Вы находитесь на странице: 1из 10

KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK

MEMBANGUNKAN MODAL INSAN


Pembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato
Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9)
merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu,
penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang telah
dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Bincangkan.
Pendahuluan :

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai


murni, inovatif, berdisiplin, bersemangat patriotik, cekal dan berdaya saing.
Isi :
A)
Kepentingan Pembangunan Modal Insan
1. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti.

Lebih 90,000 pelajar ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis
Amanah Rakyat (MARA) untuk menghasilkan sumber tenaga berkualiti.

Sebagai contoh, pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA.

Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dari peringkat rendah


hingga ke peringkat tinggi sudah pasti akan menghasilkan sumber tenaga yang
berkualiti.

Sebagai contoh, kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merangkumi


semua sekolah, pembinaan makmal komputer dan penjanaan solar di sekolah
pedalaman.
2. Menyediakan masyarakat yang berdaya saing dalam ekonomi.


Mewujudkan koridor pembangunan ekonomi.

Sebagai contoh, pelancaran Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara,


Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah
(SDC) dan Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak (SCORE) akan
menwujudkan rakyat Malaysia yang berdaya saing dalam ekonomi.

Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan membuka peluang pekerjaan


kepada rakyat.

Para pelabur akan membuka kilang-kilang di Malaysia dan ini akan meningkatkan
budaya kerja yang tinggi.

Penekanan kerajaan di dalam sains, teknologi dan penguasaan bahasa asing


boleh menghasilkan masyarakat yang berdaya saing. Hal ini akan meningkatkan
produktiviti negara.

Sebagai contoh, penguasaan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
3. Melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan.

Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan menghasilkan pelajar


berkualiti yang akan menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan.

Penubuhan Institut Integriti Nasional (PIN) juga boleh menghasilkan pemimpin


yang telus.
4. Melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya.

Dasar pendidikan yang menekankan insan seimbang akan melahirkan


masyarakat
yang tinggi nilai rohaninya.

Penekanan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral


serta Sivik dan Kewarganegaraan akan melahirkan warganegara yang
mempunyai jati diri yang tinggi.

Program Islam Hadhari juga boleh melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.
5. Melahirkan masyarakat yang berdisiplin.

Pelaksanaan PLKN akan melahirkan belia yang berdisiplin.

Penekanan kegiatan Kokurikulum dalam pendidikan juga akan menghasilkan


pelajar yang patuh kepada peraturan dan menghormati norma-norma
masyarakat.
B)
Langkah Untuk Membangunkan Modal Insan :
6. Penambahbaikan terhadap sistem pendidikan.

Memperkasakan sekolah rendah dan menengah melalui Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Memberi peluang pendidikan percuma untuk semua melalui pemansuhan yuran


peperiksaan, memperluaskan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pemberian
sepasang pakaian seragam kepada pelajar yang miskin.

60 buah Sekolah Kluster telah diwujudkan tahun 2008 untuk melonjakkan


kecemerlangan pendidikan negara.

7. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa.

Pada 27 Ogos 2007 Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dilancarkan.

Kerajaan telah memperuntukkan RM12 billion untuk melaksanakan pelbagai


projek untuk membangunkan universiti bertaraf antarabangsa.

Sebagai contoh, kewujudan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan


Nasional Malaysia dan Universiti Darul Iman Malaysia.
8. Mempertingkatkan program latihan dan kemahiran.

Mewujudkan sumber tenaga kerja dan berdaya saing.

Sebanyak RM 2 billion diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan


RM 480 juta pula telah diperuntukkan untuk Pusat Giat MARA, ILP dan IKBN.
9. Mempergiatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan
pengkormesilan.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 230 juta kepada Dana Sains, RM 300


juta Dana Tekno dan RM 546 juta bagi program R&D institusi penyelidikan.

Program Aeroangkasa telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk


mengkormesilkan penyelidikan bertaraf dunia.
10. Melaksanakan program sosial.

PLKN dan program Rakan Muda diwujudkan untuk membangunkan warga muda

ke arah berdisiplin, berdaya tahan dan berdaya kepimpinan.

Melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat.

Sebagai contoh, pihak PETRONAS telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya


dengan membina sebuah hospital yang dinamakan Hospital PETRONAS.
11. Mempertingkatkan program kerohanian.

Program Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan mengutamakan aspek


ketamadunan umat seimbang.
Sebagai contoh, menaikkan elaun AJK masjid, menaiktarafkan Sekolah Agama
Rakyat (SAR) melalui pengambilalihan oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan
serta mempertingkatkan program Rakan Masjid.
12. Mewujudkan program ekonomi.
Melancarkan wilayah pembangunan ekonomi seperti Iskandar Malaysia, Wilayah
Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur, Koridor Pembangunan
Ekonomi Sabah dan Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak.
Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan melahirkan peluang pekerjaan
dan pada masa yang sama mengurangkan masalah pengangguran dan jenayah.
Penutup :
Modal insan kelas pertama penting bagi menjayakan Wawasan 2020.
Melalui usaha memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan
berkualiti. Itulah antara keutamaan yang dilakukan oleh kerajaan dengan
memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.

Oleh itu, untuk melahirkan modal insan, peranan kerajaan dan juga para guru
adalah tunggak utama ke arah kejayaannya. Pendidikan pada dasarnya adalah
suatu unsur sosial dan proses yang diciptakan oleh masyarakat untuk
memudahkan kehidupan sosial dalam masyarakat.

Lantaran itu, pendidikan berlaku di mana sahaja dan selama mana manusia
bertindak balas terhadap kehidupan dan pengajaran merupakan sebahagian
daripada pendidikan.

Jelaslah, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha


memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan
juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Ini semua bertujuan untuk
melahirkan modal insan berkualiti dan cemerlang.

Oleh itu, melalui falsafah pendidikan al-Quran iaitu sebagai guru memberi
petunjuk dan motivasi ke arah pemantapan akidah, membentuk akhlak mulia
dan pembersihan rohani dan jasmani untuk mencapai martabat insan soleh dan
bertakwa kepada Allah SWT.

Seterusnya, berusaha membimbing dan membentuk nilai-nilai keperibadian yang


luhur serta dapat mengangkat martabat dan peradaban ummah yang dirahmati
Allah SWT.

Beberapa usaha dilakukan untuk melahirkan modal insan cemerlang. Kejayaan


dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P
guru di dalam kelas.

Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid
dan pelajar mudah memahaminya dan dapat menjawab soalan dalam
peperiksaan dengan cemerlang. Pendidikan juga mestilah menjurus kepada
keutamaan berakhlak, jaminan sosial yang baik dan mendidik ke arah menjaga
alam persekitaran.

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai


kemahiran, ke arah kecemerlangan generasi akan datang dalam memperkasa
ilmu dan kemahiran untuk tujuan bidang pekerjaan.

Kehidupan manusia akan terancang apabila mereka memiliki sumber yang


khusus membimbing ke arah kejayaan hidup di muka bumi ini.

Asas pendidikan dalam kehidupan manusia melalui pendidikan sosial, pendidikan


akhlak, pendidikan alam sekitar, pendidikan kejiwaan, pendidikan mental,
pendidikan jasmani, pendidikan ilmu, sains dan sebagainya.

Dalam menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu umat Islam boleh mengambil
contoh Nabi SAW dan juga Imam Syafie. Menurut beliau, menuntut ilmu adalah
lebih utama daripada ibadah sunah. Beliau mempunyai banyak guru antaranya
Malik bin Anas, Sufyan Uyainah, Ibrahim bin Saad dan banyak lagi. Imam Syafie
yang pintar dan banyak anak muridnya menjadi ulama.

Telah sepakat para ulama bahawa Imam Syafie adalah seorang alim besar di
Timur dan Barat. Imam agama Islam di dunia. Allah SWT himpunkan padanya
apa yang tidak ada pada imam-imam sebelum dan sesudahnya.

Negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang


berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan
teknologi.

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai


murni, dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun,
berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif,
cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul.
Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa depan.

Seterusnya, sebagai guru aspek-aspek pendidikan menurut al-Quran mestilah


dititikberatkan dalam pendidikan iaitu meliputi pendidikan tauhid, ibadah,
keimanan, akal, akhlak, jasmani, keterampilan dan kemasyarakatan.

Sikap guru juga mestilah memiliki sikap adil, lemah-lembut, kasih sayang,
persamaan, musyawarah, persaudaraan, berdisiplin, boleh dijadikan contoh,
memudahkan pengajaran dan mengarak ke masa depan yang maju dan
cemerlang.

Realitinya, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama telah menyediakan


bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan iaitu pelajar di sekolah.

Manakala, para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah
membangunkan modal insan yang berkualiti iaitu berilmu dan berkemahiran
tinggi untuk sebuah negara maju yang membangun.

Oleh itu, pendidikan itu ialah satu proses pengajaran, pembelajaran dan
bimbingan masyarakat dalam aspek kehidupan manusia.

Memperkasakan modal insan

Diterbitkan: Selasa 12 Feb, 2008

Oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling
kritikal dalam mencapai Misi Nasional.

Oleh itu, pembangunan modal insan yang dilaksanakan secara holistik harus
merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek.

Ini termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi


(S&T) serta memiliki sikap, nilai dan etika positif serta progresif melalui
pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Pelaburan dalam modal insan akan diberikan penekanan yang lebih besar dalam
tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) bagi meningkatkan daya tahan
dan pertumbuhan ekonomi, memacu ekonomi berasaskan pengetahuan serta
membentuk masyarakat dengan sistem nilai yang boleh diteladani.

Semuanya ini seiring dengan aspirasi murni Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi yang mahu Malaysia mempunyai rakyat yang berminda kelas
pertama demi mewujudkan bina upaya supaya kemajuan yang akan dicapai lebih
baik dari hari ini dan kemajuan hari ini lebih baik dari semalam.

Pelbagai langkah drastik

Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai langkah drastik diambil, antaranya


ialah:

* Kualiti sekolah rendah dan menengah diperkasakan dengan memperuntukkan


sebanyak RM30 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) termasuk mewujudkan Sekolah cemerlang, Sekolah kluster,
memperkukuhkan profesion perguruan dan merapatkan jurang sekolah bandar
dan luar bandar,

* Yuran peperiksaan dan yuran persekolahan juga dimansuhkan selain


menyediakan skim pinjaman buku teks kepada 5.7 juta pelajar tanpa mengira
pendapatan isi rumah,
di samping itu juga, Perdana Menteri telah mengarahkan supaya profesion
perguruan dimantapkan, elaun guru pendidikan khas dinaikkan, guru ganti
lulusan ijazah diperluaskan, tambahan elaun guru mengajar bahasa Mandarin
dan Tamil turut diberikan.

Selain itu, guru bersara yang berupaya diambil semula berkhidmat sebagai guru
ganti atau tenaga pengajar guru pelatih diberi peluang untuk menyambung
perkhidmatan.

Pelan Strategi Pengajian Tinggi (PSPT) juga dilancarkan untuk mengubah sektor
pengajian tinggi bagi menghasilkan modal insan kelas pertama serta
membangunkan institusi pengajian tinggi bertaraf dunia.

Pelbagai peruntukan

Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan


dan pembangunan (R&D) di empat buah universiti, dengan mengambil langkah
menaikkan taraf Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman Malaysia,
Universiti Pertahanan dan menambahkan kemudahan UiTM untuk menampung
seramai 200,000 pelajar.

Sebanyak RM2 bilion juga disediakan sepanjang tahun 2008 untuk pelbagai
agensi latihan kerajaan selain menaikkan taraf beberapa pusat latihan,
antaranya, Pusat Giatmara, Institut Latihan Perindustrian, Institut Latihan Belia
Negara dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi.

Usaha berterusan juga akan dilakukan untuk terus menaikkan tahap ketrampilan
dalam gunatenaga bagi membangunkan modal insan sesuai dengan matlamat
menuju ke arah persediaan sebagai sebuah negara maju.

Antara usaha yang dilaksanakan termasuk menggalakkan pembelajaran


sepanjang hayat di kalangan rakyat dengan memberikan pelepasan cukai
pengajian peringkat pasca ijazah dan menggalakkan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan modal insan dalam bidang ICT.

Hakikatnya, demi mencapai status negara maju seperti yang terkandung dalam
Wawasan 2020, kerajaan terus mempergiatkan usaha bagi membangunkan
pekerja berpengetahuan, iaitu berdaya saing, fleksibel, dinamik dan
berorientasikan prestasi dan kecemerlangan.

Penulis ialah Timbalan Menteri Penerangan Malaysia. BERNAMA

Вам также может понравиться