Вы находитесь на странице: 1из 14

BAB DUA

AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN


UMMAH

Mujahadah

Bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaan Allah


S.W.T.

Pertarungan menentang nafsu dan perjuangan


menegakkan agama Allah S.W.T.

Perlu dilakukan secara beristiqamah, pada setiap masa


dan tempat sehingga ke akhir hayat

Kufur
Tidak mempercayai Allah S.W.T
serta mengingkari dengan hati
ajaran yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad s.a.w
Terbahagi kepada dua:
1.Kufur Hakiki: ingkar atau
menafikan rukun iman dan menolak
syariat yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w
2.Kufur nikmat: mengingkari Allah
S.W.T sebagai pemberi nikmat kepada
manusia

Khuraf
at

Kepercayaan dan perbuatan


karut yang dianggap mempunyai
hubungan dengan ajaran Islam,
sedangkan ia bertentangan
dengan konsep akidah, akhlak
dan syariah dalam Islam

Menganut
Ajaran
Sesat
Setiap ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang
Islam atau orang-orang bukan Islam, tetapi mendakwa ajaran
atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan
kepada ajaran Islam pada hakikatnya ajaran atau amalan yang
dibawa itu bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah

Antara ciri-ciri ajaran sesat ialah:


Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima
wahyu
Guru membuat pengakuan memegang kunci syurga
Mengaku bahawa gurunya adalah nabi
Mempercayai amalan zikir boleh menangguhkan hari
qiamat
Penyerahan diri sama ada dari segi jasmani dan
rohani kepada kepada guru melalui nikah batin

PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN


UMMAH

Melaksanakan perintah Allah S.W.T dan RasulNya dengan bersungguhsungguh dan penuh kerelaan hati.
Tidak melakukan sebarang kemungkaran sama ada secara terang atau
sebaliknya.
Kesan- kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara dan
rakyat akan hidup dengan aman dan tenteram.

Ummah yang memiliki akidah yang jitu dapat memahami dengan jelas
akan halatuju kehidupan mereka.
Mempunyai kesedaran bahawa tujuan mereka diciptakan semata-mata
untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Hasilnya - kehidupan ummah ini akan terbina di atas asas yang kukuh
dan kehidupan mereka akan sentiasa bahagia dan tenang.

Ummah yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakidah.


Akidah memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah rupa diri
ummah pada masa kini

Mengukuhkan Kecemerlangan Ilmu


Penekanan akidah yang berkesan akan melahirkan ummah yang
sentiasa cintakan ilmu, cintakan kecemerlangan dan kegemilangan
Hasil didikan dan asuhan Rasulullah s.a.w melalui akidah, syariah dan
akhlak telah ramai muncul individu-individu yang mencapai
kecemerlangan dalam seluruh aspek kehidupan

Memiliki daya kekuatan untuk memahami sesuatu isu dalam masyarakat


dengan membuat penilaian secara kritis antara kebenaran dan kepalsuan
melalui panduan al-Quran.
Tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari
garis panduan Islam

Membangun Ekonomi Ummah Secara Komprehensif


Allah S.W.T telah memerintahkan manusia supaya membangun dan
memakmurkan muka bumi dengan pertanian, perindustrian dan apa
jua bentuk kemakmuran.
Hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh syariat
Islam

Sebagai khalifah di muka bumi dan mestilah melaksanakan tanggungjawabnya


dengan sebaik mungkin.
Perasaan takut dan gerun terhadap balasan Allah S.W.T menjadikan seseorang
pemimpin itu bertindak atas dasar keadilan dan kejujuran.
Kesan - Pentadbiran negara dapat diuruskan dengan baik, seterusnya Allah S.W.T
akan memberi rahmat dan keampunan

Membangun Kecemerlangan Ummah Dalam Bidang Sains


dan Teknologi
Umat Islam mestilah bertanggungjawab untuk membangunkan ilmu sains
dan teknologi.
Supaya usaha dakwah dapat dipertingkatkan dengan cara yang lebih
praktikal.
Melalui akidah yang kukuh sahaja mampu menjadi benteng kekuatan
ummah dalam melawan arus pembangunan yang semakin pesat

Akidah merupakan tunggak kekuatan ummah


dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Tanpa pembinaan akidah yang mantap segala


usaha yang dijalankan untuk memperbaiki
ummah era mutakhir ini akan menghadapi
kegagalan demi kegagalan yang akhirnya akan
meruntuhkan tamadun ummah

Вам также может понравиться