Вы находитесь на странице: 1из 4

2.

ISU PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU


Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai perkembangan dan pembangunan dari

pelbagai aspek telah berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak.
Perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli
masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional yang terlibat
adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain lagi.
Namun, terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion perguruan.
Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin
goyah kerana terdapat segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang
telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru
tersiar di internet ataupun dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menggugat martabat
profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia dan suci.
Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30
pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada
sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, pelajar-pelajar dan guru terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini
timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu
penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal
ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada
terus menular.
Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa
memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh,
guru mengajar tidak mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak
menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan
melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook,
berchatting, melepak di kantin hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang merupakan tugas utama seorang guru. Masalah
penyalahgunaan masa mungkin tidak terlalu serius tetapi jika dibiarkan berlanjutan, masalah
ini dapat menjejaskan kredibiliti para guru dan merugikan pelajar.
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981,
semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki
berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga
memberi penekanan terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa
sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika
1

memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar
bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga merangkumi
keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas
ataupun kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.
Selain itu,

pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa perkara
seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah pelajar dengan teliti, menulis buku
ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu mengajar, menguruskan hal
ehwal kelas, menguruskan yuran pelajar, hal-hal kokurikulum dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti
yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah aktiviti yang memberikan faedah kepada
pelajar-pelajar. Selain itu, guru juga diberi tanggungjawab untuk menggantikan guru lain
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
Isu yang sering berlaku di sekolah ialah guru lewat masuk ke dalam kelas. Guru
yang mematuhi ketetapan masa tidak menunggu loceng berbunyi untuk berjalan dari
sesuatu tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan bergerak awal ke kelas dan
kadangkala sanggup pula menunggu waktu guru lain habis di luar kelas. Sekiranya waktu
pengajaran adalah berturutan, guru ini tergesa-gesa pergi bergerak dari satu kelas ke kelas
berikutnya dengan penuh semangat. Maka, fenomena guru yang lewat masuk ke kelas akan
menimbulkan isu penyalahgunaan masa. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku sebarang
kemalangan di dalam kelas, guru tersebut harus dipersalahkan. Mencuri masa adalah
perbuatan yang tidak wajar bagi seorang guru.
Guru adalah role model pelajar. Maka, guru perlu menghayati slogan
kepimpinan melalui teladan. Ini disebabkan oleh pelajar suka meniru perlakuan, memek
muka, pakaian malah personaliti guru tersebut. Kepimpinan Melalui Teladan merupakan
slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini
diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat kepimimpinan yang berkesan bagi dicontohi
dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga dapat menerap nilai
kebertanggungjawaban dan etika murni dalam kalangan kakitangan awam. Guru merupakan
antara orang yang paling kerap mendampingi pelajar selain ibu, bapa dan ahli keluarga
mereka. Malah, kebanyakan pelajar sering mendengar kata guru berbanding dengan ibu
dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa tentang
kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya dengan
perkara yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari oleh
ibu bapa mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu
bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari pelajar-pelajar juga.
2

Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian
tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka.
Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mengenal pasti
sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus
menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu
tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat kajian tindakan untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan masa senggang di antara
waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru
boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain,
merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama ataupun merujuk kepada kajian
penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Menurut Robiah Sidin (1993), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang
kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang
boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan, guru boleh
berkongsi maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Semua
perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru tidak berhasrat untuk
menyalahgunakan masa.
Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa
masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, individu dalam konteks ini
iaitu guru mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja,
kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka
individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggalah tiada lagi
rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa
yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.
Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah
dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya
permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guruguru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana mereka tidak perlu risau
akan akibat daripada tindakan mereka.
Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk
kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli professional dan pelajarpelajar. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya
prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang
sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik
anak-anak mereka.
3

Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa


adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa juga
melibatkan hokum agama yang mengundang kepada rezeki yang halal. Sebagai guru,
seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita dengan perkaraperkara yang dapat member faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita. Sebagai guru,
kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu diberi perhatian.
Justeru seluruh warga pendidik perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk membentuk
pelajar-pelajar

ini

menjadi

warganegara

yang

berketrampilan.

berguna,

berilmu,

berdisiplin

dan

Вам также может понравиться