Вы находитесь на странице: 1из 5

Bidang Dan Senarai Tugas Guru Tingkatan

Pengurusan dan Organisasi Kelas


1. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua
Tingkatan, Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan,
AJK Kokurikulum dan AJK Akademik mengikut mata pelajaran.
2. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
3. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
4. Jadual Waktu
5. Jadual Tugas Harian
6. Struktur Organisasi Kelas
7. Daftar Inventori
8. Pelan Larian Kecemasan
9. Gambar-gambar Pemimpin
10. Sudut Bacaan
11. Perabot/Alatan seperti dalam Daftar Inventori
1. Menentukan talian elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
2. Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.
3. Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih
perabot kelas.
4. Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi
tujuan keceriaan kelas dan kebajikan kelas.

Jadual Kedatangan dan Kedatangan Pelajar


1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua
berakhir dan menyimpan di tempat yang ditetapkan di pejabat.
2. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan

pelajar ditulis dan dikemaskini.


3. Memastikan data-data terkini pelajar di dalam kelas.
4. Memastikan kelas mempunyai diari kelas dan diuruskan dengan baik.
5. Mengambil tindakan mengikurt prosedur yang ditetapkan bagi pelajar yang tidak
hadir
ke sekolah.

Rekod Prestasi Akademik, Sijil Berhenti, Surat Akaun dan Kad 001
1. Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap
dengan butiran peribadi yang diperlukan termasuk gambar foto serta berbalut dengan
plastik.
2. Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-lain
maklumat yang terdapat dalam rekod tersebut mengikut masa yang ditetapkan (ujian
bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan).
3. Mempastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh waris
pelajar.
4. Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada Pengetua
bersama dengan buku Rekod Prestasi Akademik Pelajar untuk disemak dan
ditandatangani sebelum diserahkan kepada waris pelajar.
5. Menyedia dan melengkapkan Kad 001.
6. Menyedia dan mengisi surat akuan pelajar jika diperlukan.
7. Mempastikan pelajar Tingkatan 3 dan 5 mengisi Borang Sijil Berhenti Sekolah.

Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin


1. Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.
2. Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.
3. Sentiasa prihatin terhadap masalah pelajar kelasnya.
4. Melaporkan kepada Kaunselor Pelajar pelajar-pelajar yang menghadapi masalah
pembelajaran / kemerosotan pelajaran.
5. Melaporkan kepada Guru Kesihatan / Guru Bertugas Mingguan jika terdapat pelajar

yang menghadapi masalah kesihatan.


6. Menyediakan / menyimpan rekod-rekod kesihatan pelajar dan diberikan kepada pihak
berkenaan jika diperlukan.
7. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar peraturan
sekolah.
8. Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan pelajar ponteng.

Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Kebajikan

1. Memastikan buku-buku SPBT kepada pelajar yang layak, memastikan buku-buku


tersebut dibalut dan dicatat nama pelajar, dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.
2. Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.
3. Mengurusan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyeneraikan
nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan
senarai tersebut kepada guru SPBT.
4. Mengenal pasti pelajar yang layak menerima biasiswa dan sebarang bantuan yang
lain dan melaporkan kepada Guru Biasiswa dan Guru Kebajikan.
5. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam
kalangan pelajar yang menerima biasiswa.

Kutipan Yuran dan Derma


1. Mengutip derma PIBG.
2. Mengutip bayaran-bayaran yang berkaitan, misalnya alat tulis dari Koperasi Sekolah.
3. Mengeluarkan resit bagi semua kutipan yuran dan derma.
4. Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada :

Bendahari PIBG (Derma PIBG) atau guru-guru berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.

Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.

Pendaftaran Pelajar Baru


1. Mendaftarkan pelajar baru yang diterima daripada Penyelia Tingkatan dalam buku
Rekod Kemasukan Pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar daripada PK
HEM.
2. Menentukan penerimaan borang buku SPBT dari sekolah terdahulu dan jika layak,
memastikan pelajar berkenaan mendapatkan buku teks.
3. Menentukan penerimaan Kad 001 dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah
terdahulu.
4. Menyemak jika pelajar berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa dan
melaporkan kepada Guru Biasiswa.
5. Menentukan rumah sukan.
6. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

Murid Keluar
1. Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Pelajar dan Kad 001 diserah ke
pejabat.
2. Menentukan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan telah disempurnakan bagi
pelajar Tingkatan 3 dan 5.
3. Menentukan kelulusan pertukaran yang diterima.
4. Memastikan buku teks telah dipulangkan serta semua bayaran yuran telah dijelaskan.
5. Mempastikan penerimaan biasiswa dilaporkan ke pejabat.

Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain.


1. Memastikan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.

2. Mengganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan &


permainan, dan satu pasukan unit beruniform.
3. Menggalakkan setiap pelajar bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum

Iklim Kelas Secara Keseluruhan


1. 1. Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti P&P.

Вам также может понравиться