Вы находитесь на странице: 1из 2

Pengenalan

Melalui kerja kursus ini, guru pelatih perlu menjelaskan konsep, tujuan,
kepentingan, etika pentaksiran, membuat penilaian berterusan dalam program
pendidikan awal kanak-kanak. Guru pelatih juga perlu membuat perbezaan dan
persamaan antara standard pentaksiran bagi perkembangan awal kanak-kanak.
Selain itu, guru pelatih juga perlu merancang dan membina senarai semak untuk
melaksanakan pentaksiran kepada dua murid prasekolah berdasarkan satu
domain perkembangan kanak-kanak. Saya Law Lui Kee telah memilih domain
bahasa iaitu Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu untuk menjalankan
pentaksiran kepada dua murid prasekolah di SK Seri Sekamat.
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep
penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan.
Misalnya, sesetengah guru menggunakan kertas ujian untuk mengukur atau
menilai prestasi murid-murid dalam sesebuah bilik darjah. Secara khususnya,
ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan
mempunyai perbezaan dan keunikan sendiri.
Pendidikan prasekolah di Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan
potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan
bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat, aktiviti yang menyeronokkan, kreatif
dan bermakna. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, membentuk konsep
kendiri yang positif pada diri kanak-kanak. Untuk memastikan matlamat dan
objektif tersebut dapat dicapai, pentaksiran memainkan peranan penting untuk
menilai perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek
yang dikenalpasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara
formatif dan autentik melalui pengajaran dan pembelajaran harian.