Вы находитесь на странице: 1из 9

BAB 4:

KORELASI

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

Menjelaskan maksud korelasi


Menjelaskan mengapa korelasi digunakan
Menerangkan penggunaan korelasi dalam penentuan signifikan antara
dua variabel
Mentafsir graf dan jadual korelasi

4.1 Mukadimah
4.2 Maksud Korelasi
4.3 Koefisien Korelasi
4.4 Korelasi Pearson
4.5 Latihan

4.1 Mukadimah
Bab ini bertumpu kepada perbincangan tentang KORELASI yang merupakan salah satu
prosedur statistik yang digunakan dengan meluas. Prosedur ini digunakan dalam
penyelidikan pendidikan bagi menentukan sama ada terdapat hubungan antara dua
variabel dan sama ada hubungan itu adalah signifikan.
4.2 Apakah yang dimaksudkan dengan Korelasi?

Selain menentukan perbezaan antara kumpulan-kumpulan murid, guru juga ingin tahu
sama ada terdapat hubung kaitan (relationship) antara variabel. Lihat soalan-soalan
berikut:

Adakah terdapat hubung kaitan antara motivasi dan pencapaian dalam bahasa
Melayu/ bahasa Inggeris?
Adakah terdapat hubung kaitan antara taraf sosioekonomi dan pencapaian
akademik?
Adakah terdapat hubung kaitan antara kesihatan mental dan tabiat merokok?

Soalan-soalan penyelidikan di atas dijawab dengan menggunakan prosedur statistik yang


di panggil korelasi (correlation). Korelasi merupakan satu cara yang boleh digunakan
untuk menentukan hubung kaitan di antara dua variabel (seperti motivasi dan pencapaian
dalam bahasa Malaysia).

4.3 Koefisien Korelasi

Koefisien korelasi (correlation coefficient) menunjukkan darjah hubung kaitan di antara


dua variabel. Ia tidak boleh digunakan untuk membuat ramalan. Penggunaannya ialah
untuk membantu penyelidik menentukan sama ada dua variabel berhubung kait.

Koefisien korelasi adalah nilai yang menunjukkan kuatnya atau tidak ada hubungan
antara dua variabel. Koefisien korelasi biasa dilambangkan dengan huruf r. Nilai r
berbeza antara:

Kuat

Lemah

-1.0

- 0.5

Korelasi Negatif

Lemah

0.0

Kuat

+ 0.5

+1.0

Sifir Korelasi Positif

Nilai r yang mendekati

kuat antara dua variabel.


Nilai r yang mendekati 0 menunjukkan hubung kaitan antara dua variabel
adalah lemah.

Sedangkan tanda

1.00 dan + 1.00 menunjukkan hubung kaitan yang

(negatif) dan + memberikan maklumat tentang arah


hubung kaitan antara dua variabel.
Jika bernilai + (positif) maka kedua-dua variabel tersebut memiliki hubungan
yang positif.
Jika bernilai (negatif) ertinya korelasi antara kedua-dua variabel tersebut
memiliki hubungan yang negatif atau berlawanan.

Contoh: Hubung Kaitan antara Sikap Terhadap Bahasa Melayu dan Pencapaian
dalam Bahasa Melayu
Graf ini menunjukkan taburan skor yang
diperolehi untuk sikap terhadap Bahasa Melayu
dan pencapaian dalam Bahasa Melayu
Taburan adalah positif; iaitu koefisien korelasi
adalah positif. Apakah yang dimaksudkan? Murid
yang mempunyai sikap yang positif (skor tinggi)
terhadap Bahasa Melayu mendapat markah yang
tinggi dalam ujian Bahasa Melayu.

Contoh: Hubung Kaitan antara Maklum Balas Negatif Guru dan Pencapaian dalam
Kemahiran Menulis
Graf ini menunjukkan taburan skor yang diperolehi
untuk maklum balas negatif dan pencapaian dalam
kemahiran menulis
Taburan adalah negatif; iaitu koefisien korelasi
adalah negatif. Apakah yang dimaksudkan? Murid
yang diberikan lebih banyak maklum balas negatif
mendapat markah yang rendah dalam ujian
kemahiran menulis.

Contoh: Hubung Kaitan antara Saiz Kepala dan Pencapaian Akademik

Graf ini menunjukkan taburan skor yang diperolehi


untuk saiz kepala dan pencapaian akademik
Tidak ada korelasi antara saiz kepala dan pencapaian
akademik. Apakah yang dimaksudkan? Bagi
sesetengah murid, terdapat hubung kaitan antara saiz
kepala dan pencapaian dan bagi sesetengah murid
lain, tidak anda hubung kaitan antara saiz kepala dan
pencapaian akademik.

4.4 Korelasi Pearson

Korelasi Pearson merupakan salah satu ukuran korelasi yang digunakan untuk mengukur
kekuatan dan arah hubungan di antara dua veriabel. Dua variabel dikatakan berkorelasi
apabila perubahan salah satu variabel disertai dengan perubahan variabel lainnya, baik
dalam arah yang sama atau pun arah yang sebaliknya. Formula untuk korelasi Pearson
adalah seperti berikut:

r atau nilai koefisien yang diperolehi bermakna relationship dalam bahasa Inggeris
atau hubung kaitan dalam bahasa Melayu. Harus diingat bahawa, nilai koefisien
korelasi yang kecil tidak bererti kedua-dua variabel berkenaan tidak saling berhubungan.
Cuma r menunjukkan bahawa hubung kaitan antara dua variabel berkenaan tidak kuat.

Saiz r

Pentafsiran

0.00 < 0.20

Hubungan sangat lemah (diabaikan, dianggap tidak ada)

0.20 < 0.40

Hubungan rendah atau lemah

0.40 < 0.70

Hubungan sederhana

0,70 < 0.90

Hubungan kuat

0.90 1.00

Hubungan sangat kuat

Lihat Jadual di atas yang menunjukkan pentafsiran saiz r. Ramai penyelidik bertanyatanya, Adakah r = 0.40 suatu korelasi yang kuat?. Mungkin dengan maklumat dalam
Jadual di atas, kamu sebagai penyelidik dapat membuat keputusan sewajarnya.
Dalam bidang pendidikan, saiz r boleh berbeza-beza. Contoh dalam kebanyakan
didapati bahawa korelasi di antara variabel X dan variabel ialah di antara 0.40 dan 0.50.
Tiba-tiba dalam kajian yang anda menjalankan untuk menguji hubung kaitan antara
variabel X dan variable Y yang sama , anda mendapati koefisien korelasi r = 0.60. Anda
5

boleh merumuskan bahasa korelasi ini adalah tinggi walau pun menurut Jadual di atas, ia
adalah sederhana. Ini adalah kerana dalam kajian-kajian lain, r yang diperolehi
tidaklah setinggi r dalam kajian anda.

Jadual di atas menunjukkan korelasi antara pencapaian matematik dan pencapaian


fizik dalam kalangan pelajar Tingkatan 4. Apakah anda dapat rumuskan?
Koefisien korelasi antara matematik dan fizik ialah 0.725
Koefisien korelasi ini adalah signifikan kerana p = 0.00 adalah < p = 0.05
Sebenarnya koefisien korelasi ini adalah < p = 0.01

4.5 Latihan

Soalan 1:

Graf di atas menunjukkan hubung kaitan antara jam seminggu menonton TV dan GPA.

Jelaskan hubung kaitan antara GPA dan jam seminggu menonton TV


Apakah prosedur statistik yang sesuai untuk menentukan kekuatan hubung kaitan
di antara dua variabel tersebut?

Soalan 2:
Tafsir graf di bawah

Soalan 3:
Tafsir Jadual di bawah:

Soalan 4:
Tafsir Jadual di bawah:

Вам также может понравиться