Вы находитесь на странице: 1из 7

ARA MUDAH UNTUK MENULIS KARANGAN

Gunakan teknik DiKeMaSeN untuk soalan punca, kesan atau langkah.


Di = Diri sendiri
Ke = Keluarga
Ma = Masyarakat
Se = Sekolah
N = Negara / Kerajaan
A) DIRI SENDIRI
i. PUNCA:
Isi-isi kecil:
1. menghadapi tekanan hidup akibat kemiskinan/kekurangan kasih sayang
2. untuk memanifestasikan sifat kejantanan dan kejaguhan
3. tidak mempraktikkan ajaran agama kerana berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud
dan sudah ketinggalan zaman
4. suka bertindak tanpa berfikir
5. tidak mahu mendengar nasihat
6. didorong oleh nafsu /perasaan ingin tahu/ingin cuba
Frasa/ungkapan menarik:
1. mencurah air di daun keladi
2. ketagih kepada desakan adrenalin
3. remaja yang delinkuen
Kematangan:
Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan pelajar
kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan
sebagainya.
ii. KESAN
Isi-isi kecil:
1. menghancurkan masa depan (-ve)
2. terjebak dalam pelbagai gejala sosial lain yang lebih teruk
3. hilang hala tuju kehidupan
4. menjejaskan maruah keluarga
5. dipandang hina oleh masyarakat
6. dapat memimpin negara dengan lebih kreatif dan optimis(+ve)
Frasa/ungkapan menarik:
1. menconteng arang ke muka keluarga
2. kerana nila setitik rosak susu sebelangga
3. seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
4. air sama air sampah ke tepi juga

5. pemangkin pemacu negara


Kematangan:
Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini, begitulah ungkapan
yang dilontarkan oleh Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya
peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa depan.
iii. LANGKAH
Isi-isi kecil:
1. perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ciri dan sifat mahmudah
2. menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan
3. perlu mempunyai jati diri yang mantap
4. remaja perlu pandai memilih rakan sebaya
5. sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri
Frasa/ungkapan menarik:
1. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
2. di mana ada kemahuan di situ ada jalan
3. generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara
Kematangan:
Bill Gates sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita
tidak berubah.
Pendahuluan (TIA)
(a) Takrif - Industri pelancongan memang merupakan suatu sektor yang penting bagi sesebuah
negara. Hal ini dikatakan demikian kerana industri ini menyumbangkan hasil dan pulangan yang
banyak kepada sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara.
(b) Isu - Dasawarsa ini, industri perlancongan kian berkembang pesat di negara kita dan
bilangan pelancong asing ke negara kita turut meningkat. Daripada perangkaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, jumlah pelancongan ke Malaysia dari Januari
hingga Disenber 2010 ialah 24.6 juta orang.
(c) Arahan - Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menarik kedatangan pelancong asing ke
Malaysia?
Penutup
(a) Kesimpulan - Sebagai konklusinya, izharlah bahawa terdapat banyak sebab yang menarik
kedatangan pelancong asing ke bumi bertuah ini, Malaysia. Sememangnya pelancongan menjadi
suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang
lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju
negara maju dalam abad ini.
(b) Cadangan - Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur
dan tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan industri pelancongan negara.

(c) Harapan - Diharapkan peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan
sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia luar dan dapat menaikkan nama negara
di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di atas peta
TEKNIK MENGHURAIKAN ISI

TEKNIK IMBaKUP
I = Isi (apa) - (1 ayat)
M = Mengapa - (3 - 4 ayat)
Ba = Bagaimana (contoh) - (2 - 3 ayat)
K = Kesan contoh yang menyokong isi - ( 2 - 3 ayat)
P = Penegas (1 ayat)
CONTOH TEKNIK IMBaKUP

TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial

Isi:
- memberikan didikan agama
Mengapa:
1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif
yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi
2. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan
3. dapat membezakan permata dengan batu kelikir
Bagaimana:
1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya
2. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu mencegah
kemungkaran
Kesan:
1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial
2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia
Ungkapan Menarik:
Albert Eistein, Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.

Penegas:
Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk
mengekang gejala sosial daripada meruncing.
Contoh perenggan isi yang lengkap
Peranan ibu bapa yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa
perlulah memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian
kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasiranasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan adanya didikan agama
juga anak-anak dapat membezakan permata dengan batu kelikir kerana mereka telah menjadikan
agama sebagai panduan hidup yang paling afdal daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti
vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng sekolah dan sebagainya. Tanpa agama, kehidupan
seseorang itu akan menjadi terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda. Oleh itu, ibu bapa
perlulah memberikan didikan agama sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar. Bukan itu
sahaja, ibu bapa bapa haruslah memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat kerana solat itu
tiang agama yang mampu mencegah kemungkaran. Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki
didikan agama yang mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala
sosial yang akan merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk
modal insan yang beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat
ditangani. Benarlah kata Albert Eistein, Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan
lumpuh. Izharlah bahawa didikan agama yang mantap merupakan antara wahana yang berkesan
untuk mengekang gejala sosial daripada meruncing.
PENANDA WACANA ISI DAN PERKEMBANGANNYA
1.
-

Isi pertama:
Salah satu langkah yang signifikan ialah ...
Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah

2.
-

Isi yang seterusnya:


Selain itu,
Jika kita lihat / tinjau / kaji dari sudut / dimensi / perspektif yang berbeza,
Seperkara lagi,
Pada masa yang sama,
Meninjau dari skop yang lebih luas,
Dari kaca mata yang lain,
Di samping itu,
Sementara itu,

3.
-

Lebih-lebih lagi,
Seperkara lagi,
Penanda wacana MENGAPA
Hal ini dikatakan / berlaku demikian kerana
Hal ini berlaku / terjadi kerana
Hal ini disebabkan oleh
Hal ini wujud akibat daripada
Hal ini bersangkut-paut dengan
Hal ini berpunca daripada
Hal ini tercetus apabila
Hal ini timbul apabila
Dalam konteks / hal ini
* * * Hal boleh ditukarkan kepada senario / situasi / kemelut / masalah / fenomena

4.
-

Penanda wacana CONTOH:


Tamsilnya,
Buktinya,
Hal ini dapat kita lihat
Misalannya,
Contohnya / Sebagai contoh,
Misalnya,
Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

5.
-

Penanda wacana KESAN CONTOH


Sehubungan dengan itu,
Ekoran daripada peristiwa / isu itu,
Rentetan daripada hal itu,
Lanjutan daripada ....,
Implikasinya / impaknya,
Kesannya,
Natijahnya,... (kesan negatif sahaja)

6.
-

Penanda memulakan atau memasukkan PERIBAHASA


bak / persis kata peribahasa, .......
bak / persis kata peribahasa Melayu, ............
bak / persis kata orang tua-tua, ...........
bak / persis kata mutiara, .........

bak / persis kata peribahasa, ............


bak / persis kata cendekiawan, .............
Hal ini sama dengan peribahasa ..........
Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
Fenomena ini dikatakan
Masalah ini sama dengan peribahasa ...........

7. Penanda wacana PENEGAS:


Ringkasnya
Tegasnya,
Izharlah bahawa
Sesungguhnya,
Pendek kata,
Jadi,
- Oleh itu,

Anda dikehendaki menentukan tema, tugasan dan kumpulan sasaran bagi soalan yang
telah dipilih.
Tema berada pada ayat pernyataan iaitu di bahagian atas soalan.
Tugasan pula biasanya berada pada ayat arahan di bahagian bawah.
Jangan keliru ada soalan tema dan tugasan ditulis bersekali, jadi anda perlu
mengasingkannya seperti karangan A juga.
Kumpulan Sasaran pula perlu merujuk kepada siapa yang ditujukan sama ada para
remaja, para pelajar, anggota masyarakat, dan semua pihak
Langkah ini sangat penting agar anda dapat menulis dengan betul dan karangan anda
tidak terpesong.
LANGKAH 4: TULIS RANGKA KARANGAN SECARA KASAR
Anda wajib merangka terlebih dahulu karangan anda.
Rangka perlu mengandungi 3 bahagian iaitu;
i.

Pendahuluan

ii.

Isi-isi Jawapan

iii.

penutup

Tanpa rangka, penulisan anda akan terganggu atau penceritaan anda akan tersekat-sekat.
Rangka dapat mengelak anda daripada mengulangi isi yang sama dalam perenggan
berikutnya.
Contoh rangka karangan;

BAHAGIAN

KETERANGAN
AT: Bekalangan ini, isu perpaduan kaum semakin hebat diperdebatkan
oleh masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelosok
negara.

KS: Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah menunjukkan


keiltizaman yang tinggi untuk memperkasakan semangat
PENDAHULUAN
perpaduan dalam kehidupan harian mereka.
BI: Persis kata peribahasa,kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya perlu dilaksanakan untuk menjayakan
usaha tersebut.
TG: Persoalannya, apakah cara-cara untuk memperkukuh
perpaduan kaum di Malaysia?

1.Perubahan pihak kerajaan


ISI-ISI JAWAPAN

2.Peranan Media massa


3.Peranan Ibu Bapa
4.Perubahan Sikap individu yang terlibat

AP: Tuntasnya, terdapat pelbagai cara untuk memperkukuh


perpaduan kaum di Malaysia.
AC: Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited
untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain.
PENUTUP

BI: Orang tua-tua ada berpesan, alang-alang menyeluk pekasam


biar sampai ke pangkal lengan, perlu dihayati bersama-sama
untuk menjayakan hasrat murni ini.
AH: Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk mewujudkan
sebuah masyarakat yang bersatu padu akan dapat direalisasikan
menjelang tahun 2020 nanti.

Вам также может понравиться