Вы находитесь на странице: 1из 11

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR STAR

KEDAH DARUL AMAN


KURSUS
DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
SUBJEK
KESIHATAN KOMUNITI (MACH 2212)
TAJUK (CASE STUDY)
NEONATAL JAUNDIS
NAMA
NO. MATRIK

: IZZAT AMIR BIN HAMZAH


: DBMA13 - 1880

NO. KAD PENGENALAN : 940831-08-5915


KUMPULAN

: KUMPULAN 31

AMBILAN

: SESI JANUARI 2013

NAMA PENGAJAR

: ENCIK RAMLI BIN SULONG

BILANGA

PERKARA

MUKA SURAT

N
1.

PENGENALAN

2.

PERNYATAAN MASALAH

3.

PENCARIAN LITERATUR

2-3

4.

PENEMUAN

5.

PERBINCANGAN

6.

CADANGAN/PENYELESAIAN

7.

KESIMPULAN

8.

SENARAI RUJUKAN

4
5-6

PENGENALAN

Neonatal Jaundis adalah warna kekuningan yang berlaku pada kulit yang
disebabkan oleh peningkatan kadar bilirubin dalam darah akibat perpecahan sel darah
merah. Hati bayi yang kurang matang tidak berupaya untuk memproses kandungan
bilirubin yang tinggi. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa
sebulan selepas bayi lahir. Seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan berumur 3
hari mengalami kekuningan pada kulit atau neonatal jaundis dengan keputusan 230
nmol/L (normal kurang daripada 220nmol/L) apabila dijalankan ujian Serum Bilirubin
Capilary (SBC). Lokasi yang biasa dan mudah untuk jaundis neonatal ini dikesan
adalah pada mata,kulit atau pada bahagian muka. Ini adalah keadaan yang normal bagi
bayi baru lahir, tetapi si ibu harus sentiasa mengawasi keadaan bayinya supaya tidak
membawa kepada komplikasi yang lebih teruk ke atas bayi tersebut. Justeru, ibu harus
mengikuti rawatan yang disediakan oleh Klinik Ibu dan Anak.

PENYATAAN MASALAH

Di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bakar Bata didapati kes Neonatal Jaundis ini
adalah yang keadaan yang paling kerap terjadi dan dianggap satu kes yang perlu diberi
perhatian kerana penyakit ini berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kematian.
Berdasarkan statistik,kebanyakkan bayi yang baru lahir akan menghadapi masalah ini
namun dengan kerjasama ibu bapa diperlukan untuk mendapatkan rawatan tentang
masalah ia mampu mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin terjadi kepada
bayi.
Pengesanan neonatal jaundice yang lewat pada bayi boleh menyebabkan
kerosakan pada otak terutamanya bayi pramatang menyebabkan kecacatan seperti
penyakit Kernicterus.

PENCARIAN LITERATURE
Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan
keadaan organ hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses
penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih
cenderung terkena kuning iaitu sebanyak 80% berbanding bayi yang lahir cukup bulan
menurut Hawker Broke,(1998)
Menurut Pashankar (2001), faktor umum seperti bayi pramatang, kurang minum
air dan darah yang terminum semasa proses kelahiran juga menyumbang kepada
neonatal jaundis. Tambahan disebabkan oleh jangkitan kuman (sepsis) seperti jangkitan
pada otak, jangkitan salur kencing dan jangkitan dalam kandungan yang disebabkan
oleh virus Rubella atau Toxoplasma.
Merujuk pula kepada Robert Jackson, Kekurangan enzim Glucose-6-phosphate
dehydrogenase (G6PD) pada bayi boleh menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil
apabila terdedah pada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

PENEMUAN
Umur

Bacaan SBC-MG%

Tindakan

0 24 jam
> 24 jam - 48 jam
> 48 jam

SB cap Venous blood


Any jaundice
> 10
10 -12

Dimasukan hospital
Dimasukan hospital
Pemeriksaan SBC setiap

( 2 hari 5 hari)

hari
12

Dimasukan di wad
Rawatan Fototerapi jika
bacaan SBC lebih 15

6 14 hari

10 15

Pemeriksaan SBC selang


satu hari (EOD)

> 14 hari

15

Dimasukan di wad

> 10

Rujuk Pegawai Perubatan


untuk melanjutkan Jaundice
( direct @ indirect)
LFT urine, C&S, FBC &
Retic Count

Pada sebarang umur kecuali < 24 jam

< 10

Trace and cord blod TSH


Discaj & lawatan kerumah
oleh JM
Rujuk jika terdapat sebarang
masalah jaundis ditemukan.

Berdasarkan jadual di atas, sepanjang saya berada di Klinik Ibu dan Anak, ramai
bayi baru lahir yang menghidapi penyakit neonatal jaundice atas faktor-faktor seperti
direkodkan.
Terdapat komplikasi boleh terjadi akibat neonatal jaundis teruk iaitu penyakit
Kernicterus.

Kernicterus

adalah

chronic
2

bilirubin

encephalopathy

disebabkan

hiperbilirubinemia yang berpanjangan akibat rawatan lewat yang akan menyebabkan


gangguan pada fungsi cerebral palsy dan pendengaran. Ini boleh mengakibatkan
gangguan proses pembelajaran dalam tempoh perkembangan bayi tersebut.
Neonatal Jaundis berpanjangan adalah bermaksud keadaan kekuningan
berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi
pramatang. Ini boleh disebabkan oleh penyusuan susu ibu sepenuhnya. Jaundis yang
seperti ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan
tradisional.

PERBINCANGAN
Jaundice berasal dari perkataan Perancis 'jaune yang bermakna kuning. Sel
darah merah yang terurai menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini
adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kandungan partikelnya
menjadi larut air. Setelah itu sebahagiannya akan di keluarkan menjadi urin
2

menyebabkan urin berwarna kuning. Selebihannya pula akan dikeluarkan melalui najis
melalui saluran hempedu menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan.
Neonatal Jaundis juga boleh berlaku apabila terdapat trauma di kepala
disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum. Kenyataan ini adalah disokong
oleh laman Web rasmi Info Kesihatan.
Terdapat beberapa simptom neonatal jaundis yang boleh dikenalpasti pada bayi
baru lahir seperti jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan, , anak sebelum
ini pernah mengalami jaundis teruk, peningkatan kekuningan yang cepat , bayi
kelihatan tidak aktif serta tidak mahu menyusu dan akhir sekali najis bayi kelihatan
pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
Komplikasi boleh terjadi akibat neonatal jaundis teruk iaitu penyakit kernicterus.
Kernicterus adalah chronic bilirubin encephalopathy disebabkan hiperbilirubinemia yang
berpanjangan akibat rawatan lewat boleh mengakibatkan gangguan pada fungsi
cerebral palsy dan pendengaran. Gangguan proses pembelajaran akan terjadi dalam
tempoh perkembangan bayi tersebut. Neonatal Jaundis juga boleh berlaku apabila
terdapat trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum.
Justeru, Pengesanan awal adalah penting dan Pemantauan bayi yang berisiko
tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk. Tindakan awal mengesan jaundis dapat
memastikan rawatan yang cepat dan mengurangkan komplikasi.

PENYELESAIAN

Jaundis boleh dirawat dengan rawatan fototerapi dan dengan cara transfusi
darah. Penyusuan ibu sebaik sahaja bayi bru lahir amat membantu untuk
mengurangkan komplikasi jaundis. Pengesanan tanda jaundis yang awal pada bayi
berisiko amat penting untuk merawat jaundis antara yang berisiko ke atas bayi pramatang dan bayi yang kurang berat badan. bayi ini cuma dibenarkan mengambil susu
2

badan sahaja bagi membantu penguraian sel bilirubin tidak konjugakat kepada serum
bilirubin konjugat.
Rawatan awal seperti rawatan kepada penyebab neonatal jaundis dan rawatan
faktor penyebab contohnya pemberian penyusuan ibu sepenuhnya bermula bayi
dilahirkan tanpa memberi penyususan susu lain contohnya susu formula. Ibu perlu
mengambil diet yang seimbang seperti memperbanyakkan sayur-sayuran dan elak
memakan makanan panas dan pedas.
Jika jaundis berterusan melebihi 14 hari, sila dapat rawatan segera dari pusat
kesihatan berhampiran.
Rawatan Fototerapi adalah penggunaan cahaya spektrum biru lampu khas dapat
merendahkan paras bilirubin. Biasanya dimulakan bila bilirubin mencapai jumlah
222microm/l. Ia akan dijalankan sehingga paras bilirubin menurun ke tahap lebih
rendah yang boleh membantu dalam mengurangkan pembentukan bilirubin di mana
akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya yang dikeluarkan melalui urin dan
feces. Mata bayi perlu ditutup semasa terapi ini dijalankan kerana cahaya boleh
merosakkan mata bayi akibat pendedahan lama pada cahaya.

Selain itu, Pertukaran darah juga dilakukan untuk merawat neonatal jaundis iaitu
apabila bilirubin yang mencapai tahap yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir
adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara
terakhir bagi menghindarkan komplikasi kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan
ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan etiologi jaundis tersebut.
Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang
dipasang di saluran darah di pusatnya dan memasukkan darah baru juga secara
perlahan-lahan. Proses Pertukaran Darah ini memakan masa sehingga 5-6 jam.

KESIMPULAN
Kes neonatal jaundice merupakan kes lazim bagi bayi yang baru lahir. Neonatal
jaundis adalah satu penyakit yang perlu di beri perhatian oleh masyarakat kerana
komplikasi neonatal jaundis adalah sangat teruk sehingga boleh mengakibatkan
kerosakan otak dan juga kematian.Keadaan neonatal jaundis juga perlu dikesan awal
sebaik sahaja bayi dilahirkan agar rawatan awal dan berkesan dapat diambil.
Pendidikan kesihatan di pusat kesihatan atau di klinik Ibu dan Anak perlu dipergiatakan

bagi memberi pengetahuan kepada ibubapa bayi yang baru lahir tentang penjagaan
bayi jaundis. Pencegahan amatlah penting sebelum keadaan ini menjadi lebih teruk.
Namun, Ibu bapa tidak perlu risau akan tentang perkara ini.Kerana simtom
jaundis akan hilang setelah sebulan tempoh kelahiran. Bagi ibu bapa yang menghadapi
keadaan ini pula, apa yang perlu dilakukan ibubapa sekiranya anak mereka mengalami
jaundis ialah dengan hanya perlu membawa bayi mereka ke klinik kesihatan bagi
menjalani ujian serum bilirubin supaya memudahkan rawatan lanjut.
Selain itu juga, mengikuti nasihat doktor adalah perlu bagi membantu dalam
mengawal permasalahan ini bagi mengelakkan tahap serum bilirubin yang rendah
daripada meningkat secara terus. Antara nasihat yang diberi adalah pemberian susu
badan kerana susu badan mampu membantu dalam penguraian serum bilirubin tidak
konjugat.

RUJUKAN

1. Guyton, Arthur, and John Hall (2004). Textbook of Medical Physiology. EnglandSaunders.
2. Corpas FJ et al. (1998). "A dehydrogenase-mediated recycling system of NADPH in
plant peroxisomes". Page: 777784.

3. Pashankar, Schreiber, RA (2001). "Jaundice in older children and adolescents".


Oxford Medical Publication : United States.

4. Bhutani VK et al (2000). Pediatrics.


5. Bhutani VK, Donn SM, Johnson L( 2005). Risk Management of severe neonatal
hyperbilirubinemia to prevent kernicterus. Clin Perinatol.
6. Amato M, Inaebnit D (1991). "Clinical usefulness of high intensity green light
phototherapy in the treatment of neonatal jaundice". Churchill Livingstone-United States
of America
7. Colletti JE, Kothari S, Kothori S, Jackson DM, Kilgore KP, Barringer K (2007). "An
emergency medicine approach to neonatal hyperbilirubinemia". Clinton-Northem.

Вам также может понравиться