Вы находитесь на странице: 1из 9

Aktiviti Kepimpinan Pengetua Di Asia Tenggara :

Analisis Data Kajian TIMSS 2011


1

Azlin Norhaini Mansor, 1Jamalullail Abd Wahab, 1Mohd Izham Mohd Hamzah,
2
Norhayati Yusoff
1

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia


2
Universiti Multi Media, Melaka

Tujuan kertas ini ialah untuk melaporkan sejauh mana pengetua di Malaysia, Indonesia,
Thailand, Hong Kong dan Singapura yang menjadi responden kajian TIMSS 2011,
melaksanakan aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan matlamat sekolah, iklim sekolah
dan pengajaran guru. Dapatan adalah berdasarkan kepada analisis statistik deskriptif
terhadap data TIMSS 2011 yang melibatkan responden pengetua di lima buah negara yang
dinyatakan. Kajian ini mendapati bahawa semua pengetua memberikan paling banyak
tumpuan kepada aktiviti kepimpinan ke arah mencapai matlamat sekolah, diikuti dengan
aktiviti membangunkan iklim pembelajaran yang kondusif dan aktiviti kepimpinan bagi
menggalakkan perkongsian amalan pengajaran guru. Secara umum, majoriti pengetua di
Indonesia didapati paling kerap melakukan ketiga-tiga jenis aktiviti kepimpinan yang
disenaraikan, diikuti oleh pengetua di Thailand, Malaysia, Singapura dan Hong Kong.
Dapatan ini menyokong kebanyakan literatur yang menggalakkan pengetua memberi
tumpuan terhadap ketiga-tiga aktiviti kepimpinan tersebut kerana ia dijangka dapat
meningkatkan pencapaian akademik murid. Namun demikian, trend aktiviti kepimpinan
yang dilaksanakan tidak selari dengan trend pencapaian akademik bagi subjek sains dan
matematik di mana murid di Indonesia menunjukkan pencapaian yang paling rendah
berbanding Thailand, Malaysia, Hong Kong dan Singapura..
Kajian lanjutan secara
kualitatif amat wajar dilaksanakan bagi menjelaskan dapatan yang sedemikian.
Kata kunci : aktiviti kepimpinan, kepimpinan pengajaran, TIMSS 2011, pencapaian sains,
pencapaian matematik

Pengenalan
Kajian Trends In Mathematics and Science Study 2011 (TIMSS 2011) melaporkan bahawa
dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Singapura menduduki tempat teratas dalam
susunan pencapaian subjek Sains dan Matematik, diikuti oleh Hong Kong, Malaysia,
Thailand dan Indonesia. Dalam hal ini, Leithwood (2004) melaporkan bahawa wujud
hubungan yang kuat antara aktiviti kepimpinan pengetua dengan pencapaian murid. Ini
kerana guru di sekolah memerlukan kepimpinan pengetua sebagai pemangkin untuk
mereka melaksanakan tugas mendidik murid dengan cekap dan berkesan. Berdasarkan
kepada susunan pencapaian murid dalam sains dan matematik di lima buah negara
tersebut, maka apakah wujud perbezaan dalam aspek aktiviti kepimpinan pengetua yang
mungkin telah menyumbang kepada trend pencapaian yang ditunjukkan?
Menurut Leithwood (2004), aktiviti kepimpinan pendidikan yang berkesan (effective
educational leadership activities) berupaya meningkatkan tahap pembelajaran murid.
Tiada yang baru tentang pernyataan tersebut, namun yang masih kerap dipersoalkan ialah
apakah aktiviti kepimpinan tersebut, bagaimanakah ia berfungsi dan sejauhmanakah ianya
menyumbang kepada pencapaian akademik murid? Kajian lalu yang menguji keberkesanan
peranan aktiviti kepimpinan terhadap pencapaian murid belum berupaya menghasilkan
satu model aktiviti kepimpinan berkesan yang mampan kerana terlalu banyak variabel
yang mempengaruhi amalan kepimpinan serta menyumbang kepada pencapaian akademik
murid (Krger, Witziers, & Sleegers, 2007; Leithwood, Day, Sammons, Harris, dan
Hopkins, 2006; Leithwood dan Levin, 2005; Mulford dan Silins, 2003; Leithwood dan
Levin, 2005). Antara variabel tersebut termasuklah aspek peribadi pengetua, guru dan
murid, kaedah pengajaran, kurikulum; sosioekonomi; sistem sokongan, persepsi komuniti
dan kualiti sumber termasuklah struktur organisasi dan prasarana sekolah.
Sorotan literatur tentang konsep kepimpinan yang berkesan atau effective leadership
akan mengaitkannya dengan nama-nama khusus seperti transaksional, transformasional,
instruksional, demokratik, pastisipatif, strategik, birokratik, kontingensi dan yang
seumpamanya. Pentadbir dan para sarjana dalam bidang pentadbiran pendidikan seringkali
disogokkan dengan terminologi tersebut bagi menggambarkan pelbagai jenis kepimpinan
yang diamalkan di organisasi pendidikan termasuklah sekolah. Namun demikian, apabila
diteliti, pelbagai jenis kepimpinan tersebut sebenarnya menerangkan kaedah atau pendekatan
yang diambil oleh pengetua ke arah menghasilkan kepimpinan yang berkesan; yakni dengan
(i) menetapkan hala tuju dan matlamat organisasi dan (ii) mempengaruhi subordinat supaya
bersama-sama menggembeling usaha bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ini
bermaksud aktiviti bagi menghasilkan kepimpinan yang berkesan adalah sama, yang berbeza
hanyalah bagaimana aktiviti tersebut di lakukan.
Latar belakang
Berdasarkan kepada kajian-kajian lalu (Hallinger, 2008; Hallinger and Heck, 2002;
McColl-Kennedy and Anderson, 2002; Leithwood dan Levin, 2005; Leithwood and
Prestine, 2002; Hallinger dan Heck, 1998) dapat dirumuskan bahawa terdapat tiga aspek
utama dalam aktiviti kepimpinan yang menyumbang kepada keberkesanan sesebuah
organisasi pendidikan iaitu, aktiviti kepimpinan yang memfokus kepada hala tuju
organisasi atau goals, kepimpinan yang mengekalkan persekitaran pembelajaran yang
aman dan kondusif, dan kepimpinan yang menyokong pelaksanaan proses pengajaran.

Dalam hal ini, kajian oleh Halinger (2004), Murphy and Hallinger (1988), LaRoque and
Coleman (1990) dan Quah (2011) mengesahkan bahawa ketiga-tiga aspek kepimpinan
tersebut amat menyumbang kepada pencapaian akademik murid dan keberkesanan
pengetua melaksanakan aktiviti kepimpinan yang berkaitan didapati mempunyai korelasi
dengan meningkatnya kualiti pencapaian murid. Oleh itu, pengetua seharusnya
memastikan semua guru dan kakitangan sekolah jelas akan matlamat yang wajib dicapai
seterusnya memastikan semua sumber termasuklah subordinat, kewangan, prasarana dan
peralatan digembeling bagi membangunkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti dan kondusif ke arah meningkatkan kualiti pembelajaran murid.
Aktiviti kepimpinan yang menumpu kepada hala tuju organisasi memastikan semua ahli
organisasi, yakni guru dan murid memahami apa yang hendak dicapai dengan berpandukan
kepada Indeks Penentu Kejayaan atau KPI yang ditetapkan. Setiap ahli organisasi perlu
jelas akan fungsi masing-masing serta tahu peranan dan tindakan yang perlu dilakukan.
Pengetua juga seharusnya meletakkan jangkaan yang tinggi daripada setiap ahli dan
melaksanakan kaedah yang jelas untuk memantau pelaksanaan dan pencapaian matlamat.
Untuk membina persekitaran sekolah yang selamat, aman dan tiada gangguan salah laku
disiplin oleh murid pula, pengetua perlu membangunkan sumber manusia sedia ada bagi
memastikan kepimpinan beliau disokong oleh guru-guru dan staf sokongan yang berdaya
saing dan berilmu pengetahuan. Sumber manusia yang pembangunan profesional mereka
terjaga akan lebih komited dan bermotivasi seterusnya memudahkan pengetua mengawal,
memantau seterusnya membina persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif. Aktiviti
kepimpinan yang ketiga penting ialah mewujudkan kumpulan perbincangan sesama guru
bagi menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Untuk melaksanakan aktiviti ini dengan berkesan, pengetua sewajarnya memperdalami
ilmu dan kemahiran pedagogi bagi membantu guru mempertingkatkan kemahiran
pengajaran mereka.
Pernyataan masalah
Kajian TIMSS 2011 melaporkan bahawa dalam kalangan negara di Asia Tenggara,
Singapura menduduki tempat teratas dalam susunan pencapaian subjek Sains dan Matematik,
diikuti oleh Hong Kong, Malaysia, Thailand dan Indonesia. TIMSS 2011 meletakkan
Malaysia di kedudukan ke-26 untuk pencapaian dalam mata pelajaran matematik, di
bawah Hong Kong (4), Singapura (2), tetapi berada di atas Indonesia (38) dan Thailand
(28). Dalam mata pelajaran Sains pula, Malaysia berada pada kedudukan ke-32 iaitu di
atas Indonesia (40) dan di bawah Thailand (27), Hong Kong (8) dan Singapura (1).
(Rujuk Jadual 1)
Jadual 1 : Markah dan kedudukan Malaysia dalam Matematik dan Sains berbanding
negara Asia Tenggara lain (markah purata = 500)
Rank
2
4
26
28
38

Matematik
Singapore
Hong Kong
Malaysia
Thailand
Indonesia

Markah
611
586
440
427
386

Rank
1
8
27
32
40

Sains
Singapore
Hong Kong
Thailand
Malaysia
Indonesia

Markah
590
535
451
426
406

Memandangkan data kajian TIMSS 2011 turut mengandungi maklumat tentang aktiviti
kepimpinan pengetua, dijangkakan bahawa maklumat berkenaan dapat menjelaskan trend
pencapaian murid di kelima-lima buah negara Asia tenggara di atas.
Sehubungan itu, tujuan kertas ini ialah untuk melaporkan amalan pengetua di lima buah
negara di Asia Tenggara iaitu, Singapura, Hong Kong, Malaysia, Thailand dan Indonesia
dalam melaksanakan aktiviti kepimpinan di negara masing-masing. Dapatan kajian akan
menyerlahkan amalan kepimpinan pengetua di Singapura dan Hong Kong, sebagai negara
yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam sains dan matematik, berbanding
Malaysia, Thailand dan Indonesia. Dapatan kajian dijangka dapat dijadikan garis panduan
kepada pengetua Malaysia untuk melakukan amalan kepimpinan yang sama agar
memperoleh pencapaian murid yang setanding pencapaian akademik Singapura dan Hong
Kong.
Dapatan kajian
Dapatan kajian diperoleh dengan menganalisis data kajian TIMSS 2011. Kertas ini
melaporkan data tentang kekerapan pengetua di Malaysia, Indonesia, Thailand, Hong Kong
dan Singapura, melaksanakan 10 daripada 13 aktiviti kepimpinan yang disenaraikan dalam
soalan nombor 17, set Soal Selidik Pengetua. Berikut ialah pernyataan soalan 17 Sejauhmanakah anda (pengetua) melakukan aktiviti-aktiviti kepimpinan yang disenaraikan
berdasarkan kepada tiga tahap persetujuan (i) tidak pernah (no time), (ii) sekali sekala
(some time) dan (iii) kerap (a lot of time). Laporan ini akan memaparkan data bilangan dan
peratus pengetua yang memilih jawapan kerap terhadap 10 item yang disenaraikan.
Daripada 10 item tersebut, empat item pertama merujuk kepada kekerapan pengetua
melakukan aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan pembinaan hala tuju organisasi dan
sejauh mana pengetua memastikan aktiviti pengajaran guru serta kemajuan akademik murid
adalah selari dengan matlamat yang ditetapkan. Empat aktiviti kepimpinan seterusnya
merujuk kepada kekerapan pengetua melakukan aktiviti kepimpinan bagi membina iklim
sekolah yang kondusif dan selamat hingga menghasilkan suasana ukhwah yang erat dalam
kalangan guru. Dua item yang terakhir bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan pengetua
membantu, menyokong dan menasihati guru menangani masalah melaksanakan aktiviti
pengajaran dalam bilik darjah.

Aktiviti kepimpinan mencapai matlamat organisasi


Secara keseluruhan, majoriti pengetua di Indonesia didapati paling kerap (78.1% - 85.5%)
melakukan keempat-empat aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan pembangunan,
pelaksanaan dan pemantauan hala tuju organisasi, diikuti oleh pengetua di Malaysia (69%78%), Thailand (67% - 78%), Singapura (64% -73%). Di Hong Kong pula, hanya 40 hingga
46 peratus pengetuanya memberikan keutamaan kepada aktiviti kepimpinan yang berkaitan
dengan pembangunan hala tuju dan matlamat organisasi.

90
78.3
75
73.3
69.4

80
70

82.9

85.5 84.7
78.1

77.8
70.2

73.1
67.3 65.6
64.1

67.3 67.8

Mempromosikan
matlamat dan hala tuju

60
45.5

50

40

Membangunkan
kurikulum dan hala tuju

46.4
40

40

Memantau pengajaran
guru

30
20

Memantau kemajuan
pembelajaran murid

10
0

MSIA

INDON

THAI

HK

SPORE

Rajah 1. Bilangan pengetua (dalam %) yang paling kerap melakukan aktiviti kepimpinan
untuk membangun dan memantau pelaksanaan hala tuju pendidikan

Aktiviti kepimpinan membina iklim pembelajaran yang kondusif


Analisis data TIMSS 2011 mendapati lebih ramai pengetua di Indonesia (94 dan 95%),
Malaysia (87%) dan Thailand (78 dan 85%) yang kerap melakukan aktiviti kepimpinan bagi
mengekalkan iklim sekolah selamat dan memastikan peraturan disiplin sekolah adalah jelas
berbanding pengetua di Singapura (48 dan 57%) dan di Hong Kong (34% dan 54%).
Pengetua di Hong Kong juga didapati paling tidak ramai (37%) melakukan aktiviti
kepimpinan yang bertujuan untuk membangunkan budaya saling mempercayai dalam
kalangan guru, berbanding pengetua di Singapura (57%), Thailand (71%), Malaysia (74%)
dan Indonesia (92%). Begitu juga dengan aktiviti kepimpinan bagi menangani murid
bermasalah, di mana hanya 11 peratus pengetua di Hong Kong menumpu kepada aktiviti
tersebut, diikuti dengan pengetua Singapura (28%), Thailand (51%), Malaysia (74%) dan
yang paling ramai ialah di Indonesia (84%).
120
100
80

87.2
86.5

95.494.1

92.1
84.1

75.3 74.4

60

84.8
77.8

70.8

50.9

40

57.3
56.7
47.8

53.6
33.6

20

37.3
28.2

Membangunkan
budaya saling
mempercayai

10.9

0
MSIA

INDON

THAI

HK

Mengekalkan iklim
yang aman dan
teratur.
Memastikan
peraturan disiplin
jelas
Menangani murid
bermasalah

SPORE

Rajah 2. Bilangan pengetua (dalam %) yang paling kerap melakukan aktiviti kepimpinan
untuk membangunkan iklim sekolah yang kondusif dan selamat.

Aktiviti kepimpinan menangani masalah pengajaran


Seperti kedua-dua aspek kepimpinan yang dibincangkan di atas, pengetua di Indonesia
didapati paling kerap (57 dan 75%) melakukan aktiviti untuk membantu dan menasihati guru
yang menghadapi masalah berkaitan pengajaran dalam bilik darjah. Ini diikuti dengan
pengetua di Thailand (56 dan 63%) dan Malaysia (54 dan 51%). Bilangan pengetua di
Singapura dan Hong Kong yang memberi tumpuan kepada kedua-dua aktiviti tersebut adalah
sangat rendah iaitu hanya 22 dan 26 peratus di Singapura dan 18 dan 20 peratus di Hong
Kong.
80

74.8

70
60

53.9
51.1

58.6

62.6
56.1

50

Menggalakkan perbincangan bagi


membantu guru yang menghadapi
masalah dalam bilik darjah

40

30

18.2 20

20

26.3
22.3

Menasihati guru yang menghadapi


masalah melaksanakan pengajaran

10
0
MSIA

INDON

THAI

HK

SPORE

Rajah 3. Bilangan pengetua (dalam %) yang paling kerap melakukan aktiviti kepimpinan
untuk membantu guru menangani masalah pengajaran dalam bilik darjah.

Perbincangan
Amalan aktiviti kepimpinan pengetua mengikut data TIMSS 2011 menggambarkan dua
senario yang nyata. Pertama; majoriti pengetua di Indonesia, Thailand dan Malaysia
memberikan tumpuan yang tinggi kepada semua aspek kepimpinan pendidikan yang dinilai
berbanding pengetua di Singapura dan Hong Kong. Kedua; prestasi akademik subjek sains
dan matematik murid di Singapura dan Hong Kong adalah jauh lebih cemerlang
berbanding murid di Indonesia, Thailand dan Malaysia. Kedua-dua dapatan menimbulkan
lebih banyak persoalan daripada jawapan. Dapatan tersebut menggambarkan bahawa:
Pertama: Semakin kerap pengetua memberikan tumpuan kepada aktiviti kepimpinan,
semakin rendah pencapaian murid dalam sains dan matematik. Dapatan ini tidak selari
dengan pandangan para akademik ( ) juga dapatan kajian oleh Hallinger (2004), Quah ( )
dan Leithwood ( ) malah menggambarkan senario yang bertentangan. Bagaimanakah
pengetua di Hong Kong dan Singapura yang kurang memberikan tumpuan kepada semua
aktiviti kepimpinan yang disenaraikan boleh menghasilkan murid yang berpencapaian
cemerlang manakala sebaliknya berlaku di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Andainya
pengetua di Hong Kong dan Singapura telah melakukan tindakan yang betul, apakah
mungkin tumpuan secara keterlaluan yang ditunjukkan oleh pengetua di Malaysia,
Indonesia dan Thailand berpunca daripada ketidakcekapan dalam melaksanakan aktiviti
kepimpinan mereka sehingga menjejaskan kecemerlangan murid? Dalam hal ini, wujud
kemungkinan bahawa aktiviti kepimpinan yang diamalkan adalah tambahan kepada aktiviti

pentadbiran seperti aktiviti bermesyuarat, pendokumentasian, pelaporan dan yang


seumpamanya (Mansor, 2008). Dalam kajiannya, Mansor (2008) mendapati pengetua di
Malaysia meluangkan 60 hingga 68 peratus daripada keseluruhan masa mengurus sekolah
kepada aktiviti-aktiviti pentadbiran.
Tumpuan yang keterlaluan terhadap pelaksanaan suatu aktiviti kepimpinan juga
menggambarkan kelemahan system yakni struktur organisasi sekolah ( ). Struktur
organisasi yang tidak jelas boleh menjejaskan kemahiran pengetua (i) mengurus sumber
(ii) mendelegasi tugas; (iii) mengurus subordinat yang tidak kompeten; (iv) menangani
prosedur pengurusan yang banyak, kerap berubah, kompleks atau tidak jelas; dan (v)
berhadapan dengan terlalu banyak masalah dan kekangan.
Kedua: Pengetua di Malaysia dan Indonesia paling kerap menumpu kepada aktiviti
menangani salah laku murid atau addressing disruptive student behavior berbanding
pengetua di negara lain. Terdapat beberapa jangkaan tersirat berdasarkan dapatan tersebut.
Antaranya ialah (i) tahap disiplin murid Malaysia dan Indonesia rendah; (ii) pengetua
terlalu mengambil berat hal-hal salah-laku murid; (iii) garis panduan disiplin/salah laku
tidak jelas sehingga menyukarkan langkah menangani dan pelbagai andaian seumpamanya.
Ketiga: Pengetua di Malaysia, Indonesia dan Thailand paling kerap melakukan aktiviti
membangunkan budaya saling mempercayai dalam kalangan guru atau Creating a climate
of trust among teachers didapati paling kerap dilakukan oleh pengetua di Malaysia,
Indonesia dan Thailand, berbanding pengetua di Singapura dan Hong Kong. Dapatan ini
memberikan gambaran bahawa hubungan antara guru-guru di Malaysia, Indonesia dan
Thailand kurang akrab hingga pengetua terpaksa memberikan tumpuan yang banyak ke
arah melaksanakan aktiviti tersebut. Pengetua di ketiga-tiga negara ini juga didapati paling
kerap memberikan tumpuan kepada aktiviti menasihati dan membantu guru untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah. Senario di atas menggambarkan
wujudnya isu kelemahan kompetensi dan kemahiran pedagogi dalam kalangan guru-guru
di Malaysia, Indonesia dan Thailand berbanding di Hong Kong dan Singapura.
Rumusan
Sorotan literatur telah membuktikan bahawa pengaruh kepimpinan pengetua merupakan
faktor yang kedua penting dalam menentukan pencapaian murid iaitu selepas faktor kualiti
pengajaran guru. Ini kerana tanpa kepimpinan pengetua untuk menggembeling motivasi
dan komitmen guru, kompetensi dan karakter guru tidak mungkin dapat diserlahkan untuk
dipanjangkan kesannya kepada murid. Namun data kajian TIMSS 2011 menunjukkan
bahawa aktiviti kepimpinan yang keterlaluan tanpa panduan dan perancangan tidak
memberikan sebarang manfaat malah memberikan kesan yang bertentangan. Persoalannya
ialah, di manakah punca kelemahannya - pengetua tidak cekap, guru tidak mahir, murid
bermasalah, struktur organisasi tidak kejat atau garis panduan pengurusan tidak jelas?
Sehubungan itu, banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti apakah faktorfaktor lain yang mempengaruhi tingkah laku kepimpinan pengetua dan bagaimana setiap
tingkah laku tersebut mempengaruhi pencapaian akademik murid, khususnya dalam mata
pelajaran sains dan matematik.

Rujukan
Hallinger, P. 2000. A review of two decades of research on the principalship using the
Principal Instructional Management Rating Scale.http://www.leadingware.com
[30 Disember 2009].
Hallinger, P. 2005. Instructional leadership and the school principal: A passing fancy
that refuses to fade away. Leadership and Policy in Schools Journal. 4: 1-20.
Hallinger, P. 2011. Leadership for learning: lessons from 40 years of empirical research.
Journal of Educational Administration. 49 (2): 125-142
Hallinger, P & Heck, R.H. 2001. What do you call People with visions? The role of
vision, mission and goals in school leadership and improvement. Dlm. Leithwood
et al. (pnyt). The Handbook of Research in Educational Leadership and
Administration Vol. II . SAGE Publications. Thuosand Oaks.
Hallinger, P & Murphy, J. 1985. Assessing the instructional management behavior of
principals. The Elementary School Journal, 86 (2).
Hallinger, P & Murphy, J. 1987. Assessing and developing principal instructional
leadership. Journal of Educational Leadership. 45 (1)
Hallinger, P. (2008). A review of PIMRS studies of principal instructional leadership:
Assessment of progress over 25 years. Paper prepared for presentation at the
annual meeting of the American Educational Research Association (AERA), New
York.
Kenneth Leithwood, Karen Seashore Louis, Stephen Anderson and Kyla Wahlstrom.
2004. How leadership influences student learning. The Wallace Foundation.
Ogbodo, C. M. and A. I. Ekpo. 2005. Principals managerial effectiveness and
teachers work performance in Akwa- Ibom state secondary schools. Delsu
Journal of Educational Research and Development, 4(1): 62-73.
Gerdy ten Bruggencate, Hans Luyten, Jaap Scheerens, and Peter Sleegers. 2012
Modeling the Influence of School Leaders on Student Achievement: How Can
School Leaders Make a Difference? Educational Administration Quarterly 48(4)
699-732 DOI: 10.1177/0013161X11436272
Quah Cheng Sim 2011 Instructional leadership among principals of secondary schools
in Malaysia Educational Research (ISSN: 2141-5161) Vol. 2(12) pp. 1784-1800,
December 2011 Available online@ http://www.interesjournals.org/ER

Bilangan dan Peratus Pengetua menjawab sangat kerap dalam melaksanakan aktiviti
kepimpinan yang berkaitan dengan hala tuju dan matlamat sekolah
MALAYSIA
Sejauhmanakah pengetua anda
melakukan perkara berikut:
Mempromosikan matlamat dan hala
tuju pendidikan sekolah ini
Promoting the schools educational
vision or goals
Membangunkan kurikulum dan hala
tuju pendidikan sekolah.
Developing the schools curricular
and educational goals
Memantau pengajaran guru agar selari
dengan hala tuju pendidikan sekolah.
Monitoring teachers implementation
of the schools educational goals in
their teaching
Memantau kemajuan pembelajaran
murid bagi memastikan hala tuju
pendidikan sekolah tercapai.
Monitoring students learning
progress to ensure that the schools
educational goals are reached

Mengekalkan iklim sekolah yang aman


dan teratur.
Keeping an orderly atmosphere in the
school
Memastikan peraturan tingkahlaku/
disiplin murid adalah jelas
Ensuring that there are clear rules for
student behavior
Menangani tingkahlaku murid yang
mengganggu suasana aman di sekolah
Addressing disruptive student behavior
Membangunkan budaya saling
mempercayai dalam kalangan guru
Creating a climate of trust among
teachers

Menggalakkan perbincangan bagi


membantu guru yang menghadapi
masalah dalam bilik darjah
Initiating a discussion to help teachers
who have problems in the classroom
Menasihati guru yang menghadapi
masalah melaksanakan pengajaran
Advising teachers who have questions
or problems with their teaching

HONG KONG

SINGAPORE

Bilangan
(%)

Bilangan
(%)

Bilangan
(%)

Bilangan
(%)

Bilangan
(%)

180

125
(69.4%)

152

126
(82.9%)

171

120
(70.2%)

110

44
(40%)

156

105
(67.3%)

180

135
(75%)

152

130
(85.5%)

171

133
(77.8%)

110

50
(45.5%)

157

103
(65.6%)

180

132
(73.3%)

151

118
(78.1%)

171

115
(67.3%)

110

51
(46.4%)

156

100
(64.1%)

180

141
(78.3%)

150

127
(84.7%)

171

116
(67.8%)

110

44
(40%)

156

114
(73.1%)

INDONESIA

Bilang
an
(%)

Bilangan
(%)

178

154
86.5%

151

180

157
87.2%

178

180

THAILAND
N

Bilang
an
(%)

144
95.4%

171

152

143
94.1%

134
75.3%

151

134
74.4%

152

MALAYSIA
Sejauhmanakah pengetua anda
melakukan perkara berikut:

THAILAND

MALAYSIA
Sejauhmanakah pengetua anda
melakukan perkara berikut:

INDONESIA

Bilang
an
(%)

180

180

HONG KONG

SINGAPORE

Bilanga
n
(%)

Bilanga
n
(%)

145
84.8%

110

59
53.6%

157

89
56.7%

171

133
77.8%

110

37
33.6%

157

75
47.8%

127
84.1%

171

87
50.9%

110

12
10.9

156

44
28.2

140
92.1%

171

121
70.8%

110

41
37.3%

157

90
57.3%

INDONESIA
N

Bilang
an
(%)

92
51.1%

152

97
53.9%

151

THAILAND
N

Bilang
an
(%)

89
58.6%

171

113
74.8%

171

HONG KONG

SINGAPORE

Bilang
an
(%)

Bilanga
n
(%)

96
56.1%

110

20
18.2%

156

41
26.3%

107
62.6%

110

22
20.0%

157

35
22.3%

Вам также может понравиться