Вы находитесь на странице: 1из 2

JURNAL MINGGU 3

JURNAL MINGGU 3
MASALAH :
Pada minggu ini saya telah mengahadapi masalah penguasaan sifir dalam
kalangan murid. Semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
didapati kebanyakan pelajar masih lagi belum menguasai sifir 3 hingga 9. Hal ini
menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang menarik dan
berkesan. Pada masa yang sama, murid-murid menghadapi kesukaran dalam
menjawab soalan dalam aktiviti yang dijalankan. Murid-murid terpaksa membuat
penambahan berulangan untuk mendapatkan hasil jawapan. Oleh sebab ini, muridmurid mangambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang melibatan pendaraban.
Jadi, perancangan masa bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran terjejas.
ANALISIS:
Masalah ini dikenalpasti semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Murid-murid menghadapi kesukaran dalam pendaraban yang melibatkan masa.
Daripada pemerhatian, saya didapati punca bagi masalah ini ialah murid tidak
menguasai sifir dengan sepenuhnya iaitu sifir 3 hingga 9. Masalah tidak menguasai sifir
ini didapati dalam kalangan murid yang kurang mempunyai daya pengingatan dan
kurang membuat latihan sifir. Pada masa yang sama, saya juga tidak mengambil kira
pengetahuan sedia ada murid sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini juga boleh dikatakan salah satu punca bagi masalah ini.
Masalah tidak menguasai sifir menyebabkan murid - murid sukar untuk menjawab
soalan-soalan yang melibatkan pendaraban masa dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Saya telah membimbing murid-murid sehingga dapat menjawab dengan
betul melalui kaedah tambahan berulang. Saya berasa kurang berpuas hati dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari tersebut kerana murid-murid tidak dapat
menjawab tanpa bimbingan saya dan cepat. Mengikut teori Bruner, struktur dan bahan
yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran perlu memenuhi keperluan
perbezaan individu dan kesediaan murid. Saya perlu meneliti kesediaan dan
pengetahuan murid terlebih dahulu sebelum merancang sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

JURNAL MINGGU 3

CADANGAN
Langkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :
1) Setiap pagi sebelum bermula waktu pengajaran dan pembelajaran saya akan
menguji penguasaan sifir murid-murid.
2) Mengadakan kuiz sifir secara lisan.
3) Memberi ganjaran dalam bentuk hadiah bagi murid-murid yang dapat menghafal
sifir.
4) Saya akan meneliti pengetahuan sedia ada murid sebelum merancang
pengajaran dan pembelajaran.
5) Saya menggunakan pelbagai kaedah untuk mengingat sifir seperti kaedah jari
bagi mengingat sifir 9 dan kaedah nombor telefon bimbit untuk mengingat sifir 6,
7, dan 8.
Tempoh masa:
Saya akan mencuba mengatasi masalah ini dalam masa seminggu. Saya akan
memastikan masalah ini tidak berulang lagi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
yang seterusnya.
Penilaian kejayaan:
Saya akan menilai kejayaan dalam mengatasi masalah ini dengan memerhatikan
perkembangan murid dalam pembelajaran. Selain itu, saya juga akan menilai melalui
mengadakan kuiz sifir secara lisan. Sekiranya muri-murid dapat menjawab soalansoalan sifir dengan betul, langkah mengatasi saya dianggap berjaya.
Tindakan susulan:
Saya akan meneruskan mengadakan kuiz sifir supaya dapat mengekalkan
penguasaan murid dalam ingatan untuk jangka masa panjang. Latihan yang berulangan
dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan murid dalam pembelajaran. Saya juga
akan berbincang bersama guru pembimbing dan mendapatkan nasihat serta cadangan
beliau dalam menyelasaikan masalah.

Вам также может понравиться