih pola ayat dasar yang betul bagi soalan 31 hingga 34.

Gambar soalan 31

31.

Ayat dasar berpola FN + FN


A. Saya Kavita.
B. Kavita cantik.
C. Kavita kurus.

Khor Wei Choo/Bahasa Malaysia K1/Tahun 2/Okt/Muka surat 7

Gambar soalan 32

32.

Ayat dasar berpola FN + FK


A. Murid-murid memukul kompang.
B. Bunyi kompang bergema.
C. Bentuk kompang bulat.

Gambar soalan 33

33.

Ayat dasar berpola FN + FA


A. Encik Tan membeli sehelai baju batik.
B. Baju batik cantik.
C. Ini baju batik.

Gambar soalan 34

34.

Ayat dasar berpola FN + FS


A. Bingkai kompang daripada kayu.
B. Kompang itu bulat.
C. Kompang itu besar.

Khor Wei Choo/Bahasa Malaysia K1/Tahun 2/Okt/Muka surat 8

Pilih ayat tunggal yang betul bagi soalan 35 hingga 37.

Gambar soalan 35

35.

A. Pekerja membina junjung anggur.


B. Pekerja menyiram pokok anggur.
C. Pekerja membubuh baja anggur.

Gambar soalan 36

36.

A. Pak Abu mengutip telur itik.


B. Pak Abu mencuci reban itik.
C. Pak Abu menternak itik.

Gambar soalan 37

37.

A. Dewan sekolah itu dihias dengan cantik.


B. Persembahan kompang diadakan di dewan.
C. Beberapa orang murid menyusun kerusi di dewan.

Khor Wei Choo/Bahasa Malaysia K1/Tahun 2/Okt/Muka surat 9

Pilih ayat majmuk yang betul bagi soalan 38 hingga 40.

Gambar soalan 38

38.

A. Beego dan Aiman menanam sampah di dalam tanah.


B. Beega atau Aiman menanam sampah di dalam tanah.
C. Beego sambil Aiman menanam sampah di dalam tanah.

Gambar soalan 39

39.

A. Pak Ali membina stor tetapi menyimpan dedak.


B. Pak Ali membina stor untuk menyimpan dedak.
C. Pak Ali membina stor atau menyimpan dedak.

Gambar soalan 40

40.

A. Ai Fang membuka peti sejuk lalu mengeluarkan minuman.


B. Ai Fang membuka peti sejuk tetapi mengeluarkan minuman.
C. Ai Fang membuka peti sejuk atau mengeluarkan minuman.

Disediakan oleh: Pn Khor Wei Choo


Disemak oleh: Pn Jenny Lee
Khor Wei Choo/Bahasa Malaysia K1/Tahun 2/Okt/Muka surat 10

Вам также может понравиться