Вы находитесь на странице: 1из 22

Isi Kandungan

MUKADIMAH............................................................................................................................................2
LATAR BELAKANG NEGARA MALAYSIA SECARA RINGKAS.......................................................3
PENGENALAN: GAGASAN 1MALAYSIA.............................................................................................4
PERANAN RAKYAT DALAM KONSEP SATU MALAYSIA................................................................5
PERANAN PEMIMPIN DALAM KONSEP SATU MALAYSIA.............................................................6
PENDEKATAN DAN PERLAKSANAAN GAGASAN SATU MALAYSIA...........................................6
Peranan Perkhimatan Awam...............................................................................................................7
Peranan Media Massa.........................................................................................................................7
Peranan Sektor Swasta dan organisasi Korporat............................................................................8
NILAI-NILAI UTAMA DALAM GAGASAN SATU MALAYSIA.............................................................8
Nilai Pertama: Budaya Kecemerlangan.............................................................................................9
Nilai Kedua: Ketabahan.....................................................................................................................10
Nilai Ketiga: Rendah Hati...................................................................................................................11
Nilai Keempat: Penerimaan...............................................................................................................11
Nilai Kelima: Kesetiaan......................................................................................................................12
Nilai Keenam: Meritokrasi..................................................................................................................13
Nilai Ketujuh: Pendidikan...................................................................................................................15
Nilai Kelapan: Integriti........................................................................................................................17
ISU-ISU UTAMA DALAM PERLAKSANAAN GAGASAN SATU MALAYSIA.................................19
KESIMPULAN.........................................................................................................................................21

1
MUKADIMAH

Salam diucapkan kepada yang berbahagia Ustaz Rozaini, pensyarah kelas


hubungan etnik CTU 553 dan juga para pembaca yang dihormati. Kertas projek ini
merupakan hasil kerja saya dan rakan-rakan bertujuan untuk menerangkan
bagaimanakah Gagasan Satu Malaysia dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan
rakyat Malaysia dan juga isu-isu dalam gagasan tersebut. Diharap kertas projek ini
dapat membantu para pembaca memahami konsep Satu Malaysia yang di laung-
laungkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kita Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak
dalam memupuk semangat perpaduan di Negara kita. Sama-samalah kita menghayati
dan memahami isi kandungan Gagasan Satu Malaysia. Pertama sekali kami memohon
maaf jika terdapat sebarang kesalahan tafsiran dalam pemahaman kami terhadap
konsep Satu Malaysia dan akhir sekali segala yang baik dating dari ALLAH S.W.T dan
yang buruk itu datangnya dari kami insan yang lemah.

2
LATAR BELAKANG NEGARA MALAYSIA SECARA RINGKAS

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara


dan mempunyai dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan.
Berdasarkan sejarah, semenanjung Malaysia atau dahulunya juga dikenali sebagai
Semenanjung Melayu merupakan pusat perdagangan utama di Asia Tenggara dimana
pada masa itu negeri Johor menjadi penghubung kepada India dan China dari segi
ekonomi dan menjadi tempat persinggahan untuk peniaga dari kedua-dua buah Negara
besar itu. Malaysia telah merdeka dari pemerintahan British pada 31 Ogos tahun 1957
sebagai persekutuan Malaya yang meliputi 11 negeri di Semenanjung Melayu.
Manakala pada tahun 1963, Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaya dan pada
masa itu ia telah dikenali sebagai Persekutuan Malaya. Malaysia sehingga kini masih
mengamalkan system demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan di mana Yang
Dipertuan Agong dipilih setiap 5 tahun oleh Majlis Raja-Raja Melayu yang dianggotai
oleh Sultan yang memerintah 9 negeri beraja di Malaysia.

Penduduk Malaysia terbahagi kepada 4 kaum utama iaitu kaum bumiputera


Semenanjung Malaysia yang dipanggil Melayu yang merangkumi 53 peratus, kaum
bumiputera Malaysia Timur yang juga dipanggil Bumiputera Borneo yang merangkumi
10 peratus, kaum Cina sebanyak 27 peratus dan kaum India 10 peratus. Manakala,
agama yang dianuti di Malaysia ialah Islam yang merangkumi 59 peratus, Buddha 23
peratus, Kristian 10 peratus, Hindu 7 peratus dan Sikh sebanyak 1 peratus. Jika dilihat
dari segi komposisi kaum dan agama yang dianuti oleh masyarakat yang terdapat di
Malaysia, ternyata masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang berbilang kaum
dan agama atau juga dikenali sebagai masyarakat majmuk. Perpaduan dan hubungan
yang harmoni antara kaum amat penting bagi menjayakan Negara Malaysia yang
berbilang kaum.

3
PENGENALAN: GAGASAN 1MALAYSIA

Gagasan satu Malaysia merupakan satu konsep yang diasaskan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,dimana bertujuan untuk menjadikan konsep
satu Malaysia menjadi satu tindakan strategik dalam mewujudkan kesatuan bangsa
Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan budaya. Rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama haruslah menganggap diri mereka sebagai
bangsa Malaysia dimana berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat.
Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi
mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Maka di
sini, konsep satu Malaysia merupakan pemangkin kepada penyatupaduan rakyat
Malaysia.

Konsep satu Malaysia amat penting seperti yang diterangkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam lapan nilai yang menjadi teras
gagasan ini, Nilai-nilai ini merupakan amalan yang dilaksanakan oleh masyarakat kita
selama ini iaitu:

1. Budaya cemerlang
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

4
PERANAN RAKYAT DALAM KONSEP SATU MALAYSIA

Majoriti kaum di Malaysia merupakan bumiputra, Melayu, Cina dan India. Dalam
gagasan satu Malaysia, perdana menteri mengambil kira amalan masyarakat kaum-
kaum ini bagi menghidupkan semula penyatupaduan rakyat dalam Konsep satu
Malaysia. Konsep inilah yang telah diinstitusikan oleh perdana menteri kita agar
menjadi satu gagasan bangsa untuk diperjuangkan dengan lebih strategik oleh rakyat
tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bahasanya.

Sebahagian masyarakat telah mengabaikan unsur penyatuan dan elemen


kesepaduan antara kaum di Malaysia, malah mungkin juga sesetengah masyarakat
tidak menyedari kepentingannya. Maka gagasan 1 Malaysia merupakan usaha teratur
olaeh perdana menteri Malaysia untuk mengumpul segala nilai dan amalan baik yang
diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia agar dapat difahami oleh semua kalangan
dalam masyarakat Malaysia, dan seterusnya dapat menghayati dan merealisasikannya
dengan penuh kesedaran demi kepentingan bersama.

Selain itu, gagasan satu Malaysia juga harus difahami dengan lebih mendalam
oleh generasi baru yang mungkin tidak menyedari perjuangan berbagai etnik untuk
mencapai kemerdekaan dan membangun ekonomi, politik dan sosial semua rakyat
berbagai keturunan yang menjadi hakikat perkembangan sejarah negara ini.

Justeru itu, sesuatu kaum diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa
mereka sahaja, dan mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka
kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan kaum mereka sahaja, malah
disarankan untuk bertindak dan melakukan sesuatu demi kepentingan semua
masyarakat di Malaysia.

5
PERANAN PEMIMPIN DALAM KONSEP SATU MALAYSIA

Namun, konsep satu Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran
baru, sebaliknya konsep satu Malaysia yang bertemakan ‘Rakyat didahulukan,
Pencapaian Diutamakan’ merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang
menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap,
amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Sebagaimana yang disarankan oleh perdana menteri kita, konsep satu malaysia
ingin melahirkan rakyat yang mempunyai kepimpinan dan masyarakat yang berintegriti
tinggi.  Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah yang
merupakan kepentingan bagi melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 

Dari sudut kepimpinan, satu Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak


mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Perdana menteri juga menjangka
Malaysia mempunyai pemimpin yang cemerlang dan komited dalam merancang,
mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada rakyat. 

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang sanggup berkorban masa, tenaga


dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Selain
itu, pemimpin yang mesra rakyat dan bekerja dengan penuh dedikasi dengan hati yang
ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. 

PENDEKATAN DAN PERLAKSANAAN GAGASAN SATU MALAYSIA

Gagasan satu Malaysia akan menjadi kenyataan sekiranya cara dan


pelaksanaan yang dilakukan dengan betul serta bersesuaian dengan perkembangan
semasa. kejayaan pelaksanaan sesuatu agenda negara bergantung kepada dasar-
dasar yang adil dan saksama. Beberapa contoh peranan pihak-pihak yang terlibat
dalam melaksakan konsep satu Malaysia:

6
Peranan Perkhimatan Awam

Jentera perkhidmatan awam dan anggota perkhidmatan awam perlu menerima


cabaran dan berani membuat penilaian diri (self-assessment) terhadap keberkesanan
diri dalam menguruskan program-program pembangunan. Mereka haruslah
mendengar aspirasi dan harapan masyarakat, melaksanakan pembangunan dengan
agresif, dan kemudiannya membuat pemantauan dengan sentiasa turun ke padang.
Perkhidmatan awam telah melalui pelbagai transformasi dan perubahan peranan, maka
dalam menyahut perubahan tersebut,perkhidmatan awam seharusnya menjaga
kepentingan rakyat, serta sebagai tonggak untuk memastikan matlamat kesejahteraan
sosial menjadi keutamaan dalam usaha-usaha pembangunan dan pelaksanaan dasar-
dasar negara.

Peranan Media Massa

Media massa mampu memainkan peranan sebagai agen pendidik kepada


generasi muda supaya lebih memahami sejarah, menghayati prinsip-prinsip
Perlembagaan dan mengamalkan Rukun Negara. Mereka disarankan untuk
menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat demi merealisasikan agenda
pengukuhan perpaduan dan kemakmuran bersama. Media massa perlu bekerjasama
secara sinergi dan efektif dengan agensi-agensi Kerajaan untuk mengolah dan
menempa pemikiran masyarakat supaya selaras dengan arah tuju Negara sebagai
contoh, penerapan begini harus dilakukan meenerusi rencana pengarang dan artikel-
artikel yang menyemarakkan pengukuhan integrasi dan perpaduan. Selain itu, media
massa perlu menyuarakan pandangan membina dan memberi kefahaman sebenar
kepada masyarakat bagi mengelakkan berlakunya konflik dan krisis kaum, dan pada
masa yang sama menjadi pemangkin kepada pengukuhan perpaduan.

7
Peranan Sektor Swasta dan organisasi Korporat

Sektor swasta dan organisasi korporat telah memberi sumbangan yang penting
dalam mengukuhkan pembangunan ekonomi negara. Seiring dengan sektor awam,
sektor swasta dan organisasi korporat telah banyak memberi sumbangan seperti
menjayakan program dan projek pembangunan negara hingga pada tahap ini.
Penyatupaduan antara sektor awam dan swasta telah memberi peluang kepada kedua-
dua pihak untuk menggabungkan stategi dan idea-idea bernas yang mendorong ke
arah pencapaian agenda satu Malaysia. Kerajaan terus berusaha untuk memastikan
agar Malaysia tergolong dalam kelompok negara dan rakyat yang berpendapatan tinggi.
Penglibatan dan sumbangan pihak swasta telah memberi peluang yang sama kepada
masyarakat tanpa mengira kaum, keturunan, dan budaya, untuk memasuki sektor guna
tenaga dan seterusnya membantu setiap golongan untuk memperbaiki taraf hidup
mereka. Pihak swasta juga akan menawarkan kemudahan seperti bimbingan dan
pinjaman modal kepada individu yang berminat untuk membuka perniagaan,tidak
mengira dari etnik atau kaum apapun atau dari dalam atau luar bandar maka tiada
rakyat yang merasa terpinggir daripada mendapat perhatian dan bantuan. Dengan itu,
pihak swasta dan korporat akan dapat mengukuhkan semangat kekitaan dalam
kehidupan sebuah keluarga besar.

NILAI-NILAI UTAMA DALAM GAGASAN SATU MALAYSIA

Gagasan satu Malaysia terdiri daripada lapan nilai-nilai utama. Nilai-nilai inilah
yang menjadi teras utama dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan etnik. Diantara nilai-nilai tersebut dan bagaimana ia dapat
menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat Malaysia adalah seperti dibawah:

8
Nilai Pertama: Budaya Kecemerlangan

Budaya kecemerlangan adalah budaya yang menjadi salah satu nilai yang
penting dalam konsep 1 Malaysia.Ia yang akan membawa Malaysia kesatu tahap yang
lebih tinggi menerusi usaha setiap untuk rakyat mengamalkan budaya tersebut didalam
diri.

Budaya kecemerlangan haruslah dilaksanakan secara berterusan demi meningkatkan


prestasi. Ianya dilaksanakan menerusi prinsip ketepatan dimana ia merangkumi
ketepatan seseorang rakyat menguruskan masa dan kualiti tidak kira dalam sistem
pendidikan, perdagangan ataupun pentadbiran. Budaya ini memastikan setiap tugas
yang dilaksanakan mencapai tahap yang terbaik demi memastikan Malaysia menuju
trajektori yang betul. Dan untuk menyedarkan rakyat bertapa pentingnya budaya
kecemerlangan di dalam diri, prinsip meritokrasi haruslah diperkenalkan dengan lebih
banyak.

Contohnya dengan pengenalan satu sistem yang di kenali sebagai (KPI) atau
Petanda Utama Pencapaian didalam sektor perkhidmatan. Pengenalan sisitem ini pada
dasarnya adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan
kepada rakyat yang sejajar dengan matlamat gagasan 1 Malaysia.Sistem pengenalan
KPI ini juga telah diguna pakai kepada para pemimpin politik Negara, dimana sistem ini
telah memastikan setiap wakil rakyat dan menteri tidak lagi dilayan sebagai “Raja
Rakyat”. Kesan aplikasi sistem ini telah menyebabkan setiap pemimpin lebih berusaha
untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat dan pembangunan
Negara.Ini kerana para pemimpin adalah agen kepada kerajaan bagi melaksanakan
segala dasar dan program yang telah disusun bagi memenuhi kehendak dan keperluan
setiap rakyat.

Disamping itu, segala pembangunan yang diterapkan didalam budaya


kecemerlangan juga membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini kerana gagasan 1
Malaysia amat menitik beratkan kepentingan ekonomi-soial rakyat terutama sekali
kepada kaum yang ketinggalan. Keperihatinan dan kesungguhan para pemimpin untuk

9
merealisasikan dan menjaga segala keperluan rakyat menyebabkan setiap lapisan
masyarakat merasakan diri mereka lebih di beri perhatian. Ini akhirnya akan
menyebabkan rakyat lebih yakin serta percaya akan kemampuan para pemimpin
Negara mentadbir serta menjaga keperluan setiap etnik yang terdapat di dalam
Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, satu program yang dikenali sebagai Program
Transformasi Kerajaan (GTP) telah diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti khidmat
awam dalam usaha untuk meberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Ini memberi
kesan kepada penyatuan rakyat kerana melalui program ini, setiap anggota masyarakat
lebih bersatupadu demi mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah Negara
maju serta mempunyai rakyat yang progresif dan berpendapatan tinggi.

Nilai Kedua: Ketabahan

Dalam konsep ketabahan yang di tekankan didalam Gagasan 1Malaysia, ia


merujuk kepada ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang
mendatang. Rakyat Malaysia khususnya mestilah memiliki dan menanam sifat tidak
mudah mengaku kalah, namum sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi
serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. Dalam
menangani isu agama dan permasalahan semasa dalam masyarakat kita, kita
seharusnya tidak memandang ringan isu berkaitan agama yang akan mencetuskan
kontroversi antara agama dan kaum. Misalnya isu kalimah Allah sejak awal tahun ini
benar-benar menguji ketabahan dan sejauhmana bijaksananya kita untuk
menanganinya. Insiden cubaan membakar beberapa gereja dan surau, dan yang
terbaru insiden kepala khinzir diletakkan di perkarangan dua buah masjid. Kejadian ini
dilihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk mengugat kestabilan dan hubungan kaum di
negara ini.

10
Nilai Ketiga: Rendah Hati

Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa semua rakyat
dalam satu negara yang sama dan perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga
merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan
kelebihan nya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-
masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara. Selaras dengan
Gagasan 1Malaysia, kita hendaklah bijaksana mengenal pasti asas untuk
meningkatkan perpaduan melalui kemajmukan yang ada. Bagi mengekalkan keamanan
dalam suasana yang harmoni, perkara-perkara yang boleh meningkatkan
persefahaman wajar disuburkan dan mengelak sesuatu yang boleh menimbulkan
persengketaan. Perkara-perkara yang bersifat kontroversi sangat mudah
mendatangkan reaksi dan salah faham malah berpotensi mencetuskan suasana
konfrontasi. Lipatan sejarah lampau yang banyak membuktikan bahawa peperangan
dan pertentangan bermula daripada perkara kecil. Rakyat hendaklah sedar bahawa
bahawa api yang besar lagi memusnahkan bermula daripada bara-bara kecil yang
gagal dipadamkan. Oleh yang demikian, penekanan kepada nilai rendah diri mesti ada
dalam masyarakat Malaysia demi mengekalkan perpaduan yang dinikmati sekarang ini.

Nilai Keempat: Penerimaan

Konsep 1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang


kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat
kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam
satu Negara.

Jika disingkap sejarah ketamadunan Islam, Gagasan 1Malaysia ini juga adalah
selaras dengan semangat yang ditunjukkan melalui pembentukan Negara dan
Ketamadunan Islam terawal di Madinah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan

11
agama, hidup penuh rukun dan harmoni, berasaskan Perlembagaan Madinah yang
mengutamakan dan mempertahankan Islam sebagai agama, keadilan kepada semua
dan melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada
kaum bukan Islam yang berpayung di bawah pemerintahan Negara Madinah.

Daripada riwayat Bukhori yang bermaksud; Diriwayatkan daripada Jabir Abdullah r.a.
berkata:

Satu jenazah lalu di hadapan kami (para sahabat), maka Rasulullah S.A.W. berdiri. Lalu
kamipun turut berdiri. Kami berkata kepada Rasulullah S.A.W.; “Ya Rasulullah, itu
adalah jenazah yahudi”. Sabda Rasulullah S.A.W., “apabila kamu melihat jenazah,
maka berdirilah”.

Dari petikan Hadis ini, ia memberi isyarat bahawa keadaan simati sama ada
seorang muslim atau bukan muslim perlu dihormati. Ianya memberi maksud bahawa
Islam menggalakkan umatnya menghormati semua agama dan kaum kerana Islam ini
menuntut kita supaya saling hormat menghormati dan bersikap lebih kemanusiaan
sesama manusia yang lain. Sesungguhnya, tidak dinafikan lagi bahawa pada hari ini
slogan 1Malaysia telah menjadi ungkapan popular di kalangan rakyat Malaysia.
InsyaAllah, harapan Perdana Menteri yang beliau suarakan dalam ucapan beliau ketika
Majlis Perjumpaan Bersama Ulama’ dan Umara’ untuk melihat konsep ini untuk menjadi
pemangkin kepada pengwujudan Negara bangsa yang dapat membina Malaysia yang
mempunyai sikap penerimaan di kalangan rakyat akan menjadi kenyataan.

Nilai Kelima: Kesetiaan

Nilai kesetiaan yang ditonjolkan dalam pembentukan Gagasan 1Malaysia


merujuk kepada kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk
berbakti dan berkorban demi Negara yang tercinta. Negara Malaysia ini adalah untuk
semua rakyat, tanpa mengira warna kulit, budaya serta fahaman politik. Oleh itu,semua
kemudahan yang terdapat dalam negara harus dinikmati secara bersama dan beramai-

12
ramai. semua kaum diberi keutamaan oleh kerajaan dan tidak sesekali dipinggirkan.
1Malaysia adalah pemangkin kepada kewujudan sikap kesetian kepada Negara,
kesamaan,kerataan dan kekitaan dalam diri setiap masyarakat. Kita perlu mengambil
iktibar, bahawa setelah kita melewati 40 tahun episod rusuhan kaum pada 13 Mei 1969,
kita dapat menyaksikan bahawa masyarakat negara ini tidak pernah berputus asa untuk
menjadikan 1 bangsa Malaysia sebagai realiti. Dengan bermodalkan kesetiaan kepada
negara, toleransi sesama bangsa, maka pelbagai cabaran agama dan kaum telah
berjaya kita tangani secara berhemah. Buktinya, kesepaduan sosial masih utuh dan
kukuh di negara ini sekalipun setiap rakyat yang tergolong dalam kelompok masing-
masing masih mempunyai isu dan masalah yang belum selesai. Kita wajar
menyelesaikan dengan hikmah dan berhemah terhadap isu-isu yang dicetuskan supaya
tidak menjadi provokasi terhadap agama lain yang hanya akan merugikan negara.

Nilai Keenam: Meritokrasi

Nilai keenam yang diterapkan di dalam konsep 1 Malaysia adalah meritokrasi.


Meritokrasi berasal daripada dua perkataan iaitu merit dan krasi. Merit membawa
maksud kepujian atau kecemerlangan, manakala krasi (latin) bermaksud sistem
pentadbiran sesebuah negara.

Di dalam konsep 1 Malaysia, nilai meritokrasi diaplikasikan dari segi ekonomi


dan sosial. Dimana nilai meritokrasi disini lebih menjurus kepada penekanan
persaingan secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Nilai ini adalah sejajar dengan
perkara 153 di dalam perlembagaan persekutuan, kerana ia melindungi hak
keistimewaan orang melayu, bumiputera sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain
yang terdapat di Malaysia. Ini kerana prinsip ini memastikan setiap rakyat Malaysia
mendapat peluang yang sama rata didalam sesuatu pemilihan berasaskan kriteria-
kriteria yang ditetapkan seperti kelayakan, prestasi dan budaya cemerlang untuk
memacu pembangunan Negara.

13
Perlaksanaan nilai ini didalam konsep satu Malaysia telah menyatukan setiap
rakyat di Negara ini kerana dasar ini telah mengambil kira kehendak setiap kumpulan
etnik yang ada tanpa mengetepikan kepentingan kaum bumiputera.Walaupun, dasar
afirmatif tetap dikekalkan bagi etnik bumiputera, tetapi perlaksanaannya diamalkan
dengan cara yang adil dimana pertimbangan hanya diberikan kepada individu yang
paling layak, contohnya didalam pemberian biasiswa, pendidikan dan lesen.

Nilai meritokrasi juga diamalkan didalam bidang-bidang tertentu seperti


perkhidmatan, pendidikan, dan ekonomi. Contohnya dalam pemberian sesuatu kontrak
melalui tender terbuka kepada para usahawan. Prinsip meritokrasi telah memberi
peluang yang sama rata kepada setiap usahawan untuk bersaing dalam pembidaan
kerana pemilihan adalah berasaskan kepada kelayakan dan kemahiran menawarkan
tawaran yang lebih baik dalam menawarkan harga, produk dan perkhidmatan dan
bukan kerana perundingan, kekayaan, perkauman, ikatan persaudaraan dan sosio-
ekonomi semata-mata. Dengan adanya prinsip ini, ia dapat mengelakkan rasa tidak
puas hati antara anggota masyarakat didalam bidang perniagaan dan mengelakkan
peristiwa 13Mei dari berulang kembali kerana penguasaan ekonomi oleh sesebuah
kaum disamping menjamin perkhidmatan dilaksanakan dengan cemerlang dan terbaik
bagi memastikan kemajuan ekonomi Negara.

Didalam sistem pendidikan pula, prinsip meritokrasi telah mengalakkan setiap


individu didalam sekolah atau institusi pengajian tinggi bersaing antara satu sama lain
untuk menjadi yang terbaik. Ianya telah mengalakkan persaingan yang sihat antara
pelajar yang berbilang bangsa untuk mencapai pencapaian yang cemerlang di dalam
pelajaran.

Manakala dari aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat pula, meritokrasi


telah memberi kesedaran kepada rakyat untuk lebih berusaha menjadi yang terbaik
demi mencapai pencapaian yang lebih tinggi. Nilai meritokrasi adalah satu nilai yang
amat penting kerana ianya adalah asas dalam pembentukan budaya kecemerlangan.

14
Nilai Ketujuh: Pendidikan

Sistem pendidikan di sesebuah Negara boleh menjadi salah satu kunci untuk
mewujudkan perpaduan diantara etnik. Ini kerana sekolah serta institusi pengajian
tinggi merupakan sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang dapat mengajar serta
menerapkan nilai-nilai murni dan memudahkan setiap pelajar menghayati proses
sosialis kerana sekolah menempatkan pelbagai kaum dibawah satu bumbung.

Seperti yang kita sedia maklum, ilmu pengetahuan serta pendidikan merupakan
syarat penting kepada sesebuah Negara bagi mencapai sesuatu kejayaan. Ini kerana
kedua-duanya merupakan kekuatan dan ketahanan sesebuah masyarakat.Nilai
pendidikan didalam konsep 1 Malaysia telah disokong oleh Akta 550 yang menyatakan
bahawa ilmu pengetahuan adalah penting kerana ianya membolehkan rakyat Malaysia
menguasai ilmu, kemahiran serta nilai-nilai murni disamping bertindak sebagai penentu
kepada arah tujuan Negara dan penyelamat bangsa.

Sebagai contoh melalui penyeragaman bahasa penghantar, sukatan pelajaran


serta pakaian sekolah di sekolah kebangsaan merupakan salah satu elemen yang
dapat membantu merapatkan hubungan antara kaum disekolah. Dimana dengan
adanya Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar ia mengalakkan pergaulan
diantara pelajar yang berbilang etnik yang akhirnya akan mewujudkan semangat
kekitaan. Disamping itu pendekatan yang digunakan melaui subjek pendidikan islam
dan moral juga turut membantu memberi pendekatan yang lebih baik kepada para
pelajar untuk memahami agama, keperluan moral, sosial serta adat dan budaya kaum
masing-masing.

Meskipun sistem persekolahan di Negara, tidak mempunyai aliran pendidikan


tunggal, sekolah tetap merupakan pusat integriti tebaik yang dapat mengabungkan
semua aliran persekolahana sama ada sekolah kebangsaan, sekolah cina atau sekolah
India. Ini kerana melalui konsep 1 Malaysia ia mengalakkan setiap sekolah untuk
mencari kesempatan untuk berinteraksi dengan mengadakan lebih banyak aktiviti
bersama.Ini kerana dengan mengadakan lebih banyak aktiviti bersama ianya memberi

15
peluang kepada pelajar yang berbilang bangsa untuk berinteraksi antara satu sama lain
disamping mengeratkan perpaduan antara kaum serta mengukuhkan lagi pemahaman
agama,adat serta budaya kaum masing-masing. Hak ini telah dikenankan dalam
perlembagaan persekutuan dalam perkara 12 yang mengiktiraf nilai pendidikan dalam
konsep 1 malaysia.

Nilai ketujuh iaitu pendidikan didalam konsep 1 Malaysia, memang bertindak


sejajar dengan matlamat 1 Malaysia untuk menyatukan rakyat yang berbilang kaum. Ini
kerana hanya melalui pendidikan, asas nilai-nilai perpaduan dapat dipertahankan serta
proses integrasi dan pembangunan Negara dapat dilaksanakan bagi menjamin
kemajuan masa depan. Kurangnya ilmu pengetahuan serta pendidikan dapat
memporak-perandakan keharmonian rakyat Malaysia.Ini kerana kurangnya rasa
kekitaan yang disemai dari sekolah hingga universiti di dalam diri yang akhirnya akan
memudahkan kewujudan salah faham yang akan merosakkan keharmonian antara
etnik kerana kurangnya pendedahan kepada agama, cara pergaulan, budaya dan adat
resam.

Antara contoh-contoh usaha kerajaan bagi menyatukan rakyat Malaysia dalam


nilai ini adalah dengan memperkenalkan program RIMUP atau Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan di sekolah. Program ini dapat memupuk pergaulan murid
pelbagai kaum dengan penglibatan aktiviti bersama dengan perkongsian segala
kemudahan di sekolah. Kesan daripada program ini adalah ia akan mewujudkan dan
membentuk persefahaman serta jalinan hubungan rapat di kalangan murid pelbagai
kaum.

Dan ia menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk menjayakan konsep


1 Malaysia ini melalui pendidikan kerana setiap anak adalah asset Negara dan hanya
melalui nilai ini keharmonian hidup bermasyarakat dapat dikekalkan.Tambahan pula
dengan perpaduan yang dipupuk sejak bangku sekolah lagi, ianya membantu
menyemai semangat patroitik dan kesetiaan kepada Negara disamping memupuk
perasaan bangga dan megah dikalangan anggota masyarakat untuk bergelar rakyat
Malaysia. Rasa bangga menjadi rakyat Malaysia ini akan mengalakkan sikap saling

16
bekerjasama antara rakyat untuk membangunkan sebuah Malaysia menjadi sebuah
Negara yang aman serta makmur disamping berdaya saing.

Nilai Kelapan: Integriti

Integriti merupakan nilai terakhir yang temaktub di dalam konsep 1 Malaysia.


Integriti adalah satu nilai yang memastikan setiap prinsip didukung dan jati diri ditepati.
Dimana ia menyatakan bahawa asas kepada sesuatu kepercayaan adalah keupayaan
untuk memenuhi janji serta telus dan bersikap terbuka kepada orang lain.

Prinsip ini penting untuk diamalkan oleh setiap pemimpin Negara dalam
persediaan untuk membentuk sebuah kerajaan yang mendapat kepercayaan dan
keyakinan rakyat. Penerapan nilai integriti di dalam konsep 1 Malaysia banyak
membantu dalam menyatukan rakyat di Malaysia.Ini kerana integriti adalah salah satu
pemangkin kepada pengwujudan Negara bangsa yang mebantu membina sikap
kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.

Nilai integriti ini adalah sejajar dengan konsep 1 Malaysia yang dilancarkan oleh
pihak kerajaan untuk menyatukan setiap kaum pada satu paksi keadilan sosial. Ianya
dilaksanakan dari sudut dasar komitmen yang diusahakan oleh kerajaan untuk
menolong setiap pihak melalui pertimbangan tanpa mengabaikan kepentingan mana-
mana kaum tidak kira di Bandar mahupun di luar Bandar. Dimana kesungguhan dan
komitmen terhadap tanggungjawab menjadi asas penting serta kunci kepda pencapaian
sesuatu kejayaan.

Contohnya sebagai seorang pemimpin, individu tersebut harusla bijak mentafsir


dan memahami tugasan yang diberi serta berkebolehan tinggi dalam merancang
strategi, prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan kepada
rakyat.Masyarakat Malaysia juga haruslah bertanggungjawab serta komited di dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing demi menjaga kepentingan
dan kemajuan Negara. Dengan kebijaksanaan pihak kerajaan mengatur strategi di

17
dalam sistem pentadbiran Negara, ianya akan mebantu melancarkan perjalanan
pentadbiran kerajaan kerana setiap pandangan rakyat diambil kira dari segenap lapisan
kaum untuk memastikan tidak ada masyarakat atau kaum yang terpinggir daripada
menikmati pembangunan dan pembelaan daripada rakyat. Pembelaan yang adil akan
memberi kesan kepada penyatuan rakyat kerana ianya adalah asas kepada
peningkatan perpaduan melalui kemajmukan yang ada.

Selain itu, dengan terbentuknya nilai integriti dalam gagasan 1 Malaysia ianya
juga dapat membantu mengekalkan keamanan Negara agar berada dalam suasana
yang harmoni serta mengelakkan segala perkara yang boleh menimbulkan
persengketaan daripada berlaku.Ini kerana apabila kerajaan gagal meningkatkan
perefahaman antara rakyat ia akan mendatangkan reaksi dan salah faham yang
berpotensi untuk mencetuskan sebuah kontroversi. Seperti apabila berlakunya isu-isu
yang menyentuh kepada perbezaan pendapat tentang agama dan kepercayaan.

Integriti juga harusla diamalkan didalam tugasan seharian terutamanya ketika


melaksanakan tanggungjawab. Setiap individu haruslah jujur dan amanah ketika
berurusan tanpa mengamalkan satu sifat yang ingin mengutamakan diri keluarga dan
kelompok tertentu sahaja. Kelayakan dan kemampuan haruslah diberikan tanpa
sebarang kepentingan atau melalui cara yang melanggar etika diri dan saluran yang
tidak sah. Misalnya, di dalam perlantikan atau pengambilan sesuatu kerja. Pihak yang
bertanggungjawab haruslah memilih calon yang layak dan menepati kriteria-kriteria
yang ditetapkan dan bukan kerana ikatan kekeluargaan terjalin.

Ketidak adilan akan menyebabkan rasa tidak puas hati timbul dalam diri individu
lain yang akan menyebabkan wujudnya salah faham yang boleh menimbulkan
kontroversi yang boleh mengangu keharmonian Negara.Tetapi sekiranya pemilihan di
jalankan dengan adil dan saksama ia akan menyatukan setiap anggota masyarakat
kerana setiap rakyat merasakan diri mereka di layan secara adil tanpa mengira
kedudukan, bangsa dan wilayah dan tidak ada sebarang penindasan berlaku kerana
mereka sedar bahawa hanya yang paling layak akan terpilih.

18
ISU-ISU UTAMA DALAM PERLAKSANAAN GAGASAN SATU MALAYSIA

Terdapat pelbagai isu yang menjadi persoalan setelah Perdana Menteri kita,
Dato Seri Mohd Najib Tun Razak melancarkan gagasan satu Malaysia, terutamanya
pada golongan melayu dan bumiputra. Di antara isu-isu yang berbangkit dan jawapan
bagi isu-isu tersebut adalah seperti di bawah.

Adakah gagasan Satu Malaysia merupakan dasar baru kerajaan di bawah


pimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak?

Gagasan Satu Malaysia bukanlah satu dasar baru kerajaan, , ia adalah satu gagasan
pelengkap atau kesinambungan kepada pendekatan terdahulu yang diamal dan
diterapkan untuk terus mengukuhkan perpaduan, kestabilan, keamanan dan
kesejahteraan negara supaya pertumbuhan ekonomi dapat di teruskan dan
memastikan kemajuan negara supaya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Matlamat Satu Malaysia adalah untuk melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang harus menganggap diri mereka
sebagai satu keluarga besar dan sekaligus mencapai perpaduan yang jati antara
berbilang kaum.

Apakah gagasan Satu Malaysia akan melenyapkan hak keistimewaan kaum


bumiputra (melayu) dan lebih mementingkan kepentingan rakyat bukan melayu?

Tidak. Gagasan Satu Malaysia bukanlah merupakan satu usaha mengapuskan hak
keistimewaan kaum bumiputra yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Gagasan 1 Malaysia adalah dimajukan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan
Rukunegara. Ini bermakna dasar-dasar kerajaan dan program-program pembangunan
yang disediakan bagi meningkatkan kedudukan sosial dan ekonomi orang Melayu
supaya setanding dengan lain-lain kaum akan terus disediakan berdasarkan
peruntukan-peruntukan yang sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun,

19
lain-lain kaum dan etnik juga terus mendapat pembelaan dan bantuan selaras dengan
peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang digubal berteraskan semangat
kontrak sosial.Gagasan Satu Malaysia mendukung prinsip keadilan untuk semua kaum.
Ini bermakna, nasib dan kepentingan semua kaum dibela dan mana-mana kaum atau
kumpulan masyarakat pun tidak dipinggirkan.Gagasan Satu Malaysia menegaskan
bahawa tidak siapapun rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka sebagai rakyat
kelas 2 atau dipinggirkan dalam arus pembangunan perdana negara ini. Malah setiap
kaum, bumiputra ataupun bukan bumiputra, yang memerlukan bantuan untuk
meningkatkan taraf dan kualiti hidup masing-masing akan dibantu oleh kerajaan.

Apakah gagasan Satu Malaysia akan lenyapkan identiti pelbagai kaum di


malaysia?

Usaha melahirkan satu generasi rakyat Satu Malaysia bukanlah merupakan satu proses
asimilasi yang mampu melenyapkan identiti kaum atau etnik seperti diamalkan di
negara-negara lain. Sebaliknya, gagasan Satu Malaysia menghargai dan menghormati
identiti dan keunikan kaum dan etnik masing-masing selaras dengan kerangka
persetujuan yang telah dicapai dan dipersetujui dalam kontrak sosial semasa proses
kemerdekaan Malaysia dan kemudiannya menyerlah dalam Perlembagaan
Persekutuan. Malah, gagasan Satu Malaysia memajukan konsep bahawa keunikan
dan kelainan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia sebagai satu aset yang patut
dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana keunikan itu membantu dalam usaha
meningkatkan pembangunan Negara kepada tahap yang lebih tinggi.

Apakah benar dakwaan gagasan Satu Malaysia adalah sama dengan konsep
`malaysian malaysia` yang dilaungkan oleh parti dap dalam tahun 60`an?

Konsep `Malaysian Malaysia` yang dimajukan oleh parti PAP dari Singapura yang
kemudiannya diperjuangkan oleh DAP dalam politik Malaysia bertujuan melenyapkan
hak keistimewaan yang diperuntukkan untuk kaum bumiputra dalam Perlembagaan

20
Persekutuan dan bermatlamatkan menegakkan hak samarata bagi semua kaum tanpa
memperhitungkan atau mengetepikan peruntukan-peruntukan utama yang terkandung
dalam Perlembagaan Persekutuan. Konsep Malaysian Malaysia juga didapati
bertentangan dengan semangat kontrak sosial yang merupakan asas dan tonggak
kepada pemerintahan negara ini sejak merdeka. Sebaliknya, Gagasan Satu Malaysia
merupakan satu penerusan agenda melahirkan sebuah negara bangsa bersandarkan
Perlembagaan Persekutuan. Malah, gagasan Satu Malaysia lebih memfokuskan
kepada menyediakan peluang-peluang yang samarata, membantu kumpulan dan
golongan rakyat yang masih tertinggal dalam arus perdana pembangunan negara,
mendorong kumpulan yang lebih kaya membantu kumpulan dan golongan yang masih
berkurangan dan memerlukan bantuan. Ini bermakna Gagasan Satu Malaysia lebih
menterjemahkan semangat keadilan sosial kepada rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum, agama dan budaya.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat di buat tentang gagasan satu Malaysia dan bagaimana
ia dapat menjadi pemangkin penyatuan rakyat Malaysia adalah melalui nilai-nilai utama
yang ada pada gagasan tersebut. Dengan perlaksanaan dan pemahaman seluruh
rakyat Malaysia tentang gagasan ini, dapat memupuk sifat toleransi dan perpaduan
antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan ethik dan seterusnya
menjurus kepada keamanan negara dan akhirnya menjadikan Malaysia sebuah negara
yang maju dan majmuk hasil daripada rakyatnya yg berjaya memahami konsep Satu
Malaysia ini yang menguntungkan semua pihak.

Ini kerana tanpa perpaduan, toleransi, sifat rendah diri dan nilai-nilai lain dalam
gagasan Satu Malaysia, negara tidak akan berjaya di majukan. Sikap mementingkan
diri sendiri dan berunsur perkauman akan merugikan semua pihak. Ini kerana,
perbuatan tersebut akan mendorong kepada perbalahan yang akhirnya akan

21
menjadikan sesebuah negara berada dalam keadaan kacau-bilau dan akhirnya
melumpuhkan ekonomi negara.

Selain itu juga, perbalahan dalam negara akan merugikan rakyatnya sendiri dan
membolehkan kuasa-kuasa asing merampas segala yang kita miliki dengan
memanupulasi perbalahan kita demi mendapat kepentingan meraka. Perkara ini dapat
dilihat seperti yang berlaku di Asia Barat, dimana kehidupan rakyatnya yang berpuak-
puak membolehkan kuasa asing seperti Amerika menguasai negara tersebut dan
akhirnya mempunyai kepantingan dalam negara tersebut, contihnya penguasaan
minyak.

Oleh itu, penghayatan terhadap konsep dan nilai-nilai yang terdapat dalam
gagasan satu Malaysia adalah amat penting dalam sesebuah negara majmuk seperti
Malaysia. Kegagalan berbuat demikian akan merugikan semua pihak dan
menguntungkan pihak lain, dan yang pastinya pihak lain itu bukanlah dari kalangan
rakyat negara kita.

22

Вам также может понравиться