Вы находитесь на странице: 1из 7

Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut

Bahan2 Gula Hangus


(Buat yg ni dulu sblm bancuh adunan)
2 cawan gula pasir (MaDiHaA guna 1 1/2 cawan + 1 sudu besar)
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega
Cara:
Masukkan gula dlm kuali atau periuk.
Bukak api sederhana kecil...
Sentiasa kacau2 gula sampai larut, sampai warna jadi keemasan
macam madu..
Kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik.
Nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula yang hangit.
Pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...
AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2 sbb gula tu
mcm meletup2 skit nanti...
Pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air... Cairkan
semula...
bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
tutup api dan sejukkan
Bahan lain:
7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai (MaDiHaA guna 1/3 tin susu
yg tinggi sikit tu)
2 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder


1 sudu teh esen vanila
Cara:
Pukul telur sampai kembang.
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je.
MaDiHaA guna mixer)
Pastu masukkan susu pekat, kasi blend lagi sampai sebati.
Masukkan pulak esen vanila
Ayak tpg gandum + soda + baking powder
Masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td... blend lagi!
Bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa
la..antara 160-180 darjah celcius.
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
Kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
Biarkan sejuk sblm potong
Nota Cida : utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah
kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang
garisan tersebut.

Bahan-bahan ( 5 )

1 cawan gula

1 cawan air panas

2 sdb mentega

1 sdk esen vanila

1/2 cawan susu pekat

5 biji telur

1 cawan tepung

1 sdk soda bikarbonat

Cara-cara
1. didihkan gula + air utk dijadikan karamel.
2. pukul mentega, esen vanila dan susu pekat hingga bergaul
rata.
3. masukkan 5 biji telur satu persatu.
4. masukkan tepung dan soda bikarbonat dan kaup balikkan.
5. tuang karamel, kacau perlahan hingga mesra.
6. bakar pada suhu 170 dalam masa 40-50 minit.

Kek Gula Hangus


Bahan gula hangus :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
Cara membuatnya :

1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula
cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula
hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas
sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik.
Bahan Kek :
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
3 sudu besar butter
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara membuatnya :
1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan
butter - ketepikan.
2. Pukul butter dengan telur hingga sebati. Tak perlu pukul hingga
kembang, cukup dipukul hingga adunan sebati saja.
3. Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi.
kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang
telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. Perapkan
sebentar dalam 10 minit.
5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C selama lebih
kurang 45minit hingga 1 jam atau boleh uji kek dengan mencucuk lidi
sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

KEK PISANG

2 cawan tepung gandum


1 st serbuk penaik
1 st soda bikarbonat
4 biji telur gred A (aku ada gred B, bantai)
1 cawan pisang dilecek (+- 3-4 biji pisangorang kata pisang berangan/pisang kapas yang sedap buat kek)
3/4 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
1 st esen pisang
1. ayak gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik.
2. dlm bekas lain, putar telur dgn mixer hingga kembang
(aku guna blender saja.)
3. kemudian masukkan pisang lecek,gula, minyak. putar lg sampai
sebati
4. masukkan gandum sedikit demi sedikit. putar lg. akhir sekali
tambahkan esen pisang.
(aku kauk balikkan saja tepung itu).
5. kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit.

RESEPI KEK PISANG - BAKAR / KUKUS

Bahan2:
5 biji pisang berangan (dilecek - ibu guna mixer jer senang)
3 biji telur - gred A/B
2 cawan tepung naik sendiri (kes malas nak ayak la nih)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula perang (untuk kukus, ibu guna 3/4 cawan gula perang)
1/4 cawan gula biasa*
1/2 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
1 penutup esen vanilla
1 penutup perisa pisang
secubit garam
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 180 darjah. (Panaskan pengukus) .Griskan loyang dengan
minyak/mentega.
2. Pukul telur dan gula hingga gula larut dan kembang. (ibu guna mixer jer)
3. Masukkan minyak, pisang yang sudah dilenyek, tepung, baking powder,
soda bikarbonat dan garam sedikit demi sedikit dan putar/pukul sehingga
sebati.
4. Masukkan esen vanila dan perisa pisang. Pukul lagi sehingga sebati.
5. Bakar selama 40 minit/sehingga masak (cucuk dengan cake tester dan tak
melekat)

Bahan-bahannya (boleh hias utk kek 1kg)

# 250 g butter
# 150 g shortening (kat kedai bahan kek konpem ada)
# 250 g icing sugar yang diayak
# 2 sudu besar susu segar
# pewarna ikut sukahati jiran makcik punya anak buah :D

Cara-caranya :
1) pukul semua bahan-bahan sehingga kembang atau berubah jadi
putih gebu mcm gambar bawah ni.

2) setelah cream kembang, putih dan gebu macam aku, (kalau


kurang lembut, baru masukkan susu segar tadi) sekiranya cuaca
panas, mungkin cream tidak memerlukan susu sebab nanti jadi
terlebih lembut.
3) asingkan cream & campurkan pewarna mengikut suka. kacau
sehingga rata

Вам также может понравиться