Вы находитесь на странице: 1из 11

PENGGUNAAN KAEDAH CERAKIN AYAT (KCA) DALAM MENINGKATKAN

PENGUASAAN BACAAN TAHYT AKHIR


Oleh
Siti Khadijah Binti Hamzah
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan bacaan
tahyt akhir dalam kalangan murid. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bertujuan
membantu meningkatkan kemahiran menghafaz bacaan tahyt akhir dalam kalangan
murid. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa murid tidak dapat membaca dengan
lancar bacaan tahyt akhir serta tidak menghafaznya dengan baik. Kaedah cerakin ayat
(KCA) telah digunakan sebagai pendekatan dalam kajian tindakan ini. Kaedah cerakin
ayat (KCA) merupakan satu kaedah mencerakinkan ayat yang panjang kepada beberapa
ayat yang pendek. Ayat-ayat di dalam tahyt akhir telah dicerakinkan kepada beberapa
kalimah bagi membantu murid membaca serta menghafaz tahyt akhir dengan baik.
Peserta kajian terdiri daripada 6 orang murid Tahun 4 Arif di salah sebuah sekolah di
daerah Masjid Tanah, Melaka. Instrumen pengumpulan data yang digunakan adalah ujian
awal dan ujian akhir, soal selidik, temu bual serta pemerhatian. Data yang telah
dikumpulkan dianalisis dalam bentuk kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian
menunjukkan tahyt akhir meningkat secara positif. Kesemua peserta kajian berjaya
mendapatkan skor yang cemerlang iaitu dalam lingkungan 70% ke 74% (gred B) dalam
ujian akhir yang telah dijalankan. Kajian ini turut membantu mengubah amalan
pengajaran saya dan seterusnya membantu murid memperbaiki bacaan mereka dalam
ibadah solat.

Kata kunci : tahiyat akhir, bacaan, hafazan, Kaedah Cerakin Ayat (KCA), cerakin
ayat

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Sebagai seorang Guru Pendidikan Islam, sudah menjadi tanggungjawab bagi saya untuk
mengajar serta mendidik murid-murid berkaitan asas-asas fardu ain serta fardu kifayah.
Oleh itu, Pada 27 Januari 2014 yang lalu saya telah menjalani praktikum fasa tiga selama
tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, Melaka. Sepanjang tiga bulan menjalani
praktikum di sekolah ini, saya telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam bagi
murid-murid Tahun 3 serta Tahun 4. Berdasarkan pemerhatian saya semasa mengajar
tajuk Ibadah Solat bagi murid-murid Tahun 4, saya mendapati bahawa terdapat beberapa
orang murid yang tidak dapat menguasai bacaan serta hafazan tahyt akhir dengan
lancar dan sempurna. Seperti mana yang diketahui, bacaan tahyt akhir merupakan
salah satu rukun wajib yang terdapat di dalam ibadah solat. Sekiranya ia ditinggalkan
dengan sengaja atau dilakukan dengan tidak tepat akan menyebabkan solat yang
dilakukan tidak sempurna atau tidak sah.

Berdasarkan latihan-latihan yang diberikan kepada murid-murid menunjukkan


bahawa beberapa orang murid dari tahun 4 ini tidak dapat menguasai bacaan tahyt
akhir dengan baik. Malah apabila murid-murid yang lemah ini diminta untuk mentasmk
bacaan mereka dihadapan guru, saya mendapati ada diantara mereka tidak mampu
menyebut kalimah-kalimah dengan baik dan sempurna. Walaupun murid-murid ini
dibenarkan untuk melihat teks bacaan tahyt akhir, namun bacaan mereka tetap berada

ditahap lemah. Apabila saya meminta murid-murid ini membaca tahyt akhir tanpa
melihat teks bacaan tahyt akhir yang dibekalkan, mereka masih tidak mampu untuk
membacanya dengan lancar. Kesukaran murid untuk membaca serta menghafaz bacaan
tahyt akhir dengan baik membuatkan saya berasa risau. Hal ini kerana bacaan tahyt
akhir merupakan salah satu rukun solat yang wajib dikuasai oleh seorang muslim.
Menurut Mardziah et.al (2012), pengetahuan yang mendalam tentang ibadah yang
difardukan oleh Allah swt sangatlah penting agar setiap perlakuan dalam solat mencapai
kekhusyukkan dan ibadah yang ditunaikan diterima Allah. Cara untuk menghiburkan
kesedihan jiwa, membahagiakan hati dan menguatkannya serta melapangkan dada
adalah dengan menunaikan solat kerana di dalamnya terbentuk hubungan kalbu dengan
Allah swt.

Selain itu, semasa menjalankan aktiviti Kem Bestari Solat saya mendapati muridmurid yang tidak menguasai bacaan tahyt akhir dengan baik adalah dalam kalangan
murid yang sama dalam tahun 4. Apabila saya meminta murid-murid ini
memperdengarkan bacaan tahyt akhir di hadapan saya, ada diantara mereka yang
tidak dapat membaca tahyt akhir dengan lancar. Malah terdapat beberapa orang murid
yang sering tertukar kedudukan ayat semasa membaca tahyt akhir. Walaupun Kem
Bestari Solat kerap kali dijalankan di sekolah, namun murid-murid ini masih mengalami
masalah dalam membaca dan menghafaz tahyt akhir. Apabila saya bertanya kepada
murid-murid yang lemah ini mengapa mereka tidak mampu membaca bacaan tahyt
akhir dengan baik, ada dalam kalangan mereka yang memberi maklum balas seperti ini:
Saya tidak boleh baca bacaan tahyt akhir dengan baik sebab bacaan
ini susahlah ustazah.
Malah terdapat juga dalam kalangan murid yang lemah ini menjadikan alasan tidak ke
sekolah agama petang KAFA menyebabkan mereka tidak dapat membaca serta
menghafaz bacaan tahyt akhir dengan baik.
Saya tidak dapat baca dan hafaz tahyt akhir dengan baik sebab saya
tidak pergi ke sekolah agama. Sebab itu saya lemah dalam membaca
tahyt akhir ustazah.

Tahap penguasaan mereka yang lemah dalam membaca serta menghafaz tahyt
akhir sedikit sebanyak membimbangkan saya. Pelbagai kaedah serta teknik yang telah
saya gunakan bagi membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai bacaan tahyt
akhir ini. Matlamat utama saya bukan sahaja memastikan murid-murid ini dapat
membaca tahyt akhir dengan baik, malah murid mampu untuk menghafal dengan baik
bacaan tahyt akhir ini. Menurut Shahril (2004), pengajaran guru yang berkesan
dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran,
insentif dan masa. Ahmad Mohd Salleh (2008), merumuskan bahawa sekiranya seorang
guru tidak dapat menyampaikan ilmu dengan efektif walaupun sesuatu sistem pendidikan
itu baik, guru itu tetap dianggap tidak berjaya. Bagi saya sudah menjadi tanggungjawab
seorang guru Pendidikan Islam bagi memastikan murid-murid Islam dapat menguasai
rukun-rukun solat dengan sempurna. Oleh itu, saya berpendapat bahawa bimbingan yang
lebih progresif perlu dilakukan bagi mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan
murid yang lemah ini.

TINJAUAN LITERATUR
Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan dan mengingat semula
maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami
maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan
(Hargreaves, 1996). Kajian dalam psikologi dan pendidikan menunjukkan individu
mempunyai kemahiran yang berbeza untuk memproses serta mengingati sesuatu
maklumat. Proses ingatan berlaku kerana kebolehan otak manusia menyimpan data-data
yang didaftarkan melalui lima deria manusia iaitu mata, telinga, hidung, rasa dan sentuh
(Azizi Yahya et.al, 2005). Terdapat pelbagai jenis kaedah mengingat yang telah
diperkenalkan oleh ahli-ahli psikologi dan pendidikan. Malah bidang ingatan ini sudah
lama dikaji oleh pakar-pakar psikologi semenjak tahun 1885 lagi (Ainon Mohd et.al, 2005).
Antara kaedah mengingat yang telah diperkenalkan adalah seperti kaedah latih tubi,
kaedah ulangan, kaedah peta minda, kaedah mnemonic dan kaedah chunking atau
cerakin.

Salah satu strategi untuk mengingat adalah dengan menggunakan kaedah


chunking atau cerakin (Encarta, 1996). Kaedah chunking atau cerakin merupakan salah
satu daripada kaedah mengingat yang mana mampu membantu murid mengingat
sesuatu maklumat yang banyak dengan mudah. Menurut Mok Soon Sang (2009), kaedah
chunking atau cerakin bermaksud mengumpulkan beberapa butir maklumat yang tidak
berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Tambah beliau lagi,
adalah agak sukar untuk seseorang individu menghafal sesuatu maklumat tanpa
penggunaan kaedah yang sesuai. Miller (1956) berpendapat kaedah chunking merujuk
proses penyatuan maklumat bebas bagi membentuk maklumat yang padat (Azizi Yahya
et.al, 2005). Menerusi kaedah chunking atau cerakin dan disertakan dengan lagu
menambahkan minat murid malahan lebih memudahkan daya penghafalan selepas
menjalani beberapa sesi latihan. Manakala menurut Zakiah dalam artikelnya yang
bertajuk Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan al-Quran Yang Efektif, menyatakan
penggunaan kaedah chunking atau cerakin sangat membantu murid-murid menghafaz alQuran dengan mudah. Kaedah chunking atau cerakin ini dilaksanakan melalui pemisahan
ayat al-Quran kepada beberapa potong oleh guru atau memisah-misahkan juz kepada
beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu, cerita dan sebagainya.

Di samping itu saya turut menjalankan tinjauan literatur berkaitan ibadah solat
bagi membantu saya melaksanakan kajian ini dengan lebih berkesan. Abdul Halim
Mahmud (1981) dalam artikel yang bertajuk Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah
Pengajian Islam (KASPI 2013) yang bertarikh 13 November
2013 menyatakan
sembahyang dalam kaca mata Islam ialah tiang agama, siapa yang mendirikannya sama
seperti mendirikan agama, dan siapa meninggalkannya sama seperti merobohkan agama
(Mohd Ayob Awaf, 2013). Seperti mana sabda Rasulullah yang bermaksud
Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun
dan apabila sudah sampai sepuluh tahun maka pukullah (sekiranya tidak
solat).
(Riwayat
Abu
Daud)
Hadis diatas jelas menjelaskan kedudukan solat sebagai satu ibadah yang tinggi
kedudukannya di sisi Allah. Malah Allah juga berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 45
yang menjelaskan manfaat solat dalam kehidupan manusia.

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan


Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan
apa Yang kamu kerjakan.

Menurut Abdullah Al-Qari Hj. Salleh (2001), terdapat lima tempat bacaan yang
wajib dibaca di dalam solat iaitu pada bacaan takbiratul-ihram, bacaan Al-Fatihah, bacaan
tahyt akhir, bacaan selawat di dalam tahyt akhir dan bacaan salam pertama. Bacaan
dalam solat atau lebih dikenali sebagai rukun qauli merupakan bacaan wajib yang perlu
dijaga sepanjang solat dilaksanakan. Sekiranya rukun qauli di dalam solat tidak dijaga
dengan sempurna, akan mengakibatkan solat yang dilaksanakan tidak sah. Seperti mana
pendapat Nurul Azidah (2009) dalam kajiannya yang bertajuk Kajian Pembacaan Rukun
Qauli Di Dalam Solat Dalam Kalangan Pelajar Muslim Politeknik Port Dickson, Negeri
Sembilan, menyatakan hampir 50% pelajar dari politeknik tidak dapat menguasai rukun
qauli dengan baik. Tambah beliau, walaupun rata-rata pelajar daripada politeknik ini
berumur dalam lingkungan 18 30 tahun, namun penguasaan rukun qauli mereka masih
lemah.

FOKUS KAJIAN
Kajian ini dijalankan setelah saya mendapati murid-murid tidak dapat membaca dan
menghafaz bacaan tahyt akhir dengan baik. Penguasaan yang mantap dalam bacaan
tahyt akhir amatlah penting kerana ianya akan menjadikan perlaksanaan solat dalam
kehidupan seharian menjadi lebih sempurna. Matlamat kajian ini adalah untuk
menentukan keberkesanan kaedah cerakin ayat (KCA) dalam membantu murid-murid
yang lemah menguasai bacaan dan hafazan tahyt akhir dengan mantap dan sempurna.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan penguasaan bacaan
serta hafazan murid dalam rukun solat yang ke-10 iaitu bacaan tahiyat akhir.

Objektif khusus:
1. Menguasai bacaan tahyt akhir dengan lancar menggunakan kaedah cerakin
ayat (KCA)
2. Meningkatkan kemahiran membaca tahyt akhir mengikut urutan yang betul
menggunakan kaedah cerakin ayat (KCA).
3. Mengukuhkan tahap kemahiran menghafal bacaan tahyt akhir menggunakan
kaedah cerakin ayat (KCA).

SOALAN KAJIAN

1. Adakah murid mampu menguasai bacaan tahyt akhir dengan lancar


menggunakan kaedah cerakin ayat (KCA)?
2. Adakah kaedah cerakin ayat (KCA) mampu membantu murid meningkatkan
kemahiran membaca tahyt akhir mengikut urutan dengan berkesan?
3. Bagaimanakah penggunaan kaedah cerakin ayat (KCA) mampu mengukuhkan
tahap kemahiran menghafal bacaan tahyt akhir dalam kalangan murid?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan Reka Bentuk Kajian Tindakan. Model yang digunakan ialah model
Kemmis & McTaggart (1982) yang disesuaikan dengan perancangan kajian. Pendekatan
kajian yang digunakan ialah pendekatan kualitatif dan kuantitaif. Reka bentuk kajian
digambarkan seperti rajah 1 dan rajah 2.

R E
F L E
K S I
:

P E
R A
N C
A N
G A
N :
P E
M E
R H
A T I
A N :
Rajah 1

T I
N D
A K
A N
:

SEMAKAN SEMULA
PERANCANGAN:

REFL
EKSI:

TINDA
KAN:

PEMER
HATIAN:

Rajah 2

INTERVENSI KAJIAN
Intervensi kajian telah digunakan untuk membantu peserta kajian menguasai bacan dan
hafazan tahyt akhir dengan baik dan sempurna. Intervensi kajian yang digunakan
dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah cerakin ayat (KCA). Kaedah cerakin ayat
(KCA) merupakan salah satu himpunan kaedah mengingat yang membantu murid-murid
untuk mengingat sesuatu fakta atau frasa yang panjang dan kompleks. Ayat-ayat yang
terdapat dalam bacaan tahyt akhir telah dicerakinkan kepada beberapa potongan ayat
bagi memudahkan peserta kajian membaca dan menghafal bacaan tahyt akhir. Saya
menggunakan kad-kad yang
berwarna warni bagi menarik minat peserta kajian
membaca dan menghafal bacaan tahyt akhir yang telah dicerakinkan. Di samping itu,
penggunaan kad ini juga bertujuan memudahkan peserta kajian membawanya kemanamana sahaja. Kaedah ini juga digunakan bagi memudahkan peserta kajian membaca
tahyt akhir mengikut urutan yang betul tanpa menukar kedudukan kalimah yang
terdapat dalam bacaan tahyt akhir ini.

INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra dan ujian pasca, soal
selidik, temu bual, rakaman audio dan pemerhatian.

DAPATAN KAJIAN

1. Membantu meningkatkan penguasaan bacaan tahyt akhir menggunakan kaedah cerakin


ayat (KCA).
Objektif kajian yang pertama ini telah terjawab apabila semua peserta kajian telah
menunjukkan perubahan dan peningkatan yang sangat positif dari segi pencapaian
mereka di dalam ujian pos berbanding ujian pra yang ditadbir. Malah sebelum selesai sesi
rawatan dijalankan, saya mendapati bahawa terdapat perubahan yang ketara terhadap
penguasaan peserta kajian dalam membaca bacaan tahiyat akhir.
Perbandingan
keputusan yang diperolehi kesemua peserta kajian dalam ujian awal dan ujian akhir boleh
dilihat berdasarkan rajah 3 dibawah.

PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN AWAL DAN UJIAN AKHIR

Pe ratusan markah (%)

80
70
60
50
40
30
20
10
0

Ujian Awal
Column1

R1

R2

R3

R4

R5

R6

Rajah 3: Graf Perbandingan Keputusan Ujian Awal dan Ujian Akhir

Meneliti keputusan analisis soal selidik pertama berkaitan tahap penguasaan bacaan
tahyt akhir, secara keseluruhannya keenam-enam peserta kajian setuju bahawa mereka
tidak mampu menguasai bacaan tahyt akhir dengan baik. Kenyataan ini disokong
dengan hasil analisis temu bual yang dijalankan bersama-sama peserta kajian. Keenamenam peserta kajian mengaku bahawa mereka tidak mampu membaca bacaan tahyt
akhir dengan baik disebabkan wujudnya tanggapan bahawa bacaan ini sukar untuk
dibaca.

Menurut Mohd Najib et.al (2008), kecekapan membaca bergantung kepada


kecepatan bacaan dan kefahaman. Tambah beliau lagi, terdapat tiga penentuan yang
perlu dibuat untuk memanfaatkan pembacaan iaitu menentukan tujuan sebelum
membaca, menilai bahan bacaan dan menentukan teknik apakah yang bersesuaian
dengan bahan bacaan untuk mencapai objektif bacaan. Penggunaan kaedah cerakin ayat
(KCA) sangat membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan mereka
terhadap bacaan tahyt akhir kerana kaedah ini memerlukan peserta kajian mengulangulang bacaan mereka. Apabila peserta kajian mengulang-ulang bacaan mereka, ditambah
pula bimbingan daripada guru secara tidak langsung membantu membaiki bacaan
mereka dalam tahyt akhir. Secara tidak langsung apabila diminta untuk
memperdengarkan bacaan mereka dihadapan guru tanpa melihat teks yang telah
disediakan, mereka akan berasa lebih yakin. Hal ini kerana teknik pengulangan semasa

membaca menjadikan mereka lebih teliti terhadap bacaan mereka. Menurut Azizah Zain
(2010), antara langkah untuk menggalakkan kemahiran membaca dalam kalangan kanakkanak bagi meningkatkan kelancaran dan kefahaman ialah menggunakan kaedah bacaan
berulang.

2. Membantu meningkatkan kemahiran menyusun ayat dalam bacaan tahyt akhir dengan
berkesan menggunakan kaedah cerakin ayat (KCA).
Selain itu, penggunaan kaedah cerakin ayat (KCA) dalam kajian ini juga banyak
membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran menyusun ayat dalam bacaan
tahyt akhir dengan tepat dan berkesan. Berdasarkan hasil keputusan analisis soal
selidik 3 yang dijalankan sebelum sesi rawatan bermula, kesemua peserta kajian
bersetuju bahawa mereka sering tertukar kedudukan ayat ketika membaca tahyt akhir.
Malah apabila melaksanakan solat fardu, mereka juga sering tertukar kedudukan kalimahkalimah yang terdapat di dalam bacaan tahyt akhir ini. Ketika saya bertanyakan kepada
peserta kajian mengapa mereka sering tertukar kedudukan ayat dalam tahyt akhir
semasa sesi temu bual dijalankan, kesemua peserta kajian memberikan respon bahawa
mereka keliru dengan kalimah-kalimah yang terdapat di dalam tahyt akhir ini. Bunyi
kalimah yang seakan-akan sama serta berulang-ulang menyebabkan mereka keliru dan
sukar untuk menyusun ayat di dalam tahyt akhir ketika membacanya.

Menurut mazhab Syafie, tasyahhud yakni bacaan dalam tahyt akhir adalah:













Maksudnya: Segala kehormatan yang penuh berkah, rahmat dan segala yang
baik hanya milik Allah, semoga kesejahteraan, rahmat dan berkah Allah di atas
engkau wahai nabi. Semoga kesejahteraan atas kami dan hamba-hamba Allah
yang sholih. Saya bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
dan saya besaksi bahawa nabi Muhammad adalah utusan Allah.
Mereka berpendapat bahawa yang fardu dapat terwujud dengan bacaan ayat diatas
sedangkan mambaca lebih dari itu adalah lebih sempurna. Adapun syarat sah tasyahhud
adalah berbahasa arab bila mampu melakukannya, berkaitan antara kalimah-kalimahnya,
dapat didengari oleh diri sendiri dan tertib (Syaikh Abdul Rahman, 2013). Salah satu
syarat sah tasyahhud iaitu berkaitan antara kalimah-kalimahnya, jelas menerangkan
bahawa susunan kalimah yang betul dalam bacaan tahyt akhir sangat penting. Hal ini
kerana kesinambungan setiap kalimah di dalam bacaan tahyt akhir membawa maksud
yang berlainan. Oleh itu, membaca tahyt akhir mengikut urutan yang betul merupakan
elemen wajib dalam menunaikan rukun solat yang ke-11 ini kerana antara syarat sahnya
bacaan tahyt akhir ini adalah berkaitan antara kalimah-kalimahnya.

Justeru, penggunaan kaedah cerakin ayat (KCA) sebagai kaedah intervensi dalam
kajian ini sangat relevan dan signifikan dengan masalah yang dihadapi oleh peserta

kajian. Hal yang demikian kerana perlaksanaan kaedah ini yang memerlukan peserta
kajian mengulang-ulang bacaan potongan-potongan ayat yang diterima menjadikan
mereka lebih peka serta fokus terhadap kedudukan kalimah-kalimah yang terdapat dalam
bacaan tahyt akhir ketika membacanya. Kenyataan ini disokong dengan analisis
pemerhatian yang saya jalankan semasa sesi rawatan intervensi dijalankan. Jika sebelum
sesi rawatan intervensi dijalankan, peserta kajian sering kali tertukar kedudukan kalimahkalimah yang terdapat dalam bacaan tahyt akhir. Namun setelah peserta kajian dibantu
dengan menggunakan kaedah cerakin ayat, mereka dapat membaca tahyt akhir
dengan lancar serta mengikut urutan yang betul. Malah ketika saya meminta mereka
menyambung kembali potongan-potongan ayat yang saya bacakan, mereka mampu
menyambungnya dengan tepat dan pantas. Oleh itu, saya rumuskan bahawa kaedah
cerakin ayat (KCA) sangat membantu peserta kajian dalam menguasai kemahiran
menyusun bacaan tahyt akhir mengikut urutan yang betul dan tepat.

3. Membantu mengukuhkan tahap kemahiran menghafal bacaan tahyt akhir menggunakan


kaedah cerakin ayat (KCA).
Di samping itu, penggunaan kaedah cerakin ayat (KCA) dalam kajian ini membantu
saya mencapai objektif kajian yang ketiga iaitu mengukuhkan tahap kemahiran
menghafal bacaan tahyt akhir dalam kalangan peserta kajian. Berdasarkan analisis
markah yang diperolehi oleh keenam-enam peserta kajian dalam ujian awal serta ujian
akhir, jelas menunjukkan perbezaan yang ketara terhadap pencapaian peserta kajian
dalam menghafal bacaan tahyt akhir. Hal ini adalah kerana semasa ujian awal
dijalankan, kesemua peserta kajian hanya mampu mendapat gred E. Namun apabila ujian
akhir dijalankan selepas sesi rawatan intervensi selesai dilaksanakan, kesemua peserta
kajian berjaya mendapat gred B dalam ujian akhir yang telah dijalankan oleh saya. Ini
membuktikan bahawa kaedah cerakin ayat (KCA) sangat sesuai digunakan untuk
membantu murid-murid yang lemah dalam mengingat sesuatu fakta atau ayat yang
kompleks.

Kenyataan ini disokong dengan hasil analisis pemerhatian berstruktur yang saya
jalankan sepanjang sesi rawatan dijalankan. Hasil pemerhatian berstruktur menunjukkan
bahawa secara puratanya kesemua peserta kajian berjaya menghafal potongan ayat
yang diberikan dengan lancar selepas 8 kali sesi rawatan dijalankan. Malah seramai 3
daripada 6 orang peserta kajian berjaya menyambung bacaan guru dengan baik selepas
menjalani 8 kali sesi rawatan. Hasil analisis ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan
kaedah cerakin ayat (KCA) bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran membaca
peserta kajian dalam bacaan tahyt akhir malah kaedah ini juga membantu peserta
kajian dalam menghafal bacaan tahyt akhir dengan cepat dan berkesan.

Menurut Azizi Yahya et.al (2005), ingatan adalah proses mental yang menyimpan
perkara-perkara yang dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak
balas dalam situasi yang diperlukan seperti menyelesaikan masalah dan aktiviti
pengajaran serta pembelajaran yang selanjutnya. Manakala menurut Ahmad Mohd Salleh
(2008), hafalan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak
melibatkan ingatan secara langsung. Kaedah ini dianggap penting untuk menguat dan
mengembangkan ingatan. Menguasai bacaan dan hafalan bacaan tahyt akhir amat
penting dalam kalangan murid khususnya murid-murid yang berada dalam lingkungan

umur 10 tahun ke atas. Hal ini kerana bacaan tahyt akhir merupakan rukun solat yang
wajib dilaksanakan. Sekiranya ianya dilakukan dengan sambil lewa atau ditinggalkan
dengan sengaja akan menyebabkan solat yang ditunaikan menjadi tidak sah (Harun
Arrasyid et.al, 2013). Seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim maksudnya:
Hendaklah kamu mengajarkan solat kepada si kecil ketika berusia tujuh
tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya ketika berusia
sepuluh tahun.
(Riwayat Muslim)
Hadis di atas jelas menerangkan kewajipan menunaikan solat seawal umur sepuluh
tahun. Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa pada umur sepuluh tahun seharusnya
kanak-kanak sudah menguasai dan menghafal bacaan-bacaan dalam solat. Bersesuaian
dengan umur kumpulan sasaran dalam kajian ini iaitu sepuluh tahun, kajian ini amat
bermakna dijalankan di sekolah. Menurut Ainon Muhammad et.al (2005), mengingat
adalah satu kemahiran, oleh itu berlatih adalah penting. Justeru penggunaan kaedah
cerakin ayat (KCA) yang merupakan salah satu daripada kemahiran yang terdapat dalam
kemahiran mengingat sangat membantu saya dalam meningkatkan penguasaan hafalan
peserta kajian terhadap bacaan tahyt akhir.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN


Berdasarkan dapatan yang diperolehi, penggunaan kaedah cerakin ayat (KCA) dapat
meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam membaca dan menghafaz bacaan
tahyt akhir dengan berkesan. Melalui analisis data kualitatif serta data kuantitaif
menggunakan pelbagai jenis instrumen, trigulasi data dapat menyokong dapatan yang
diperolehi. Berdasarkan dapatan kajian, kelemahan peserta kajian dalam membaca dan
menghafaz tahyt akhir dapat diatasi dengan berkesan. Ini menunjukkan penggunaan
kaedah cerakin ayat (KCA) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu
meningkatkan penguasaan murid-murid yang lemah dalam membaca dan menghafaz
tahyt akhir dengan berkesan.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


1. Mengukuhkan lagi penguasaan bacaan tahyt akhir terhadap murid-murid yang
lemah bermula dari tahun 1 sehingga tahun 6.
2. Memperluaskan lagi penggunaan kaedah cerakin ayat (KCA) pada rukun-rukun
solat fardu yang lain yakni yang sukar untuk dibaca serta dihafal oleh murid-murid
di sekolah.
3. Memilih serta menggunakan kaedah pengumpulan data yang lebih sistematik dan
mempunyai kesahan data yang tinggi.

RUJUKAN
Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. .
Ahmad Sabri Osman, Sharipah Isa, Che Latif Haji Ismail Prof. Madya. (2007). Penghayatan
Ibadah dan Akhlak di Kalangan Pelajar: Kajian Kes di UiTM Perlis. Jurnal Sosial , 1017.
Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2005). Pandai Berfikir. Pahang: PTS Milenia Sdn. Bhd.
Al-Quran al-Karim. (n.d.).

Amy Sharimie binti Saripudin. (2012). Pendekatan Bimbingan Rukun Solat Murid Tahun
Empat Menggunakan Kaedah Mnemonik Berbantukan Multimedia. Kajian Tindakan , 816.
Asmawati Suhid & Lukman Abdul Mutalib. (2008). Tinjauan Terhadap Kem Bestari Solat.
Journal of Islamic and Arabic Education , 3-6.
Azizah bt Zain. (2010). Penggunaan Bacaan Berulang Dapat Mempertingkatkan
Kelancaran Dan Kefahaman Dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal
Pendidikan , 4-9.
Azizi Yahya. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Pahang Darul Makmur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dawama Sdn. Bhd.
Dr Hassan Ali Al-Saqqaf. (2013). Sifat Solat Nabi Yang Sahih. Negeri Sembilan: Creative
Publika .
Hargreave, DJ. (1996). How Undergraduate Students Learn. Journal of Engineering
Education , 21.
Harun Arrasyid Haji Tuskan. (2013). Pendidikan dan Psikologi Rasulullah S.A.W. Kuala
Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012, Mei). Draf Dokumen Standard Pentaksiran
Pendidikan Islam Tahun 3.
Kemmis & McTaggart. (1988). Manual Kajian Tindakan (dalam Bahagian Perancangan dan
Penyelididkan Dasar Pendidikan). Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP, KPM.
Mohd Ayob Awaf. (2013). Pelaksanaan Solat Fardu Dalam Kalangan Murid-murid Melalui
Peranan Ibu Bapa di SK Seri Mendapat, Merlimau, Melaka. Prosididng Kolokium
Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2013) (pp. 4-6). Tidak Diterbitkan.
Mok Soon Sang. (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Muhammad Hazman Muhammad Din. (2009). Tahap Pengaplikasian Perisian Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Oleh Guru j-QAF: Satu Kajian Kes. Kuala
Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail.
Zakiah binti Kassim. (2006). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan al-Quran Yang
Efektif. Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran , 11-15.
Zarina Mohd Yatim. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

Вам также может понравиться