Вы находитесь на странице: 1из 10

Pelupusan Flora & Fauna

http://mesra-alam-yap-chin.blogspot/p/flora-fauna.html dilayari pada 22 Julai 2013


Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang
terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa.
Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah
tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa
semuanya, punah.

Perubahan pada masa kini


Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus
daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan
fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh tumbuhan
berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi
faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies
cicak telah disenaraikan.
Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi
mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air.
Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini kita lihat bagaimana
orkid hutan yang cantik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan
oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam.
Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam, menurut laporan Pusat Santuari
Penyu Rantau Abang, Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada
tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tingga
2247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika
tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali speisi
penyu ini.

FAKTOR FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN


1.Masalah pembalakan haram
Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara
1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang
dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.
Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan
Cengal.
Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman
Negara.
Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan
yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan
tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnag-binatang
yang hidup dikawasan itu kehilangan habitat dan lari dan mati.
2. Pembakaran Hutan
Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka Ia akan menyebabkan spesisspesis yang terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya
pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan sumatera.
Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling hutan
tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah
musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di
Australia. Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan
tersebut akan mati.
Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi
juga mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan
hutan.
Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan
mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja
membuatkan satu-satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang
tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan
yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora
dan fauna.
3. Pembukaan Tanah Baru
Pembukaan tanah seperti kawasan pertanian baru, pembukaan tanah - tanah
rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan .
Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia.
Antara yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah
pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi.
Apabila jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas
untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan
pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak
pelupusan sampah.
Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana
penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan yang

bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu maka
banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling
kawasan itu akan mengalami kepupusan.
4. Pemburu Haram
Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah
merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan
ini.
Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut
keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap
bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa .
Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan
terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina
menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
5. Peningkatan Suhu Dunia
Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora
dan fauna.
Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini
dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti dinasaour adalah
disebabkan perubahan cuaca dunia.
Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini
menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama
haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan
mnyebabkan kepupusan hidupan ini.
6. Pencemaran
Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan
menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang menyebabakan
banyak hidupan akuatik kian pupus.
Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus
disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan
kegitan manusia yang suka mengotorkan laut.
Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat
di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam.
Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana
pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.
7. Aktiviti Perikanan
Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di
kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan
oleh nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam
kepupusan sumber ikan.
Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan
bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang

mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein


berasaskan sumber laut.
8. Pembangunan
Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas
mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju, sementara keperluan untuk
menyediakan prasarana yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut
menjadi satu faktor.
Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun
kawasan baru dibuka dan semakin banyak hutan hilang dari pandangan. Kepesatan
pembangunan juga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna.
Di satu pihak, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang hutan
untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti
pertanian. Kadang-kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap
hutan semula jadi. Ratusan, bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh
seminggu dua. Haiwan-haiwan yang selama ini hidup bebas di hutan tidak dapat dilihat
lagi, ada kalanya buat selama-lamanya.

Implikasi / kesan
1.Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok
Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan
kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang keterlaluan
menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau.
Penebangan hutan juga boleh menyebabkan habitat haiwan liar terganggu
menyebabkan kepupusan haiwan liar seperti gajah, badak,harimau kerana kehilangan
kawasan habitat dan sumber makanan. Kegiatan penebangan hutan untuk tujuan
pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah
runtuhterutama sekali apabila berlaku hujan
Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan suatu khazanah
yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula jadi telah
membina semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu
menghancurkannya dalam tempoh hanya beberapa dekad.
2. Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik

Tumpahan minyak dan sampah sarat serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut
menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam
pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang
bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti
haiwan air yang lain. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga
dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh
membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air
Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan laut. Sungai yang
tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.Minyak
yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu
membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.Pencemaran yang
berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci
pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan
organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut
3.Menyebabkan hakisan Tanah
Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah berlaku.Ini kerana k
awasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.Pembukaan tanah baru
dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan
secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan
dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,
pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang
berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan
air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah
tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat
dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam
sekitar contohnya berlaku hakisan tanah, perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau
dan banjir.Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak terkawal akan menyebabkan
kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa perubahan suhu dunia.
4.Menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan global
Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan berlakunya jerebu.
Penggondolan hutan dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan
menyebabkan tiada tempat untuk menyerap haba yang dilepaskan oleh aktiviti
manusia. Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk
membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau
sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.
Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon
dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan
global . Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga
mengandungi banyak gas karbon dioksida.
Kesannya Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi
tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat
hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya
berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh

menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan


dunia.Kekeringan sumber air permukaan bumi dan kemarau menyebabkan proses
sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi
menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran
menjadi panas
5 .Mecacatkan pemandangan alam
Kegiatan manusia yang berterusan dan tidak terancam menyebabkan pemandangan
yang indah bertukar menjadi sebuah pemandangan yang menyakitkan
mata.Pembuangan sampah sarap ke dalam laut
Langkah mengatasi
1.Pemuliharaan dan pemeliharaan
Pemeliharaan
Usaha yang dilakukan untuk melindungi, merancang dan mengurus alam semulajadi
supaya kekal dan berterusan.
Pemuliharaan
Usaha yang dilakukan untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali
pada keadaan asal.
2. Penghutanan Semula
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan
oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan.penghutanan semula
dilkukan di kawasan pokok balak yang telah ditebang Tujuan Penghutanan
semula,Memastikan spesies pokok tidak pupus. Mengekalkan kualiti alam sekitar.
Memulihara tanah dan sumber air. Mengekalkan habitat fauna dan flora. . Mengekalkan
warisan hutan.
3. Menguatkuasakan akta yang telah sedia ada
Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar.Pihak kerajaan dan bukan
kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu ini. Antara contoh akta yang telah
sedia ada:
Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan
sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.
Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur
hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan.
( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan
Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau
taman negara dengan keluasan mencukupi.
Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk
mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan TAMAN
NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal
seperti tumbuhan jenis orkid .
Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di
antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi
kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter.

Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu


mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak
5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.
Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam
Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan
Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia)
Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974
Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000
Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986
4.Pendidikan alam sekitar melalui kurikulum
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam
dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains
seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains
Alam Sekitardan Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat
umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan
peranan yang penting
ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi
kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Melalui pendedahan ini
dapat memupuk kesedaran kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.
5.Pendedahan Media Massa
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa
tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani
masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat
pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga
ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit
ditekankan keutamaannya

Sunday, 13 May 2012


Pemuliharaan Hutan
http://blm1053alamsekitar.blogspot.com/2010_09_01_archive.html

dilayari pada 22 Julai 2013

Thursday, September 16, 2010


PEMULIHARAAN HUTAN
Disediakan oleh : CHAN YIT XIN ( 205767 )

Pemuliharaan Hutan
Kepelbagaian habitat yang terdapat di Malaysia kaya dengan hidupan liar seperti Orang
Utan, Monyet Probosis, Burung Enggang dan penyu laut, begitu juga dengan tumbuhtumbuhan menarik dan unik, contohnya Rafflesia, Periuk Kera dan berbagai-bagai jenis
orkid liar yang unik. Oleh kerana Negara Malaysia kaya dengan khazanah alam semula
jadinya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan banyak kawasan-kawasan lindungan agar
habitat semulajadi sepsis-spesis tumbuhan dan haiwan dapat dilindungi oleh undangundang. Antara kawasan-kawasan perlindungan yang besar terdapat di negeri ini ialah
Taman Banjaran Crocker dan sebagainya.
Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan
kepada mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang lebih
berkekalan. Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam
di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil
bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan Pihak WWF dan agensi-agensi
Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan usaha dalam mengenalpasti kawasan
lindungan. Sebagai contohnya, Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah
telah menugaskan WWF Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah.
Ia mefokus kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada
pemuliharaan dan pembangunan di Negeri Sabah pada sekitar tahun 1990an strategik
ini menyeru agar ditubuhkan pelbagai kawasan perlindungan juga memperbaiki
pengurusan sumber-sumber berdasarkan kepada kawasan-kawasan.
Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu diadakan
dalam aspek-aspek penggunan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan pelbagai cara,
kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan hutan, pembalakan
haram, penanaman semula hutan, ekologi kepelbagaian, melombong, polar
pelancongan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Persekitaran, pembangunan
pantai dan lain-lain, sebagai contohnya strategik ini menjalankan persediaan membuat
beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunaan tanah tanpa mengganggu
habitat semula jadinya. Kawasan- kawasan habitat semula jadi yang sensitif kepada
perubahan perlulah dikenal pasti dan dijadikan sebagai kawasan perlindungan /

simpanan. Pemuliharaan yang telah diperkembangan untuk 9 buah negeri di Malaysia.


Penyediaan dan implementasi strategik ini banyak menyokong usaha-usaha
pemuliharaan yang merangkumi seluruh negara, ini termasuklah peringkat negeri dan
negara. Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan di kedua-dua kawasan ini akan
dijalankan dan akan memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya
mengalami perubahan kesan daripada aktiviti perkampungan setinggan.
Hutan asli merupakan habitat hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik
yang belum diterokai (untapped genetic resource) dan akan diguna untuk meningkatkan
pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga
penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan.Sehubungan
dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan
untuk pemeliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara,
sejak tahun 1930an lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia
meliputi kawasan seluas 434,351 ha dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang
kebanyakannya berada dalam hutan dara.
Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam
keadaan semula jadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan
Hutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semula jadi dan Arboretum. Hutan
Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi
dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak atau kesan rawatan silvikultur.
Ianya juga merupakan hutan asli semula jadi untuk kajian. Sehubungan itu, perhatian
adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar
biasa dan yang menghadapi kepupusan. Beberapa spesies hidupan liar yang
menghadapi kepupusan.
Pemeliharaan hutan dan perlindungan alam sekitar adalah penting bagi Semenanjung
Malaysia. Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini
adalah untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan.
Maka dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan
infrastruktur yang lain. Pengurusan hutan secara berkekalan untuk memastikan
keluasan hutan asli yang mencukupi bagi mengekalkan kualiti dan kestabilan alam
sekitar. Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah
untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka
dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur
yang lain, baik dalam tanah kerajaan, perlu diawasi dan dikawal dengan sepenuhnya
mengikut rancangan pengurusan dan pengusahasilan yang telah ditetapkan bagi
menjamin pengeluaran balak yang mencukupi di samping memelihara kualiti alam

sekitar

dan

kestabilan

ekologi.

Sebagai contohnya , Hutan Rekreasi Sungai Udang yang telah diilhamkan oleh Y.A.B.
Ketua Menteri Melaka sendiri, telah disempurnakan perasmiannya pada tanggal 26 Jun,
2005. Hutan Simpan Sungai Udang di mana terletaknya hutan rekreasi ini pula telah
diwartakan pada tahun 1987 sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan keluasan yang
masih tinggal kurang dari 200 hektar.
Hutan Simpan Sungai Udang ini telah berjaya dikekalkan berkeadaan semula jadi.
usaha-usaha pemuliharaan dan penanaman semula telah giat dijalankan pihak
berwajib. Kawasan yang mengalami kerosakan dari jenayah alam sekitar itu kini telah
pun ditanam dengan pelbagai spesis hutan beharga seperti Pokok Karas (aquilaria
Malaccensis), Pokok Kayu Jati (Tectona Grandis), Pokok Nyatoh (Ganua hirtiflora
(Ridley) Van Royan), Pokok Keruing Merah (Dipterocarpus verrucosus Foxw), Pokok
Cengal (Neobalanocarpus heimii), dan Pokok Merbau (Intsia palembanica Miq).
Pada tahun 2008, sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi
meningkatkan lagi kemudahan rekreasi di Hutan Rekreasi Sungai Udang.

Вам также может понравиться