Вы находитесь на странице: 1из 1

Hasil dari pemerhatian

Hasil dari pemerhatian saya sepanjang minggu pertama ini, saya mendapati
murid-murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Daun Tengah ini merupakan
murid yang terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasan. murid-murid ini merupakan
murid yang berada pada tahap sederhana dan pandai. Hal ini kerana apabila diberi
soalan asas pengiraan seperti soalan tambah, tolak, darab dan bahagi, saya
mendapati mereka ini tidak mempunyaisebarang masalah didalam pengiraan
mereka walaupun masih terdapat segelintir murid yang gagal mengira dengan baik.
Tetapi saya dapat merumuskan bahawa keseluruhan murid ini dapat menguasai
operasi asas dengan baik kerana majoritinya dapat menjalankan pengiraan dengan
baik.
Dari segi kokurikulum pula, mereka ini kebanyakannya adalah atlit yang
mewakili sekolah didalam bidang olahraga, bola sepak dan bola jaring. Mereka
sememangnya murid yang aktif didalam kokurikulum dan kurikulum yang
dilaksanakan disekolah.
Dari segi latarbelakang pula, murid-murid ini merupakan anak-anak penduduk
tempatan yang terdiri daripada petani dan guru. Tetapi penglibatan keluarga mereka
didalam program yang dianjurkan PIBG amatlah membanggakan sehingga sekolah
berkenaan merangkul anugerah PIBG luar Bandar terbaik.

Вам также может понравиться