Вы находитесь на странице: 1из 13

EDU 3093

PENGENA
APA ITU GLOBALISASI ?

LAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2013) global bermaksud mengenai
dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Manakala,
globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau
sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu
ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.
Arus globalisasi yang melanda sekarang akan merubah keseluruhan cara hidup baik
dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya sehingga dunia yang begitu
besar telah bertukar menjadi sebuah perkampungan kecil yang dipanggil global
village dan akhirnya kita telah menjadi satu masayarakat besar dunia (Perkins,
1992).
GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN
Globalisasi yang terancang dan terkawal akan memwujudkan inidividu modal insan
berminda kelas pertama dengan harapan modal insan berminda kelas pertama ini
akan memacu negara ke arah yang progresif. Saya bersetuju bahawa sistem
pendidikan terkini dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang
dapat mengharungi cabaran globalisasi.
Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universiti
Komonwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan
pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan
adalah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan
pembelajaran

sepanjang

hayat.

Ia

merupakan

proses

meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu.


1

berterusan

untuk

EDU 3093

Dalam hal ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk menghadapi cabaran
globalisasi pendidikan ini antaranya, menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC)
dan mengembangkan sekolah-sekolah bestari serta penswastaan pendidikan tinggi
dengan memberi peluang untuk penubuhan kolej dan universiti swasta dalam
negeri.
Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang
berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri
guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru.
Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara
bersungguh-sungguh

serta

penuh

tanggungjawab

dalam

pelaksanaan

tugas

melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini
seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguhsungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa.
Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar.
Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamanya dalam
perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan
negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu
memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya
dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri,
pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap
aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran.
Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri
dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran
belajar.
Salah satu nilai aspirasi dalam penerapan Satu Malaysia adalah budaya inovasi
dan budaya ilmu. Oleh yang demikian, kesediaan rakyat Malaysia untuk mencuba
perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang diceburi perlu
dititikberatkan. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang
mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Rakyat Malaysia perlu
berani mencari penyelesaian baru dalam menangi masalah dan sentiasa bersedia
2

EDU 3093
untuk menjadi perintis. Seterusnya, negara Malaysia akan benar-benar maju dan
berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.
Budaya ilmu yang diterapkan dalam nilai aspirasi cenderung untuk sentiasa
memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan menimba ilmu sepanjang hayat.
Justeru itu, rakyat Malaysia perlulah disediakan dengan kriteria globalisasi dan
cabaran pendidikan kerana kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bermula
dari pendidikan.
PENGAMBILAN GURU HANYA DI KALANGAN 30% GRADUAN TERBAIK
Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan
dibuat hanya dalam kalangan graduan 30 peratus terbaik dalam negara dalam
usaha mentransformasi profesion itu menjadi profesion pilihan. Ini bermakna
Kementerian Pendidikan akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke
profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan
perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik.
Kementerian turut berhasrat untuk mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada
universiti latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020 dan menilai semula kurikulum
latihan praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru bersedia untuk mengajar
kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan murid.
Menurut

Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

(PPPM)

2013-2025

yang

dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri


Muhyiddin Yassin, mulai tahun ini, guru akan menerima program Pembangunan
Profesional Berterusan (CPD) bagi membantu guru mencapai potensi penuh.
Program CPD itu termasuk latihan komponen teras dan elektif mengikut keperluan
pembangunan diri yang akan diberi latihan secara individu daripada penyelia
masing-masing. Pelan itu turut menyebut, guru boleh memilih laluan kerjaya yang
menarik berdasarkan prestasi, potensi dan minat mereka, sama ada memilih untuk
menjalankan tugas kepimpinan atau menjadi guru pakar.

EDU 3093
Dalam memastikan kepemimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah,
kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua dan guru besar daripada
pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan
kecekapan kepimpinan. Setiap pengetua atau guru besar juga dikehendaki
mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Kebangsaan bagi Kepimpinan Pendidikan
(NPQEL) daripada Institut Aminuddin Baki sebelum boleh dilantik. Pengetua dan
guru besar yang bakal dilantik juga akan mengikuti program pementoran selama
satu bulan di bawah bimbingan pengetua dan guru besar yang akan berpindah dan
bersara.
Dalam pada itu, kementerian akan memastikan 100 peratus sekolah memenuhi
keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak
bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif.
Kementerian juga akan melaksanakan prinsip asas yang telus dan saksama dalam
pengagihan kewangan dan sokongan lain kepada semua sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan.
Bagi memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam meningkatkan
kualiti pembelajaran, kementerian menyediakan akses Internet dan persekitaran
pembelajaran maya melalui iBestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah menjelang
tahun ini. Perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang akan diwujudkan
supaya guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea dan murid
pula dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji.
Menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global.
Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana
guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal
insan yang diperlukan di negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan
semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru
menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling. Dengan
globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang
penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara
itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya
setaraf dengan negara maju yang lain.
4

EDU 3093

Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global
yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah.
Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan
pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan
gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi
carian laman video pendidikan di internet. Tambahan pula, perkembangan dari segi
penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula
dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya
untuk

menyediakan

pelajar

dengan

kemahiran

tertentu

bagi

menghadapi

persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.


Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang
melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup
dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu
kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan
tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima
tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat
pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anakanak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif
kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan
aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri
dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:
a) Keperibadian guru : Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama
ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur,
amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan,
sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi
contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada
amalan agama.
b) Budaya sekolah : Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah,
ketekunan,

cintakan

kecemerlangan,
5

berkasih

sayang,

bertolong

bantu,

EDU 3093
kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemenelemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut
merupakan

nilai

yang

seharusnya

diberikan

perhatian

secara

bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah


c) Aktiviti kokurikulum : Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab
dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah
pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan
sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong,
semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

PENDIDIKAN TERKINI KE ARAH MENGHADAPI GLOBALISASI


Pelbagai usaha dan program telah dirancang dan dijalankan oleh kerajaan untuk
melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat mengharungi cabaran
globalisasi. Di antara program yang sedang dijalankan ialah :
1) Professional Learning Communities (PLC)
PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC
merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi
utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.
PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi
mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.

EDU 3093
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited
dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian
tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.
(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )
Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah
pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai
usaha meningkatkan profesionalisme guru.
Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktivitiaktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah.
Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam
bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan
aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk
memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

2) Program Pembangunan Guru Baharu


PPGB atau juga lebih dikenali sebagai Program Pembangunan Guru Baharu adalah
suatu program di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Program ini
dikhususkan kepada guru-guru baharu posting mulai tahun 2011, dan dilaksanakan
sehingga kini. Pemantauan bagi program PPGB ini adalah sebanyak 2 kali setahun.
Program ini akan berlangsung sepanjang satu tahun bermula daripada tarikh guru
tersebut ditempatkan di sekolah. Dan dalam tempoh tersebut, guru baharu tadi
akan dibimbing oleh guru mentor yang akan bertindak memberi tunjuk ajar dan
pendedahan kepada guru baharu.

EDU 3093
Pendedahan yang dimaksudkan adalah yang pembelajaran melalui bimbingan terus
yang melibatkan aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan tugas dan juga
program sekolah, pengurusan kelas, pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum, pengurusan
majlis dan juga hal-hal lain yang berkaitan dengan pengurusan murid.
Jadi, boleh juga dikatakan program PPGB ini adalah proses pementoran terus
kepada guru baharu dalam menyediakan mereka dengan situasi sebenar dunia
pendidikan. Secara tak langsung ini juga dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan bagi guru baharu dan menyediakan guru baharu yang siap untuk
melakukan transformasi berkesan kepada pendidikan di Malaysia.
3) Ujian PISA
Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student
Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Cooperation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun
2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.
PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji
tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains
dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan
hampir seramai 510 000 pelajar terlibat.
Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka
(open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice). Ada dua
lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.
TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science
Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading
Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua
ujian atau kajian ini. Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar
antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS
dilaksanakan 4 tahun sekali.

EDU 3093
Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea,
Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah
negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang
terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.
Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong
Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi
dalam ujian membaca, Sains dan Matematik.
Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut :
2009
Matematik - 57 (mata 404)
Sains - 53 (mata 422)
Membaca - 55 (mata 414)
2012
Matematik - 52 (mata 421)
Sains - 53 (mata 420)
Membaca - 59 (mata 398)

Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia,
jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan membaca. Dikatakan ada 3
faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang tidak
menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada
format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam
menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan.

RUMUSA
N
9

EDU 3093

Secara umumnya, semua pihak sama ada murid, guru, pentadbir, masyarakat dan
sebagainya perlu mempunyai kesedaran dalam diri masing-masing untuk bersamasama

meningkatkan

kefahaman

dan

kemahiran

supaya

semuanya

dapat

menghadapi cabaran di era globalisasi ini. Selain itu, kita juga perlu mempersiapkan
diri dengan ilmu pengetahuan yang luas supaya dapat menghadapi segala cabaran
dan rintangan yang mendatang.

REFLEKSI
Syukur kepada Allah kerana saya dapat menyiapkan dan menghantar tugasan ini
pada masa yang telah ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah
kerja kursus ini iaitu Encik Mohamad Roslan bin Abd Razak kerana telah
menerangkan serba sedikit tentang kehendak soalan di samping telah banyak
memberi maklumat tambahan sewaktu saya dan rakan-rakan menghadiri interaksi

10

EDU 3093
di institute. Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah berkongsi
pendapat dan maklumat tentang tajuk yang telah diperolehi.
Tugasan ini terbahagi kepada dua iaitu penulisan esei tentang sejauh mana sistem
pendidikan terkini dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang
dapat mengharungi cabaran globalisasi manakala tugasan kedua iaitu persembahan
melalui slaid PowerPoint dengan membincangkan sejauh mana globalisasi dapat
membawa

satu

transformasi

baru

dalam

penggunaan

Teknologi

Maklumat

Komunikasi berdasarkan artikel yang telah dipilih.


Melalui tugasan-tugasan tersebut saya dapati terdapat kelebihan dan kelemahan
mengenai sistem pendidikan di era globalisasi ini. Walaubagaimanapun, kita
sebagai pendidik khasnya dan sebagai rakyat Malaysia amnya perlu memainkan
masing-masing peranan supaya segala bentuk cabaran dan teknologi terkini pada
masa kini dapat digunakan dan diaplikasikan kearah yang lebih baik. Selain itu, kita
dapat menyampaikan segala ilmu dan maklumat yang diperoleh kepada generasi
yang lain sebaik mungkin supaya mereka tidak menggunakan teknologi komunikasi
untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Harapan saya semoga tugasan
saya ini dapat memenuhi kehendak soalan.

RUJUKAN
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Sultan Abdul Halim (2014). EDU-Nota Guru Dan
Cabaran
11

EDU 3093
Semasa. Sungai Petani.

http://www.globalization101.org/what-is-globalization

https://en.wikipedia.org/wiki/Programme_for_International_Student_Assessment

http://www.cikguhailmi.com/2014/12/isu-pendidikan-dan-kontroversi-sepanjangtahun-2014.html

http://isusemasapendidikan.blogspot.com/

12

EDU 3093

13

Вам также может понравиться