Вы находитесь на странице: 1из 3

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA

: NURUL ATHIRAH BINTI ZULKEFLEE

TAJUK: CUCUK SANGGUL PERMAISURI


PRODUK

: ALAT PERHIASAN DIRI

BIDANG

: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

KEMAHIRAN
YANG DINILAI
PEMILIHAN

MARKAH PENILAIAN
19

MEDIA

CATATAN
Menggunakan

media

(mounting

board, reben, labuci, lidi) dengan betul


dan tepat.

PEWUJUDAN

22

IDEA

Cekap menggunakan sumber idea


yang

asli

dan

kreatif

untuk

menyampaikan mesej secara terus


dan jelas.
GUBAHAN

30

Dapat mengaplikasikan 5 atau 5 ke


atas jenis warna dan 4-5 asas seni
reka dalam karya.

KETEPATAN

Hasil karya dibuat mengikut ukuran


saiz dan bentuk yang ditetapkan
dengan tepat dan baik.

KEMASAN

14

Cekap

menghias

cucuk

sanggul

dengan menggunakan pelbagai cara


hiasan

dengan

baik,

kreatif

dan

kemas.
JUMLAH

90

Hasil karya layak menerima markah


penilaian yang telah diberikan

Refleksi

Bagi tugasan ini, saya telah memilih bidang mengenal kraf tradisional dengan
membuat alat perhiasan diri dengan menghasilkan cucuk sanggul. Tajuk bagi tugasan ini
ialah Cucuk Sanggul Permaisuri. Media yang diperlukan untuk membuat alat perhiasan diri
ini ialah mounting board, reben, labuci dan lidi. Manakala alat yang diperlukan ialah gunting.
Pada peringkat permulaan, saya telah menghasilkan lakaran awal cucuk sanggul di
atas permukaan mounting board bagi memudahkan proses penghasilan cucuk sanggul
tersebut. Setelah itu, saya telah memotong templat lakaran cucuk sanggul yang telah siap
dengan berhati-hati. Seterusnya, saya meneruskan proses penghasilan cucuk sanggul ini
dengan menghias templat yang telah digunting dengan menggunakan reben dan labuci.
Untuk menghasilkan cucuk sanggul yang menarik, proses hiasan ini dilakukan dengan
kemas dan teliti.
Proses penghasilan cucuk sanggul ini sedikit sebanyak dapat melahirkan muridmurid yang teliti ketika menghasilkan sesuatu karya seni. Tambahan pula, alat dan bahan
yang digunakan untuk menghasilkan cucuk sanggul ini mudah diperoleh murid-murid,
misalnya lidi yang mudah didapati tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penghasilan cucuk
sanggul ini juga mampu meningkatkan kemahiran menggunakan gam dan menghias, sekali
gus meningkatkan tahap kemahiran psikomotor halus pada jari. Namun begitu, terdapat
sedikit kelemahan dalam aktiviti penghasilan cucuk sanggul ini iaitu murid-murid mungkin
tidak dapat menyiapkan cucuk sanggul dalam masa yang telah ditetapkan ekoran daripada
produk ini memerlukan masa yang agak lama untuk menghias dan membuat kemasan. Oleh
yang demikian, saya mengambil keputusan untuk meminta murid menyiapkan hiasan yang
asas terlebih dahulu sebelum mula membuat hiasan yang lebih kompleks.
Saya juga telah diminta untuk menyediakan satu jadual rubrik pemarkahan yang
terdiri daripada beberapa elemen penting. Malahan, setiap elemen yang ditekankan itu telah
ditetapkan markah-markah tertentu bagi memudahkan proses penilaian dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menghasilkan
karya cucuk sanggul ini dengan baik bahkan, saya berjaya memahami proses pentaksiran
karya seni berdasarkan kepada rubrik pemarkahan yang telah disediakan dengan betul dan
tepat.

Hasil Penilaian

90

100
Mengapa saya memilih aktiviti alat perhiasan diri.
Bagi tugasan ini, saya telah memilih aktiviti alat perhiasan diri iaitu
menghasilkan cucuk sanggul bertajuk Cucuk Sanggul Permaisuri. Saya memilih aktiviti ini
kerana saya melihat aktiviti ini sangat sesuai jika dilakukan dengan murid-murid di sekolah
nanti. Hal ini adalah demikian kerana aktiviti ini mampu merangsang kreativiti murid-murid
dalam menghias cucuk sanggul masing-masing bahkan, mereka dapat meningkatkan
kemahiran psikomotor halus mereka dalam melakukan kerja-kerja menghias cucuk sanggul
tersebut. Tambahan pula, aktiviti menghias ini tidak terhad, malah, murid-murid juga dapat
menghias cucuk sanggul masing-masing tanpa batasan. Saya juga memilih aktiviti ini
kerana saya gemar mencabar diri saya dalam meneroka pelbagai bahan hiasan serta
meingkatkan kreativiti diri saya sendiri dalam menghasilkan cucuk sanggul.