Вы находитесь на странице: 1из 1

CONTOH KARANGAN JENIS CATATAN

RABU, 16 MEI 2012


7.30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis
sambutan Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah
dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua
Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril.
7.40 pagi \
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau
membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru
Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya
membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran.
8.40 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru
dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat,
sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan
dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan
gembira dan mengambil bahagian.
10.00 pagi
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai
jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah.
10.40 pagi
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru
mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan
mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid.
12.00 tengah hari
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi
johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua
PIBG, Encik Abu Kasim bin Kamat.
12.40 tengah hari
Murid yang]
berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru
mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru
secara bergilir-gilir.
01.10 tengah hari
Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan
tengah hari sempena Hari Guru.

Вам также может понравиться