Вы находитесь на странице: 1из 3

Seminar IDS ke arah Green Economy di Sabah

KOTA KINABALU (Sabtu) – Institut Kajian Pembangunan (Sabah), IDS akan


menganjurkan seminar mengenai Green Economy – satu ekonomi yang dapat
mempromosikan penggunaan sumber semulajadi secara effisyen dalam masa yang
sama melindungi alam sekitar – yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di
sini pada hari Selasa (30 Okt.)

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun
Mohd. Said akan merasmikan seminar yang dibiayai oleh Yayasan Konrad
Adenauer, Jerman.

Dalam kenyataannya hari ini, Pengarah Eksekutif IDS, Dr. Mohd. Yaakub Haji Johari
berkata green economy menggalakkan dasar ekonomi mapan dengan penggunaan
optimum sumber-sumber yang terhad.

Beliau berkata di dekad yang lalu, terdapat perubahan penting dari segi pemikiran
pembuat dasar di seluruh dunia tentang kepentingan nilai-nilai alam sekitar dalam
agenda pembangunan seperti yang dapat dilihat di beberapa persidangan peringkat
antarabangsa seperti Persidangan Stockholm pada tahun 1972 dan di Rio Earth
Summit pada tahun 1992.

"Kebanyakkan perbincangan berfokus kepada kepentingan alam sekitar sebagai


dimensi kritikal bagi kejayaan pembangunan. Konsep pembangunan mapan telah
digunapakai dalam perancangan pembangunan ekonomi bagi mengekalkan
ekosistem yang sihat dan simpanan sumber semulajadi yang berkualiti serta juga
bagi meningkatkan kesejahteraan dan suasana kehidupan manusia sejagat,"
tambah beliau.

Menurut Dr. Mohd. Yaakub usaha-usaah negara kita untuk mencapai pembangunan
alam sekitar secara mapan diselaraskan dengan pendekatan perlindungan alam
sekitar atau green economy telah digariskan dalam beberapa dasar-dasar
pembangunan dan alam sekitar.

Beliau berkata Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974 dan peraturan-peraturan yang
terdapat didalamnya menyelia isu-isu alam sekitar yang berkait dengan
pembangunan industri dan infrastruktur sementara Enakmen Sabah dan Konservasi
Alam Sekitar 1996 menyelia isu-isu yang berkaitan dengan tanah dan sumber
semulajadi.

"Perundangan-perundangan ini adalah sama penting dan saling melengkapi antara


satu sama lain dalam mengawal impak-impak alam sekitar dari aktiviti-aktiviti
pembangunan. Selain dari itu, enakmen lain seperti Enakmen Perhutanan Negeri
1968, Enakmen Biodiversiti Sabah 2000, Enakmen Konservasi Hidupan Liar 1997,
Enakmen Sumber Air 1998 dan perundangan lain yang menangani mekanisme bagi
melindungi alam sekitar dari aktiviti-aktivit ekonomi khusus," kata Dr. Mohd. Yaakub.

Beliau menambah langkah-langkah dasar yang terdapat dalam Rancangan Malayisa


Kelapan yang diumumkan baru-baru ini (RMK-8) (2001-2005) juga menekankan
cabaran-cabaran utama dalam mencapai matlamat alam sekitar dan sumber
semulajadi negara dan mengurangkan impak alam sekitar dari aktiviti-aktiviti
pembangunan.

"Terdapat keperluan untuk meningkatkan lagi usaha negeri ini ke arah green
economy terutama pembangunan sosio-ekonominya pada dekad yang lalu amat
bergantung kepada sumber semulajadi terutama daripada sektor perhutanan dan
pertanian," kata beliau. "Kebergantungan terhadap sumber-sumber ini bukan hanya
mengurangkan kapasiti pembawaan sumber, tetapi juga menyebabkan degradasi
alam sekitar seperti ancaman fungsi ekologi sesuatu ekosistem, biodiversiti,
degradasi tanah, pencemaran sungai dan marin," kata Dr. Mohd. Yaakub

Dr. Mohd. Yaakub menjelaskan akan kepentingan industri pelancongan dan industri
yang baru muncul di negeri ini seperti makanan dan produk asli istimewa yang terdiri
dari botani (herba, tumbuhan ubat-ubatan, rempah-ratus dan tumbuhan aromatik)
dan tumbuhan akautik serta produk haiwan yang bergantung sepenuhnya terhadap
pemeliharan alam semulajadi negeri ini serta biodiverisitinya yang kaya menjadi satu
cabaran kepada perancangan pembangunan negeri ini.

Dengan demikian, Dr. Mohd. Yaakub berkata terdapat keperluan untuk menilai
semula pelbagai sektor ekonomi terutama dalam perhutanan, perikanan, pertanian,
perlombongan dan pembuatan untuk melihat samada proses pengeluaran mereka
adalah mesra alam.

"Trend global adalah ke arah kesedaran kesihatan yang lebih tinggi dan peningkatan
penggunaan produk kesihatan dan semulajadi serta juga usaha ke arah
mewujudkan alam sekitar yang lebih bersih merupakan faktor-faktor penting untuk
difikirkan. Di era dunia tanpa sempadan dimana barangan dan perkhidmatan
menjadi lebih liberal, pembangunan ke arah barangan dan perkhidmatan semulajadi
serta juga amalam alam sekitar yang lebih baik akan memberi kelebihan komparatif
bagi produk-produk negeri ini di pasaran global.

Mungkin terdapat keperluan untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat di


antara pembuat dasar dan sektor swasta serta juga untuk menyelaraskan diri
mereka agar menggunakan pendekatan green economy," kata beliau.

Objektif seminar ini adalah seperti berikut:

i. Untuk lebih memahami konsep green economy;

ii. Untuk mendapat maklumat mengenai initiatif dan amalan green di peringkat
negara dan antarabangsa;

iii. Untuk menyebarkan maklumat dan kepentingan untuk pemuliharaan sumber


semulajadi dan melindungi alam sekitar untuk generasi akan datang; dan

iv. Untuk membincangkan bagaimana Sabah boleh bergerak ke arah green


economy melalui kerjasama sektor swasta-awam.
Hampir 100 peserta yang terdiri ahli-ahli akademik, para penyelidik, wakil dari
organisasi bukan kerajaan, jabatan- jabatan dan agensi-agensi kerajaan dan swasta
serta pihak-pihak berkenaan akan menyertai seminar ini.

Вам также может понравиться