You are on page 1of 2

PENGERTIAN BAI'AH

1. Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat setia sepertimana yang telah dimeterai. ALLAH SWT berfirman
yang bermaksud: Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka
memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang
melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan
barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya
ganjaran yang besar. (Al-Fath : 10).

2. Seseorang yang meninggalkan (melanggar perjanjian) bai`ah yang mengandungi lafaz sumpah
(wallahi, billahi, tallahi) hendaklah ia melakukan kiffarah sebagaimana firman Allah taala yang
bermaksud; Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk
bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka
kifarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang
biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan
seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kafaratnya puasa selama
tiga hari. Yang demikian itu adalah kifarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu
langgar). Dan jagalah sumpahmu itu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu akan hukum-hukumNya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).

3. Nyatalah kepada kita bahawa tanggungjawab seorang muslim bukan hanya beramal dengan Islam,
tetapi juga mempertahankan dan mengangkat Martabat Islam dengan segala pengorbanan yang ada.
Jadi, baiahnya terhadap harakah islam juga semestinya merangkumi dua hal tersebut.
a.

Baiah untuk sentiasa berpegang-teguh dan beramal dengan setiap ajaran Islam.

b.
Baiah untuk berjihad (bersungguh-sungguh) memperjuang dan mempertahankan Islam
hingga ke titisan darah yang terakhir.

4. Baiah kepada jemaah dan jihad (bersungguh-sungguh) adalah untuk membenar dan mencapai
Matlamat Islam. Baiah untuk berkorban dengan harta dan nyawa untuk mendapat redha Allah.
Baiah untuk wala' dan membantu sesama muslim atas Wadah Jamaah.
Sesungguhnya Baiah untuk jihad fisabilillah adalah hakikat Baiah dengan Allah taala.
Memberi Baiah kepada jemaah yang memperjuangkan Islam untuk menegakkan Daulah Islamiyyah
adalah WAJIB kerana
ulama
telah
menegaskan
bahawa:>

Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yang adil), ia akan bertemu Allah di hari
kiamat dengan tanpa hujjah baginya. Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada baiah di
tengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah.
(Riwayat Imam Muslim dari Ibnu Umar r.a.)