Вы находитесь на странице: 1из 2

SUMBER : https://www.scribd.

com/doc/2987986/KOD-ETIKA-PROFESIONPERGURUAN

KOD ETIKA KEGURUAN MALAYSIA

1.

Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga


boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan
menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion
perguruan.

2.

Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh


membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah
berhubung dengan kewangan.

3.

Dalam semua hubungan


menjalankannya dengan jujur.

4.

Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan


murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
masyarakat, persatuan atau persendirian.

5.

Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap


muridnya.

6.

Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua


murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.

7.

Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha


membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat.

8.

Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil


terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina,
bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya
intelek dan lain-lain.

9.

Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di


kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan
potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.

dan

tugas,

guru

hendaklah

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat


sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi
yang tidak berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa
yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua

SUMBER : https://www.scribd.com/doc/2987986/KOD-ETIKA-PROFESIONPERGURUAN

muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara


yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh
baik atau 'role model' kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa
waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada
ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas
profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan
kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat
pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesarbesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam
profesion perguruan.

Вам также может понравиться