You are on page 1of 4

ARKIB : 14/05/2014

Guru dan cabaran semasa


Oleh DR. AMINUDIN MANSOR
DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada
bidang pendidikan di negara ini.
Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi
tonggak utama ke arah kejayaannya.
Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak
pendidikan,

globalisasi

dalam

pendidikan,

kepelbagaian

budaya,

pengaruh

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam


kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan
oleh pihak guru.
Justeru,

kerajaan

tidak

mengambil

mudah

dan

memandang

ringan

usaha

memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga
motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di sekolah.
Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang
dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya
terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.
Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu

(UNESCO)

pendidikan.

sebagai

negara

paling

menarik

dari

segi

perkhidmatan

Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara
yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing
ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat
paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.
Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi
program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).
Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi
merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.
Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas
keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan
secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa
sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan
untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.
Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di
samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini
antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.
Kejayaan

dan

kecemerlangan

murid

dan

pelajar

banyak

bergantung

pada

kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran
dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat
menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.
Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara
dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh
semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi
memperkasa generasi muda pada masa depan.
* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan
latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat


Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara
* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar
dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan
kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;
* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan
latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;
* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;
* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan
dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan
memperoleh dan menggunakan pengetahuan;
* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang
mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni
serta menghargai tradisi dan warisan; dan
* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan
antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan
modal insan.
Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan
peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak
yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.
Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar
daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk
mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik
dalam kehidupan.
PENULIS ialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Artikel

Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-

semasa#ixzz3g4e5Pw3z
Utusan Melayu (M) Bhd