Вы находитесь на странице: 1из 5

Info BIDANG KEGIATAN MENGGAMBAR:

Definisi Menggambar
Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan
rata.
Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan
rata.
Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej
atau objek
Alat, Media dan Teknik
Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai
tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas
tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.
Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya
amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.
Tujuan Menggambar
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual
dan berbantukan komputer.
(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan
berfungsi
(b) Aras Aplikasi dan Analisa
Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan
mencuba secara spontan
Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif
(c) Aras Sintesis dan Penilaian
Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai
dan yang tidak isukai
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan,
kebersihan serta mengutamakan keselamatan
Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea
yang kreatif

LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan
warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan
informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel
warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz,
warna dan jalinan.
(b) Alat, Media dan Bahan
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam
pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas
fotokopi, kertas suratkhabar.
(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.
Menentukan Tema atau Subjek
(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti
berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej

(v) Pembentukan bayang-bayang


(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding
CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan
melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili
gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak
Jenis Warna
1. Warna Poster
2. Warna Air
3. Cat Akrilik
4. Cat Minyak
5. Cat Tempera
6. Cat Gouache
7. Fresko - Kapur plaster
KOLAJ
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih
bahan-bahan di atas permukaan rata.
Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis
kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj
perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan
tahap umur murid.
MONTAJ
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai
sumber atau sumber yang sama.
Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan
(kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman
gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer
dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam
benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan
dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati.
CETAKAN
Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam
bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses
menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong
permukaan plat dengan dakwat
Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam menggunakan teknikteknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih
dahulu.

GOSOKAN
Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan
berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
Teknik gosokan
Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
secara berulang kali
Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
Gosokan secara pusingan
Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
Gosokan potongan kertas
RESIS
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah
dan contengan lilin.
Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau
terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas
permukaan kertas
Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan
kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada
corak batik.
Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat
pada kain tersebut.
Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada
permukaan kain tersebut.
PERCIKAN
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah
warna tersebut jatuh ke atas permukaan.
Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik.
Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis,
warna-warna basah dan kertas.
Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan,
corak, kad ucapan, setem dan catan.
MOZEK
Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di
atas permukaan rata.
Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih
meninggalkan ruang latar.
Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut
kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.

Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah
dan pada bangunan- bangunan di luar sekolah.
RUMUSAN
Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran murid.
Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek
melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid
Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental
seseorang.
Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil
kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan,
analisis, intepritasi dan penilaian.
Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan
orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

Вам также может понравиться