You are on page 1of 40

Penyambungan Bahan-Bahan

Kerja Logam

Mind Map

PENGENALAN

a) Bahan-bahan kerja logam dicantumkan melalui dua


kaedah iaitu
i. Penyambungan Sementara (pengikat)
ii. Penyambungan kekal (pencantum)
b) Kedua-dua kaedah tersebut melibatkan penggunaan
bahan yang akan menyambungkan dua (2) atau lebih
kepingan logam secara mekanikal
c) Kaedah ini dikenali sebagai pengikat dan pencantum.

PENYAMBUNGAN SEMENTARA (PENGIKAT LOGAM)

a) Kaedah ini membenarkan penyambungan pada bahan logam


disambung atau dibuka berulang kali
b) Kaedah ini banyak diguna pakai terhadap peralatan atau bahan
yang memerlukan penyelenggaraan yang kerap, pengubahsuaian
(modification) atau pasang siap
c) Contoh adalah seperti:
Bahagian kenderaan (enjin, sistem penyejukan, roda dan lain2)
Khemah atau dewan pasang siap
Mesin (mesin pemotong, gerudi, dan lain-lain)

Bolt dan Nat (Sementara)

Digunakan untuk mengikat logam dengan logam atau


kayu dengan logam secara penyambungan sementara
Bolt ialah Shaft berbenang yang digunakan bersama
nat untuk mengetatkan penyambungan
Saiz bolt berdasarkan panjang dan diameter shaft
Lebih kukuh berbanding skru

Jenis-Jenis Bolt

Bolt terdapat pelbagai jenis seperti:


i. Carriage bolt
Kepala berbentuk separuh bulat
Bebenang yang terdapat pada separuh shaft
Digunakan untuk mencantumkan bahan kayu
dan logam bersama atau untuk permukaan yang
lebih kemas

Jenis-Jenis Bolt

ii. Machine bolt


Kepala berbentuk heksagon / segi 4 dan
mempunyai bebenang disebahagian shaft
Digunakan untuk penyambungan yang tepat dan
ketat

iii

Tap bolt
Sama dari segi kepala & fungsi seperti machine
bolt tetapi mempunyai bebenang disepanjang
shaft

Jenis-Jenis Bolt

iv. Stove bolt


Kepala berbentuk separuh bulat atau rata
Mempunyai bebenang disepanjang shaft
Digunakan apabila cantuman atau ikatan tidak
memerlukan ketepatan & kekuatan tinggi
Dipasang dengan menggunakan pemutar skru

Jenis-Jenis Bolt

v. Stud
Tidak mempunyai kepala
Mempunyai bebenang di kedua-dua hujung
shaft
Digunakan bersama sepasang nat untuk kerja
mengikat.

Jenis-Jenis Nat

Nat akan dimasukkan pada bebenang shaft bolt


bertujuan untuk mengikat penyambungan
Saiz nat adalah berpandukan kepada diameter lubang
yang berbenang.
Jenis-jenis nat adalah seperti berikut
i. Machine screw nut (hex / square nut)
Berbentuk segi 4 atau heksagon

Jenis-Jenis Nat

ii. Lock nut


Lebih nipis berbanding nat biasa
Berfungsi menghalang ikatan nat yang lain
daripada longgar (memperkukuhkan ikatan)

Jenis-Jenis Nat

iii. Castle nut


Mempunyai kepala yang dipotong berbentuk
seperti kota istana
Digunakan bersama pin pengunci bertujuan
untuk mengelakkan daripada longgar

Jenis-Jenis Nat

iv. Wing nut


Mempunyai sepasang kepak
Boleh diketat atau dilonggar dengan
menggunakan jari
Untuk penyambungan yang kurang
mementingkan kekuatan & ketepatan

Washer

Diletakkan di bawah nat atau kepala bolt untuk


menambah kepadatan sambungan
Juga untuk melindungi permukaan bolt dan nat
Secara amnya digunakan untuk menyebarkan beban
pada permukaan bolt dan nat

Skru (Sementara)

i.

Sheet Metal Screw


Pendek dan tebal
Bebenang berbentuk tirus untuk menembusi logam
lembut
Digunakan untuk menyambung kepingan logam
nipis
Mempunyai kepala yang bernagai bentuk mengikut
fungsi

Skru

ii. Lag Screw


Mempunyai kepala berbentuk segi enam (6) atau
heksagon
Digunakan untuk penyambungan yang menanggung
bebanan tinggi
Mempunyai bebenang pada sebahagian batang skru
sahaja.

PENYAMBUNGAN KEKAL (CANTUMAN)

Kaedah penyambungan kekal digunakan apabila

bahan-bahan yang ingin dicantumkan tiada


keperluan untuk dibuka atau dilakukan
pengubahsuaian pada masa akan datang.
Contoh-contoh kaedah penyambungan tetap yang
selalu digunakan untuk mencantumkan bahanbahan logam adalah seperti berikut:

PENCANTUM KERJA LOGAM


Ribet
Digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih
kepingan logam pada rangka projek secara
kekal.
Ribet diperbuat daripada bahan logam yang
lembut seperti aluminium atau loyang. Berbentuk
seperti bolt tetapi tidak berbenang
Saiz ribet ditentukan oleh panjang dan garis
pusat batangnya
Ribet yang digunakan untuk kerja kepingan
logam biasanya diperbuat daripada aluminium

Ribet

Terbahagi kepada jenis solid dan semi tubular dan


blind rivet/tubular

Mempunyai berbagai jenis bentuk dan kepala


Saiz ribet yang digunakan harus sesuai dengan
ketebalan logam yang hendak dicantumkan.
Kepingan logam yang nipis sesuai dicantumkan
dengan menggunakan saiz batang ribet yang lebih
kecil.
Alat yang digunakan untuk memasang rivet ialah
riveter

3.1 Ribet

Ribet

Blind Rivet

Solid Rivet

Semi tubular Rivet

Kaedah Meribet

1. Tandakan pusat lubang pada


bahagian kepingan logam
yang hendak dicantumkan

2. Tandakan dengan penebuk

pusat pada kepingan logam.


Gunakan bongkah kayu untuk
mengalas kepingan logam yang
hendak ditandakan.

Kaedah Meribet

3. Tebuk logam menggunakan

gerudi meja. Gunakan mata


gerudi yang sesuai dengan
saiz garis pusat batang ribet.

4. Masukkan ribet aluminium

dan rapatkan kepingan logam


menggunakan rivetter.
Pastikan muncung riveter
sesuai dengan dawai ribet.

Kaedah Meribet

5. Tarik hulu rivetter sehingga

dawai ribet terputus. Kepala


ribet akan terbentuk.

Soldering (Pateri)

Proses mematri logam bukan ferus (timah, perak)


untuk mencantumkan logam
Bahagian logam yang akan dicantumkan
dipanaskan terlebih dahulu kemudian bahan patri
dicairkan pada permukaan panas tersebut
Apabila bahan patri mengeras ia akan
melekatkan cantuman logam tersebut

Soldering

Terbahagi kepada dua jenis iaitu soft soldering &


hard soldering
Soft soldering menggunakan suhu <800 ferenheit
Banyak digunakan dalam bidang elektronik
Bahan patri (flux) yang digunakan ialag cantuman
(60% timah dan 40% plumbum)
Menggunakan besi pematri

Soldering

Hard soldering menggunakan suhu >800 ferenheit


Menggunakan bahan pateri yang mempunyai takat
lebur yang lebih tinggi (sambungan lebih kukuh)
Digunakan untuk menyambungkan emas, perak,
tembaga dan lain-lain
Bahan pateri yang digunakan selalunya ialah perak
atau tembaga (brazing)
Haba dalam proses hard soldering diperolehi terus
dengan menggunakan Torch

Perekat Logam (Adhesive)

Proses mencantumkan logam menggunakan glue


atau gam
Altenatif kepada penyambungan mekanikal
Kebiasaannya igunakan untuk mencantumkan
logam nipis & ringan

Perekat Logam (Adhesive)

Jenis-jenis perekat adalah seperti


i. Cyanoacrylates (superglue)
Perekat yang tahan perubahan suhu and masa
Boleh mencantumkan logam, getah & plastik
Cepat kering & hasilkan cantuman yang kuat

Perekat Logam (Adhesive)

ii. Epoksi
Pelekat sintetik gabungan cecair resin dan logam
Menghasilkan cantuman yang kuat bagi logam,
getah dan plastik
Banyak digunakan dalam bidang automotif
Rintangan terhadap persekitaran dan bahan
kimia yang lebih baik

Kimpalan
Kimpalan merupakan proses untuk mencantumkan dua

atau lebih kepingan logam yang melibatkan pencairan


dan peleburan logam.
Kimpalan menghasilkan sambungan yang kuat, sukar
untuk dipecahkan, kukuh, dan tahan lama.
Antara bidang yang banyak mengaplikasikan kerja
kimpalan adalah seperti pembinaan, industri perkapalan,
cari gali petroleum dan sebagainya.
Terdapat beberapa kaedah kimpalan yang selalu
digunakan untuk kerja-kerja mencantumkan logam.
Salah satu jenis yang paling banyak digunakan ialah
kimpalan arka logam berperisai.

Peralatan Dalam Kimpalan Gas


Bahan Penambah

Penyumpit Gas

Peralatan Dalam Kimpalan Gas


Silinder Oksigen

Silinder Asetilena

Peralatan Dalam Kimpalan Gas


Paip Getah

Wheel Valve

Sambungan Kimpalan Gas


Sambungan Temu

Sambungan Lekap

Jenis-Jenis Sambungan Kimpalan

Kimpalan Arka
Kimpalan arka logam berperisai melibatkan peleburan dan pencairan

logam dengan menggunakan arka elektrik.


Kimpalan arka terhasil daripada perbezaan voltan di antara elektrod
dan logam asas (bahan logam yang dikimpal).
Proses kimpalan jenis ini akan menghasilkan haba yang tinggi untuk
mencairkan logam asas dan elektrod bagi menghasilkan kolam leburan.
Suhu yang digunakan adalah tinggi hingga mencapai 3900C.
Kaedah kimpalan arka logam berperisai ini dilakukan dengan
menggunakan mesin kimpalan arka.

Peralatan Kimpalan Arka


1.
2.
3.
4.
5.

Mesin kimpalan arka


Kabel elektrod dan bumi
Pemegang elektrod
Pengapit bumi
Alat pembersih logam.

Prinsip Kerja Penyambungan Kimpalan Arka