Вы находитесь на странице: 1из 11

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain ala umurid dunia

waddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain.

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Yang berusaha Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku ampuan Afzan, Encik
Jaafar bin Idris, Pensyarah-pensyarah, Barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, ibu-ibu,
bapa-bapa, para penjaga, guru-guru pelatih, serta ahli jawatankuasa pelaksana Program Minggu
Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP ambilan Jun 2011.

Saya bagi pihak seluruh warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan
mengucapkan Selamat Datang ke Minggu Pengurusan Pelajar Baharu, bagi Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2011.

Orang Jawa berdagang ke kota,


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia ini, majlis dengan tunduk tazimnya
menjemput dan mempersilakan saudara Muhamad Fahmi bin Rosli, Exco Kerohanian,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2011 untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

______________________________________
Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Muhamad Fahmi bin Rosli atas bacaan doa sebentar
tadi.

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,


Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Untuk itu, dengan segala hormat dan tunduk kasihnya, pihak majlis mempersilakan
Yang berusaha Tuan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku ampuan Afzan, Encik
Jaafar bin Idris untuk menyampaikan ucapan. Dengan Segala hormatnya, dipersilakan.
______________________________________
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Encik Jaafar bin Idris atas ucapannya sebentar
tadi. Semoga kita semua dapat mengambil input-input penting sebagai panduan pada masa
hadapan.

Seterusnya, pihak majlis dengan berbesar hatinya menjemput dan mempersilakan ibu bapa,
penjaga mahupun guru-guru pelatih sendiri untuk mengajukan soalan kepada Tuan Pengarah,
sekiranya terdapat soalan, mahupuin kekeliruan berhubung Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan ini. Untuk makluman, pihak jawatankuasa pelaksana Minggu pengurusan
pelajar ada menyediakan mikrofon di bahagian tengah dewan untuk tuan-tuan dan puan-puan
mengajukan soalan.
______________________________________
Pengacara Majlis mencatat serta bersedia mengambil tindakan yang sesuai dengan situasi bagi
slot soal-jawab.
______________________________________
Baiklah, sekiranya tuan-tuan dan puan-puan masih mempunyai sebarang masalah atau
kekeliruan berhubung program ini, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah berhubung terus dengan

pegawai-pegawai kami di Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau mendapatkan bantuan daripada ahli
jawatankuasa pelaksana yang bertugas.

Kalau hendak bertani inilah batasnya,


Kalau hendak bertandak, inilah pentasnya,
Kalau hendak berperang, inilah medannya,
Kalau hendak menuntut ilmu, IPGKTAA inilah tempatnya.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan upacara simbolik penyerahan tanggungjawab oleh
waris pelajar kepada pihak IPGKTAA untuk melatih dan mempersiapkan pelajar dengan ilmu,
latihan dan pengalaman sebelum ditauliahkan sebagai seorang pendidik yang unggul.

Untuk itu, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Zukhri bin Haji
Mahmud, Ibu/bapa/Penjaga kepada Nurul Fatin Aleesya untuk menyerahkan anak di bawah
jagaanya kepada pihak IPGKTAA untuk dilatih, dibimbing dan dipersiapkan dengan segala ilmu
dan kepakaran untuk berhadapan dengan cabaran profesionalisme perguruan. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.
______________________________________
Begitulah tadi, simbolik penyerahan tanggungjawab oleh waris pelajar kepada pihak IPGKTAA.
Kepada para pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan sekalian, kini anda
merupakan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.
Besarlah hasrat dan harapan kami, supaya anda akan dapat menjalankan tanggugjawab dan
amanah yang diberikan dengan baik dan cemerlang.

Tuan-tuan, Puan-Puan serta hadirin dan hadirat sekalian, dengan berakhirnya simbolik
penyerahan itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya bagi pihak seluruh ahli
jawatankuasa pelaksana program mengucapkan Jutaan Terima kasih dan kami mendoakan
semoga Tuan-tuan, Puan-puan serta hadirin dan hadirat sekalian selamat sampai ke destinasi
yang dituju.

Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk juga datangnya dari Allah tetapi di atas
kelemahan dan kekhilafan kami. Semoga bertemu lagi, Sekian, Wassalamualaikum warah
matullahi wabarakatu dan Salam 1Malaysia.

Pengacara Majlis : Sambutan Merdeka Raya

PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2011


ATUCARA MAJLIS
7.30 - Pendaftaran / Persiapan
7.45 - Ketibaan VIP
7.50 - Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
8.00 - Kata alu-aluan Pengerusi Majlis
8.03 - Bacaan Doa
8.05 - Membaca Perutusan YAB Perdana Menteri
8.10 - Membaca Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
8.15 - Ucapan Perasmian Oleh Puan Pengetua
8.20 - Pidato Penghayatan Kemerdekaan oleh tetamu jemputan.
8.55 - Penyampaian hadiah Pertandingan Bulan Kemerdekaan,
9.10 - Penyampaian cenderamata kepada Tetamu
9.15 - Persembahan Pelajar
- Nyanyian lagu patriotik
10.00 - Bersurai untuk Fasa 1.

-----------------------------------------------------------------------------------SKRIP JURUACARA

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE - 54


TAHUN 2011
SMK SIJANGKANG JAYA, KAMPUNG MEDAN
42500 TELOK PANGLIMA GARANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2011 (KHAMIS)


MASA : 7.30 PAGI 10.00 PAGI
TEMPAT : FOYER CEMPAKA, SMK SIJANGKANG JAYA
PERASMI : PENGETUA,
SMK SIJANGKANG JAYA.
-----------------------------------------------------------------------------------

Pengumuman :
1.Program Merdeka Raya akan berlangsung dalam dua fasa.
-Fasa pertama 08.00 10.00 pg - Majlis Sambutan Kemerdekaan ke 54.
-Fasa kedua 10.30 01.00 pg - Sambutan Hari Raya
2.Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Para pengawas
dan semua guru diminta memberi kerjasama dengan mengawasi para pelajar.
3.Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan menunjukkan reaksi tidak berminat ketika
berada dalam majlis.
4.Majlis akan melibatkan tetamu luar, jaga tingkah laku, jaga tuturkata lebih penting jaga nama baik
sekolah.
5.Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan keluar daripada majlis mestilah dengan
kebenaran guru dan dalam situasi beradab.
6.Pelajar diminta duduk dalam keadaan paling selesa, teratur dan tersusun.
7.Tindakan tegas akan diambil ke atas pelajar yang menganggu perjalanan majlis atau melakukan
perkara yang tidak dibenarkan.
8.Pelajar diminta menyanyikan lagu sekolah, negeri Selangor, lagu negaraku, lagu jalur gemilang dan
lagu keranamu Malaysia dengan penuh semangat.
----------------------------------------------------------------------------------

Teks Juruacara :
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Mejar Mohd Fuad bin Hj Sharif
Penolong Pengarah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Selangor.
Semua hadirin diminta berdiri.
Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk menyanyikan
lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah bersama iringan muzik. Semua hadirin diminta
bersedia.
( lagu dimainkan PA System )
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai.
Dipersilakan adik Alia Izatie Mohd Adnan untuk menyerahkan bendera Malaysia kepada tetamu
kehormat kita sebagai simbolik bermulanya program sambutan kemerdekaan.
Tunggu 2 orang pengawas bawa bendera untuk disampaikan kepada tetamu
Jalur Gemilang serahan hati
Tanda ingatan kekal abadi
Biar padu seteguh jati
Budaya kita junjungan budi

Bagi meneruskan aturcara majlis, dipersilakan Cikgu Saharuddin Abdullah bagi mengemudi program
seterusnya. Dipersilakan.
Terima kasih saudara pengacara majlis.
1. KATA ALU-ALUAN.
Yang Berusaha,
Pn Hajjah Noor Hayati binti Sarbini
Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Berusaha
Tuan Haji Zulkefli bin Mat Taib,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya dan AJK PIBG
Yang Berbahagia,
Tokoh Undangan Khas
Mejar Mohd Fuad bin Hj Shariff
Penolong Pengarah, Jabatan Pertahananan Awam Malaysia (JPAM),
Negeri Selangor, Darul Ehsan.
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,
Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
En. Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid.
Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum
Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang serta Rakanrakan guru
seterusnya putera dan puteri yang menjadi tiang negara dan harapan bangsa yang
disayangi.
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1 Malaysia.

Ceria wajah dalam majlis


Hati berkobar, semangat dibawa
Sambutan merdeka penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan SMK Sijangkang Jaya 2011. Sama-samalah
kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapat kita sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan penuh
kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada
dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya
sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat
seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam
tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik .

2. DOA

Anugerah di kecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera
Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Zahari bin Mamat untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan
DOA
Terima kasih kepada Ustaz Zahari bin Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.

3. MEMBACA PERUTUSAN.
3.1. Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia.
Pepatah-petitih Adat Melayu
Warisan amalan sejak dahulu
Pohon keizinan barang sewaktu
Ucapan Perdana Menteri mohon didahulu
Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Ramlah bt
Hj Hashim, PK Pentadbiran, SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan perutusan Perdana
Menteri.. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

3.2. Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia


Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
Ucapan PK HEM hormat dipersila,
Seterusanya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, En Kowangid bin Taufik
PK HEM, untuk menyampaikan perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia. Dengan segala hormatnya
dipersilakan
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan perutusan sebentar tadi

4. UCAPAN PENGETUA
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi,

Tuan sudah diberi kuasa,


Sudilah kira, pohon merasmi
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Hajjah Noor Hayati bt Sarbini,
Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
Sambutan Merdeka Raya bagi tahun 2011.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Pengetua sebentar tadi.
Hadirin yang dikasihi.
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Tak Didayung Perahu Masakan Sampai Di seberang
Tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Tak diperkenalkan tetamu, sudah tentu jiwa tertanya-tanya
Izinkan saya untuk memperkenalkan tetamu undangan kita pada pagi ini. Nama beliau ialah Mejar
Mohd Fuad bin Hj Shariff. Anak jati Kg Sijangkang Batu 1. Seorang motivator yang boleh membakar
semangat dan melunturkan jiwa berkerak yang kental. Pernah bertugas sebagai guru di SMK
Pandamaran Jaya. Bersara 3 tahun lepas ketika usia beliau 58 tahun. Oleh kerana berminat untuk
berbakti kepada masyarakat, beliau meneruskan perkhidmatan sukarela dalam Jabatan Pertahanan
Awam Malaysia. Kini beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia, Negeri Selangor. Sewajarnya, pada pagi ini kita menjemput berkongsi pengalaman
bagaimana untuk kita menghayati erti kemerdekaan untuk membangunkan Negara tercinta ini.

5. Ucapan Tokoh Undangan.


Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
Tetamu jemputan hormat dipersila,
Dengan segala hormatnya dipersilakan Mejar. Mohd Fuad bin Hj Shariff, Penolong Pengarah, JPAM
Negeri Selangor untuk menyampaikan pidato yang bertajuk Penghayatan Kemerdekaan untuk
Membangunkan Negara Tercinta. Mohon dijemput menyampaikan pidato.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pidato yang sangat bermakna itu tadi
(Tunggu sehingga tetamu duduk)
Hadirin yang budiman,
Meneruskan majlis, saya dengan penuh hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Pengetua
untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Fuad bin Hj Shariff ke atas pentas untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenag pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan
kemerdekaan. Dipersilakan
(Baca senarai nama pemenang pertandingan)

5. PENYAMPAIAN CENDERA HATI.


Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi, kita kenangkan jasa. Sebagai tanda kenangkenangan, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusha Puan Pengetua, SMK Sijangkang
Jaya untuk menyerahkan tanda hati setulus rasa kepada Yang Berbahagian, Mejar Mohd Fuad bin Hj
Shariff.
Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha, Puan Pengetua menyempurnakan
penyampaian cenderahati.
Seterusnya dijemput semua tetamu dan puan pengetua ke bilik jamuan.
6. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA VIDEO KEMERDEKAAN
(MULTIMEDIA SEKOLAH BERSEDIA)
Hadirin dan Hadirat.
Sama-sama kita saksikan rentetan peristiwa suka duka kemerdekaan Negara tercinta.
Persembahan Multimedia
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.
7. PERSEMBAHAN PELAJAR.
Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
7.1. Persembahan Sajak.
Persembahan Pelajar pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan pendeklamator adik
Norkiasatina bt Mohd Husaini (4SN1) dengan sajak yang bertajuk Pasca Merdeka . Dengan
takzimnya dipersilakan.
Sajak dengan iringan muzik
Terima kasih daun keladi, lain kali buat persembahan lagi. Hebat dan sangat bermakna deklamsai
yang disampaikan oleh adik Norkiasatian itu tadi.
7.2. Nyanyian Kumpulan.
Seterusnya kita serikan lagi majlis ini dengan mendengar alunan suara nyanyian Kumpulan Anak
Gemilang dari Tingkatan Lima dengan lagunya yang bertajuk Semangat Yang Hilang.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Anak Gemilang atas persembahan
itu tadi
7.3. Nyanyian Solo.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Adik Aina (4 PA) untuk menyampaikan sebuah lagu yang
bertajuk Pahlawanku. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik Aina.


7.4. Persembahan Nyanyian Kumpulan Skyscrapper.
Hadirin yang dihormati.
Dengan tajuk lagu Saya Anak Malaysia dipersilakan kumpulan Skyscrapper (Tingkatan 3) untuk
membuat persembahan mereka.
Terima kasih kepada kumpulan Skyscrapper atas persembahan mereka tadi.
7.5. Persembahan Pantun.
Untuk Halwa telinga seterusnya, marila sama-sama kita saksikan acara berbalas pantun yang akan
dipersembahkann oleh adik Rusyaidatul Nurin Balqis bt Rusli bersama dengan Adik Aimi Najwa bt
Rashid dari tingkatan 3 Amal Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih atas persembahan itu tadi
7.6. Persembahan Koir.
Dengan paduan suara pelajar tingkatan 4 Sains 1 dan 4 Sains 2, marilah sama-sama kita hayati
persembahan koir dengan lagu medley mereka Muhibbah dan Nyalakan Tekad. Dipersilakan.
Terima kasih atas persembahan yang hebat dan bersemangat itu tadi.
Hadirin yang dihormati,
Pujangga Melayu berbicara,
Berdayung sampan telah tiba di seberang,
Menuruni lurah, telah sampai di kaki bukit
Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya
Mengakhiri majlis kita, pada pagi yang gemilang ini. Marilah kita sama-sama menyanyikan rangkaian
lagu-lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan
Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia. Mohon dinyanyikan dengan penuh semangat. Selepas
itu, laungan merdeka akan diketuai oleh Cikgu Hashim bin Ahmad.
Dengan laungan merdeka itu tadi, maka berkahirlah majlis sambutan merdeka kita pada pagi ini.
Selepas ini kita akan ke program fasa 2 iaitu Program Sambutan Hari Raya. Jika terdapat kesalahan
dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program
berlangsung, sejuta kemaafan dipinta.
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,

Wabillahi Taufik Walhidayah.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Вам также может понравиться