Вы находитесь на странице: 1из 26

5.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Tajuk analisis dan interpretasi data membincangkan instrumen pengumpulan data


dan cara menganalisis data. Jadual no menunjukkan kaedah, instrumen dan juga
kaedah menganalisis data yang digunakan oleh pengkaji.

Kaedah

Penerangan

Intrumen

Mengumpul Data
1. Temu bual

Kaedah
Menganalisis

Tujuan:

Meneroka

dan

memperolehi Protocol

maklumat secara mendalam

temu bual

Data
Transkripsi /
catatan

Jenis: Pengkaji menggunakan temu bual


tidak berstruktur dengan memberi soalan
secara terbuka kepada subjek kajian yang
dipilih secara rawak.
Contoh: Mengapa anda tidak mengikuti
2. Pemerhatian

aktiviti Pendidikan Jasmani?


Tujuan: Meneroka fenomena yang wujud Senarai

Statistik

secara semula jadi dengan memberikan semak

deskriptif

perhatian terhadap sebab dan kesan atau


hubungan yang saling berkait.
Jenis:

Pengkaji

menggunakan

kaedah

pemerhatian berstruktur dan memfokuskan


kepada aspek-aspek tingkah laku subjek.
Pengkaji telah menentukan pencapaian
yang ingin diperhatikan iaitu jumlah murid
yang memakai memakai pakaian sukan.

Pengkaji melaksanakan kaedah ini sebagai


pemerhati

penuh

dan

merekod

data

menggunakan borang senarai semak.


Jadual 1 kaedah pengumpulan data kajian

Merujuk kepada jadual 1 instrumen pengumpulan data dalam kajian ini telah ditadbir
sendiri oleh pengkaji berasaskan kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian. Instrumen
pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji adalah temu bual tidak berstruktur dan
juga menggunakan kaedah pemerhatian dengan menggunkan borang senarai semak.
Pengkaji menggunakan kaedah temu bual bagi menjawab persoalan mengenai
penglibatan subjek dalam aktiviti pendidikan jasmani. Manakala pengkaji menggunakan
kaedah pemerhatian untuk menjawab persoalan kedua kajian mengenai jumlah murid
menggunakan pakaian sukan semasa kelas pendidikan jasmani.

a)

Temu Bual Tidak Berstruktur

Kaedah pengumpulan data pertama yang telah pengkaji gunakan adalah kaedah
temubual. Pengkaji menggunakan temu bual tidak berstruktur dan memilih beberapa
orang murid secara rawak dan memberikan mereka tiga soalan yang mudah untuk
mereka jawab secara terbuka. Melalui kaedah temu bual tidak berstruktur pengkaji dapat
meneroka dan memperoleh maklumat secara mendalam tentang subjek kajian. Ini
disokong oleh Gay dan Arassian (2000) dalam Ra (2012), temu bual tidak berstruktur
digunakan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam dengan satu fenomena atau
isu. Pengkaji menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur untuk mengukuhkan lagi
persoalan kedua kajian iaitu adakah penggunaan sistem Award Cup dapat meningkatkan
jumlah murid memakai pakaian sukan semasa aktiviti pendidikan jasmani.

b)

Pemerhatian

Seterusnya pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian bagi kaedah pengumpulan


data yang kedua dalam kajian ini. Tujuan kaedah pemerhatian adalah untuk melihat
sendiri dan mengumpul maklumat tentang masalah atau kelemahan murid-murid tahun
Empat Harapan yang sering tidak mengikuti aktiviti semasa kelas Pendidikan Jasmani
dijalankan. Menurut Mohd Majid Konting (1998) kaedah pemerhatian merupakan
kaedah yang mudah dijalankan kerana hanya memerlukan pengkaji membuat
pemerhatian, mendengar dan mencatat maklumat yang diperolehi. Pengkaji bercadang
menjalankan pemerhatian dan menggunakan kaedah pemerhatian subjek kajian yang
mana pengkaji telah menjadi pemerhati penuh. Pengkaji menjalankan proses
pemerhatian berdasarkan senarai semak yang mengandungi item-item tingkah laku
murid-murid semasa kelas pendidkan jasmani.

Menurut

Rosinah

Edinin

(2012)

pemerhatian

yang

dilakukan

menggunakan senarai semak lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada
pengkaji untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan pengkaji lain. Proses pemerhatian
dijalankan berdasarkan borang senarai semak Cohen, Manion, & Morisson (2001).
Senarai semak pemerhatian terdiri daripada 4 item atau kriteria yang terlibat yang perlu
diperhatikan semasa kelas pendidikan jasmani iaitu murid memakai kasut yang seseuai
kriteria 1 (K1), murid memakai seluar sukan (K2), murid memakai baju sukan (K3), dan
juga murid memakai pakaian sukan yang lengkap (K4). Pengkaji akan menanda ( / )
bagi subjek yang menepati kesemua kriteria yang ditetapkan dalam borang senarai
semak.

5.1

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji menerangkan cara menganalisis data daripada kaedah pemerhatian, nota


lapangan dan juga kaedah temu bual tidak bertsruktur.

5.2

PERSOALAN SATU

Berdasarkan persoalan pertama kajian iaitu adakah terdapat peningkatan kepada


tahap penglibatan murid dalam aktiviti pendidikan jasmani dengan menggunakan
sistem Award Cup, pengkaji telah menjalankan kaedah temu bual dengan memilih
beberapa orang subjek secara rawak dalam setiap kumpulan dalam kelas 4 Harapan
yang mempunyai 33 orang murid. Pengkaji menjalankan kaedah temu bual ini
sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi dijalankan. Hal ini adalah bertujuan
untuk memperolehi maklumat dan masalah murid yang tidak mahu melibatkan diri
dalam aktiviti pendidikan jasmani.

Penggunaan kaedah temu bual ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti


adakah penggunaan sistem Award Cup ini dapat meningkatkan tahap penglibatan
murid dalam mengikuti aktiviti pendidikan jasmani. Penilaian menggunakan kaedah
ini dijalankan dengan memberi soalan secara terbuka kepada murid yang didapati
tidak melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani. Pengkaji ingin mengetahui
perasaan subjek mengenai aktiviti yang dijalankan. Pengkaji menjalankan temu bual
yang pertama iaitu sebelum sistem Award Cup dilaksanakan. Pengkaji melaksanakan
kaedah ini secara bersemuka dengan murid pada akhir sesi pengajaran pendidikan
jasmani dan pengkaji merekod data dengan menggunakan catatan menganalisis data
menggunakan transkripsi.

Jadual 5: Analisis temu bual 3 item sebelum intervensi dilaksanakan

Item

Penyataan

Refleksi Pengkaji

Tema

(Data
Mentah)
subjek
dipilih secara
rawak
1) Mengapakah kamu Jawapan :
tidak

mengikuti Tidak seronok

Didapati
tidak

bahawa

subjek

berminat

untuk

aktiviti pendidikan

mengikuti

jasmani pada hari

dijalan oleh pengkaji.

ini?
2) Bagaimana dengan Jawapan :
pengjaran

Subjek

aktiviti

didapati

yang

tidak

guru Bosan dengan berminat untuk mengikuti

Pendidikan

aktiviti

Jasmani

yang aktiviti pendidikan jasmani

kamu tidak seronok

sebelum ini?

semasa guru yang lama


mengajar. Hal ini berlaku
disebabkan sesi pengajaran
yang berlaku tidak dapat
menarik minat subjek dan
memberikan
kepada

motivasi

mereka

mengikuti
3) Apakah
pandangan
dengan

Jawapan :
kamu Bosan

aktiviti tidak seronok

aktiviti

pendidikan jasmani
Didapati
subjek

dan berminat
yang

untuk

dengan

tidak
aktiviti

dijalankan

oleh

semasa

kelas

Hal

ini

yang guru kamu

pengkaji

ajar?

dijalankan.

Perasaan
Subjek

disebabkan

kaedah

pengajaran

yang

disampaikan

tidak

dapat

menarik minat subjek.

Berdasarkan contoh 3 item yang telah disoal kepada beberapa orang subjek kajian
yang dipilih secara rawak, pengkaji telah mendapati kesemua subjek tidak merasa
seronok dengan aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti pendidikan jasmani. Secara
keseluruhanya, subjek tidak tertarik dengan aktiviti yang diajar oleh guru pendidikan
jasmani semasa kelas sedang dijalankan. Hal ini adalah disebabkan oleh subjek tidak
termotivasi untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan semasa kelas pendidikan jasmani tidak dapat memberi
kesan kepada mereka untuk memberikan mereka motivasi untuk mengikuti aktiviti
yang dijalankan. Hal ini memberikan kesan kepada aktiviti guru kerana kekurangan
ahli dalam kumpulan murid menyukarkan pelaksanaan aktiviti djalankan.

Jadual 6: Analisis temu bual 3 item selepas intervensi dilaksanakan

Item

Penyataan

Refleksi Pengkaji

Tema

(Data
Mentah)
subjek
dipilih secara
rawak
perasaan Jawapan :

1) Apakah
kamu

mengikuti Seronok

Didapati

bahawa

dan merasa

subjek

seronok

apabila

aktiviti pendidikan best

mengikuti

aktiviti

jasmani pada hari

pendidikan jasmani. Hal ini

ini?

disebabkan

penggunaan

sistem Award Cup yang


telah
2) Bagaimana dengan Jawapan :
pengajaran
Pendidikan
Jasmani

guru Seronok

dijalankan

oleh

pengkaji.
Subjek didapati

merasa

seronok dengan pengajaran

kerana

ada dan

kamu hadiah

pembelajaran

dijalankan

sekarang?

oleh

yang

pengkaji

kerana mereka bersemangat


untuk mendapatkan hadiah
yang
semasa

dipertandingkan
kelas

pendidikan

jasmani. Subjek mempunyai

3) Apakah
pandangan
dengan

Jawapan :
kamu Seronok,
aktiviti setiap

semangat

untuk

merebut

hadiah

bersaing
yang

disediakan.
Didapati subjek memberi
pandangan

yang

positif

kali kepada soalan item ketiga

yang guru kamu kelas

yang

ajar?

pengkaji. Hal ini disebabkan

pendidikan

diberikan

oleh

Perasaan
Subjek

jasmani
hadiah

ada mereka bersemangat untuk


merebut

hadiah

disediakan

oleh

yang
pengkaji

dalam sistem Award Cup


yang

dijalankan

oleh

pengkaji dalam kajian ini.

Setelah menjalankan intervensi kepada kelas tersebut, pengkaji memberi soalan


yang hampir sama dengan 3 item semasa temu bual yang pertama dijalankan, tetapi
pengkaji telah mengubah suai sedikit soalan untuk temu bual selepas intervensi
dijalankan. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, pengkaji dapati murid merasa
seronok dengan aktiviti yang dijalankan selepas pengkaji menggunakan intervensi
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.

Pada mulanya, melalui 3 item yang di berikan secara rawak kepada


murid yang tidak mengikuti aktiviti, mereka tidak merasa seronok dengan aktiviti
yang di ajarkan oleh guru mereka iaitu sebelum intervensi dijalankan. Namun
selepas pengkaji menggunakan intervensi iaitu sistem Award Cup dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan jasmani, murid merasa seronok dengan sistem Award
Cup yang di jalankan. Mereka merasa bersemangat untuk mengikuti aktiviti kerana
ingin mendapatkan hadiah yang dipertandingkan. Hal ini menunjukkan subjek
merasa seronok untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan.

5.3

PERSOALAN KEDUA

Bagi menjawab persoalan kedua kajian, iaitu adakah terdapat peningkatan terhadap
murid yang memakai pakaian sukan semasa aktiviti pendidikan jasmani

menggunakan sistem Award Cup, pengkaji telah menjalankan kaedah pemerhatian


terhadap jumlah subjek yang memakai pakaian sukan semasa aktiviti pendidikan
jasmani dijalankan. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dengan
menggunakan borang senarai semak yang mengandungi 4 item yang terlibat.

4 item atau kriteria yang terlibat iaitu murid memakai kasut yang sesuai
bagi kriteria 1 (K1), murid memakai seluar sukan (K2), murid memakai baju sukan
(K3), dan juga murid berpakaian kemas (K4). Pengkaji menanda ( / ) bagi subjek
yang memakai pakaian sukan dan menepati kesemua item atau kriteria yang
ditetapkan oleh pengkaji semasa kelas pendidikan jasmani. Pengkaji telah mengubah
suai borang senarai semak pemerhatian berstruktur Cohen, Manion, & Morrison
(2001) dalam buku Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan, Rosinah Edinin
(2012).

Jumlah kriteria atau pun item yang diperhatikan oleh pengkaji dapat
memberi gambaran mengenai jumlah subjek yang memakai pakaian sukan yang
lengkap semasa kelas pendidikan jasmani. Analisis kriteria dilakukan secara
kualitatif dan menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang
disediakan. Pengkaji mempersembahkan setiap data dalam bentuk peratus melalui
graf bar. Frekuensi adalah kekerapan sesuatu taburan data. Peratus adalah nisbah
bilangan yang diperolehi dengan jumlah bilangan darab dengan peratus. Contoh
pengiraan, peratus, % =

MINGGU

Kekerapan / Bilangan responden X 100% = .

ITEM KEKERAPAN

PERATUS

K1

23 orang

69%

K2

25 orang

75%

MINGGU PERTAMA

K3

25 orang

75%

K4

25 orang

75%

Rajah no: Jadual senarai semak minggu pertama sebelum pelaksanaan


intervensi
Diubahsuai dari Cohen, Manion, & Marisson. (2001) dalam Penyelidikan Tindakan
Kaedah dan Penulisan:
Rosinah Edinin (2012)
Petunjuk: K1 Murid memakai kasut yang sesuai, K2 Murid memakai seluar sukan, K3
Murid memakai baju sukan, K4 Murid memakai pakaian kemas

Jadual no di atas menunjukkan jadual kekerapan yang diperolehi pengkaji pada minggu
pertama memasuki kelas 4 Harapan yang mempunyai 33 orang jumlah murid. Data
kekerapan ini diperolehi sebelum pelaksanaan intervensi dijalankan. Melalui jadual
tersebut didapati, 23 daripada 33 orang murid memakai kasut yang sesuai semasa
aktiviti pendidikan jasmani dijalankan iaitu dengan peratusan 69%. Hal ini dinilai
mengikut item atau kriteria 1 yang disediakan oleh pengkaji. Oleh itu terdapat 10 orang
murid yang tidak memakai kasut yang sesuai semasa aktiviti pendidikan jasmani
dijalankan.

Kriteria 2 menunjukkan sebanyak 25 orang murid memakai seluar sukan


dengan 75% dan 8 orang murid tidak memakai seluar sukan. 8 orang daripada 33 orang
murid hanya memakai seluar sekolah untuk mengikuti aktiviti pendidikan jasmani.
Seterusnya adalah jumlah murid memakai pakaian sukan pada kriteria 3 iaitu sebanyak
25 orang memakai baju sukan dengan 75% dan selebihnya tidak memakai baju sukan
iaitu 8 orang murid. Kriteria yang terakhir menunjukkan sebanyak 25 orang memakai
pakaian sukan yang lengkap iaitu memakai seluar dan baju sukan yang lengkap dengan

75% berbanding 8 orang yang tidak memakai pakaian sukan yang lengkap dengan
hanya 25%.

MINGGU

MINGGU KEDUA

ITEM KEKERAPAN

PERATUS

K1

22

66%

K2

25

75%

K3

26

78%

K4

25

75%

Rajah no: Jadual senarai semak minggu kedua pengkaji mula melaksanakan
intervensi

Jadual no di atas menunjukkan jadual kekerapan yang diperolehi pengkaji pada minggu
kedua dan pada kali ini pengkaji sudah memperkenalkan intervensi kepada murid iaitu
sistem Award Cup. Data kekerapan ini diperolehi semasa pelaksanaan intervensi mula
dijalankan. Melalui jadual tersebut didapati, 23 daripada 33 orang murid memakai kasut
yang sesuai semasa aktiviti pendidikan jasmani dijalankan iaitu dengan peratusan 66%.
Hal ini adalah disebabkan murid masih belum memahami dengan betul intervensi yang
dijalankan. Oleh itu terdapat 11 orang murid tidak memakai kasut yang sesuai semasa
aktiviti pendidikan jasmani dijalankan dengan peratusan 34%.

Kriteria 2 menunjukkan sebanyak 25 orang murid memakai seluar sukan


dengan 75% dan 8 orang murid tidak memakai seluar sukan menunjukkan jumlah yang
sama dengan minggu pertama. 8 orang daripada 33 orang murid hanya memakai seluar
sekolah untuk mengikuti aktiviti pendidikan jasmani. Seterusnya adalah jumlah murid

memakai pakaian sukan pada kriteria 3 iaitu sebanyak 26 orang memakai baju sukan
dengan 78% dan selebihnya tidak memakai baju sukan iaitu 8 orang murid. Kriteria
yang terakhir menunjukkan sebanyak 25 orang memakai pakaian sukan yang lengkap
iaitu memakai seluar dan baju sukan yang lengkap dengan 75% berbanding 8 orang
yang tidak memakai pakaian sukan yang lengkap dengan hanya 25%.

MINGGU

MINGGU KETIGA

ITEM KEKERAPAN

PERATUS

K1

28

84%

K2

29

87%

K3

30

90%

K4

29

87%

Rajah no: Jadual senarai semak minggu ketiga untuk kali kedua pengkaji
menjalankan intervensi.

Rajah no menunjukkan minggu ketiga pengkaji menjalankan kajian dan kali kedua
melaksanakan intervensi. Melalui jadual tersebut, didapati peningkatan yang ketara pada
K1 iaitu sebanyak 28 orang murid memakai kasut yang sesuai dengan peratusan 84%
berbanding 5 orang murid yang tidak memakai kasut yang sesuai dengan 16%. K2
menunjukkan peningkatan jumlah memakai seluar sukan iaitu dengan jumlah 29 orang
murid memakai seluar sukan berbandingan 4 orang yang masih memakai seluar sekolah.

Pada kriteria 3 berlaku peningkatan jumlah murid memakai baju sukan


iaitu sebanyak 30 orang dengan peratusan 90% berbanding 3 orang yang tidak memakai
baju sukan. Kriteria yang terakhir juga meningkat dengan 29 orang murid memakai
pakaian sukan yang lengkap dengan peratusan 87% berbanding 4 orang murid yang
tidak memakai pakaian sukan dengan lengkap.

MINGGU

MINGGU KEEMPAT

ITEM KEKERAPAN

PERATUS

K1

30

90%

K2

31

93%

K3

32

96%

K4

31

93%

Rajah no: Jadual senarai semak minggu keempat untuk kali terakhir pengkaji
menjalankan intervensi.

Rajah no menunjukkan data kekerapan terakhir pengkaji melaksanakan kajian dan juga
intervensi. Merujuk jadual di atas, terdapat 30 orang murid yang memakai kasut yang
sesuai semasa aktiviti pendidikan jasmani dijalankan. Hal ini peningkatan peratusan
dengan 90% berbanding dengan hanya orang yang masih memakai kasut sekolah dalam
kelas pendidikan jasmani. K2 menunjukkan peningkatan jumlah murid memakai seluar
sukan iaitu sebanyak 31 orang dengan 93% dengan hanya 2 orang sahaja yang masih
memakai seluar sekolah.

Kriteria yang seterusnya K3 iaitu jumlah murid memakai baju sukan


menunjukkan hanya 1 orang sahaja murid yang tidak memakai baju sukan dan 32 orang
yang lain memakai baju sukan dengan peratusan 96%. Hal ini menunjukkan
peningkatan yang memberansangkan daripada jumlah sebelum pelaksanaan intervensi
dijalankan. Kriteria yang terakhir K4 iaitu jumlah murid memakai pakaian sukan yang
lengkap sebanyak 31 orang murid dengan peratusan 93% dan hanya 2 orang sahaja yang
tidak memakai pakaian yang lengkap.

Rajah no Graf perbandingan kekerapan subjek kajian memakai pakaian sukan sebelum
dan selepas intervensi selama masa 4 minggu

Chart Title
120
100
80
60
40
20
0

MINGGU 1

MINGGU 2
K1

MINGGU 3
K2

K3

MINGGU 4

K4

Rajah no Graf perbandingan kekerapan subjek kajian memakai pakaian sukan sebelum
dan selepas intervensi selama masa 4 minggu

Petunjuk: K1 Murid memakai kasut yang sesuai, K2 Murid memakai seluar sukan, K3
Murid memakai baju sukan, K4 Murid memakai pakaian kemas

Berdasarkan rajah no menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap jumlah subjek


kajian yang memakai pakaian sukan dengan lengkap semasa kelas pendidikan jasmani
dijalankan. Pada minggu pertama iaitu sebelum pengkaji melaksanakan intervensi
didapati terdapat hampir 25% subjek tidak memakai pakaian sukan yang sesuai semasa
kelas pendidikan jasmani berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh
pengkaji. Pada minggu pertama jumlah subjek kajian memakai kasut yang sesuai pada
masa pendidikan jasmani adalah sebanyak 69% berbandingan dengan 31% yang tidak
memakai kasut yang sesuai. K2 iaitu subjek kajian memakai seluar sukan sebanyak 75%
dan K3 iaitu subjek kajian memakai baju sukan sebanyak 75% dan begitu juga dengan
K4 iaitu subjek kajian memakai pakaian sukan yang kemas dan lengkap. Hal ini
menunjukkan terdapat 8 orang subjek kajian tidak memakai pakaian sukan pada minggu
pertama pengkaji melaksanakan pemerhatian dalam kelas 4 Harapan.

Pada minggu kedua pengkaji mula memperkenalkan intervensi kepada


subjek kajian dan didapati sebanyak 66% peratusan subjek kajian yang memakai kasut
yang sesuai dan 34% tidak memakai kasut yang sesuai pada K1. Begitu juga pada K2,
peratusan subjek yang memakai seluar sukan iaitu sebanyak 75% dengan hanya 25%
subjek yang lain tidak memakai seluar sukan. Pada K3 terdapat 3% peningkatan
peratusan subjek memakai pakaian sukan berbandingan dengan minggu yang pertama
dengan peratusan pada minggu ini ialah 78%. Namun peratusan subjek memakai
pakaian lengkap pada K4 kekal seperti minggu pertama dengan tiada perubahan iaitu
sebanyak 75%. Data peratusan kekerapan subjek memakai pakaian sukan pada minggu
ini tidak terdapat banyak perubahan kerana subjek belum mengetahui intervensi dengan
betul.

Seterusnya pada minggu ketiga pengkaji menjalankan intervensi, terdapat


peningkatan pada K1 iaitu subjek memakai kasut yang sesuai semasa kelas pendidikan
jasmani dijalankan dengan peratusan sebanyak 84%. Hal ini menunjukkan hanya
terdapat 16% sahaja subjek yang tidak memakai kasut yang sesuai. Peratusan yang
meningkat juga ditunjukkan pada K2 iaitu subjek memakai seluar sukan dengan
peratusan sebanyak 87%. Hanya 13% sahaja yang tidak memakai seluar sukan dan
masih menggunakan seluar sekolah untuk mengikuti kelas pendidikan jasmani. Namun
pada K3, subjek menunjukkan peratusan yang meningkat dengan peratusan sebanyak
90% dengan hanya 10% sahaja subjek yang tidak memakai baju sukan iaitu hanya 3
orang yang tidak memakai sukan. Pada K4 peratusan yang ditunjukkan adalah sebanyak
87% jumlah subjek yang memakai pakaian sukan dengan kemas dan lengkap. Hal ini
menunjukkan hanya 4 orang subjek kajian yang tidak memakai pakaian sukan dengan
kemas dan lengkap.

Peningkatan yang positif dapat dilihat pada minggu keempat iaitu


minggu terakhir pengkaji melaksanakan kajian dan juga intervensi. Kriteria yang
pertama iaitu K1 terdapat peningkatan jumlah subjek memakai kasut yang sesuai semasa
kelas pendidikan jasmani iaitu dengan peratusan sebanyak 90%. Hal ini menunjukkan
hanya 10% sahaja subjek yang tidak memakai kasut yang sesuai. Kriteria yang
seterusnya iaitu K2 terdapat peningkatan peratusan iaitu sebanyak 93% dengan hanya
7% peratus sahaja subjek yang tidak memakai seluar sukan. Begitu juga pada K3 iaitu
jumlah subjek kajian memakai baju sukan meningkat dengan positif iaitu dengan jumlah
peratusan sebanyak 96% menunjukkan jumlah peratusan tertinggi dengan hanya 4%
sahaja jumlah seubjek yang tidak memakai baju sukan. Kriteria yang terakhir adalah
jumlah subjek yang memakai pakaian sukan yang lengkap dan kemas, didapati terdapat
peningkatan jumlah peratusan iaitu sebanyak 93% berbandingan hanya 7% sahaja yang
tidak memakai pakaian sukan dengan lengkap.

5.3

Perbincangan Dapatan Kajian bersama Sorotan Literatur


terhadapap

Kajian Berkaitan

Bahagian ini membincangkan mengenai hasil daripada dapatan penyelidikan bagi


menjawab

persoalan-persoalan

penyelidikan

serta

serta

kaitanya

dengan

penyelidikan-penyelidikan yang lepas. Berikut merupakan dua persoalan yang


terdapat dalam kajian ini.

i. Adakah terdapat peningkatan jumlah murid memakai pakaian sukan


semasa kelas Pendidikan Jasmani dengan menggunakan sistem Award
Cup?

Bagi menjawab persoalan pertama kajian, melalui keputusan transkripsi temu


bual tidak berstruktur yang telah pengkaji jalankan kepada beberapa subjek yang
dipilih secara rawak, pengkaji mendapati terdapat perubahan yang ketara kepada
subjek yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani. Hal ini
dapat dibuktikan melalui catatan transkripsi temu bual yang dijalankan secara
tidak berstruktur oleh pengkaji.

Pengkaji telah menjalankan temu bual sebanyak dua kali iaitu sebelum
dan selepas pelaksanaan intervensi. Pada temu bual yang pertama, pengkaji
bertanya kepada subjek yang tidak mengikuti aktiviti. Soalan pengkaji:
mengapakah kamu tidak mengikuti aktiviti pendidikan jasmani pada hari ini?
kemudian subjek kajian yang dipilih menjawab aktiviti yang dijalankan tidak
seronok. Melalui hal ini, subjek tidak melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan
jasmani adalah disebabkan pengajaran dan aktiviti yang dijalan tidak dapat
menarik minat mereka.

Temu bual yang kedua pengkaji jalankan selepas pelaksanaan intervensi


iaitu kepada seorang subjek daripada 33 orang dalam kelas 4 Harapan yang telah
dipilih secara rawak. Soalan pengkaji hampir sama dengan soalan pada temu
bual yang pertama. Tetapi pengkaji telah mengubah sedikit soalan daripada item
temu bual yang pertama. Soalan pengkaji apakah perasaan kamu mengikuti
aktiviti pada hari ini? subjek yang dipilih menjawab seronok dan best. Hal ini
menunjukkan bahawa subjek kajian merasa seronok dalam mengikuti aktiviti
pendidikan jasmani selepas pengkaji melaksanakan intervensi iaitu penggunaan
sistem Award Cup.

Hasil dapatan kajian menunjukkan penglibatan murid dalam aktiviti


pendidikan jasmani dapat ditingkatkan dengan menggunakan sistem Award
Cup. Pernyataan ini disokong oleh teori-teori yang digunakan untuk mengkaji
motivasi dan tingkahlaku penglibatan dalam aktiviti fizikal Deci & Ryan (1985).
Mereka menyatakan bahawa apabila terdapat motivasi instrinsik muncul dalam
diri, individu akan secara bebas dan tertarik untuk melibatkan diri hanya sekadar
untuk mendapatkan sebuah ganjaran atau kepuasan.

Selain daripada itu, Dalam konteks kajian ini, motivasi digunakan untuk
memahami mengapa individu melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani.
Hal ini kerana sistem Award Cup merupakan satu sistem ganjaran untuk
menarik minat dan memotivasikan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pendidikan jasmani. Motivasi telah ditakrifkan sebagai "satu kuasa dalaman
yang akan mengarahkan tingkah laku ke arah memenuhi keperluan" (Shank,
2009). Motivasi adalahsalah satu faktor yang penting apabila hendak meramal
penglibatan sukan dalam kalangan kanak-kanak Vallerand, Deci & Ryan,
(1987).

Teori lain yang menyokong persoalan kajian ini adalah, teori Fredrick,
Ryan & Rubio dalam Mohd Sofian Omar Fauzee (2006). Kaedah Mengajar
Pendidikan, mengatakan bahawa Seseorang individu yang melibatkan diri
mereka dalam sesuatu aktiviti dengan bertujuan untuk bergembira atau ingin
meneruskan minat mereka dalam aktiviti tersebut atau inginkan cabaran serta
untuk meningkatkan kemahiran mereka. Maka golongan ini biasanya diransang
mempunyai tumpuan terhadap motivasi dalaman.

ii. Adakah terdapat peningkatan jumlah murid memakai pakaian sukan


semasa kelas pendidikan jasmani dengan menggunakan sistem Award
Cup?
Bagi menjawab persoalan kedua kajian, iaitu mengenai jumlah murid memakai
pakaian sukan, melalui keputusan senarai senarai semak yang telah pengkaji
jalankan kepada 33 orang subjek, didapati terdapat perubahan yang ketara
kepada jumlah subjek memakai pakaian sukan dengan lengkap semasa kelas
pendidikan jasmani dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan melalui analisis stastik
deskriptif peratusan jumlah murid memakai pakaian sukan yang meningkat dari
minggu ke minggu.

Pada minggu pertama hanya 25 daripada 33 orang subjek kajian yang


tidak memakai pakaian sukan dengan lengkap dengan peratusan sebanyak 75%.
Hal ini menunjukkan terdapat 8 orang subjek tidak memakai pakaian sukan
dengan lengkap. Namun pada minggu keempat selepas pelaksanaan intervensi,
jumlah subjek kajian yang memakai pakaian sukan meningkat kepada 93%
berbandingan dengan hanya 75% pada minggu pertama pengkaji menjalankan
kajian. Hal ini menunjukkan peningkatan daripada hanya 25 orang subjek
memakai pakaian sukan kepada 31 orang.

Peningkatan data dalam kajian ini dapat disokong dalam kajian Mohd
Adznor Bin Junaidi (2011) Meningkatkan disiplin murid memakai pakaian sukan
melalui program skor bintang berkumpulan. Dalam kajian ini menegaskan
bahawa murid akan bertindak positif dengan memakai baju sukan disebabkan
ganjaran bintang yang diberikan. Melalui hal ini dapatlah pengkaji simpulkan
bahawa penggunaan sistem Award Cup dapat menggalakkan murid untuk
memakai pakaian sukan.

Tambahan daripada itu, hasil daripada peningkatan jumlah subjek


memakai pakaian sukan semasa kelas pendidikan jasmani berlaku disebabkan
oleh ransangan yang dilaksanakan oleh pengkaji dalam sistem Award Cup
yang dijalankan. Hal ini disokong oleh teori pelaziman klasik Pavlov yang
mengatakan bahawa setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas yang
bermaksud apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada ransangan yang
dilakukan.

Selain daripada itu, kajian lain yang menyokong persoalan dua kajian ini
adalah kajian Haslinda Nursan, Diyana Zulaika Abdul Ghani, & Mohad Anizu
Md Nor (2009) Persepsi pelajar dan guru sekolah menengah terhadap isu
pemakaian pakaian sukan semasa kelas pendidikan jasmani. Dalam kajian ini,
mereka mengatakan bahawa murid cenderung untuk memakai pakaian sukan jika
didorong dengan semangat untuk mengikuti aktiviti dan juga motivasi untuk
memenangi sesuatu dalam aktiviti. Hal ini menunjukkan murid cenderung untuk
memakai pakaian sukan dengan lengkap untuk mengikuti aktiviti pendidikan
jasmani untuk memenangi sebarang aktiviti yang dijalankan. Hal ini juga
membuktikan mereka memakai pakaian sukan kerana motivasi dan dorongan
untuk mendapatkan sesuatu.

6.0 REFLEKSI DAN TINDAKAN SUSULAN


6.1 Pengenalan
Menurut Schon (1983), refleksi bertujuan untuk menjana idea dan
pengetahuan untuk menangani masalah. Ini bermakna hasil refleksi akan
membantu menganalisis isu masalah dengan lebih mendalam. Dalam konteks
penyelidikan tindakan, pada peringkat akhir kajian, perlu membuat refleksi
kajian selepas kajian dijalankan.
6.3 Refleksi dan Implikasi dapatan kajian
Semasa melaksanakan kajian ini terhadap subjek kajian, pengkaji mendapati
subjek kajian sangat bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam aktiviti
pendidikan jasmani. Selain daripada memakai pakaian sukan dengan lengkap
dan bersemangat untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan. Hal ini
menunjukkan tahap penglibatan yang memberansangkan oleh murid-murid
tahun 4 Harapan. Melalui kajian yang dijalankan oleh pengkaji, peratusan
penglibatan murid dalam aktiviti pendidikan jasmani dapat dilihat dengan
jumlah peratusan murid memakai pakaian yang meningkat dengan mendadak.
Sehubungan dengan itu, pengkaji berharap hasil kajian ini dapat
dimanfaatkan kepada guru-guru, individu-individu serta diri sendiri kelak
untuk memperbaiki mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran semasa
kelas pendidikan jasmani mahu kelas mata pelajaran yang lain. Hal ini kerana
penggunaan sistem Award Cup menunjukkan peningkatan dalam tingkah
laku positif murid dalam melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani.
Justeru dengan itu kajian ini boleh dijadikan rujukan berkaitan penggunaan
peneguhan positif untuk memberikan impak dan manfaat terhadapap tingkah
laku murid.

Kekuatan kajian ini dapat diukur apabila persoalan kajian yang telah
ditetapkan iaitu meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti pendidikan
jasmani menggunakan system Award Cup dapat dicapai. Pengkaji
berpendapat pencapaian persoalan kajian ini adalah satu kejayaan besar
pengkaji dalam menyelesaikan permasalahan yang terdapat dalam kajian ini.
Hal ini kerana, pengkaji harus mencari jalan penyelesaian untuk
menyelesaikan masalah penglibatan murid tahun 4 Harapan. Namun dengan
intervensi yang telah dijalankan dan hasil keputusan yang kajian ternyata
penggunaan sistem Award Cup berjaya menyelesaikan masalah penglibatan
murid tahun 4 Harapan dalam aktiviti pendidikan jasmani.
Pengkaji berpendapat pembentukan tingkah laku negetif murid seperti
tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani kadang kala
disebabkan mereka malas untuk bersukan dan mengeluarkan peluh. Persepsi
murid menganggap jika mereka mengikuti aktiviti pendidikan jasmani mereka
hanya akan mendapat penat dan tidak merasa seronok dalam mengikuti
aktiviti pendidikan jasmani. Oleh itu, dengan adanya sistem Award Cup ini
dijalankan, murid akan merasa bersemangat untuk mengikuti aktiviti kerana
mereka inginkan ganjaran daripada sistem ini.
Melalui sistem Award Cup ini juga pengkaji melihat subjek kajian
telah mempelajari sesuatu yang baru ketika berada di dalam pendidikan
jasmani yang mana mereka sedar bahawa apabila mereka tidak melibatkan
diri dalam aktiviti pendidikan jasmani merupakan sesuatu tingkah laku yang
salah dan bercanggah dengan tuntutan tinglah laku seorang murid. Sistem
Award Cup ini juga banyak membantu murid untuk memahami mengenai
penjagaan tingkah laku yang positif.
Sehubungan daripada itu, terdapat implikasi postitif dan negatif yang
dapat dikenalpasti dalam kajian ini. Antara implikasi positif adalah, melalui

sistem Award Cup ini secara tidak langsung ia dapat membentuk sifat
kebiasaan dalam diri murid untuk bertanggungjawab untuk sentiasa
melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani dan sentiasa memberi
tumpuan kepada proses pembelajaran untuk memperoleh maklumat serta
memberi maklum balas kepada setiap persoalan yang dikemukakan oleh guru
semasa kelas pendidikan jasmani.
Walaupun pada peringkat awal, murid melibatkan diri dalam aktiviti
pendidikan jasmani dan menunjukkan tingkah laku yang baik hanya untuk
memperoleh ganjaran melalui sistem Award Cup, namun lama-kelamaan
sikap ini akan menjadi kebiasaan dalam diri mereka. Sistem Award Cup ini
secara tidak langsung juga akan membentuk disiplin serta keyakinan yang
tinggi di dalam diri murid untuk melakukan sesuatu yang lebih baik kerana
adanya ganjaran dan penghargaan yang diberikan.
Melalui aktiviti di dalam kumpulan semasa kelas pendidikan jasmani
juga akan dapat memupuk komunikasi serta hubungan yang baik di kalangan
murid. Hubungan baik ini mendorong untuk mereka saling hormat
menghormati dan bertanggungjawab di antara satu sama lain. Ikatan ini secara
tidak langsung akan mewujudkan suasana kelas yang aman dan harmonis.
Melalui sistem ini juga, masalah ponteng sekolah dapat dikurangkan.
Wujud juga implikasi negatif hasil daripada penggunaan sistem Award
Cup ini. Contohnya, persaingan yang wujud di antara murid untuk
memperoleh ganjaran yang ditawarkan oleh pengkaji mungkin akan
menyebabkan wujudnya sikap mementingkan diri sendiri. Selain daripada itu,
ganjaran ini juga mendorong murid untuk melakukan sesuatu bukan kerana
keikhlasan untuk melakukannya tetapi hanya semata-mata untuk memperoleh
ganjaran tersebut. Hal ini menyebabkan kawalan kelas yang baik tidak dapat
dikekalkan kerana pelajar akan kembali kepada tingkah laku asal sekiranya
ganjaran ini tidak diberikan.

Kelemahan seterusnya adalah tempoh masa pengguanaan intervensi


sistem Award Cup yang terlalu singkat. Hal ini menyebabkan murid akan
berkelakuan negetif dan tidak melibatkan diri setelah mengetahui tempoh
penggunaan sistem Award Cup hanya dalam tempoh masa yang tertentu.
Justeru daripada itu, mereka akan kembali dengan tabiat lama mereka dengan
tidak melibatkan diri dan menunjukkan tingkah laku yang negetif.
Akhir kalam daripada refleksi pengkaji dalam kajian ini adalah, muridmurid perlu tahu rekod tingkah lakunya sendiri untuk berusaha mencapai apa
yang dikehendaki. Kata-kata Shaw (1965) dalam Penyelidikan Tindakan:
Panduan Penulisan Laporan (2015) mungkin sesuai disebut di sini Take to
get what you like or you will be forced to like what you get yang bermaksud
kita perlu berusaha atau melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang kita
suka kerana kalau tidak kita terpaksa menyukai apa yang diberikan kepada
kita. Ini menunjukkan bagaimana murid terpaksa menerima apa saja dalam
situasi pembelajran mereka.

6.3 Rumusan dan Cadangan Kajian Selanjutnya


Secara keseluruhannya pengkaji mendapati bahawa, penggunaan sistem Award
Cup ini adalah berkesan dan mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Di
dalam Hierarki Keperluan Maslow juga, telah membuktikan bahawa, manusia
memerlukan penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan daripada orang lain
atas sumbangan dan pencapaian diri mereka. Maslow menganggap bahawa
manusia akan terus bermotivasi kerana sesuatu matlamat yang diimpikan.
Sekiranya ia dapat dipenuhi ia dapat membina keyakinan diri dalam diri
mereka di mana mereka merasakan bahawa diri mereka mempunyai kebolehan
diri untuk mencapai matlamat tersebut. Begitu juga halnya dengan pelajar.
Mereka mempunyai keinginan untuk memperoleh sesuatu dan melalui
pemberian markah merit ini, mendorong mereka untuk melakukan sesuatu yang

lebih baik. Dengan adanya keinginan ini, mendorong pada mereka untuk sentiasa
memberikan tumpuan serta komitmen yang baik di dalam P&P samada secara
inidividu mahupun berkumpulan.
Keadaan ini telah membantu dalam meningkatkan penglibatan pelajar di
dalam proses P&P. Penglibatan pelajar yang aktif di dalam kelas dapat
membantu guru untuk mengawal kelas dan memastikan proses P&P berjalan
dengan lancer seperti yang telah dirancangkan. Masalah ponteng kelas juga
dapat dikurangkan melalui sistem merit ini. Walaupun masih terdapat sebilangan
kecil pelajar yang sering lewat 5-10 minit masuk ke kelas, namun mereka tetap
hadir.
Perubahan ini dapat dilihat melalui catatan kehadiran pelajar dalam diari
kawalan kelas. Jika dulu arahan guru dan setiap tugasan yang diberikan sering
diendahkan oleh pelajar, namun dengan adanya sistem merit ini mereka sedaya
upaya inign menyiapkan serta mendengar setiap arahan yang diberikan oleh guru
bagi mengumpulkan markah merit tertinggi. Pemberian markah merit mengikut
kumpulan telah mendorong pelajar untuk mewujudkan kerjasama yang baik bagi
membolehkan setiap ahli mereka memperoleh markah merit yang tertinggi.
Hal ini secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan yang baik,
kerjasama, komitmen dan perasaan saling bergantungan di antara satu sama lain
di kalangan pelajar. Dengan adanya sikap ini, mereka dapat mewujudkan
suasana

yang

aman

dan

harmonis

di

dalam

kelas

tanpa

sebarang

pertelingkahan.Apabila perbandingan dibuat ke atas jumlah markah merit serta


markah ujian yang telah dicapai oleh pelajar, terdapat pelajar yang mencapai
markah merit yang tinggi tetapi jumlah markah ujian adalah sedarhana/ lemah,
begitu juga sebaliknya. Keadaan ini adalah mungkin dipengaruhi oleh tahap
kebolehan pelajar itu sendiri dalam melalui proses pembelajaran. Walaupun
perbezaan ini wujud, namun secara keseluruhan didapati bahawa pelajar secara
keseluruhannya telah menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelas. Keadaan

ini telah banyak membantu guru dalam melakukan kawalan kelas dengan baik
dan seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Вам также может понравиться