Вы находитесь на странице: 1из 44

1.

PENGENALAN Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh
teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang
bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi
seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat
kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988)

2.

KONSEP ETIKA Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic
itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah
laku sesuatu golongan Etika ialah satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia
atau organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Contoh yang dimaksudkan ialah aspek-aspek
moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah, dengan tujuan memberi garis
panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisis,
menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan.

3.

KONSEP PROFESION Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion,
Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu
pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan

4.

KOD ETIKAPROFESIONKEGURUAN

5.

KOD ETIKA KEGURUAN Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang
tersendiri. Kod etika ini juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi
kod etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. Di
Malaysia, Tatasusila Profesion Keguruan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan
merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya

6.

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN : IKRARKami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa


tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang
berilmu,yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan
yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

7.

dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab mebimbing anak muda untuk mecapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini, kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan
untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggitingginya : Tanggungjawab terhadap pelajar Tanggungjawab terhadap ibu bapa
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan

8.

Tanggungiawab terhadap pelaiar Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar


kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor

jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat
ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
9.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam- darjah sendiri atau dalam
matapelajaran lain yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara
berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

10.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa Menghormati tanggungiawab utama ibu bapa terhadap
anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumah tangga. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu
bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepacla mereka yang berhak mengetahuinya.

11.

Memberikan maklumat kepada ibu-bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan


menggunakan maklumat vang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan
diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

12.

Tanggungiawab terhadap masyarakat dan negara Mengelakkan diri daripada menyebarkan


sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungiawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.

13.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab


sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan
kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku
yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

14.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Mengelakkan diri daripada
membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru
dihadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang
guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

15.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru
menceburkan diri dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak
rnencemarkan nama baik profesion perguruan. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

16.

KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN Kod etika menyediakan garis panduan


bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan kerana kod ini sesuai untuk dirujuk dan
diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Oleh itu, guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka. Dalam kata lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekan
kan dua amana hpenting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.

17.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.Guru dapat melihat keunikan etika yang
diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha
untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat
menerusi sejauh mana kod etika nya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

18.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. Secara tidak langsung, perkara ini akan membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara
ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

19.

BAGAIMANA IA MEMUPUK KEPADA PERLAKSANAANPERKHIMATAN GURU YANG


KOMPETEN DAN BERKESAN

20.

Umum mengetahui bahawa kod etika profesion keguruan ini merupakan satu wadah yang
mampu menjadi landasan terbaik bagi menyediakan guru yang cemerlang daripada semua aspek
sesuai dengan falfasah pendidikan guru iaitu: FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Guru yang
berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

21.

Antara perkara yang boleh dilihat dalam memastikan perlaksanaan perkhidmatan guru
yang cemerlang ialah : 1. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori
dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang 2. Mempertingkatkan Profesionalisme
3. Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif 4.
Mahir Menggunakan IT 5. Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak

22.

Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali
dalam sesuatu tempoh masa yang panjangmenerima latihan dalam perguruan untuk menjadi
seorang guru yang Guru juga mesti mengetahuai bertauliah, contonhya Sijil mempunyai

pengetahuan yang keadah atau cara penyampaianPerguruan atau Diploma Pendidikandan Ijazah
sarjana muda perguruan mendalam tentang mata dalam pengajarannya supaya yang diiktiraf oleh
kerajaan pelajaran yang hendak diajarnya. murid-murid dapat memahami Malaysia sebelum dia
boleh apa yang disampaikan olehnya. mengajar di sekolah Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga
mempunyai peranan-peranan lain yang guru haruslah mempunyai diharapkan oleh masyarakat.
Misalnya sahsiah yang baik dan dapat guru diharapkan menjadi pengganti dihormati serta dicontohi
oleh ibubapa, menjadi penasihat dan murid. Sahsiah ini termasuklah pembimbing di dalam
pembentukkan tingkah laku dan sikap yang elok, sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada
bersabar, bermurah hati dan murid-murid, menjadi pengamal dan sentiasa bersifat tenang. penyebar
nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.
23.

Mempertingkatkan Profesionalisme guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah
yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Guru hendaklah
berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

24.

Berupaya Membuat Keputusan danMenyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan


Kreatif guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan
menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum
pendidikan juga memerlukan guru untukmenguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

25.

Mahir Menggunakan IT Ilmu dan kemahiran Sebagai pemangkin, guru IT merubah dunia
pembelajaran dalam teknologi menggunakan teknologi info- umpamanya muncul pembelajaran infokomunikasi komunikasi bukan hanyamelalui online. Para guru pada hari yang dikuasai guru untuk
menyampaikan ilmu diini telah bersikap produktif, proaktif dapat digunakan dunia semata-mata tetapi
dan responsive terhadap sebagai pemankin juga untuk meraih perkembangan kecanggihan kearah
kepentingan ilmu akhirat teknologi yang telah banyak menghasilkan kerana pendidikan berkualiti
mengajar anak bangsa kita supaya pendidikan yang hanya akan dapat dicapai menjadi satu bangsa
yang maju. cemerlang dan melalui keseimbangan dalam berkualiti kedua-dua ilmu tersebut.
Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa Penubuhan sekolah bestari yang satu reformasi
serta perkembangan baru dalam berteraskan penggunaan komputer pelbagai bidang pendidikan,
khasnya dalam merupakan salah satu bentuk teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori
kurikulum yang memerlukan pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, profesion keguruan
tahu dan sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan menguasai teknologi maklumat.
latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996).

26.

Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak Seseorang guru dalam profesion
keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat membawa isu-isu semasa untuk
perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas Melalui
pembacaan, guru dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa. Dalam hal seperti
ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan
isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar Dalam perubahan-perubahan sistem

pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan
amalan nilai dan akhlak yang terpuji kerana nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran.
27.

Rujukan Syed Ismail Syed Mustafa , Ahmad Subki Miskon. ( 2011 ). Pengantar Pendidikan.
Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Etika dan profesion perguruan. (t.t & t.p). Dicapai pada
19 Ogos 2011 daripada http://www.ace.upm.edu.my/~on9notes/NK_ED U3001.pdf Etika perguruan.
(t.t & t.p). Dicapai pada 19 Ogos 2011 daripada http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/76
0392/1/

GURU SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENGAMAL PROFESIONALISME KEGURUAN1.0


PENGENALAN
28. Realiti pada masa kini iaitu tugas seorang guru tidak terhad kepada mengajarmenyebabkan
guru turut dilabel sebagai seorang pemimpin di dalam tugas-tugas yangtertentu. Danielson
(2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran padaseseorang guru yang
selain daripada mengajar turut mempunyai pengaruh yangdiperluaskan ke luar bilik
darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Hal inidibuktikan dengan pelbagai
peranan dan tugas guru dari pelbagai aspek yang harusdijalankan dengan penuh
tangggungjawab.Setiap bidang pekerjaan dibezakan dengan aras profesionalismenya.
Tidaksemua pekerjaan dianggap sebagai bidang profesional. Ianya memerlukan ciri-ciri
yangkhusus untuk diiktiraf sebagai sesuatu bidang yang profesional. Antara pekerjaan
yangpada masa kini dianggap sebagai bidang profesional ialah peguam, doktor, guru
dansebagainya.
29. 2.0 KONSEP2.1 Konsep Pemimpin
30. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "pemimpin" bermaksud suatu gelarankepada pelaku
kepimpinan atau memimpin sesebuah, organisasi, kumpulan ataupersatuan. Ahmad Rusli
(1999) dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam KepimpinanPendidikan menyatakan
pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkanmemimpin subordinat (pengikutnya)
ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
31.
32. PISMP SAINS2
33. Katzenmeyer dan Moller (2009), mendefinisikan guru pemimpin ialah, mereka
yangmemimpin di dalam dan luar kelas, mengenalpasti dan menyumbang kepada
komunitiguru dan para pemimpin, berpengaruh terhadap yang lain ke arah amalan
pendidikanyang lebih baik, dan menerima tanggungjawab untuk mencapai hasil dari
kepimpinanmereka.Dalam erti kata yang lain, istilah guru sebagai pemimpin dapat

diterjemahkansebagai individu manusia yang memimpin murid-muridnya untuk mencapai


matlamatpembelajaran berdasarkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
34. 2.2 Konsep Profesionalisme Keguruan
35. Mok Soon Sang (1991) mengistilahkan profesionalisme keguruan sebagai ciri-ciri suatu
pekerjaan yang memerlukan latihan ikhtisas seperti yang diperlukan di dalamprofesionalisme
perguruan, profesionalisme guaman, profesionalisme perubatan dansebagainya. Sufean
(1993) pula menjelaskan guru merupakan golongan professionalkerana profesion ini lebih
mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangandan merasa bertanggungjawab
dalam semua tindakan dan keputusan yang dibuat.Dalam definisi yang lain pula, Fatimah
(2002) menyatakan guru bukan sahaja menjadipendidik dan pengasas kepada pengetahuan
pelajar-pelajar tetapi juga menjadipemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam
masyarakat.Bersandarkan

kepada

ketiga-tiga

definisi

diatas,

dapat

disimpulkanprofesionalisme keguruan diertikan sebagai sesuatu bidang pekerjaan yang


mempunyailatihan ikhtisas yang cukup dan mengamalkan kod etika yang ditetapkan serta
sumberkepada

ilmu

dan

maklumat

murid

dan

juga

agen

perubahan

bagi

masyarakatsekelilingnya.
36.
37. PISMP SAINS3
38. 3.0 GURU SEBAGAI PEMIMPIN DAN PENGAMAL PROFESIONALISMEKEGURUAN
39. 3.1 Guru sebagai Pemimpin
40. Berdasarkan
definisi
oleh
Katzenmeyer
dan
Moller,
ciri-ciri
pemimpin
guruadalah:i. Memimpin di dalam dan luar kelasGuru yang profesional merupakan seorang
yang

mahir

di

dalamkelas

melalui

pengajaran

dalam

pembelajaran

dengan

pelajar.Kepimpinan guru akan dibenarkan oleh guru lain apabila guru tersebutdirasakan
cemerlang terhadap pelajarnya. Little (1995) menyatakankepercayaan yang diberikan untuk
memimpin sebagai suatu pra syaratbagi guru pemimpin dalam mempengaruhi rakan sekerja.
Kepercayaan inihanya boleh diberikan oleh guru lain dan bukan melalui jawatan
yangdipegang.Guru boleh menjadi pemimpin kepada perubahan di luar kelasmereka dengan
menerima lebih tanggungjawab dalam membantu rakan-rakan untuk mencapai kejayaan
bagi semua pelajar dan untukkeseluruhan program di sekolah. Tahap penglibatan
kepimpinan guru diluar kelas adalah bergantung kepada konteks sekolah dan sistem
sekolahserta kemahuan guru. Apa yang paling penting adalah guru tidak harusmelepaskan
fokus mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran untukmenjadi pemimpin.

41.

Salah Laku Guru Mencalar Kewibawaan Profesion Perguruan

42.
43.
44.

(1) Pengenalan

Dalam era globalisasi kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang
haruslah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan
nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu
tersebut (Syed Ismail etc., 2010:24). Menurut Kamus Dewan (1995), etika
bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.
Dengan erti kata lain, etika menjadi teras dan tunggak kepada keperibadian atau
tatakelakuan penjawat awam supaya berurusan dengan apa yang baik dan tidak
baik mengikut kewajiban dan tanggungjawab moral mengikut profesion tersebut.
Etika juga dikatakan sebagai satu garis panduan yang menyenaraikan prinsipprinsip tingkah laku untuk tujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan. Justeru, adalah wajar setiap kerjaya yang digelar
profesional menyenaraikan kod etika kerja supaya memastikan pekerja-pekerja
terlatih tertakluk kepada kod etika tersebut untuk menyediakan perkhidmatan
berkualiti.
45. Memandangkan setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion sebagai
panduan tingkah laku setiap ahli, bidang pendidikan juga tidak terlepas dari
membina kod etikanya sendiri. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia sehingga 30 Jun 2008, bilangan guru yang berkhidmat di
sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara adalah seramai
369,928 orang dengan guru lelaki sebanyak 118,380 orang dan guru perempuan
sebanyak 251,548 orang. Tahun demi tahun, jumlah bilangan guru di seluruh
Negara meningkat dan sebagai usaha memartabatkan profesion perguruan ini
sebagai profesion yang profesional, sebuah Etika Profesion Perguruan telah
dicadangkan oleh Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan
Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971) bagi pembentukan tatasusila
guru. Semua guru yang menjawat di sekolah perlu mematuhinya yang mana
etika kerja guru diwujudkan adalah untuk memastikan guru akan dapat
menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi
pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan nilai-nilai
akhlak mulia.
46. Antara rumusan Etika Profesion Perguruan secara keseluruhan adalah seperti
yang disenaraikan dalam karya Syed Ismail, etc. (2010:46-47):
47. i. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnya yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan
48.
49.
50.
51.
52.

x. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupaya


yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan
xiii. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya

53.

Begitulah suaranya antara kandungan Etika Profesion Perguruan yang


mengingatkan guru kita agar tidak melibatkan diri dalam salah laku semasa
memberi perkhidmatan pendidikan di Negara kita. Tetapi sehinggakan hari ini,
berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman
terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang masih
lagi kedengaran. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah pada zaman kini
tidak menyedari keruntuhan akhlak di kalangan profesion ini sehinggakan
mencalar kewibawaan profesion perguruan di Negara kita?

54.

55. 2) Isu : Salah Laku Guru


56.
57. Sebuah artikel bertarikh Ogos 2009,(Kosmo! Online) berjudul Rogol, cabul
murid dalam makmal yang dikarang oleh Adham Shadan telah dimuat turun dari
laman web Kosmo Online. Menurut sumber artikel, kes ini berlaku di sebuah
sekolah rendah jenis kebangsaan di Pasir Puteh, Kota Bharu dimana seorang
guru lelaki berusia 29 yang mengajar Sains dan Bahasa Cina di sekolah tersebut
telah didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di
makmal sains di antara pukul 8 pagi hingga 3 petang. Bagi pertuduhan kedua,
lelaki itu didakwa mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul
12.15 tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan(KK)
iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan. Tertuduh
didapati bersalah oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak
pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua
tuduhan itu. Dalam penghakimannya, Rofiah mengatakan dia mengambil kira
kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan mangsa sebagai guru dan
murid dalam menjatuhkan hukuman. Kata Rofiah Selepas mendengar hujahan
pihak pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan
tahun dan sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga tahun penjara dan dua
sebat bagi kesalahan mencabul.
58. Guru yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan dalam kod
Etika Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku mencabul anak murid
perempuan yang mana ini telah menyebabkan pihak ibu bapa dan khalayak
ramai tidak percaya kepada sifat profesional profesion perguruan. Seperti mana
yang dikemukakan sebelum ini, salah sebuah kod yang terkandung dalam Etika
Profesion Perguruan adalah menegaskan bahawa guru haruslah sentiasa
menjaga tingkah lakunya supaya keprosefionalannya tidak tercemar akibat
kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Pernyataan

ini menjelaskan bahawa setiap tindak tanduk dan sikap yang guru lakukan
adalah mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutamanya pelajar dan ibu
bapa.
59. Sesungguhnya, amat penting bagi seseorang guru agar menjada perlakuan agar
tidak mencalar kewibawaan profesion perguruan sehingga boleh menghilangkan
kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang
sepatutnya membawa tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak bangsa
supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika seorang guru gagal untuk
menjaga tingkah laku dan sikapnya, maka imej guru seluruh Negara akan
dipersoalkan dan pada akhirnya, masyarakat tidak akan mempercayai guru
dalam peranan sebagai pengganti ibu bapa di sekolah untuk mendidik anakanak mereka. Pendek kata, tindakan guru disiplin lelaki yang dianalisis dalam
sumber artikel telah membuat pihak masyarakat mempersoalkan sifat profesional
guru dan ini sebenarnya telah mencabar kewibawaan profesion perguruan di
Negara kita.
60.
61.
62.
63.

64.
65.
66.
67.

(2.1) Sebab: Guru kurang menghayati dan memahami kod etika


Jika diteliti, apakah sebenarnya sebab-sebab yang menyebabkan berlaku kes
salah laku di kalangan guru? Pada pendapat penulis, senario ini berlaku dengan
antara sebabnya ialah guru terbabit kurang menghayati dan memahami
kandungan yang tertera dalam kod Etika Profesion Perguruan. Sesungguhnya,
kod etika yang disediakan dapat dijadikan suatu garis panduan kepada para guru
di Negara kita tentang bagaimana tingkah laku yang sesuai dilakukan apabila diri
individu itu telah menceburi profesion perguruan. Ini bermakna jika guru yang
terbabit dengan kes salah laku dapat menghayati dan memahami peraturanperaturan yang disenarai dalam kod Etika Profesion Perguruan, maka, beliau
akan mengetahui apa yang boleh dilakukan dan apa yang kurang sesuai
dilakukan sebagai seorang guru. Beliau juga akan mengetahui bahawa tindaktanduk seorang guru yang buruk mampu mencemarkan nama seluruh ahli
komuniti guru justeru berusaha untuk mengelakkan dirinya untuk terlibat dengan
kes-kes salah laku. Natijahnya, penulis berasa bahawa salah satu sebab yang
menyebabkan guru terbabit melibatkan diri dalam kes salah laku adalah
berpunca daripada kekurangan pemahaman dan penghayatan keperluan
mengikuti peraturan mengikut kod Etika Profesion Perguruan.
(2.2)Sebab: Kursus, Latihan dan Bengkel mengenai kod etika kurang berkesan
Selain itu, penulis juga terfikir sejenak mengenai satu lagi punca yang mana
mungkin secara tidak langsung telah menyebabkan keadaan ini berlaku. Apakah

sebab sebenar yang menyebabkan guru-guru di Malaysia mengambil sikap tidak


acuh kepada kod Etika Profeion Perguruan? Mungkin kita perlu berhenti untuk
menilai dan mempersoalkan keberkesanan kursus dan latihan yang diberikan
kepada guru mengenai kod etika serta kepentingan mematuhi kod etika guru
tersebut. Pada pendapat penulis, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang
sama kritikal dalam menyebarkan pemikiran mengenai kepentingan guru
mematuhi kod etika kerja. Namun, realitinya, kursus dan latihan serta bengkel
berkenaan kod etika profesion guru masih lagi kurang dan tidak memadai untuk
memberi pendedahan yang tegas kepada guru-guru di Negara kita mengenai
kepentingan menjaga tingkah laku mereka berdasarkan tatatertib etika.
Rumusnya, penguatkuasaan dan pemantauan yang kurang berkesan akan
menyebabkan berlakunya kes salah laku di kalangan guru.
68.
69.
70.
71.

(2.3) Sebab: Tekanan Emosi

Pada masa yang sama, penulis juga berpendapat bahawa kes guru terlibat
dalam kes salah laku berpunca daripada tekanan emosi atau lebih dikenali
sebagai stres. Kyriacou (2000) menjelaskan stres guru sebagai pengalaman
guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan,
kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai
seorang guru. Stres juga didefinisikan sebagai tindak balas fizikal yang biasa
terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan
ketidakseimbangan berlaku. Sebenarnya, setiap individu mengalami kelimalima jenis stres yang disenaraikan, apa yang membezakan adalah kekerapan
dan tahap keseriusan tekanan emosi tersebut kepada setiap individu, menurut
Noriati A. Rahid, etc. (2010:67).
72. Dengan perkembangan yang pesat pada abad ke-21 ini, guru di sekolah bukan
sahaja menghadapi cabaran dalam menguruskan perihal pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, malah golongan tersebut juga menghadapi cabaran
yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak
pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan.
Dalam proses menjalankan tugas dan tanggungjawab, guru kian menghadapi
halangan, kesuntukan masa, perselisihan faham antara guru justeru tekanan
emosi sememangnya berlaku jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau
menangani cabaran yang dihadapi.
73. Dalam kes yang dirujuk, guru lelaki tersebut mungkin telah mengalami tekanan
emosi yang mana pada akhirnya menyebabkan dia bertindak terpesong daripada
etika kerjaya sebagai seorang guru. Stres yang hasil daripada tekanan kerjaya
berkaitan yang menyebabkannya mengalami kekangan dalam menyelesaikan
ketidak-seimbangan yang berlaku dalam dirinya. Kita faham bahawa kecelaruan
dalam diri seseorang akan membawa kepada tindakan yang berada pada luar
jangkaan diri sendiri yang amat berbeza dengan personaliti asalnya, dimana
guru terbabit mungkin mencabul murid perempuan berkaitan walapun dirinya
sendiri tidak sedar bahawa dia sedang melakukan salah laku terhadap muridnya.

74.

75. (2.4) Implikasi Salah Laku Guru


76.
77. Menurut laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan dalam Berita Harian
secara online, Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung
pelbagai salah laku guru di seluruh Negara sejak tahun 2007. Sumber
menjelaskan baahwa antara kesalahan yang dilakukan oleh guru ialah tidak
hadir bertugas (37%), cabul dan gangguan seksual (17%), terbabit dalam rasuah
dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15%), penyalah-gunaan dadah (9.5%),
kecurian (6%), jenayah syariah (7%) dan keterhutangan serius (1%).
Peningkatan bilangan guru-guru di Malaysia yang terbabit dalam kes salah laku
sesungguhnya mendatangkan kesan yang amat buruk jika masalah ini dibiarkan
berterusan.
78. Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya
kewibawaan profesion perguruan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Syed
Ismail etc. (2010:190), Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik
tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Peranan guru
begitu penting memandangkan beliau merupakan individu yang paling dekat
dengan murid semasa mereka berada di sekolah. Namun, apakah pandangan
ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi
penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di
sekolah? Adakah masyarakat di Negara kita akan terus menyanjung,
menghormati dan mempercayai profesion perguruan sebagai suatu jawatan yang
mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk terbabit dalam salah laku?
79. Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah telah
menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis terhadap
profesion perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh negara
dalam mendidik anak-anak mereka walaupun hanya berakibatkan tindakan salah
seorang guru di Malaysia. Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh
permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru terhadap profesion perguruan
di Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di Negara
kita. Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan
terakhir setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin
mengelakkan diri daripada menganggur. Kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga.

80. Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa
pihak berkuat-kuasa melucutkan jawatan guru di sekolah. Ini secara tidak
langsung menyebabkan kekurangan sumber guru yang berkualiti di sekolahsekolah seluruh Negara. Menurut sumber pada tahun 2010, bilangan sekolah
rendah yang didirikan di Malaysia adalah sebanyak 7,714 buah. Cuba
bayangkan sekiranya seluruh sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang
guru yang membabitkan diri dalam kes salah laku. Dengan ini, pihak berkuatkuasa terpaksa melucutkan kira-kira 7 ribu orang guru yang memegang jawatan
di sekolah. Ini sudah tentu menimbulkan permasalahan yang tidak berterusan
kepada proses pembelajaran murid-murid di sekolah, malah sistem pendidikan di
Negara kita. Jadi, jelaslah bahawa tindakan salah laku guru akan menyebabkan
sistem pembelajaran di Negara kita tergendala.
81.
82. (2.5) Cara mengatasi isu ini
83.
84. Memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara kita akan
membawa kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di
Negara kita, langkah-langkah yang sesuai serta berkesan haruslah diambil
supaya isu ini dapat diturunkan kadarnya, diperbaiki keadaannya dan pada
akhirnya dibasmi permasalahannya. Terdapat beberapa pihak yang terlibat
dalam usaha mengatasi isu salah laku di kalangan guru di Negara kita.
Antaranya ialah pihak pentadbir sekolah, pihak rakan sejawat guru dan juga
pihak individu yang tertuduh tersebut.
85. Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi sistem
pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan
dan cekap dalam pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku
di kalangan guru dapat dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan
sebuah sistem pantau yang dapat menghalang guru-guru untuk melibatkan diri
dalam perkara-perkara yang dikatakan telah melanggar peraturan kod Etika
Profesion Perguruan. Sekiranya betul didapati guru berkenaan masih tidak
terlepas dari terbabit kes salah laku, pihak pentadbir sepatutnya membuat
persediaan untuk memberi perkhidmatan nasihat dan kauseling kepada guru
tersebut supaya dia sedar bahawa dirinya sedang menjurus ke arah yang
terpesong daripada profesionnya.
86. Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan tindakan
tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak berterusan.

Ketegasan pihak pentadbir dalam menguruskan hal salah laku sememangnya


membantu pihak berkuasa membasmi isu salah laku di kalangan guru. Pihak
pentadbir juga berperanan memastikan guru di sekolah, khususnya guru
permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan menghayati kod Etika
Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan bengkel
menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar
guru-guru sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri.
87. Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam mengatasi
masalah salah laku di kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam komuniti
pendidik, individu tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan
kepada ahli-ahli lain dalam komuniti berkaitan. Adalah diingatkan bahawa
sebagai seorang guru, tingkah laku beliau bukan sahaja sentiasa menjadi role
model kepada murid-muridnya di dalam kelas, malah rakan-rakan sejawatnya
yang sentiasa berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah wajar sebagai seorang
guru untuk sentiasa menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan sejawat, individu
tersebut juga bertanggungjawab memberi dorongan dan nasihat sewajarnya
kepada guru yang didapati terbabit dengan kesalahan.
88. Kita dididik agar tidak menjaga tepi kain orang dan ini menyebabkan kita jarang
mengambil peduli tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan kita. Namun,
sebagai rakan sejawat, sikap ini haruslah diubah dimana individu tersebut
haruslah berusaha mengamalkan pendekatan kepedulian. Dari segi moral,
pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban
demi orang lain. Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan sebagai perasaan
ambil berat terhadap orang lain. Oleh yang demikian, setiap guru haruslah
memikul tanggungjawab sebagai seorang rakan sejawat untuk mempedulikan
masalah salah laku yang dihadapi orang guru sejawat di sekolah.
89. Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi
peringatan dan nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku.
Menurut Syed Ismail, etc. (2010:56), kita perlua sama-sama menjaga nama
baik profesion perguruan supaya pelanggan dan stakeholderkita berasa berpuas
hati dan kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi. Beliau juga menyatakan
bahawa Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti terhadap rakan, kita
hendaklah sentiasa berusaha membantu rakan sejawat terutamanya mereka
yang baharu dalam terlibat dalam profesion peguruan ini. (Syed Ismail, etc.,
2010:57) Oleh yang demikian, jelaslah bahawa tugas kita sebagai guru
sebenarnya tidak terhad kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Kita

sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga nama


baik rakan sejawat kita yang berkecenderung untuk melakukan tindakan
terpesong agar kewibawaan profesion perguruan ini tidak tercalar.
90. Di samping itu, setiap orang guru di Negara kita sebenarnya mempunyai
peranan masing-masing dalam memastikan kes salah laku berhenti dari terus
berlaku dalam kalangan pendidik. Sebagai
seorang
guru yang
bertanggungjawab, beliau sepatutnya sentiasa bermuhasabah dan membuat
reflektif diri mengenai apa yang dilakukan olehnya. Dengan cara ini, kekuatan
dan kelemahan diri akan dapat dikenal-pasti dan dibaiki dengan kadar yang
cepat. Ia juga menimbulkan kesedaran untuk menjadikan diri individu itu
berkembang ke arah lebih baik. Umpamanya jikalau guru berkaitan mendapati
dirinya mempunyai masalah tekanan emosi yang menyebabkannya terjurus
untuk melakukan tindakan terpesong, maka beliau bolehlah dapatkan nasihat
dan kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum kes salah laku berlaku. Sikap
kepekaan dan rendah diri terhadap keperluan diri untuk menerima nasihat amat
membantu dalam konteks ini. Sudah tentu masalah salah laku di kalangan guru
dapat diselesaikan sebelum keadaan berkenaan berubah menjadi jenayah serius
sehinggakan didakwa.
91. Seterusnya, guru juga haruslah bijak memilih kawan yang mampu menjadi
teladan dan contoh kepada profesion perguruan beliau. Seperti peribahasa
dalam Bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa A man is known by the
company he keeps. Ini bermakna seorang individu akan menerima pengaruh
daripada teman-teman yang berdampingan dengannya. Sekiranya seorang guru
sentiasa berkawan dan berdampingan dengan golongan guru yang dikatakan
mempunyai sikap negatif, maka lama-kelamaan guru tersebut juga akan terjurus
untuk melakukan tingkah laku negatif akibat pengaruh rakan tersebut.
Sebaliknya, sekiranya guru berkenaan berdampingan dengan rakan sejawat
yang mampu menjadi teladan dan contoh malah model tiruan dalam profesion
perguruan, maka guru tersebut akan terarah untuk mengikuti arus supaya
menjadi seorang guru yang ideal.
92.
93. (3) Kesimpulan
94.
95. Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Etika
Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk
tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu

masa. Etika juga bertujuan mengawal tingkah laku para profesional agar lebih
beretika dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya membimbing para
profesional ke menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam
kerjaya guru. Dengan adanya Etika Profesion Perguruan, para guru di Malaysia
akan dapat merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk menjadi seorang
guru yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap semua pihak
termasuk pelajar, ibu bapa, masyarat dan Negara serta rakan sejawat.
96. Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi memahami
bahawa pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah untk membebankan
individu yang terlibat dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti yang
dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya adalah untuk membantu dalam guru yang
berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan dapat
memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau. Dengan
pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guruguru di Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan
kod etika seperti yang tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara
kelancaran dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Negara kita.
97. Menurut Baharin Abu, etc. telah mengunkapkan bahawa Guru adalah pendidik
dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan
dan ilmu pengetahun untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan.
Semamangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan
Negara. Selain meyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh
teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang
mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai
berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat
kepimpinan (Mook Soon Sang, 1988). Sesungguhnya, guru-guru harus
merenungkan kenyataan yang diungkapkan oleh Imam Ghazali (1980) dalam
buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi rosaklah pemimpin kerana guru yang
jahat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_03.htm#ixzz3B5zlQe00

PENGENALAN

Mengikut kamus dewan edisi ketiga, etika membawa maksud satu sistem dasar akhlak, adat
atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut kamus Oxford pula, etika ialah prinsip moral atau
set prinsip moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, seni bina,
perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas dan
tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah
sangat penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah
mencerminkan diri seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan
melahirkan generasi yang baik dan berjaya.

Begitu juga dengan isu etika guru bukanlah cerita baru yang menghiasi dada akhbar
dan kini sering dibicarakan di kaca televisyen. Profesion perguruan hari ini dilihat semakin
goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang telah
termaktub. Ini jelas apabila semakin banyak isu salah laku guru tersiar di kaca televisyen,
menjadi topik perbincangan pihak tertentu dan menghiasi dada-dada akhbar. Terdapat
pelbagai jenis salah laku yang dilakukan oleh guru yang mana bukan hanya melanggar
etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah negara. Ini sudah
tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang mulia
pada pandangan masyarakat.

2.0

ANALISIS ISU
Isu yang saya pilih disini bertajuk Murid dirotan trauma ke sekolah. Isu ini adalah
berkaitan dengan seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Kuala Besut yang
cedera di belakang badannya akibat di rotan oleh gurunya di sekolah. Menurut berita
Utusan bertarikh 29 Januari 2011 murid berkenaan dikatakan dipukul oleh guru
berkenaan akibat daripada perbuatan mangsa yang dikatakan menjenguk seorang
rakannya yang sedang menjawab kertas ujian. Akibat daripada perbuatan tersebut guru
berkenaan dikatakan secara tiba-tiba meluru ke arah pelajar berkenaan dan terus
merotan apabila selesai menduduki ujian. Murid berkenaan dikatakan dipukul sekali lagi
sebelum sempat mangsa menjawab soalan guru berkenaan sama ada murid terbabit
sakit atau tidak.
Walaubagaimanapun, mangsa yang kesakitan akibat dirotan kemudian dibantu
oleh guru kelas menyapu ubat pada kesan luka dibelakangnya sebelum kes terbabit
dirujuk kepada guru besar. Berikutan kejadian terbabit, murid terbabit dikatakan trauma
untuk kembali ke sekolah dan masih terkejut selain mengalami kesakitan akibat dirotan
guru terbabit.

3.0
3.1

PERKEMBANGAN
HUKUMAN MEROTAN
Merotan atau memukul sebagai satu cara mendidik sebenarnya bukanlah perkara baru.
Menurut Sajap Maswan dan rakan (2004), mengatakan;
Di Amerika, merotan dan cara dendaan fizikal yang lain adalah perkara biasa pada
masa lalu. Blair G.M, at.el (1975) melaporkan bahawa pada awal abad ke 20, di sebuah
sekolah..yang mempunyai 250 guru, terdapat 328 kes merotan pada suatu minggu,
atau purata 65 kes merotan setiap hari. Di sebuah sekolah yang lain pula, lapan belas
orang murid lelaki dirotan selama dua jam di hadapan seorang dewasa atau orang yang
tidak dikenali. Ada seorang guru tua memberitahu, bahawa pada hari pertama beliau
mengajar, dia merotan setiap orang murid yang ada di dalam kelasnya.

Mengikut pekeliling dan peraturan sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, salah


laku murid boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu kesalahan berat, kesalahan
sederhana dan kesalahan ringan. Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 bertarikh
29 Oktober 2003 telah mengariskan 35 kesalahan berat yang membolehkan pelajar
yang melanggar kesalahan tersebut diberi hukuman rotan di punggung. Antara
kesalahan yang di katogerikan sebagai berat ialah seperti menyimpan, membawa,
menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah, membawa menyimpan, menghisap
atau mengedar bahan tembakau dan membawa, meminum, menyimpan atau mengedar
minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan atau menghayalkan. Selain
itu, biadap terhadap guru, pengawas dan murid lain juga turut dikategorikan sebagai
kesalahan berat. Turut disenaraikan sebagai kesalahan berat ialah membuli, berjudi,
mencuri serta mencetak, menerbit, mempamer, mengedar, menyimpan rencana,
majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang. Jika didapati bersalah, pelajar
berkenaan akan dirotan di punggung menggunakan rotan ringan maksimum tiga kali.

Di dalam tradisi Pendidikan Islam, Rasulullah membenarkan kaedah rotan di dalam


mendidik anak. Dalam salah satu hadis baginda bersabda maksudnya, Ajar anakmu
untuk belajar mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun. Pukul dia andai kata
enggan melakukan solat itu pada usia 10 tahun. Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa
memukul atau merotan sebenarnya adalah salah satu cara pendidikan yang dibenarkan

dalam Islam. Walau bagaimanapun merotan atau memukul adalah hukuman yang akhir
selepas melalui beberapa peringkat seperti nasihat, peringatan atau bentuk bimbingan.

Menurut Sajap Maswan dan rakan (2004), mengatakan pada tahun 1848, sebuah
sekolah tinggi di Carolina Utara menerbitkan satu senarai tingkah laku yang dilarang
bersama dengan hukumannya sekali. Diantara peraturan tersebut ialah;
1. Murid lelaki yang bermain dengan murid perempuan, empat kali sebat.
2. Berkelahi, empat kali sebat.
3. Menyimpan kuku panjang, dua kali sebat.
4. Bercakap kasar, lapan kali sebat.

3.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN GURU MEROTAN MURID BERKENAAN


Dalam mengkaji isu merotan yang dilakukan oleh guru berkenaan, terdapat beberapa
faktor yang dikenalpasti yang memungkinkan guru terbabit mengambil jalan mudah
merotan murid terbabit.

3.2.1 KURANGNYA PEGANGAN AGAMA


Guru tidak menghayati apa yang diajarkan dalam agama. Agama Islam contohnya
menganjurkan agar umatnya mendidik dengan ikhlas, amanah dan penuh
tanggungjawab mengikut seperti panduan yang digariskan. Menurut Abdullah Nasih
Ulwan dari Ibn. Amr bin Al-Ash ra dalam Zainudin (2010), hukuman rotan adalah agar
anak dapat mempelajari hukum-hukum ibadah sejak dari pertumbuhannya dan
sehingga kanak-kanak ini membesar dan ia akan terbiasa dan berdisiplin untuk
mentaati Allah. Seterusnya anak ini akan mendapat kesucian roh, kesihatan jasmani,
kebaikan akhlak di dalam ibadah yang dilakukan. Walau bagaimanapun merotan atau
memukul adalah hukuman yang akhir selepas melalui beberapa peringkat seperti
nasihat, peringatan atau bentuk bimbingan.

3.2.2 TEKANAN BEBANAN TUGAS

Guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka
terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu
pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan yang berguna
kepada masyarakat. Mengikut Kyriacou & Sutcliffe (1978) dalam Nazariah (2011)
menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa,
emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca
dari aspek kerja mereka sebagai guru. Dunia pendidikan kini memaksa guru melakukan
kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri kursus
atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian terhadap
kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman
mereka.

3.2.3 KURANG MOTIVASI DARI DALAMAN GURU


Mengikut Nazariah (2011), tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan mendapat
kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang minat
dan luntur komitmen dalaman. Guru pada hari ini terbeban dengan hal-hal persekitaran
yang mungkin menyebabkan guru dibelengu rasa kecewa kurang motivasi, lemah
semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa tertekan, depresi, kurang minat
mengajar dan sebagainya.

3.2.4 GANGGUAN EMOSI


Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemarahan. Kemarahan yang melampau
boleh memberikan kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala
yang tidak sihat kepada tubuh badan dan pemikiran. Gangguan emosi ini terhasil
apabila guru tidak mencapai keperluan peribadi. Misalnya seorang guru mempunyai
sasaran terhadap tingkah laku murid agar tidak meniru semasa peperiksaan dijalankan.
Apabila telah berulang kali tingkah laku yang sama berulang, guru akan merasa
kecewa, rasa putus asa dan akhirnya menyebabkan guru bertindak diluar kawalan dan
batasan. Penambahan masalah ini akhirnya mengundang kemarahan guru dan
mengambil jalan merotan dan memukul murid berkenaan.

3.2.5 MURID YANG TIDAK MENGHORMATI GURU

Dalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati perasaan guru.
Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa seringkali dikejutkan dengan tindakan
murid diluar jangkaan seperti memancitkan dan mencoteng kereta guru, memandang
sinis guru, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan, tidak mematuhi arahan,
melanggar disiplin sekolah dan sebagainya. Bagi golongan guru yang tidak mempunyai
kekeuatan emosi lebih mudah mereka memilih jalan dengan cara merotan atau
memukul murid sebagai penyelesaian kepada permasalahan tingkah laku murid yang
kurang disenangi.

3.2.6 MURID YANG MEMPUNYAI MASALAH DISIPLIN


Masalah disiplin di sekolah sering menjadi bahan perbualan. Tindakan guru-guru
mengambil tindakan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin kerap
dipertikaikan oleh ibu bapa. Berpunca daripada masalah disiplin, pelbagai kesan sosial
dan jenayah juvana turut berani dilakukan oleh pelajar. Mengikut Mohd Bukhari (2010);

statistik yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)


yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Maximus Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri bahawa peratusan kes jenayah di kalangan pelajar meningkat tahun 2005 iaitu
5, 543 berbanding pada tahun 2004 sebanyak 5,140. Dalam statistik yang lain pula,
mengikut Polis Diraja Malaysia (PDRM), peratusan disiplin moral dikalangan pelajar
sedikit menurun iaitu 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar pada 2005 berbanding 2
peratus pada 2004. Peratusan ini walaupun nampak kecil, akan tetapi ianya mewakili
100, 000 bilangan pelajar daripada 5.5 juta. Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak
menyebabkan kita berasa selamat dan selesa, ini kerana bilangan 100, 000 ini boleh
mempengaruhi bilangan yang ramai itu.

Keterangan di atas jelas menunjukkan keseriusan masalah disiplin. Maka pendekatan


yang holistik seperti tindakan merotan diperlukan bagi mengenalpasti punca dan
mengatasinya serta usaha yang berterusan daripada semua pihak mampu mengubah
keadaan ini.

3.3 NILAI ETIKA KEGURUAN YANG PERLU DIPATUHI BAGI MENYELESAIKAN


MASALAH ATAU ISU
Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk watak, sahsiah dan modal
murid. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah dengan watak yang
dapat dibanggakan oleh murid-murid, ibu bapa dan masyarakat setempat. Menurut
Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi
amalan berpanjangan kepada setiap murid (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).
Sepanjang hayat, mereka akan ingat bagaimana guru-guru menerap ilmu pengetahuan
budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati diri sehingga sebati dalam
jiwa.

3.3.1 TAAT SETIA


Etika utama yang perlu diberikan perhatian dalam masalah atau isu ini adalah taat
setia. Segala apa yang dilakukan oleh manusia semuanya dikira sebagai ibadah
termasuk ketaatan dan tanggungjawab kepada Allah, Rasul, ketua, keluarga, organisasi
dan negara. Dalam menangani isu tersebut nilai taat setia perlu untuk dihayati oleh
setiap guru demi mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa. Bagi menentukan
nilai ini dipatuhi dalam perkhidmatan awam, setiap guru dikehendaki mematuhi tata
kelakuan serta ikrar yang termaktub dalam beberapa peruntukan yang berkenaan.
Kesanggupan untuk berkhidmat dengan kerajaan hendaklah disertakan dengan
semangat keikhlasan, kerelaan dan kesetiaan kepada Raja, negara dan kerajaan.
Justeru itu, sekiranya etika taat setia ini dihayati dengan mendalam oleh semua guru
isu guru merotan murid hingga trauma ke sekolah tidak akan berlaku lagi.

3.3.2 AMANAH
Amanah bermaksud sesuatu yang diberikan kepercyaan kepada orang lain untuk
melaksanakannya. Orang yang tidak amanah dianggap telah melakukan sesuatu
pengkhianatan dan juga penipuan. Guru yang amanah haruslah mengelak daripada
melakukan perkara-perkara seperti menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Justeru
itu, sekiranya semua guru menghayati nialai amanah ini masalah seperti murid dipukul
dan dirotan oleh guru dapat dielakkan.

3.3.3 BERAKAUNTABILITI

Setiap guru perlu mengutamakan kabajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal
lain. Ciri ini adalah merupakan hasrat yang sepatutnya diamalkan. Sepatutnya guru
mengimbangi antara kecemerlangan akademik dengan kebajikan dan keselamatan
murid. Etika sudah ada secara teori tetapi guru juga mempunyai aspirasi tersendiri.
Guru juga harus bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor
jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, social, keturunan atau agama. Sepatutnya
semua guru bersikap adil dan saksama ke atas semua murid dengan mengetepikan
unsur-unsur lain.
Dalam melaksanakan tanggungjawab ini guru juga harus hendaklah sentiasa
mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosio ekonomi
murid. Pada kaca mata guru sepatutnya semua murid adalah sama dan tidak perlu
diberi keutamaan kepada mana-mana murid.

3.3.4 BERKECUALI
Guru seterusnya juga perlu menunjukkan sifat berkecuali. Maksud berkecuali pula ialah
melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa sebarang pengaruh dan terlepas
daripada sebarang tekanan luar berkaitan dengan tuntutan tugas awamnya. Guru
dikehendaki melaksanakan tugas mereka tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh
atau tekanan luar berhubung dengan sesuatu tuntutan yang berkaitan dengan
tugasnya.

3.3.5 BERSEDIA DAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH


Guru juga dikehendaki sentiasa bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh
melaksanakan semua dasar, program dan aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak
kerajaan yang memerintah. Ini bererti bahawa menjadi anggota Perkhidmatan Awam
memerlukan pengorbanan dari seorang guru. Sekiranya nilai ini dihayati dengan jujur
dan ikhlas, maka tindak tanduk serta keputusan yang diambil oleh guru akan dihormati
oleh murid dan ibu bapa kerana keputusan tersebut pasti adil dan saksama serta
mengikut peraturan yang ditetapkan.

4.0

IMPLIKASI ISU ATAU MASALAH

Sekiranya masalah isu merotan murid ini tidak dikawal dan diambil tindakan
sewajarnya, mungkin masalah ini akan menjadi isu atau bualan hangat masyarakat.
Kesan dan akibat daripada perbuatan tingkah laku guru ini bukan sahaja akan memberi
kesan kepada guru tersebut sahaja tetapi turut member kesan kepada guru-guru lain,
sekolah dan organisasi pendidikan di negara kita.

4.1

TERHADAP MURID
Kesan daripada akibat perbuatan guru berkenaan bukan sahaja mencemarkan nama
baik guru berkenaan tetapi turut memberi kesan terhadap murid berkenaan dan murid
yang lain. Kesan daripada isu tersebut bukan sahaja menyebabkan murid berkenaan
trauma untuk datang ke sekolah tetapi turut menyebabkan murid-murid yang lain
berfikiran negatif terhadap guru berkenaan. Hal ini akan menyebabkan murid-murid
akan berasa takut untuk mengikuti kelas atau pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksnakan oleh guru terbabit. Selain itu, kesan daripada dirotan juga murid berkenaan
turut mengalami kecederaan dan sekiranya masalah ini tidak dibendung dan peraturan
merotan seperti yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tidak
diikuti sebagaimana yang telah digariskan mungkin akan menyebabkan ramai lagi
pelajar yang menjadi mangsa.

4.2

GURU-GURU
Sebagai seorang yang professional, maka sudah tentulah seseorang guru perlu
menjaga profesion perguruan dan maruah seseorang guru. Menurut Mohd Najib (1996)
dalam Syed Ismail & Ahmad Subki (2010), untuk mencapai hasrat kita ke arah
mewujudka world class education dan seterusnya world class nation, kita
memerlukan gabungan tenaga, pemikiran dan daya kreatif dari setiap warga
kementerian. Dalam usaha untuk memelihara etika perguruan ini, semua guru
seharusnya tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
tugas sebagai guru.
Dalam isu ini akibat daripada perbuatan guru yang tanpa usul periksa merotan
murid berkenaan menjejaskan nama baik guru terhadap profesion perguruan
terutamanya apabila berita kurang baik ini berleluasa disebarkan di dada-dada akhbar.
Selain itu, akibat daripada tindakan guru terbabit, guru-guru yang lain juga menerima
tempiasnya terutamanya guru-guru yang berada di sekolah berkenaan di mana akan
dipandang serong oleh masyarakat setempat.

4.3

TERHADAP SEKOLAH
Sekiranya budaya merotan ini diamalkan secara berleluasa tanpa usul periksa serta
tidak mengikut seperti apa yang digariskan oleh Kementerian pelajaran Malaysia,
masyarakat tidak lagi mengganggap sekolah sebagai sebuah institusi yang selamat
untuk mereka menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan di sekolah dan
sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi pendidikan yang memberi pendidikan
berkualiti kepada murid-murid.

4.4

TERHADAP PROFESION PERGURUAN


Selain itu, isu ini turut memberi kesan kepada profesion perguruan yang menyebabkan
generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi guru dan ini akan mengakibatkan
profesion ini kekurangan generasi muda yang berbakat untuk mendidik anak bangsa.
Kesannya kerajaan tidak dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam
pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang ini.
Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara
professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.

5.0

RUMUSAN
Masalah isu guru merotan murid atau memukul berkait rapat dengan kegagalan guru
memenuhi keperluan psikologi dan keperluan fisiologi. Kegagalan untuk memenuhi
keperluan psikologi dan fisiologi ini menyebabkan guru tersebut memilih jalan yang
salah iaitu bertindak di luar kawalan.
Walaubagaimanapun kenalan sebahagian pelajar pada hari ini mengarahkan
kepada bentuk jenayah seperti samseng di sekolah, pergaduhan, memiliki bahan lucah
dan penyalahgunaan dadah. Bahkan ada pelajar yang berani mengugut guru yang cuba
mendisiplinkan mereka. Fenomena ini tentunya mencemaskan semua pihak dan
pencegahan perlu dilakukan dengan segera sebelum ianya menjadi parah. Mungkin
salah satu cara pencegahannya ialah melalui hukuman yang berat seperti rotan.
Hukuman ini walaupun dibenarkan, guru yang berkenaan sewajarnya menyelidik
terlebih dahulu dan mengambil tindakan sewajarnya sebelum membuat sesuatu
tindakan. Menurut Saidul Amin (2003) hukuman rotan ini walaupun dibenarkan, namun

ada pihak yang tidak berpuas hati dan beranggapan ia cara lama yang tidak sesuai
pada zaman ini.

6.0

REFLEKSI
Semasa menyelesaikan masalah atau mengupas isu berkaitan dengan masalah guru
yang merotan murid yang menyalahi peraturan merotan murid yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, apa yang dapat saya rumuskan ialah sebagai seorang
guru kita hendaklah menyelidik terlebih dahulu sesuatu masalah atau isu sebelum
mengambil tindakan supaya masalah seperti isu ini tidak berulang lagi. Selain itu, saya
juga dapat menyelami dengan lebih mendalam nilai dan etika keguruan yang perlu ada
dalam setiap pendidik dengan lebih mendalaman.
Selain itu, apa yang dapat saya cadangkan dalam menyelesaikan isu berkenaan
ialah, guru besar haruslah memainkan peranan supaya nama baik dan reputasi sekolah
berkenaan terpelihara. Sewajarnya ibu bapa tidah harus meloporkan masalah ini terus
kepada liputan media masa tetapi merujuk terlebih dahulu kepada pihak pentadbir di
mana murid berkenaan bersekolah. Sekiranyanya mana-mana pihak di dapati bersalah
masalah ini bukan sahaja mengaibkan individu berkenaan tetapi masyarakat serta
individu yang berdekatan turut menerima tempiasnya.
Cabaran semasa menyelesaikan masalah ini ialah mencari sebab atau faktor
yang mempengaruhi guru berkenaan bertindak sedemikian. Walaupun merotan boleh
dilaksanakan di sekolah-sekolah tetapi apa yang saya perolehi semasa menyelesaikan
isu ini ialah kuasa merotan murid hanya terletak pada guru besar dan guru-guru yang
telah diberi kuasa merotan. Jadi sebagai pendidik sewajarnya guru harus berhati-hati
dalam melaksanakan hukuman dan tindakan terhadap murid.
Oleh yang demikian, sewajarnya guru-guru pada era globalisasi kini harus
berhati-hati dalam melaksanakan tindakan kepada murid agar isu seperti ini tidak
sewenang-wenangnya digembar-gemburkan di dada-dada akhbar. Kesan daripada
liputan media masa ini bukan sahaja menjejaskan reputasi guru berkenaan tetapi
kementerian dan seluruh profesion perguruan turut menerima tempiasnya.

BIBILIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi 3. (1996) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Mohamad Bukhari Bin Mat Ghani (2010). Masalah Disiplin Pelajar Sekolah Di
Daerah Kulaijaya. University Teknologi Malaysia. Diperolehi pada 15 Ogos
2012
daripadahttp://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp/mohdbukhariap060329d
2010ttp.pdfmohdbukhariap060329d2010ttp.pdf
Nazariah Binti Ab Samad (2011). Etika Profesion Perguruan. Tanjung Malim:
Universiti
Pendidikan
Sultan
Idris.
Diperolehi
pada
13
Ogos
2012
daripadahttp://www.scribd.com/doc/73824281/Tugasan-3-pembangunan-sahsiah
Sajap Maswan, Jamilah Din & Rodzita Osman (2004). Konsep Kendiri Pelajar Yang
Telah Menjalani Hukuman Rotan di Sekolah Menengah di Daerah Kerian.
Diperolehi
pada
18
Ogos
2011
daripada
http://www.sajadstudio.info/articale/hukuman_rotan.pdf
Surat Pekeliling Iktisas Bil:7/2003. Kuasa Guru Merotan Murid. Kementerian
Pelajaran
Malaysia.
Diperolehi
pada
17
Ogos
2012
daripada
http://sksgrokam.edu.my/portal/downloads/rotanmurid.pdf
Syed Ismail & Ahmad Subki (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Utusan Malaysia (2011). Murid Dirotan Trauma Ke Sekolah. Diperolehi pada 4 Ogos
2011daripada http://www.utusan.com.my/

Artikel 2: Isu Guru Menjalankan


Kerjaya Sambilan
1.0

PENGENALAN ISU
Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan
disanjungi. Guru merupakan seorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didiknya
hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya tersendiri di
mana guru dianggap segala-galanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan
menjadi orang yang dihormati serta disegani dalam masyarakat. Walaubagaimanapun,

profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang diperkatakan
seperti isu penyalahgunaan dadah, salah laku seks, rasuah, salah guna kuasa,
mendera, sakit mental dan sebagainya. Isu-isu yang diperkatakan menjadi semakin
bertambah hari demi hari yang menampakkan keburukan serta kepincangan yang
mencalar profesion perguruan itu sendiri walaupun ianya berpunca dari individu
tertentu
yang
bergelar
guru.
Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan
boleh menjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan
namun menurut satu laman web (artika.com), isu adalah suatu masalah yang
dikedepankan atau diperkatakan untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga
merupakan suatu berita yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin
kebenarannya.
Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua
bidang haruslah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas
dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu
tersebut. Etika ditakrifkan sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan
dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan kewajiban dan tanggungjawab
moral (Harold Koontz & Heinz Weihrich Pengurusan terjemahan Mohd Salmi Mohd
Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar DBP).
Istilah etika atau ethic berpunca daripada perkatan Greek ethos yang
bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995),
etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.
Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan etika adalah akhlak. Manakala dalam
konteks pekerjaan merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap
amanah yang dituntut oleh syarak.
Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau
tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspekaspek moral yang baik atau buruk serta betul atau salah sebagai panduan kepada ahliahli. Dalam kehidupan manusia memerlukan satu sistem atau panduan untuk
menentukan mereka bertingkah laku. Perkara ini mendasari perkembangan etika
dalam masyarakat tersebut.
Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan etika sebagai disiplin
yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan
garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorag. Menurut A.R. Licey
dan W.L. Reese, etika dikatakan sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan
tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau
masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dari sudut pandangan ahli falsafah,
etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan
manusia.
Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan

memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika
Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal
yang benar-benar peribadi. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh
manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa etika berkaitan dengan
pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut
membawa seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol,
sempurna, berhemah dan berkesan. Di samping itu juga, etika melihat secara khusus
mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras
dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai
kaum di Malaysia.
Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi komitmen yang tinggi
terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. Media massa banyak melaporkan pelbagai
kes dan isu seperti guru memukul murid, guru menerima rasuah, guru pecah amanah,
cikgu cabul murid dan sebagainya yang menarik perhatian umum serta menguji
kredibiliti profesion perguruan. Namun kes-kes seperti ini semakin meningkat setahun
demi setahun. Berdasarkan pelbagai isu yang berkaitan dengan guru dan keguruan ini,
maka saya telah memilih satu artikel yang bertajuk Guru menjalankan kegiatan
penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan. Saya berpendapat bahawa isu ini
melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika profesion perguruan.
Fenomena masyarakat yang bekerja sambilan merupakan perkara asas yang
jarang diperkatakan. Namun ia bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat
termasuk di kalangan guru pada hari ini. Guru-guru di Malaysia umumnya tidak
diketahui secara jelas sejauhmana seriusnya mereka terlibat dengan aktiviti
pekerjaan sampingan. Bahkan, untuk mengetahui statistik sebenar golongan yang
bekerja sampingan, ia tidak mudah untuk diperolehi disebabkan kebanyakan mereka
yang terlibat tidak bersedia untuk membuat pengakuan atas alasan-alasan yang
tersendiri. Walaubagaimanapun, fenomena ini dapat dilihat di kebanyakan sekolah
berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan oleh guru-guru sendiri di sekolah
masing-masing. Kerja sampingan merupakan istilah yang membawa maksud seseorang
yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat menambahkan pendapatannya
walaupun memiliki kerjaya utama.
Guru merupakan golongan profesional yang diberi peranan penting sebagai agen
perubahan dalam masyarakat. Menurut Noriati et. al. (2010), guru yang komited
diperlukan untuk menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
dan berpegang teguh dengan strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan. Guru
sebagai kakitangan sekolah pula harus memberikan sepenuh komitmen kepada pihak
pentadbiran bagi melancarkan urusan berkaitan pengurusan sekolah selain
memberikan sokongan padu dalam merealisasikan visi dan misi sekolah yang telah
digariskan (Abdullah Sani et. al. 2007).

Komitmen guru menjadi salah satu faktor yang penting dalam menentukan
kejayaan perubahan sesuatu dasar dan agen pendidikan yang dirancang. Malah ia
bukan sekadar ketika berada dalam waktu bertugas di sekolah, malah pada bila-bila
masa. Selain menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran, bidang tugas guru
turut merangkumi pelbagai perkara yang berkaitan dengan bidang pengurusan
akademik termasuk penglibatan dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikan
murid, terlibat dalam mesyuarat serta menghadiri kursus dan sebagainya (Burnham,
2011). Keadaan itu telah memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang guru dalam
dunia pendidikan yang sentiasa wujud perubahan seiring dengan keperluan semasa
(Mohamad Najib, 2004).
Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia guru tetap memerlukan masa
yang perlu diluangkan untuk menguruskan hal-ehwal peribadi sama seperti individu
lain (Lambert, 2003). Ini merupakan hak guru melakukan semua perkara untuk
kepentingan dirinya di luar waktu bertugasnya di sekolah. Selain melakukan tugas
peribadi, mengurus keluarga atau terlibat dengan sebarang aktiviti komuniti
setempat, terdapat dalam kalangan guru yang mengambil inisiatif melakukan sesuatu
yang dapat menambahkan pendapatannya dengan melakukan kerja sambilan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada situasi ini di mana kesan-kesan
yang wujud daripadanya menjadi kayu ukur kepada tahap komitmen guru-guru yang
terlibat.
Menurut Mariatin (2009), oleh kerana kejayaan sesebuah organisasi banyak
bergantung kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh kakitangan maka,
seharusnya tidak ada sebarang halangan yang dapat menyumbang kepada kegagalan
guru dalam memberikan komitmen kepada organisasinya. Ini disebabkan komitmen
semua guru diperlukan bagi memastikan pengurusan sekolah dapat dijalankan dengan
jayanya kerana guru adalah sebahagian daripada kakitangan yang menggerakkan
organisasi sekolah bagi mencapai misi dan visi yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (Abdullah Sani, 2005).

Kerja sambilan merupakan istilah yang diadaptasi daripada perkataan Bahasa


Inggeris iaitu moonlighting di mana perkataan ini pada asalnya diambil daripada
perkataan moonlight. Menurut kamus Oxford (2011), kerja sambilan membawa
maksud seseorang yang mempunyai pekerjaan kedua di mana kebiasaannya dilakukan
pada waktu malam secara rahsia sebagai tambahan daripada pekerjaan utamanya.
Kemudian, Pere (2007) dan Betts (2002) menyatakan istilah moonlighting ini seerti
dengan istilaah second job, part-time job, dual job, multiple job dan
seumpamanya. Kesemua ini bermaksud bahawa seseorang yang bekerja sambilan
secara separuh masa namun pada masa yang sama mempunyai pekerjaan lain yang
utama di mana ia dilakukan secara sepenuh masa.
Idea ini selari dengan Champion (2010), Michael (2010) dan Betts (2006) yang
menyatakan moonlighting di dalam Bahasa Melayu adalah kerja luar yang bermaksud

2.0

mempunyai dua pekerjaan atau lebih separuh masa serta pekerjaan tambahan ini
berlaku kepada seseorang yang memiliki sesebuah kerjaya yang menjadi pekerjaan
utamanya.
Azanza (2000) pula berpendapat bahawa kerja sambilan merupakan salah satu
cara untuk memperolehi pendapatan walaupun seseorang itu mempunyai pekerjaan
tetap. Di samping itu beliau turut menyatakan kerja sambilan itu merangkumi
seseorang yang bekerja sendiri seperti menjadi perunding, mengajar kelas malam,
membuat pelaburan selain menjadikan hobi dan kemahiran yang dimiliki sebagai cara
untuk menambahkan pendapatan.
Berdasarkan kepada definisi dan konsep kerja sambilan yang telah dihuraikan di
atas, isu ini memfokuskan kepada guru yang terbabit dengan sebarang kegiatan atau
aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan semasa berada di dalam
kawasan sekolah atau sebaliknya pada bila-bila masa (Parham, 2006). Keadaan ini
sama ada bekerja separuh masa secara makan gaji di tempat lain selepas waktu
mengajar, menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual produk atau sebagai agen
jualan, penyediaan sesuatu perkhidmatan, memiliki syarikat perusahaan sendiri atau
usahasama dengan keluarga atau sebarang sumber yang dapat menambahkan
pendapatan mereka walaupun aktiviti berkenaan dijalankan secara kecil-kecilan.
PERKEMBANGAN HUJAH
Isu berkenaan guru yang bekerja sambilan ini bukanlah satutrend atau khusus di
sesebuah tempat malahan di mana-mana tempat dan organisasi akan wujud
kakitangan yang melakukan pekerjaan sampingan. Walaupun faktor kewangan dilihat
lebih dominan dalam kalangan guru yang melakukan kerja sampingan (Livanos &
Zangelidis 2008, McClintock et. al. 2004), Robinson & Wadsworth (2007) menyatakan
ia bukan disebabkan masalah kewangan atau menerima gaji yang rendah daripada
pekerjaan utama semata-mata. Sebaliknya terdapat juga pelbagai faktor lain yang
turut menyumbang kepada seseorang itu mengambil keputusan untuk melakukan
pekerjaan sambilan yang merangkumi faktor peribadi dan faktor kerjaya (Betts 2002).
Menurut Betts (2002), dalam laporannya menyatakan salah satu faktor daripada
pekerjaan sampingan itu dilakukan adalah kerana faktor peribadi. Pandangan ini juga
turut diselari dengan para pengkaji yang lain di mana kerjaya sampingan yang
dilakukan itu tidak berkaitan dengan faktor kewangan dan tidak dipengaruhi oleh
unsur lain selain atas kehendak diri sendiri semata-mata. Kebanyakan mereka yang
bekerja sambilan juga didapati sangat menyukai untuk melakukannya tanpa terikat
dengan faktor kewangan (Hipple, 2010).
Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat seseorang yang menjalankan
kerja sampingan adalah disebabkan oleh faktor peribadi iaitu untuk memenuhi minat
serta mengisi masa lapang di luar waktu bertugas mereka. Bahkan wujud dalam
kalangan mereka untuk memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya di mana ia tidak
diperolehi daripada pekerjaan utamanya (Dickey et. al. 2011, Panos et. al. 2011)
dengan melakukan sesuatu pekerjaan lain yang diminati.

Winters (2010) dalam kajiannya mendedahkan, walaupun seseorang itu


melakukan pekerjaan sampingan tetapi ia bukan atas alasan kewangan walaupun
memperolehi pendapatan kecil daripada kerjaya utamanya seperti mana yang
dijelaskan oleh Hipple (2010). Malahan kajian ke atas guru menunjukkan majoriti
daripada mereka yang terlibat mengakui mereka tetap akan melakukan pekerjaan
sampingan walaupun tangga gaji mereka sebagai guru dinaikkan (Pearson et. al.
2001). Keadaan ini menunjukkan mereka sememangnya menyukai dan gembira dengan
kerja sampingan yang dilakukan (Renna & Oaxaca 2009) walaupun terpaksa
mengorbankan masa lapang di luar waktu bekerja.
Selain itu, seseorang yang menjalankan pekerjaan lain selepas waktu bertugas
adalah bagi meningkatkan bakat dan kemahiran yang dimiliki serta mempunyai minat
mendalam terhadap aktiviti sampingan yang dilakukan. Hipple (2010) berpendapat
pekerjaan sampingan yang dilakukan seseorang adalah sebagai cara untuk membina
kemahiran baru dan menimba pengalaman lain yang berbeza daripada pekerjaan
utama sedia ada yang dimiliki (Dickey et. al. 2011, Renna & Oaxaca 2009).
Terdapat juga dalam kalangan individu yang melakukan kerja sampingan bagi
membina rangkain hubungan sosial dengan rakan baru (Betts 2002). Salah satu
tujuannya adalah untuk mengenali seseorang yang dapat membantunya mencapai
sesuatu yang diingini seperti peluang pekerjaan baharu (Pere 2007). Kesemua alasanalasan berbentuk peribadi ini memperlihatkan mereka melakukan kerja sampingan
adalah atas dasar sukarela dan merasa bahagia melakukannya (Hipple 2010, Averett
2001) walaupun menyedari pelbagai kesan yang akan dihadapi daripada tindakan
melakukan pekerjaan sampingan.
Kebanyakan pengkaji mengatakan bahawa faktor ekonomi atau kewangan
merupakan penyebab utama kepada seseorang itu melakukan kerja sampingan (Dickey
et. al. 2009) termasuklah dari kalangan guru. Walaupun mempunyai pendapatan
daripada pekerjaan utama sebagai guru secara sepenuh masa, terdapat juga di
kalangan mereka yang melakukan pekerjaan sambilan bagi mengatasi masalah
kewangan yang dihadapi.
Hipple (2010) berpendapat bahawa mereka yang memiliki kerjaya lain yang
mendatangkan pendapatan adalah berpunca daripada faktor kewangan sebagai sebab
utama. Beliau turut menyebut keadaan ini adalah disebabkan mereka mempunyai
beban tanggungan hutang atau pinjaman yang perlu dijelaskan sama seperti mana
yang dilaporkan oleh Verma (2008) dan Averett (2001). Laporan daripada Parham
(2006) juga menyebutkan faktor penyebab guru menjalankan kerja sambilan adalah
kerana masalah kewangan dan ianya sukar untuk dihentikan setelah terlibat dengan
aktiviti bekerja sambilan walaupun mengetahui terdapat kesan di sebaliknya.
Keinginan untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik dengan
memperolehi pendapatan tambahan telah menyebabkan ramai yang mengambil
keputusan untuk bekerja sampingan. Kenyataan ini selari dengan Hyder & Ahmed
(2009), Guanglia & Kim (2004), Kimmel & Conway (2002) dan Partridge (2002) yang

mengemukakan alasan gaji atau pendapatan yang kecil daripada kerjaya utama
menjadi punca kepada seseorang itu melakukan pekerjaan sampingan.
Terdapat kajian yang menunjukkan individu menjalankan kerja sambilan adalah
disebabkan faktor kerjaya. Keadaan ini bermaksud seseorang itu menjalankan kerja
sampingan atas tuntutan yang berhubung dengan kerjaya mereka sendiri (Dickey et.
al. 2009), untuk menimba pengalaman baharu (Dickey et. al. 2011), memperolehi
pengetahuan bagi memperkukuhkan kerjaya pada masa depan dan sebagai satu cara
bagi meninggalkan kerjaya perguruan (Henderson 2000) atas pelbagai asalan.
Terdapat pelbagai kerja sambilan yang dilakukan oleh guru-guru pada masa
kini. Ada antara mereka yang mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjadi penceramah
dalam sebarang khusus atau seminar, berniaga di pasar-pasar malam, MLM, memandu
teksi malah ada antara mereka yang mungkin turut terlibat dengan pekerjaan jenayah
yang menyalahi undang-undang negara. Jesteru, fenomena guru menjalankan kerja
sambilan telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kementerian telah mengeluarkan Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan pegawai dan
kakitangan di bawah dalam Pekerjaan Luar. Menerusi surat tersebut, Ketua Jabatan
telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan membuat pemantauan terhadap
mereka yang berkenaan.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang telah diterima dan
dibangkitkan sama ada di media cetak mahupun elektronik mengenai salah laku
pegawai yang terlibat sebagai guru tuisyen mahupun tenaga pengajar sambilan sama
ada mereka telah diberi kebenaran atau tidak telah didapati tidak mengutamakan
tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang malahan ada yang mengambil
kesempatan menjadikan institusi pendidikan sebagai platform atau medan perniagaan
dalam mempromosi khidmat tuisyen berbayar yang berunsur kepentingan peribadi.
Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan pekerjaan luar
atau kerja sampingan yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau keuntungan
sama ada dalam bentuk upah atau keuntungan. Namun demikian, atas keprihatinan
kementerian terhadap keperluan para murid dalam mendalami ilmu dan menguasai
pembelajaran tambahan, pihak kementerian telah membenarkan para pendidik untuk
membimbing murid melalui kelas persendirian di mana-mana institusi pendidikan
swasta dengan syarat aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan kepentingan
dirinya sebagai penjawat awam.
Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan dalaman bagi memastikan
aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan itu
dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduan yang terperinci mengenai
pengendalian dan syarat-syarat khusus kepada pekerjaan luar sebagai guru tuisyen
atau tenaga sambilan bagi anggota Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, kerja sampingan boleh dilakukan oleh guru tetapi
pertimbangan yang sewajarnya haruslah diberikan supaya kerja sampingan tersebut

tidak mengganggu tugas hakiki guru di sekolah. Setiap guru harus secara
bertanggungjawab terhadap tugas sebenar di sekolah dan menjadikan kerja
sampingan benar-benar sebagai sampingan. Guru sebaliknya tidak boleh sama sekali
menjadikan tugas hakiki di sekolah sebagai kerja sampingan.
Namun demikian, kebenaran ini juga telah disalah ertikan oleh guru dengan
melakukan pekerjaan jenayah sebagai kerja sampingan yang menyalahi undangundang. Merujuk kepada laporan berita-berita semasa yang disiarkan melalui media
massa, terdapat pelbagai isu yang melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar
etika profesion perguruan sekarang ini. Antara salah satu isu hangat yang telah
menimbulkan permasalahan serta memberi kesan terhadap profesion keguruan ialah
yang dipetik dari artikel melalui sumber laman web rasmi, Guru Sains disyaki edar
dadah akan digantung kerja (Berita Harian Online: 21 Februari 2010).
Merujuk kepada laporan akhbar dalam Berita Harian Online melaporkan: Guru
Sains Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat yang ditahan polis,
Rabu lalu selepas dipercayai mengedar dadah bakal berdepan tindakan digantung
kerja, dipindahkan atau dibayar separuh gaji. Guru sains tersebut dipercayai
mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani kehidupan mewah dan
bergaya.
Menurut sumber, guru berusia 31 tahun itu baru saja berjinak-jinak dalam
pengedaran dadah kira-kira dua bulan lalu dengan menggunakan kereta Proton Savvy
miliknya untuk menghantar sendiri bekalan apabila menerima tempahan dan ditahan
kira-kira jam 10 malam dalam satu sekatan jalan raya di sekitar daerah Batu Pahat.
Sumber itu berkata, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan kepada guru terbabit
membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak ansur kepada mana-mana
pihak yang cuba mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini. Menurut
beliau juga, pihaknya memandang serius kejadian seumpama itu dan tidak teragakagak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba
mencemarkan profesion perguruan yang selama ini dipandang tinggi di kalangan
masyarakat.
Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal itu jelas menunjukkan
bahawa guru tersebut secara terang melanggar etika profesion perguruan dan kod
etika perguruan di Malaysia yang menyatakan bahawa guru perlu mematuhi kod etika
perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru kepada pelajar, ibu bapa
pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Namun dalam kes ini guru telah
membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi. Dengan ini jelas
menunjukkan sikap tidak profesional guru tersebut yang tidak berfikir dengan wajar
tentang impak negatif yang akan dihadapi sebelum melakukan pekerjaan sambilan
tersebut yang jelas menjejaskan masa depannya serta memburukkan nama baik
profesion perguruan yang sepatutnya disanjung tinggi. Jesteru itu, guru berkenaan
akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan tatakelakuan yang ditetapkan
dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana

Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung kerja kerana guru
tersebut telah disabitkan melakukan kegiatan jenayah dalam penyalahgunaan dadah
secara kerja sambilan.
Malahan, baru-baru ini sudah terdapat isu berkenaan guru melanggar etika
profesion perguruan iaitu bekerja sambilan telah dilaporkan menerusi Berita Harian
Online: 4 Januari 2010 Guru abai tanggungjawab calar imej profesion
perguruan. Menurut sumber, beberapa persatuan guru mengakui wujud kes terpencil
guru lebih mengutamakan kerja luar berbanding tugas hakiki mereka di sekolah
kerana mengejar pendapatan yang lumayan. Dalam laporan tersebut, Setiausaha
Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata
tindakan segelintir guru yang lebih rajin mencari pendapatan tambahan itu umpama
nila setitik rosak susu sebelanga. Maka, keadaan ini akan memperlihatkan kesan
negatif terhadap bidang profesion perguruan dimana tindakan guru berkenaan boleh
mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru adalah komited
menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing.
Tambahan lagi, isu guru melakukan penyalahgunaan dadah secara sambilan ini
menjadi semakin hangat apabila timbul pula laporan akhbar yang ditulis oleh M
Hifzuddin Ihksan dalam Berita Harian Online melaporkan BETONG: Kegiatan seorang
guru dari Semenanjung menjual dadah dan pil khayal kepada pelajar di sebuah
sekolah menengah di sini terbongkar apabila polis menahannya bersama 1,862 pil
nospan di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan
Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek yang bertugas di sebuah sekolah di Beladin
dipercayai menjadi pengedar dadah kepada pelajar sekolah sekitar kawasan
berkenaan. Suspek menjalankan kegiatan mengedar dadah di Beladin sejak tahun lalu
dan mempunyai rangkaian pelajar yang dijadikan orang tengah.
Guru yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan kehendak dan
kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya dimiliki oleh
seorang pendidik. Selain menggelapkan masa depannya sendiri, tindakan di luar
kewarasannya itu turut memusnahkan masa depan pelajarnya ke arah melahirkan
generasi pengedar dadah yang sepatutnya di jaga dan dilindungi olehnya sekaligus
memburukkan nama atau mencemarkan nama profesion perguruan. Malah keadaan ini
bukan sahaja mencemarkan imej perguruan tetapi turut menjejaskan kredibiliti dan
kepercayaan masyarakat setempat terhadap peranan guru sebagai pendidik.
Profesion perguruan merupakan sebuah profesion yang sangat mulia dan
dipandang tinggi oleh semua golongan lapisan masyarakat. Dengan kesalahankesalahan segelintir guru yang melanggar etika perguruan sesungguhnya telah
mencemarkan kemuliaan profesion itu. Kegagalan sahsiah guru itu adalah
kegagalannya secara individu, namun mungkinkah ianya adalah kegagalan pihak lain
yang menyumbang kepada kesalahan dan pelanggaran nilai sahsiah dirinya sendiri.
Jika kesalahan yang dilakukannya adalah disebabkan faktor kewangan yang mendesak
guru tersebut melakukan kerja sambilan dengan mengedar dadah untuk mendapatkan

pendapatan yang lumayan, perkara ini hendaklah dipandang serius oleh pihak-pihak
tertentu supaya dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap guru yang
lebih mengutamakan kerja luar untuk kepentingan diri sendiri.
Mungkinkah perkara ini tidak berlaku jika guru berkenaan dapat mengawal
kemahuan peribadi yang menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa
memikirkan keperluan utama atau dengan tujuan memenuhi kepuasan mereka dalam
bekerjaya. Jesteru itu, sebagai seorang guru yang berprofesional harus bijak dalam
menguruskan bidang kerjaya dan peribadi dari segi kewangan serta kecenderungan
minat kerana kebijaksanaan dalam pengurusan ini akan memberi kesan kepada
kejayaan pengajaran guru di dalam kelas. Maka, guru perlu mengenalpasti dan
merancang setiap keperluan dan kemahuan dalam kehidupan mereka bagi menjamin
kejayaan dan kualiti hidup sebagai pendidik.
Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kegagalan individu itu sendiri,
namun jika diteliti dan diperhalusi terdapat beberapa faktor lain yang turut
menyumbang kepada berlakunya gejala sosial seperti melakukan kegiatan
penyalahgunaan dadah sebagai pekerjaan sambilan semata-mata untuk mengejar
kemewahan hidup. Tanpa pegangan agama yang kuat, kewarasan akal kadang kala
tidak dapat menyekat kehendak naluri individu itu untuk terus cenderung melakukan
kesalahan.
Jika menurut teori Maslow (1968), kegagalan manusia mendapatkan sesuatu
keperluan yang utama boleh menyumbang kepada seseorang cenderung melakukan
kesalahan demi mengisi keperluan yang dihajatinya. Manakala, teori ini juga turut
bertepatan dengan teori Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Frued (1856-1939)
melihat manusia dilahirkan dengan sifat semula jadi dan tingkah lakunya lebih kepada
naluri kehaiwanan yang hanya dapat dibendung dengan pengalaman-pengalaman
dalam masyarakat dan sosialisasi. Sekiranya pengalaman ini tiada atau kurang, maka
ia cenderung ke arah merosakkan peraturan-peraturan dalam sesebuah masyarakat.
Fenomena bekerja sambilan bukanlah sesuatu yang baru wujud dalam kalangan
masyarakat malah dalam kalangan guru yang bekerjaya pun situasi ini tidak
terkecuali. Faktor kewangan bukanlah satu-satunya punca yang menyumbang kepada
penglibatan guru di dalam aktiviti bekerja sambilan dengan melakukan kegiatan
jenayah dalam kalangan guru bahkan berkait rapat dengan faktor peribadi dan kerjaya
mereka. Walaupun seseorang yang melakukan kerja sampingan tersebut atas
kemahuan sendiri yang menginginkan hidupan yang mewah serta pendapatan yang
lumayan, namun secara tidak langsung keputusan yang dibuat itu bukan sahaja
memberi kesan kepada diri sendiri tetapi juga melibatkan organisasi di tempat kerja
(Betts, 2002).

3.0

IMPLIKASI HUJAH
Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah semestinya akan
memberi implikasi secara langsung atau tidak langsung terhadap diri guru itu sendiri,
pelajar, sekolah, masyarakat dan juga negara. Pembangunan sahsiah seseorang guru
sebenarnya terbentuk sejak kecil lagi bahkan sejak di dalam kandungan ibunya dan
suasana di dalam rumah tempatnya membesar. Peranan keluarga sangat penting
sebagai memainkan peranan utama manakala pembangunan sahsiah di sekolah
hanyalah program sokongan peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang.
Pembangunan guru juga bermula dari pembangunan individu dan ia dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti baka dan persekitaran.
Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu perkembangan dan
pembangunan sahsiah ke arah lebih positif. Jika terdapat guru yang mempunyai
sahsiah buruk dan menimbulkan isu yang negatif, pembangunan sahsiah di kalangan
guru seolah-olah tidak berjaya dan ia sesuatu yang membimbangkan memandangkan
guru merupakan golongan yang menjadi harapan untuk membangunkan bangsa dan
negara.
Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru
melalui tindakan atau perlakuannya. Tindakan yang dipilih dapat dilihat sebagai
tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan yang
sejajar dengan jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Berita-berita membanggakan yang melambangkan sahsiah positif seorang guru seperti
guru bertindak berani menyelamatkan anak muridnya serta ketabahan guru
menghadapi dugaan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran
yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Namun tindakan negatif
yang tidak melambangkan sahsiah guru seperti isu guru edar pil khayal kena tahan dan
guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan turut menjadi fokus
perbincangan utama media massa dan para penyelidik.
Isu-isu yang positif mahupun negatif sebegini telah memberi impak yang besar
terhadap profesion perguruan. Isu positif akan meningkatkan semangat dan motivasi
para guru, meningkatkan kepercayaan masyarakat serta turut mengharumkan persada
pendidikan. Walaubagaimanapun, kewujudan isu negatif telah mula menjadikan
kebanggaan kita terhadap profesion perguruan kini semakin pudar. Malah, pihak
media, penyelidik bahkan masyarakat telah memberikan tekanan dan desakan yang
hebat terhadap pihak warga pendidik, sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia
khasnya.
Isu guru mengedar dadah secara kerja sambilan adalah antara isu yang
melanggar etika perguruan dan ianya semakin hangat diperkatakan. Ia boleh
meninggalkan kesan yang bukan sedikit terhadap pembangunan sahsiah individu itu
sendiri dan terhadap pembangunan sahsiah golongan guru yang lain. Kesan tindakan
itu turut memberi impak terhadap pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung termasuklah pihak sekolah, Jabatan Pendidikan serta Kementerian Pelajaran


Malaysia. Malahan tindakan guru mengedar dadah menggunakan rangkaian pelajar
sebagai orang tengah akan turut mendatangkan impak kepada pelajar dan keluarga
pelajar tersebut.
Guru berkenaan telah melakukan satu kesalahan jenayah menyalahgunakan
dadah yang menunjukkan kelakuannya yang dilarang dengan cara yang boleh
memburukkan atau mencemarkan nama baik perkhidmatan profesion perguruan.
Kesalahan guru berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib Peraturan 7 mengikut
peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan
hukuman gantung kerja. Malah, berdasarkan laporan akhbar tersebut menyatakan
bahawa guru dipercayai mengedar dadah secara kerja sambilan kerana mahu
menjalani kehidupan mewah. Jesteru itu, kes ini menunjukkan guru tersebut
melanggar peraturan tatakelakuan dan tatatertib iaitu Peraturan 4(2), di mana guru
berkenaan membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya. Jika
disabitkan kesalahaan tindakan tatatertib akan dikenakan di mana ia bergantung
kepada jenis pelanggaran tatakelakuan seperti tindakan amaran, denda atau lucut hak
emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan penggantungan
kerja.
Guru yang telah melakukan kesalahan jenayah seperti mengedar dadah secara
sambilan ini telah menampakkan sahsiahnya yang sangat rendah dan martabatnya
sebagai guru dikesali kerana seorang guru tidak sepatutnya memiliki sahsiah
sedemikian, bahkan guru antara golongan terpelajar dan berilmu. Sepatutnya, guru
memainkan peranan cuba membimbing generasi muda mengenai bahaya
penyalahgunaan dadah dan bukannya guru sendiri bertindak membekalkan dadah
tersebut kepada pihak lain. Pembangunan sahsiah guru terbabit akan dikategorikan
sahsiah yang negatif walaupun dia seorang guru yang berkaliber dan berjasa. Moralnya
akan menjadi persoalan dan diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat serta
mendapat cemuhan. Segala kebaikan dan bakti yang dicurahkan selama ini akan
hilang begitu sahaja. Malahan, kes pengedaran dadah ini juga merupakan satu
kegiatan jenayah yang boleh membawa hukuman mati dan penjara jika disabitkan
kesalahan. Jika dia dijatuhkan hukuman, alangkah rendahnya martabat seorang
pendidik yang terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pesalah lain yang rata-rata
bukanlah dari golongan cendikiawan sepertinya.
Sekiranya guru berkenaan sudah selesai menjalani hukuman atau berjaya
membayar denda yang dikenakan, isu ini pasti tidak akan berhenti begitu sahaja. Isu
dan sashsiah guru ini akan tetap menjadi tajuk bualan dan dia akan dipandang serong
oleh orang lain. Di sekolah, guru ini tidak lagi dihormati malah mungkin akan ditakuti
oleh pelajar. Rakan sekerja juga berkemungkinan akan mempertikaikan tugasnya
mendidik pelajar dan jika dia sudah insaf, guru ini masih terpaksa menerima balasan
di dunia mahupun di akhirat di atas perbuatannya sekiranya ia masih diragui serta
tidak diberi kepercayaan. Malahan guru-guru dari sekolah lain juga akan

menjadikannya sebagai bualan atau akan menjadikannya sebagai sempadan dan


ingatan terhadap perkara yang sudah terjadi. Masyarakat sekeliling pula akan turut
menjadikan perkara sebegini adalah lumrah di dalam masyarakat kita dan melabelkan
guru tersebut sebagai penjenayah yang boleh membunuh generasi bangsa. Kesan
daripada itu, sahsiah guru yang akan dibina selepas itu akan menjadi lebih sukar dan
dan memerlukan banyak kesabaran untuk melaluinya. Ia perlulah tabah
menghadapinya kerana tindakan yang dilakukan akan meninggalkan kesan mendalam
dan sepanjang hayat.
Selain itu, kesan buruk seorang guru sebagaimana tertuduh melakukan kes
berkenaan bukan sahaja memburukkan imejnya sebagai guru secara peribadinya,
malah tempiasnya turut dirasai oleh semua guru. Ia seolah-olah menunjukkan
keperibadian guru yang gagal mencerminkan seorang guru yang sebenarnya
sebagaimana yang diaspirasikan oleh Negara. Melalui kod etika guru yang
diperkenalkan, guru bertanggungjawab terhadap rakan sekerja. Namun, perbuatan
jenayah ini diibaratkan telah mengkhianati rakan sekerja lain yang turut menanggung
malu akibat daripada perbuatan rakan mereka yang bergelar seorang guru.
Dari segi pembangunan sahsiah guru, perbuatan mengedar dadah secara kerja
sambilan yang dilakukannya menyebabkan masyarakat menilai sahsiah guru secara
umum bahawa guru-guru sekarang sudah tidak bersahsiah. Adakah benar bahawa guruguru sekarang menjadi guru bukan atas dasar minat dan tanggungjawab, tetapi
disebabkan mahu mendapat sesuatu pekerjaan demi menjamin ekonominya? Adakah
gaji pekerjaan seorang guru tidak mencukupi di sebabkan desakan kewangan, tekanan
hidup dan desakan nafsu kemahuan mengejar pendapatan tambahan yang lumayan
serta menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa mempunyai rasa bersyukur
di atas rezeki yang diperolehi sehingga sanggup melakukan kegiatan mengedar dadah
sebagai kerja sambilan? Guru-guru ini tidak menghayati sepenuhnya akan
tanggungjawab, maksud yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan kod
etika perguruan kerana jawatannya dianggap sebagai sandaran untuknya mendapatkan
sumber ekonomi, bukan atas dasar tanggungjawab.
Isu guru menjalankan kegiatan mengedar dadah sebagai kerja sambilan yang
menyalahi undang-undang negara ini biasanya ia dilakukan tanpa mengira masa sama
ada setelah tamat waktu kerja rasmi atau dilakukan pada waktu malam dan masa
terluang. Setelah penat bekerja di sekolah sepanjang hari, guru menyambung kerja
mereka dengan melakukan kerja sampingan tersebut. Keadaan ini sudah pasti
memerlukan tenaga kerja yang maksimum dan akhirnya guru berkenaan yang akan
menerima kesanya. Mereka pasti akan keletihan dan pergi ke sekolah pada keesokan
harinya dalam keadaan yang lesu dan tidak bermaya atau pergi ke sekolah sibuk
melakukan pekerjaan sampingan. Akhirnya segala perancangan pengajaran dan
pembelajaran tidak dibuat dan tugas mengajar dilaksanakan secara ala kadar sahaja,
sekadar melepaskan batuk di tangga. Guru seharusnya menjadikan tugas di sekolah
sebagai tugas utama, kerja luar hanya sampingan sahaja. Namun, agak malang kerana
perkara yang terjadi adalah di sebaliknya. Kerja luar sudah menjadi kerja utama,

4.0

sebaliknya tugas mengajar pula yang menjadi kerja sampingan mereka. Keadaan ini
amatlah menyedihkan dan sekiranya ia tidak diatasi para murid akan turut menjadi
mangsa tindakan segelintir guru berkenaan.
Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi kesan tumpuan terhadap
kerjaya utamanya sebagai pendidik. Guru berkenaan akan dilihat kurang memberikan
komitmen terhadap tugas seterusnya organisasi mereka iaitu sekolah. Keadaan ini
akan menyumbang kepada pelbagai masalah lain yang berhubungkait dengan bidang
tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Selain itu, kurangnya komitmen
terhadap kerjayanya telah menyebabkaan prestasi menjadi merosot disebabkan hilang
daya tumpuan semasa melakukan tugas. Hyder & Ahmed (2009) menyatakan individu
yang menjalankan pekerjaan sampingan memperuntukkan masa selepas waktu bekerja
utamanya hingga menjejaskan produktiviti dan prestasi mereka sendiri.
Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang menyatakan mereka
yang bekerja sambilan ini mengalami masalah kekurangan tenaga dan kurang daya
keupayaan sehingga menjejaskan tumpuan untuk menjalankan tugas. Ini kerana guru
terbabit biasanya menjalankan kegiatan tersebut pada waktu malam dan memerlukan
tenaga untuk menjalankan pekerjaannya. Maka, keadaan ini juga akan menyebabkan
tahap poduktiviti berkurangan yang dilihat sebagai satu liabiliti kepada pihak sekolah.
Kesan yang wujud hasil daripada perbuatan guru tersebut yang melakukan
pekerjaan sambilan dengan mengedar dadah adalah berhubung dengan komitmen
mereka terhadap sekolah sebagai guru dan kakitangan perlu dinilai adakah ia
menjejaskan komitmennya sebagai guru di sekolah terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran, organisasi dan juga profesion. Ini disebabkan kerjaya perguruan
memerlukan komitmen yang tinggi memandangkan guru merupakan agen yang
membawa kepada perubahan bagi sesebuah negara melalui sistem pendidikan yang
bersifat dinamik.
CADANGAN/RUMUSAN
Berdasarkan kepada huraian yang dijelaskan berkenaan isu guru melakukan
kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan, saya mencadangkan bahawa
setiap guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta boleh
dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap
yang elok, bersabar, bermurah hati, sentiasa bersifat tenang dan mampu menguruskan
kehidupan serta kewangan dengan lebih berkesan. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan
sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang diikutinya semasa menjalani kursus di
institusi perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian
dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan.
Selain daripada menjalankan tugas di dalam bilik darjah, guru juga perlu sedar
akan peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya, guru diharapkan
menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam
pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor, pengamal dan penyebar nilai
kebudayaan yang baik dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang terpuji kepada
masyarakat. Sebagai seorang guru perlu membimbing generasi muda kini tentang

keburukan penyalahgunaan dadah dan bukannya dia sendiri yang bertindak mengherat
pelajarnya ke kancah dadah yang menjadi musuh pembunuh utama negara.
Pada masa yang sama, guru juga harus sentiasa mengikuti kursus-kursus dan
seminar motivasi pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mengenai etika profesion
perguruan. Sebagai contoh, guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun
Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan ini penting
bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion
pendidikan yang kian mencabar dan kompleks selari dengan era globalisasi kini. Oleh
kerana sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah untuk menyokong usaha-usaha
kerajaan, maka profesion keguruan dharapkan dapat membuat anjakan paradigma
kepada budaya yang berasakan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998) demi
meletakkan nama negara setanding dengan negara maju yang lain.
Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia mempelbagaikan aktiviti dan program kepada bakal pendidik
semasa menjalani kursus latihan di institusi perguruan lagi. Contohnya, mengadakan
bengkel, ceremah, seminar, pertandingan, aktiviti sukan dan sebagainya. Di dalam
program ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan konsep sebenar berkenaan kod
etika dan akauntabiliti keguruan. Penyediaan program dan aktiviti seperti ini akan
melahirkan pendidik negara bangsa yang beretika dan mempunyai sahsiah yang tinggi.
Di samping itu, berkenaan isu kegiatan guru mengedar dadah secara kerja
sambilan dengan menggunakan rangkaian pelajar sebagai orang tengah perlu
dipandang serius oleh pihak berkaitan terutamanya pihak sekolah, pihak berkuasa dan
juga Kementerian Pelajaran. Saya mencadangkan agar guru terbabit dikenakan
hukuman yang berat seperti buang kerja dan tidak dibenarkan untuk memohon
sebarang pekerjaan di bawah perkhidmatan awam kerana tindakan yang dilakukan
merupakan satu kegiatan jenayah yang bukan sahaja mencemarkan imej profesion
perguruan malah dadah adalah merupakan musuh utama negara. Pandangan saya ini
adalah selari dengan pendapat Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd
Dom, yang menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan kepada guru
terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak ansur kepada
mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej profesion perguruan di negara ini.
Maka, saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau bahawa peraturan dan hukuman
sedia ada yang telah ditetapkan perlu dilaksanakan dengan tindakan yang tegas.
Seterusnya, sebagai guru terlatih kelak seharusnya menunjukkan penampilan
diri sebagai pendidik dengan mempunyai pelbagai ilmu tradisional dan moden. Guru
juga perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan negara
dengan jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika
cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket sosial tidak dapat
dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej,
gerak-geri yang elok mengikut kesesuaian semasa berinteraksi dan pergaulan

sehariannya. Guru haruslah berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan


dalam masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang disenangi.
Tambahan lagi, guru merupakan golongan yang sentiasa mendapat perhatian
walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sering diperhatikan oleh
masyarakat sekeliling. Keadaan ini menjadi satu kewajipan bagi guru-guru
mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan contoh akhlak yang baik bagi
memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru ibarat idola dalam
masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilainilai kesantunan agar dapat menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan yang
dihadapinya.
Sebagai seorang guru iaitu pendidik generasi bangsa perlu sentiasa mendalami
diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat mengimbangi pemikiran sedar
dan bawah sedarnya supaya setiap tindakan yang diambil tidak akan menjejaskan
etika profesionnya yang akan meninggalkan impak ke atas semua pihak termasuklah
dirinya sendiri. Sememangnya banyak isu yang timbul atau ditimbulkan melibatkan
guru dilihat sebagai melanggar etika perguruan seperti isu melakukan kegiatan
menyalahgunakan dadah sebagai pekerjaan sambilan. Etika seorang guru yang perlu
dipatuhi melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua pihak yang terlibat
dengannya secara langsung atau tidak langsung. Pelanggaran etika perguruan sebagai
profesionnya akan mengakibatkannya dilabel sebagi individu gagal dan bersahsiah
negatif.
Secara keseluruhannya dapatlah saya rumuskan bahawa setiap individu telah
dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai,
pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat. Setiap isu yang timbul
melibatkan guru sebenarnya bukan menunjukkan kegagalan guru secara
keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat secara individu
disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan akan
meninggalkan impak terhadap dirinya serta banyak lagi pihak yang lain. Kebebasannya
untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan menyebabkannya gagal
menginterpretasikannya dalam keadaan yang betul lantaran wujud gangguan psikologi
kawalan luaran yang menghalangnya daripada membuat keputusan yang terbaik.
Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta akibat beberapa keperluan
asasnya tidak dapat dipenuhi dengan baik.

Akauntabiliti atau kebertanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab terhadap
profesion perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri
sendiri. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau
menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan.

1. Akauntabiliti Terhadap Negara


Secara professional, guru berkewajipan untuk memelihara imej dan profesion keguruan dengan menyemai khidmat
bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat ini, guru hendaklah
menanam azam untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan
dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu, guru-guru juga perlu :
Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara.
Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar.
Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secaracergas dalam kegiatankegiatan masyarakat.
Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa murid.
Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni.
2. Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan
Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam,
tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid.
Bahkan guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi
insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai
akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga
dari segi moral serta akhlak. Di samping melaksnakan tanggngjawab mendidik murid-murid, guru juga
bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku diri sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru
hendaklah menunjukkan teladan yang terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej
yang terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin dan tegas serta amanah
dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini, guru akan sentiasa dihormati oleh murid-murid.
3. Akauntabiliti Guru Kepada Murid dan Ibu Bapa
Guru merupakan orang yang kedua penting dalam
kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh harapan
yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada
nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan wajib dilaksanakan.
Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual,
menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Utamakan
kebajikan , kemajuan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap
setiap pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran. Dengan
pelaksanaan Akta Pendidikan 1996, Perintah Pendidikan ( Pendidikan Wajib ) 2002, maka guru-guru
dipertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan berikut:

Mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid-murid, bidang pendidikan dan negara.
Berbakti demi kebajiakan, keselamatan, kemajuan dan masa depan mrid-murid seperti yang diharapkan oleh ibu
bapa.
Bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan ekonami dan sosial
murid-murid atau keluarga mereka.
Mengasuh, mengajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan jujur tanpa sebarang ganjaran daripada
ibu bapa murid-murid.
Menunujukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid-murid dan ibu bapa mereka serta berbincang
dengan ikhlas dengan setiap ibu bapa mengenai sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
4. Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri
Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan masyarakat negara ini sejak negara ini
belum merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu
khususnya dan bidang pendidikan amnya. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati, guru-guru
hendaklah bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri. Fakta-fakta berikut adalah penting ke arah
akauntabiliti guru terhadap diri mereka sendiri:
Menjaga kesihatan dengan sempurna supaya guru dapat menjalankan tugas dengan cergas dan bertenaga.
Guru hendaklah mengawal emosi ketika mengajar supaya murid-murid dapat menghayati pelajaran dengan
tenang dan tenteram.
Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi aktiviti membaca dan aktiviti lain yang ada
kaiatan dengan tugas guru.
Melibatkan diri dalm aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti yang dijalankan oleh PIBG bagi faedah bersama.
Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan.
Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekelilingmelalui media massa atau eletronik.
Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah pada masa lapang.
5. Akauntabiliti Terhadap Tugas dan Kerja
Bagi melaksanakan kebertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap program pendidikan dengan cemerlang, guruguru hendaklah mengamalkan perkara-perkara berikut:
Membaca buku yang lebih banyak mengenai mata pelajaran yang terkandung dalam kurikulum.
Memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar
kepada murid-murid.
Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mudah difahami oleh
murid-murid.
Mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan fakta yang betul supaya murid-murid mendapat
manfaat darinya.

Menyertai kursus dalam perkhidmatan dan seminar pendidikan bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran
mengajar.

Вам также может понравиться