Вы находитесь на странице: 1из 2

ISL Minggu 9

GURU ADALAH AGEN PERUBAHAN


Sekolah adalah institusi yang dirancang dan diwujudkan mengikut kehendak dan
keperluan masyarakat untuk memberi pendidikan kepada anak-anak secara teratur dan
tersusun. Sebagai tempat memberi dan menerima pendidikan atau tempat untuk mengajar dan
belajar, ia mempunyai matlamat yang sangat unggul iaitu menyampaikan ilmu, membentuk
peribadi dan mengembangkan akal. Di dalamnya terdapat tiga unsur yang penting iaitu guru,
pelajar dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk memudahkan ianya berfungsi ia
ditetapkan dengan masa, kelas, mata pelajaran dan sebagainya dalam bentuk formal.
Namun pendidikan unggul seperti yang dicita-citakan itu kurang terdapat di sekolah.
Sebahagian besar yang berlaku ialah pengajaran dan penyampaian ilmu. Hal-hal lain yang
wujud secara tempias sahaja. Pendidikan rohani banyak diperolehi dari luar sekolah.
Pembentukan akhlak misalnya, diberikan secara tidak langsung melalui peraturan-peraturan
sekolah, ucapan-ucapan, nasihat, bimbingan dan kaunseling serta hukuman.
Jika dilihat kepada peruntukkan masa yang diberikan, ternyata sebahagian besarnya
tertumpu kepada pengajaran untuk pembinaan mental. Lima atau enam jam sehari dihabiskan
oleh pelajar untuk menerima berbagai-bagai maklumat daripada guru. Walaupun ada masa
tambahan diberikan untuk kegiatan kokuirkulum, ia tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya
kerana sekolah menghadapi pelbagai masalah tentang guru, pelajar dan kemudahankemudahannya.
Keadaan ini menunjukkan sekolah tidak berfungsi sepenuhnya sebagai tempat untuk
mendapatkan

pendidikan

secara

menyeluruh

sebagaimana

yang

diharapkan

dalam

penubuhannya. Ini berlaku kerana fokus masyarakat sudah berubah. Ibu bapa nampaknya lebih
mengutamakan kejayaan lahiriah. Mereka melihat kejayaan itu sebagai kelulusan dalam
peperiksaan. Contoh-contoh yang didapati dalam kehidupan seharian begitu menyakinkan
sehingga mereka seolah-olah menganngap orang-orang yang lulus cemerlang dalam
peperiksaan akan berjaya dalam hidup, manakala mereka yang gagal akan merana.
Oleh sebab masyarakat mahukan kejayaan sedemikian rupa, guru terpaksa akur
kerana sekolah adalah institusi masyarakat. Mereka memberi penekanan kepada aspek ini.
Maka pendidikan, sekolah serta pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada peperiksaan

(examination oriented). Justeru, terjadilah keadaaan di mana guru mengajar untuk lulus
peperiksaan dan bukan guru mendidik anak-anak untuk menjadi manusia seimbang.
Sekolah seperti juga mana-mana organisasi sosial yang lain, mempunyai kelemahan
dan kekurangan tersendiri dalam pelbagai aspek sama ada fizikal, manusia atau kurikulumnya.
Ada sekolah misalnya tidak mempunyai padang permainan, tidak cukup guru dan tidak cukup
alat bantu mengajar. Ada sekolah menghadapi masalah disiplin yang berat. Manakala sekolah
lain pula mengalami kemerosotan prestasi akademik.
Hal-hal ini dipaparkan supaya guru-guru yang datang ke sesebuah sekolah menyedari
kenyataan serta menerimanya dengan hati yang terbuka dan tidak cepat patah semangat.
Mereka diharap dapat melihat segala masalah sebagai peluang untuk mengubah keadaan,
sesuai dengan idealisme guru adalah agen perubahan.

Вам также может понравиться