Вы находитесь на странице: 1из 17

1.

0 Pengenalan
Menurut Akta Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,1996, sebelum ini
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara, 1988 menyatakan bahawa :
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berahklak mulia, bertanggungjawab,
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Secara ringkasnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamatkan
melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti
kepercayaan kepada tuhan, bertanggungjawab, berahklak mulia, ketaatan kepada negara
serta boleh menjadi model insan yang dapat memberi sumbangan untuk kemajuan negara.
Peranan utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memperjelaskan secara
rasional tentang pelbagai amalan pendidikan terkini, membimbing perlakuan dan sifat guru
untuk menghadapi inovasi dalam bidang pendidikan serta melahirkan individu atau murid
yang holistik.
Dengan mengambil kira objektif dasar pendidikan negara, matapelajaran Sejarah
telah diperkenalkan mulai tahun 2014 dalam rancangan pendidikan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah. Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
dalam Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di tahap II. 1Kurikulum Standard
Sekolah matapelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum
yang releven dan terkini untuk melahirkan generasi yang cemerlang, berpatriotik,
mempunyai jati diri yang tinggi dan sebagainya.
Sejarah merupakan mata pelajaran penting dan wajib diajarkan kepada murid-murid
sejak dari sekolah rendah. Those who forget history are condemned to repeat it yang
membawa maksud sesiapa yang tidak mengingati sejarah kemungkinan besar akan
mengulangi sejarah tersebut. Bedasarkan ini buktinya kepentingan sejarah dalam
ketamadunan dunia. Sejarah dapat menjadi teladan dan memberi iktibar kepada generasi
yang bakal datang. Seperti yang kita tahu pemuda-pemudi pada hari ini iaitu murid-murid

1 Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2013).Dokumen Standard Kurikulum


Sejarah Tahun Empat. Putraja Malaysia : Kementerian Pendidikan Malaysia. ms 3.
1

sekolah adalah bakal pemimpin bagi sesebuah negara pada masa akan datang; begitu juga
dengan negara kita.
Oleh itu, pengajaran kurikulum sejarah sangat penting dan perlu diajarkan sejak dari
bangku sekolah agar dapat melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan yang
mengenali sejarah diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kurikulum Sejarah bertujuan
menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam
pelaksanaannya di dalam dan di luar bilik darjah.

Melalui pengetahuan dan penghayatan

sejarah tanah air, para pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara
dalam mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara
sebagai suatu unit tunggal, mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka
rujukan kesedaran kebangsaan dan memperkukuhkan semangat cintakan tanah air.3
Tambahan pula, matapelajaran Sejarah memainkan peranan penting dalam
membina jati diri murid serta membantu melahirkan warganegara yang patriotik. Bagi
sesebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, nilai jati diri dan juga
elemen patriotik di kalangan rakyat penting untuk menjamin kedaulatan dan keamanan
negara. Di negara Malaysia juga, kedua-dua unsur ini diberi keutamaan agar dapat
membantu kepada proses pembinaan negara bangsa.

Negara Malaysia dalam tempoh

pencapaian kemerdekaan selama 58 tahun, telah ditimpah dengan pelbagai musibah dan
dapat tanganinya dengan begitu baik sekali sampai hari ini.
Antara perkara yang dapat dijadikan sebagai pengajaran bagi generasi yang bakal
datang ialah peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum yang
meninggalkan kesan yang begitu dalam kepada negara dan masyarakat. Peristiwa ini terjadi
disebabkan tiada semangat jati diri, patriotik, kerjasama dan persefahaman antara rakyat
majmuk. Perkara ini memberi kesedaran kepada semua warga Malaysia akan kepentingan
perpaduan dan integrasi kaum. Nilai jati diri dan patriotik dapat diterapkan di kalangan
masyarakat melalui pendidikan agar dapat membantu untuk meningkatkan perpaduan dan
integrasi dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, Subjek Sejarah juga merupakan salah satu
matapelajaran yang dapat menyumbang kepada pembinaan jati diri dan semangat patriotik
di kalangan murid-murid.

2 Ismail Bin Said, (2014). Kurikulum Sejarah. Selangor Darul Ehsan:Penerbitan


Multimedia Sdn.Bhd. ms 1.
3 http://eprints.utm.my/6519/4/ChuaKhengHoeMFPCHAP1.pdf (diakses pada 17
Mac 2015)
2

2.0 Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah melahirkan warganegara


yang patriotik dan juga mempunyai jati diri
Semasa zaman jajahan British kurikulum Sejarah lebih mementingkan kepentingan penjajah
dan ini terbukti dengan kandungan yang menekankan latar belakang masyarakat eropah
atau pun sejarah England. British telah memperkenalkan kurikulum Sejarah yang membias
kepada mereka untuk mewujudkan jurang antara masyarakat berbilang kaum terdiri
daripada masyarakat Melayu, India dan Cina. Pendidikan sejarah semasa zaman British
tidak mengutamakan unsur patriotik dan jati diri kerana bimbang akan mengugat
kepentingan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu.
Setelah negara mencapai kemerdekaan pengaruh kurikulum sejarah British dilihat
semakin berkurangan dan pelbagai usaha telah diambil untuk meningkatkan perpaduan di
kalangan rakyat. Pelbagai langkah-langkah telah diambil untuk meningkatkan perpaduan
dan semangat kekitaan di kalangan rakyat jelata. Pendidikan juga dijadikan sebagai satu
alat untuk meningkatkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat majmuk dengan
menerapkan elemen patriotik dan semangat jati diri dalam kandungan kurikulum. Langkah
ini dipraktikkan oleh kerajaan untuk menyatukan rakyat disebabkan pendidikan memainkan
peranan penting dalam melahirkan model insan yang berguna sejak dari bangku sekolah.
Oleh itu, pada tahun 2014 dalam rancangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
matapelajaran, sejarah diwajibkan sebagai subjek teras kepada murid-murid tahap dua iaitu
tahun empat dan tahun lima. Dalam dokumen Standard Kurikulum Sejarah unsur patriotik
dan jati diri diberi perhatian untuk melahirkan rakyat yang berbakti kepada negara dan
mempunyai perasaaan bangga terhadap tanah air sendiri iaitu Malaysia.

Seseorang

warganegara yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi akan memiliki beberapa ciriciri tertentu seperti cinta akan negara dan bangsa, berbangga sebagai rakyat Malaysia,
mempunyai semangat kekitaan, berdisiplin, berusaha ,produktif dan lain-lain.
Jati diri pula diertikan sebagai sifat, ciri, atau nilai-nilai murni peribadi yang kekal dan
stabil tidak akan berubah atau payah untuk berubah. Jati diri juga merupakan ciri-ciri
dalaman yang positif dan sangat peribadi tetapi cukup universal dan positif sahaja yang
akan dapat membentuk jati diri bangsa dan masyarakat setempat. 4 Maka, elemen patriotik

4
http://www.academia.edu/6414049/Pembentukan_Jati_Diri_Bangsa_Malaysia_Mel
alui_Bahasa_Melayu (diakses pada 17 Mac 2015 )
3

dan jati diri diterapkan melalui pendidikan Sejarah agar dapat melahirkan model insan yang
dapat berbakti kepada negara dan berjuang demi kesejahteraan bangsa.
Dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah difokuskan mengenai
sejarah tempatan untuk memupuk semangat patriotik dan jati diri dalam kalangan diri muridmurid. Contohnya, peristiwa kemerdekaan, tokoh-tokoh tempatan, warisan negara dapat
menanamkan elemen patriotik dan semangat jati diri untuk mempertahankan negara
daripada anasir-anasir luar. Persembahan kandungan berfokuskan tentang sejarah negara
yang telah disepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan
kesedaran dalam kalangan murid tentang nilai jati diti dan semangat patriotik. 5
Topik-topik yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah
tahun empat terbahagi kepada lima tema iaitu Mari belajar Sejarah, zaman air batu, zaman
prasejarah, kerajaan melayu awal dan tokoh - tokoh terbilang kesultanan melayu Melaka.
Jika kita analisis, dalam kelima-kelima topik tersebut unsur patriotik dan jati diri diserapkan
secara tersirat agar dapat menjadi pedomen kepada para murid untuk menghargai dan taat
kepada negara. Begitu juga, Dokumen Standard Kurikulum Sejarah tahun Lima semangat
jati diri dan patriotisme diterapkan melalui topik-topik seperti Warisan Negara Kita,
Perjuangan Kemerdekaan Negara, Yang Di-Pertuan Agong, dan Identiti Negara Kita.

5 Bahagian pembangunan kurikulum, (2013). Kurikulum Standard Sekolah


Rendah Sejarah Tahun Empat . Putrajaya, Malaysia : Kementerian Pelajaran
Malaysia. ms 8.
4

3.0 Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Sekolah Tahun Empat


3.1 Topik Satu : Mari Belajar Sejarah
Dalam topik pertama iaitu Mari belajar Sejarah terdapat empat standard kandungan
yang telah ditetapkan untuk dikuasai oleh para murid tahun empat. Standard kandungan
pertama adalah pengertian sejarah dan kemahiran sejarah dan standard pembelajarannya
pula dibahagikan kepada sembilan. Tajuk ini ialah pengenalan kepada ilmu sejarah yang
berteraskan kepada kajian kemanusiaan yang mencakupi konsep, istilah dan kepentingan
ilmu sejarah.6

Dalam standard kandungan pertama untuk topik mari belajar Sejarah

terdapat elemen patriotik dan jati diri disepadukan untuk dikuasai oleh para murid.
Standard kandungan ini dapat membantu dalam meningkatkan semangat patriotik
dan jati diri dengan mempelajari tajuk, konsep masa dalam sejarah, muzium, tinggalan
sejarah, sebab dan akibat sejarah, sejarah dan kepentingannya, masa dahulu dan kini,
menghargai masa dan warisan kita. Sebagai contohnya, murid-murid diajarkan mengenai
tinggalan sejarah yang terdapat di Muzium Negara. Melalui mempelajari tentang gendang
Dongson, Homo Sapien Sapien, manuskrip Sejarah Melayu yang terdapat dalam muzium
murid-murid akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Malah, murid-murid juga akan
berasa bangga dan dapat membina jati diri terhadap warisan negara.
Tambahan pula, elemen jati diri dapat diterapkan di kalangan murid melalui standard
pembelajaran yang kesembilan iaitu menjelaskan kepentingan menghargai warisan bangsa
bagi melahirkan jati diri. Melalui standard pembelajaran ini murid dapat mengenali budaya
dan warisan pelbagai kaum di negara Malaysia. Murid-murid dapat mengenali tarian dan alat
muzik yang dikekalkan dan dipelihara oleh tiap-tiap kaum di negara ini. Contohnya, muridmurid mengenali tarian kaum melayu sebagai Inang, kaum India sebagai Baratha Natyam,
alat muzik kaum Cina sebagai Erhu, Sape (Sarawak) dan sebagainya. Melalui murid
menguasai ilmu berkaitan budaya setiap kaum mereka dapat mempertingkatkan patriotik
dan jati diri terhadap warisan negara.
Seterusnya, standard kandungan yang kedua bagi topik pertama adalah pengertian
diri dan keluarga dan terdapat sembilan standard pembelajaran yang dapat melahirkan
semangat patriotik dan juga jati diri. Standard pembelajaran yang keempat iaitu mengenal
6Bahagian pembangunan kurikulum, (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Sejarah Tahun Empat . Putrajaya, Malaysia : Kementerian Pelajaran Malaysia
5

pasti gelaran anggota keluarga dapat membantu para murid mengenali panggilan keluarga
tiap-tiap kaum di Malaysia dan juga menerapkan nilai jati diri dan patriotik. Para murid tahun
empat diterapkan nilai hormat-menghormati dan jati diri dengan mengenali panggilan
keluarga di Malaysia. Contohnya, seorang murid Melayu dapat mengenali panggilan yang
sopan seperti ba ba (bapa), ma ma (ibu), ge ge (abang) yang digunakan oleh kaum Cina
untuk mengelarkan ibu bapa dan ahli keluarganya. Dengan mengetahui panggilan keluarga
setiap kaum murid-murid dapat diterapkan elemen jati diri dan patriotik terhadap negara.
Melalui ini, murid-murid dapat mengekalkan warisan keluarga mereka yang diwarisi secara
turun-temurun dan juga dapat menghormati budaya kaum lain. Akibatnya, murid-murid tahun
empat dapat membina jati diri mengekalkan warisan keluarga melalui mempelajari
matapelajaran Sejarah.
Selain itu, standard kandungan yang ketiga iaitu sejarah sekolah dalam topik
pertama berfungsi untuk menerapkan elemen jati diri dan patriotik di kalangan murid. Dalam
standard kandungan ini murid-murid dapat membina jati diri dengan mengenali sejarah dan
kebanggaan

sekolah

masing-masing.

Murid-murid

akan

berasa

bangga

terhadap

pencapaian sekolah mereka dan berusaha untuk berbakti kepada sekolah sendiri.
Pembelajaran ini membantu murid untuk meningkatkan pemahaman terhadap sekolah dan
akan mendorong untuk membina jati diri murid-murid. Ini membuktikan topik pertama dapat
melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri yang tinggi.
Standard kandungan yang keempat bagi tema pertama mari belajar Sejarah, murid
didorong untuk mengenali tempat tinggal mereka. Melalui standard pembelajaran ini, murid
dapat menyerapkan diri mereka dengan elemen jati diri dan juga patriotik. Melalui standard
kandungan ini, murid-murid dapat menjelaskan tokoh kebanggaan setempat. Dalam buku
teks Sejarah Tahun Empat, murid-murid dikehendaki menguasai ilmu berkaitan Pasir Salak.
Dengan mengenali Pasir Salak secara tidak langsungnya murid akan mengetahui tentang
Dato Maharaja Lela.7

Oleh itu, topik pertama iaitu Mari Belajar Sejarah membantu

melahirkan murid-murid yang patriotik dan juga berjati diri yang tinggi.
3.2 Topik Dua : Zaman Air Batu
Topik yang kedua iaitu zaman air batu dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Sejarah tahun empat turut berkearah melahirkan murid yang berjiwa patriotik dan
mempunyai jati diri. Standard kandungan bagi topik ini adalah zaman air batu dan terdapat
enam standard pembelajaran. Standard pembelajaran yang kedua iaitu menyatakan
7 Siti Masni Binti Kospin, (2013). Sejarah Tahun 4 Sekolah kebangsaan (KSSR).
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. ms 50.
6

perubahan yang berlaku pada zaman air batu dapat meningkatkan ilmu murid-murid
mengenai kepulauan Melayu dan juga tentang Selat Melaka. Murid-murid dapat memahami
tentang zaman air batu sambil belajar tentang kemunculan Kepulauan Melayu dan juga
Selat Melaka. Maka, melalui mengenali tentang kemunculan Kepulauan Melayu dan juga
tentang Selat Melaka pada zaman air batu murid-murid akan berasa bangga dan kagum
terhadap sejarah negara Malaysia. Murid-murid dapat meningkatkan ilmu berkaitan
kemunculan Tanah Melayu (Malaysia) dan juga Selat Melaka semasa air batu dan akan
mendorong kepada kelahiran semangat patriotik dan juga jati diri terhadap negara.

Maka,

ini secara tidak langsung mempertingkatkan semangat patriotik dan juga jati diri terhadap
negara di kalangan murid-murid tahun empat.
3.3 Topik Tiga : Zaman Prasejarah
Topik ketiga dalam kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah tahun empat ialah
zaman prasejarah. Tajuk ini berfokuskan mengenai kehidupan masyarakat sebelum
kewujudan tulisan dan memperlihatkan kesungguhan masyarakat zaman tersebut dalam
menghadapi cabaran alam. Kandungan topik ketiga juga dapat melahirkan murid-murid
berjiwa patriotisme dan juga mempunyai jati diri yang tinggi. Standard kandungan bagi topik
ini adalah kehidupan manusia prasejarah dan terdapat lapan standard pembelajaran
ditetapkan dalam matapelajaran Sejarah tahun empat.
Topik ini dapat meningkatkan jati diri dan unsur patriotik dalam kalangan pelajar
tahun empat melalui mempelajari tentang prasejarah, zaman paleolitik, zaman mesolitik,
zaman neolitik, zaman logam, warisan kesayangan saya dan model tepatan prasejarah di
dalam buku teks. Dalam buku teks konsep prasejarah diklasifikasikan kepada empat zaman
dan juga dinyatakan dengan jelas tentang lokasi-lokasi petempatan prasejarah di Malaysia
bagi setiap zaman. Contohnya, dalam buku teks Sejarah tahun empat zaman paleotik
dinyatakan muncul di Malaysia sebelum 40000 ribu tahun dahulu di Kota Tampan, Perak,
Tingkayu Sabah dan Guah Niah di Sarawak. Melalui mengenali tentang petempatan
prasejarah di Malaysia murid-murid dapat diperkukuhkan dengan jati diri terhadap
pembangunan negara. Ini disebabkan murid-murid dapat mempelajari tentang kemajaun
masyarakat di Malaysia sejak 40000 ribu tahun dahulu sehingga hari ini. Murid-murid juga
dapat berjiwa patriotik melalui mengenali keunikan sejarah Malaysia.
Seterusnya, dalam topik ketiga iaitu zaman prasejarah standard pembelajaran lain
juga dapat melahirkan para murid yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan
juga mempunyai jati diri terhadap warisan negara. Standard pembelajaran keenam bagi
tajuk ketiga iaitu menyatakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah dapat melahirkan
murid-murid yang mempunyai semangat jati diri dalam mengekalkan warisan negara.
7

Contohnya, dalam buku teks mengikut standard pembelajaran ini murid-murid tahun empat
diajarkan tentang alatan-alatan yang dihasilkan pada zaman prasejarah dan kegunaannya
sehingga hari ini. Murid-murid dapat menyedari kepentingan dan kegunaan alatan-alatan
zaman prasejarah pada masa kini dan dapat mewujudkan perasaan jati diri untuk
mengekalkan warisan negara kita. Murid-murid juga dapat berasa bangga dan menghargai
tinggalan manusia prasejarah yang masih digunakan sehingga hari dan inovasikan mengikut
peredaran zaman. Oleh itu, murid-murid juga dapat pelajari untuk menghargai warisan
negara dan membantu meningkatkan semangat patriotik terhadap negara. Jadi, topik ini
sememangnya dapat melahirkan murid-murid yang berjiwa patriotik dan mempunyai jati diri
terhadap negara.
3.4 topik Empat : Kerajaan-Kerajaan Melayu Awal
Topik ini mengenai sejarah awal negara dan standard kandungan adalah mengenai
kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu Awal. Dalam standard kandungan ini terdapat tujuh
standard pembelajaran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid-murid agar dapat
menerapkan nilai patriotisme dan juga jati diri sambil meningkatkan ilmu pengetahuan.
Dalam kesemua standard pembelajaran bagi topik ini terdapat elemen patriotik dan juga jati
diri disepadukan dalam pembelajaran untuk melahirkan para murid yang bertaat kepada
negara dan bangsa.
Sebagai contohnya, standard pembelajaran pertama iaitu menamakan kerajaankerajaan melayu awal membantu para murid untuk mengenali warisan negara Malaysia.
Melalui unit ini, murid-murid dapat meningkatkan pemahaman mengenai kerajaan kedah tua
(negeri Kedah) yang pernah berfungsi sebagai pusat perdagangan yang penting. Muridmurid juga dapat berasa bangga kerana negara Malaysia pun mempunyai sejarah awal
yang mengagumkan. Maka, secara tidak langsung murid-murid akan mencurahkan
kebaktian mereka terhadap negara dan melahirkan warganegara yang berpatriotik.
Tambahan pula, jati diri murid juga dapat dipertingkatkan terhadap negara melalui
mempelajari tajuk ini.
Seterusnya, standard pembelajaran kelima dalam topik ini iaitu menyatakan
keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu Awal dapat membantu murid-murid mengenali
tentang Selat Melaka yang pernah memainkan peranan penting sebagai jalan perdagangan
di antara negara China dan juga India. Di samping itu, murid juga dapat melihat peranan
kerajaan-kerajaan Melayu Awal sebagai tempat persinggahan pedagang dari China dan
India serta sebagai pusat pengembangan agama. Para murid juga dapat mengetahui
kelebihan Selat Melaka yang menjadi faktor utama kepada kedatangan para pedagang ke
kerajaan-kerajaan melayu awal. Murid-murid tahun empat, dapat mempelajari tentang Selat
8

Melaka dan keunikannya sebagai selat terpanjang, terlindung daripada tiupan angin
kencang dan sebagainya. Melalui mempelajari tentang keunikan kerajaan-kerajaan Melayu
Awal murid-murid dapat berasa bangga dan meningkatkan jati diri mereka terhadap negara
Malaysia. Murid-murid juga akan mencurahkan taat dan bakti kepada negara jika menyedari
keunikan sejarah awal negara Malaysia. Oleh itu, topik ini dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Sejarah bagi tahun empat dapat membantu dalam proses melahirkan
murid-murid yang mempunyai semangat patriotik dan juga jati diri.
3.5 Topik lima : Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Topik kelima dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi matapelajaran
Sejarah tahun empat adalah mengenai tokoh-tokoh terbilang kesultanan Melayu Melaka.
Bagi topik ini terdapat empat standard kandungan yang telah ditetapkan untuk dijadikan
sebagai pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Topik ini juga dapat membantu
dalam membina jati diri dan juga nilai patriotisme dalam diri setiap murid-murid. Standard
kandungan pertama adalah tentang tokoh-tokoh terbilang kesultanan Melayu Melaka, kedua
Parameswara sebagai pengasas kesultanan Melayu Melaka, ketiga Tun Perak Sebagai
Bendahara Melaka, dan keempat Hang tuah Sebagai laksamana Melaka.
Murid-murid diajarkan mengenai tokoh-tokoh semasa kesultanan Melayu Melaka
untuk memberi gambaran yang jelas tentang peranan, kepimpinan dan sumbangan mereka
dalam membawa kemajuan kepada kerajaan Melaka. Sebagai contohnya, dalam standard
kandungan pertama murid-murid berupaya mengetahui dan memahami tentang tokoh-tokoh
terbilang semasa kesultanan Melayu Melaka melalui standard pembelajaran pertama dan
kedua. Melalui mengenali tentang tokoh-tokoh terbilang, para murid berasa bangga dan
dapat meningkatkan jati diri terhadap bangsa dan negara. Murid - murid juga dapat
menyedar bahawa sejak dari zaman Melaka lagi lahir pemimpin-pemimpin yang berkaliber
dan berkarisma.
Tambahan pula, standard kandungan kedua, ketiga dan keempat bagi matapelajaran
Sejarah tahun empat adalah berfokuskan kepada tokoh-tokoh yang berjuang dalam
memartabatkan negeri Melaka. Tokoh-tokoh tersebut memainkan peranan penting dalam
membawa perubahan dan kemajuan kepada negeri Melaka. Oleh itu, murid-murid diajarkan
mengenai tokoh-tokoh tersebut agar dapat dijadikan sebagai teladan dan panduan. Muridmurid dapat belajar untuk berjasa dan berkhidmat kepada negara sendiri melalui
mempelajari topik ini. Sebagai contohnya, guru mengajar tentang ciri-ciri Tun Perak yang
taat kepada raja dan negara. Dalam unit ini dinyatakan sifat Tun Perak yang tidak ingin
untuk membalas dendam walaupun anaknya Tun Besar dibunuh oleh Raja Muhammad iaitu

putera Sultan Mansur Syah. Ini disebabkan beliau tidak ingin mengugat keamanan negeri
Melaka dan mempunyai jati diri tinggi dalam menjunjung kedaulatan sultan.

Oleh itu, melalui mempelajari tentang Tun Bendahara, dapat membina jati diri
terhadap raja dan negara di kalangan murid-murid. Elemen patriotik juga turut diterapkan
dalam diri murid melalui mempelajari tentang Tun Perak. Contohnya, murid mempelajari
tentang Tun Perak yang mempunyai jiwa patriotik yang tinggi kerana tidak ingin mengugat
keamanan dan keharmonian kerajaan Melaka dengan membalas dendam terhadap sultan.
Oleh itu, murid-murid juga dapat mencontohi sifat-sifat Tun Perak dan dapat berjiwa patriotik
terhadap negara Malaysia untuk menjamin keamanan dan kedamaian. Oleh itu, topik ini
dalam subjek Sejarah dapat membantu dalam membina jati diri dan juga nilai patriotik dalam
diri murid-murid tahun empat.

10

4.0 Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun Lima


4.1 Topik Satu : Warisan Negara Kita
Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun lima berfokuskan kepada tema
kedaulatan negara. Warisan negara kita merupakan topik yang keenam bagi subjek sejarah
mengikut urutan daripada tahun empat. Tetapi topik ini merupakan unit pertama yang
diajarkan kepada murid tahun lima. Topik Warisan negara kita, terbahagi kepada tiga
standard kandungan iaitu institusi raja, agama Islam dan ketiga Bahasa Melayu. Topik ini
diberikan perhatian khusus agar murid-murid dapat memahami peraturan-peraturan yang
termaktub dalam perlembagaan Malaysia dengan jelas mengenai institusi sultan, agama
rasmi dan juga bahasa rasmi di negara Malaysia. Oleh itu, bab-bab ini perlu diajarkan
kepada setiap warganegara sejak dari bangku sekolah agar setiap individu dapat menerima
dan mematuhi peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Di samping itu, topik pertama juga dapat membantu dalam melahirkan murid yang
berpatriotik dan juga mempunyai jati diri. Terdapat tujuh standard pembelajaran yang telah
ditetapkan dan perlu dikuasai oleh murid-murid dalam standard kandungan pertama. Melalui
standard kandungan pertama murid-murid dapat mengetahui mengenai institusi raja,
memahami kedudukan raja dalam lapisan masyarakat, mengetahui bidang kuasa dan
peranan raja, mengenali sejarah kewujudan institusi raja dan sebagainya. Raja merupakan
kedaulatan, identiti dan lambang sesebuah negara. Dalam negara Malaysia, sultan
mengetuai dan menerajui pentadbiran.
Dalam topik ini, perkara ini diberi keutamaan agar dapat menerapkan jati diri
memartabatkan kedaulatan sultan yang menjadi lambang rakyat Malaysia dalam diri para
murid. Contohnya, melalui mempelajari mengenai tajuk rajaku berdaulat yang terdapat
dalam buku teks, murid-murid dapat meningkatkan jati diri terhadap kedaulatan sultan.
Melalui mengenali keunikan dan keistimewaan, peranan, kepentingan dan tanggungjawab
para sultan, murid-murid dapat dapat mencurahkan kebaktian dan kesetiaan tidak berbelah
bahagi terhadap institusi kesultanan. Ini secara tidak langsung dapat membina semangat
patriotik terhadap negara dan warisan negara.

11

Seterusnya, standard kandungan yang kedua iaitu agama Islam dalam topik keenam
diajarkan kepada murid-murid yang berbilang kaum agar dapat mendorong setiap murid
tahun lima mengenali agama tersebut sebagai warisan negara. Murid-murid dapat
mengenali kepentingan agama tersebut sebagai agama rasmi dan dapat menerima serta
menghormatinya. Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan
mempunyai pegangan agama masing-masing. Maka, pembelajaran mengenai agama Islam
sebagai agama rasmi dalam matapelajaran Sejarah dapat memastikan murid-murid
memahami kepentingan dan dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham. Oleh itu,
pembelajaran mengenai standard kandungan ini dapat membina jati diri dalam diri murid
untuk mengekalkan warisan negara dan juga semangat patriotik terhadap negara.
Seterusnya, standard kandungan ketiga iaitu bahasa Melayu bagi topik keenam
dalam Dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah membantu dalam membina jati diri
mengekalkan warisan negara iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Melalui
pembelajaran ini murid-murid dapat memahami tentang peranan bahasa Melayu sebagai
warisan negara sejak dari zaman kesultanan Melayu Melaka. Dalam buku teks, murid-murid
diajarkan mengenai keistimewaan bahasa Melayu di seluruh dunia melalui tajuk taburan
penutur bahasa Melayu di dunia.
Sebagai contohnya, semasa guru mengajar tajuk ini, murid-murid dapat mengenali
taburan penutur bahasa Melayu di negara Indonesia, Afrika Selatan, Kemboja, Sri Langka
dan lain-lain. Dengan mengetahui keistimewaan dan peranan bahasa Melayu di seluruh
dunia dapat mewujudkan perasaan bangga dalam diri setiap murid yang terdiri daripada
kaum berlainan. Ini secara automatik dapat melahirkan warganegara yang mempunyai jati
diri dan semangat patriotik terhadap negara. oleh itu, topik ini dapat membantu dalam
melahirkan warganegara berpatriotik dan berjati diri terhadap negara dengan mengenali
warisan negara dan memeliharanya daripada binasa.
4. 2 Topik Dua : Perjuangan Kemerdekaaan Negara
Topik perjuangan kemerdekaan negara dalam Dokumen Standard Kurikulum Sejarah tahun
lima juga dapat membantu dalam melahirkan warganegara yang berpatriotik dan
mempunyai jati diri. Tajuk ini memberi pendedahan tentang campur tangan kuasa luar dan
penjajahan yang menyebabkan penentangan dan perjuangan tokoh tempatan yang menjadi

12

inspirasi kepada anak bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara kita. 8 Dalam topik ini
terdapat tiga standard kandungan iaitu penjajahan dan campur tangan kuasa luar,
perjuangan tokoh tempatan menentang British dan ketiga sejarah kemerdekaan negara.
Standard kandungan pertama dalam topik ini menekankan tujuh standard
pembelajaran agar murid dapat mengetahui dan memahami kuasa-kuasa luar yang pernah
menjajah negara Malaysia dan dapat membuat penilaian tentang sistem pentadbiran dan
sosioekonomi zaman British. Melalui mempelajari tentang penjajahan British dapat
meningkatkan semangat patriotik dan nasionalisme dalam diri murid untuk memelihara
negara Malaysia daripada penjajahan anasir-anasir luar. Sebagai contohnya, murid
mempelajari tentang faktor utama British menguasai Tanah melayu adalah disebabkan
kekayaan hasil bumi negara kita. Faktor tiada jati diri dan semangat patriotik telah
mengakibatkan British menguasai Tanah Melayu dengan mudah. Maka, melalui ini muridmurid tahun lima dapat menyedari dan memupukkan semangat jati diri dan patriotik dalam
diri mereka untuk menjamin kedaulatan negara daripada anasir-anasir luar.
Seterusnya, dalam topik ini standard kandungan yang kedua iaitu perjuangan tokoh
tempatan menentang British dapat membantu dalam melahirkan murid-murid berpatriotik
dan mempunyai jati diri. Ini disebabkan murid-murid dapat mengenali tokoh-tokoh dan
sumbangan mereka dalam mempertahan negara daripada ancaman luar. Contohnya, muridmurid diajarkan tentang sumbangan Tok Janggut, Yamtuan Antah, Dol Said, Mat Salleh,
Rentap dan sebagainya dalam mempertahankan kedaulatan tanah air dariapda kuasa
penjajah. Oleh itu, dengan mengenali pejuang tempatan para murid dapat menanamkan
semangat jati diri untuk mengekalkan keharmonian negara daripada campur tangan kuasa
luar.
Standard kandungan ketiga bagi topik perjuangan dan kemerdekaan adalah
mengenai sejarah kemerdekaan 1957. Melalui standard kandungan ini murid-murid dapat
mengetahui sejarah kemerdekaan negara dan juga dapat mengenali pemimpin-pemimpin
yang berjuang demi kemerdekaan negara. Standard kandungan ini memainkan peranan
penting dalam menanamkan elemen partiotik dan jati diri dalam diri murid-murid.

Para

murid juga dapat menghargai pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan melalui


mempelajari topik ini. Di dalam buku teks, dibawah tajuk negaraku merdeka murid-murid
diajarkan tentang kronologi hari kemerdekaan dan juga perasaan rakyat semasa mencapai
kemerdekaan.
8 Bahagian pembangunan kurikulum, (2013). Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Sejarah Tahun Lima . Putrajaya, Malaysia : Kementerian Pelajaran
Malaysia. ms 33.
13

Melalui mengenali tentang peristiwa kemerdekaan murid-murid dapat berasa bangga


terhadap tanah air dan mencurahkan kebaktian terhadap negara dengan berjuang
mengekalkan keamanan negara. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat
patriotik dan juga jati diri dalam diri murid-murid tahun lima. Oleh itu, topik ketujuh iaitu
perjuangan kemerdekaan negara dapat membantu dalam melahirkan warganegara yang
berpatriotik dan mempunyai jati diri.
4.3 Topik Tiga : Yang Di-Pertuan Agong
Yang Di-Pertuan Agong merupakan topik kelapan bagi Dokumen Standard Kurikulum
Sejarah Tahun Lima. Tajuk ini merangkan tentang institusi Yang Di-Pertuan Agong sebagai
ketua negara Malaysia dan menjelaskan bidang kuasa baginda dalam konsep Raja
Berperlembagaan.9 Standard kandungan dan standard pembelajaran bagi topik ini
membolehkan murid-murid tahun lima mengetahui dan memahami mengenai Institusi Yang
di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Dalam topik ini murid-murid diajarkan mengenai
kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong, adat dan istiadat, raja berdaulat, alat kebesaran
raja dan lain-lain. Para murid dapat bertaat kepada raja jika mengenali kepentingan Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara. Oleh itu, topik ini diutamakan dalam Dokumen
Standard Kurikulum Sejarah Tahun Lima untuk melahirkan warganegara yang mempunyai
jati diri terhadap kedaulatan raja dan juga semangat patriotik terhadap negara.
4.4 Topik Empat : Identiti Negara Kita
Topik ini membincangkan mengenai identiti negara dan dalam Dokumen Standard
Kurikulum Sejarah topik ini penting dalam membina jati diri dan semangat patriotik dalam diri
murid-murid. Standard kandungan pertama bagi topik ini iaitu jata negara perlu diajarkan
kepada murid-murid tahun lima dengan teliti agar murid dapat memahami dan menguasai
maklumat tentang jata negara. Jata negara merupakan identiti negara yang melambangkan
negeri-negeri di Malaysia serta lambang kemegahan. Standard kandungan kedua juga
penting kerana bendera kebangsaan merupakan identiti negara,simbol perpaduan dan juga
identity serantau.
Kewujudan bendera Malaysia juga merupakan satu peristiwa yang penting dan perlu
difahami oleh murid. Tambahan pula, murid-murid juga melalui mengenali setiap lambang
yang terdapat dalam bendera Malaysia dapat meningkatkan nilai jati diri dalam diri mereka.
Standard kandungan ketiga iaitu lagu kebangsaan diberikan penekanan dalam kerana dapat
9 Bahagian pembangunan kurikulum, (2013). Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Sejarah Tahun Lima . Putrajaya, Malaysia : Kementerian Pelajaran
Malaysia. ms 38.
14

membantu dalam membentuk jati diri para murid dan semangat patriotik. Melalui
mempelajari tentang lagu kebangsaan dapat memupuk perpaduan, ketaatan kepada raja,
kebanggaan terhadap negara di kalangan murid. Standard kandungan keempat iaitu bahasa
Melayu yang memainkan peranan sebagai bahasa kebangsaan di negara Malaysia. Muridmurid perlu mengetahui sebab-sebab yang mendorong Bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa kebangsaan. Bahasa Kebangsaan dapat memudahkan komunikasi antara rakyat
yang berbilang kaum. Oleh itu, topik ini memainkan peranan penting dalam melahirkan
individu yang berpatriotik dan mempunyai jati diri terhadap negara dan bangsa.
5.0 Refleksi
Saya Jessita Mary A/P Francis dari kelas 2 PISMP Sejarah, terlebih dahulu Ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Encik. Zahari Bin Zainal dan juga
semua pihak yang telah membantu saya untuk melengkapkan kerja kursus ini dengan baik
dan cemerlang. Dalam masa yang ditetapkan saya dapat menyiapkan tugasan saya dengan
berjaya walaupun saya menghadapi pelbagai rintangan. Semasa melakukan kerja kursus ini
saya telah menghadapi pelbagai cabaran dan membuatkan saya berputus asa. Tetapi
dengan keyakinan diri dan sokongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa dan kawan,
saya dapat menghadapi cabaran ini dengan tabah dan dapat menghasilkan tugasan dalam
masa yang ditetapkan.
Saya telah diberikan tugasan bagi matapelajaran Kurikulum Sejarrrah Sekolah Rendah oleh
pensyarah pada tarikh 19 Januari 2015 dan tarikh hantar ditetapkan pada 6 April 2015. Satu
taklimat berkaitan kerja tugasan diberikan oleh pensyarah agar dapat memudahkan kami
fahami kehendak soalan tersebut dan menjawab dengan betul. Dalam kerja tugasan
tersebut kami diminta untuk bincangkan mengenai isi kandungan matapelajaran Sejarah
sekolah rendah bagi tahun 4 dan 5. Melalui melaksanakan kerja tugasan ini saya dapat
mengenal pasti topik-topik yang telah dirangka untuk murid tahun empat dan tahun lima
dengan mengutamakan semangat patriotik dan juga jati diri.
Saya juga dapat memahami kepentingan semangat patriotik dan jati diri dalam
mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara. Setiap individu perlu mempunyai nilai jati
diri dan semangat patriotik dalam diri mereka agar dapat menjamin keselamatan dan
kemajuan negara. Oleh itu, dengan mengambil kira perkara ini matapelajaran Sejarah
dijadikan sebagai salah satu saluran penting untuk memupuk aspek jati diri dan patriotik
sejak dari sekolah rendah. Seseorang individu yang mempunyai unsur jati diri dan patriotik
dapat menghormati budaya kaum lain, taat kepada raja, menghargai jasa tokoh-tokoh,
menerima undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan sebagainya. Sebagai
bakal guru sejarah saya dapat menyedari kepentingan kedua-dua unsur ini dalam diri
masyarakat untuk mengelakkan penjajahan atau campurtangan kuasa luar. Oleh itu,
15

warganegara yang berpatriotik dan mempunyai jati diri sangat penting bagi mengharumkan
nama Malaysia di seluruh dunia.

Akhir kata, penghasilan kerja kursus ini telah banyak mengajarkan saya cara untuk
menghadapi sesuatu rintangan dengan tabah dan juga strategi yang harus dipatuhi oleh
saya sebagai seorang bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa hadapan
berlandaskan kepada seruan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bukan itu sahaja, malah
saya merasa amat gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa
yang dibagikan. Semasa melakukan tugasan ini saya juga belajar untuk bersabar dan tidak
berputus asa dan mempunyai iltizam yang tinggi.

16

6.0 Rumusan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni
bagi menyediakan kurikulum yang releven dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard sekolah rendah
Sejarah memberi keutamaan kepada kognitif, efektif, psikomotor dan juga menerapkan nilai
murni, semangat patriotik, jati diri dan sebagainya. Setiap topik yang terkandung dalam
Dokumen Standard Kurikulum Sejarah Tahun 4 dan Tahun 5 dapat melahirkan warganegara
yang patriotik dan juga mempunyai jati diri. Standard kandungan dan standard pembelajaran
bagi tiap-tiap topik untuk matapelajaran Sejarah membantu menerapkan unsur patriotik dan
semangat jati diri. Topik-topik seperti mari belajar sejarah, zaman air batu, zaman
prasejarah, kerajaan Melayu awal, tokoh terbilang kesultanan melayu Melaka, warisan
negara kita, perjuangan kemerdekaan, Yang Di-Pertuan Agong, identiti negara kita dapat
membantu dalam melahirkan jati diri dan semangat patriotik dalam diri para murid. Oleh itu,
Dokumen Standard Kurikulum Sejarah sememangnya dapat melahirkan warganegara yang
berjiwa patriotik dan jati diri.

17

Вам также может понравиться