Вы находитесь на странице: 1из 33

KEK MINYAK SUNQUICK

Menu kek Minyak Sunquick yg gebus teramat la lembut


Bhn2
5 bj telor
2 cwn tpg kek
1 sudu besar ovelet
1 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak
1/2 cwn pati sunquick
1/2 gula aising
Pewarna oren
Cara2
Pukul telor dgn gula smpai kembg pstu masukkn ovelet n susu pekat mix lg sebentar masukkn pati
sunquick mix lg pastu masukkn tpg ckit2 guna senduk kaup blk dh sebati last skali masukkn minyak
gaul lg. Bhgikn 2 satu warnakn oren. Acuan sapu minyak. Panaskn kukusan masukkn adunan
selang seli warna siap kukus.

Resepi Agar2 Lapis Rose


Sedapnya kalau makan sejuk2..lepas tu ambik lepas makan malam..admin suka sangat desert2 ni
Bahan-bahan
20gm agar-agar tali
1000ml air
120gm gula
180ml susu cair
sudu teh perasa ros
Beberapa titik pewarna merah
*Sediakan 2 bekas tahan panas / periuk yang sama saiz
*1 bekas plastik / container bersegi atau bulat terpulang pada cita rasa masing-masing
cara buat
1. Rebus agar-agar dan gula hingga semuanya hancur. Tapis dan ketepikan.
2. Masukkan susu cair ke dalam satu bekas dan perasa ros yang dicampurkan dengan pewarna
merah ke dalam bekas lain.
3. Bahagikan larutan agar-agar sama banyak ke dalam bekas-bekas tersebut dan gaul rata.

4. Ambil sesenduk larutan agar-agar berwarna merah dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan hingga
agar-agar sedikit keras.
5. Ulangi proses melapis dengan larutan agar-agar bersusu. Buat hingga habis.
*Pastikan larutan agar-agar dalam bekas/periuk sentiasa dalam keadaan suam bagi mengelakkan
ianya keras. Perlu dipanaskan sekali-sekali tapi jangan sampai mendidih.

PUDING ROTI MABLE


1 paket agar2 tali (18g )
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cwan gula pasir
1/2 cwan susu pekat manis
1 tin susu cair
2 sudu mkn Mentega
3'1/2 cwan air
Perwarna merah
Sbuk koko / cocoa emulco (nk pkai slah satu bleh...nak pkai dua2 pon bleh)
~cuci agar2...tos airnye...rebus agar2, gula pasir dgn 3 cawan air...rebus sampai agar2 lembut dan cair
~blende roti, susu pekat manis, susu cair, 1/2 cwan air, telur...ktepikan dulu
~bila agar2 dah cair...masukan bahan2 blande tadi...gaul rata (jaga2 api ye..guna api sedang je) tunggu smpai
mdidih...masukan mentega gaul smpai mentega cair...padam api
~bahagikn kepada 3 adunan
~ambil 1 adunan...bubuh pwarna merah
~ambil lagi 1...bubuh koko (klu guna serbuk koko pastikn bancuh dulu dgn 1 sudu kcil air suam...sbb xmahu ketul2
nanti)
~1 adunan lagi...biar kaler asli
~ambil loyang...bubuh 1 senduk kaler asli pastu bubuh plak kaler merah dan sterusnye kaler coklat....lapis2kan
dia...buat smpai habis...proses ini perlu dlakukan dgn cepat ye...ok siap....masukan dlm peti...nyum2 hihiii

Resepi Tepung talam gandum


Lapisan Bawah:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
Cara - cara:
1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.

4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.
* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan
bahagian atas pula.
Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
Cara - cara:
1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.
KEK MINYAK SUNQUICK
Menu kek Minyak Sunquick yg gebus teramat la lembut
Bhn2
5 bj telor
2 cwn tpg kek
1 sudu besar ovelet
1 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak
1/2 cwn pati sunquick
1/2 gula aising
Pewarna oren
Cara2
Pukul telor dgn gula smpai kembg pstu masukkn ovelet n susu pekat mix lg sebentar masukkn pati
sunquick mix lg pastu masukkn tpg ckit2 guna senduk kaup blk dh sebati last skali masukkn minyak
gaul lg. Bhgikn 2 satu warnakn oren. Acuan sapu minyak. Panaskn kukusan masukkn adunan
selang seli warna siap kukus.

RESEPI KEK MARBLE


Bahan-bahan :
3 biji telur
1 cawan majerin

1 cawan gula castur/gula halus


2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
Cara buat.
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak

CARA MEMBUAT BISKUT SMARTIES


Bahan-Bahan
200 gram butter
50 gram gula icing
150 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1 suduteh esen vanila
Cara:
Pukul mentega dengan gula, sehingga sebati dan kembang.
Masukkan tepung, gaul rata.
Masukkan kedalam piping bag . Piping ke atas dulang
Hiaskan dengan coklat smarties.
Bakar sehingga di bahagian bahagian bawah kekuningan .

Tepung Pelita
Bahan-bahan :
Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
sedikit kapur - jgn letak banyak, nanti pahit
Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
sedikit garam
Cara :
[1] Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
[2] Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[3] Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
[4] 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam
[5] Kacau sehingga sebati
[6] Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[7] Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
[8] Sejukkan
NOTA:
NOTA:
Sedikit tip untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih

Seri Muka
BAWAHNYA
2 cwn pulut
2 cwn santan

sedikit garam
1 camb tepung gandum
(gaulkn semua & tanak) **mampatkn
ATAS
3 cwn santan
1 cwn tepung gandum
3 camb tepung jagung
1/2 cwn gula (tp tepulang pd tekak msing2 ye)
2 biji telur ayam
sedikit garam
perisa pandan & pewarna hijau
** blanderkn semua... kacau dlm kuali jap agak2 nak kilat je terus tuang atas pulut tadi......
** pastikn air kukus dh didih ye....
Selamat Mencuba !!

Resepi Puding Susu Buah-Buahan . Sedap makan sejuk-sejuk ni.


Bahan-bahan ( 1 loyang besar )
* 1 paket serbuk agar2 (11gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail
Cara - Cara Membuat :
1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan
tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.
Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad.
campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.
KEK MANDARIN SOLO

Bahannya:
500ml putih telur
6 biji telur ayam
290gm gula castor
300gm tepung gandum ~ diayak
50gm susu serbuk ~ diayak
25gm tepung jagung
1st baking powder ~ diayak
30gm ovalete
300gm butter ~ cairkan
1st esen vanilla
coklat emulco secukupnya
pewarna kuning
jem strawbery secukupnya
Caranya:
1. Pukul putih telur, telur, ovalete dan gula selama 2 minit.
2. Masukkan bahan yang diayak, pukul lagi hingga kembang, gebu dan pekat.
3. Masukkan butter cair, adun rata menggunakan spatula.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bhg campurkan coklat emulco, 2 bhg warnakan kuning.
5. Gunakan loyang sesuai ~ kalau nak ketinggian seperti gambar diatas, guna loyang 10x10x2in
yang digris dgn margerin. Bakar adunan satu persatu selama 20 - 25 minit atau hingga kek masak
pada suhu 180C.
6. Sejukkan kesemua kek. Bila dah sejuk, ambil kek warna kuning, sapu jem, letak kek warna coklat
diatasnya dan sapukan jem, letak lagi satu warna kuning.
7. Biarkan seketika, baru potong ikut citarasa.
SELAMAT MENCUBA

Agar-agar Pandan
Bahan-bahan:

1 paket serbuk agar-agar (kosong)


200ml perahan air pandan
200ml santan
Sedikit pewarna hijau jika suka
3 sudu besar gula ( adjust ikut suka manis )
Cara membuat:
Jerang air pandan sehingga mendidih dan masukkan agar-agar perlahan-lahan. Kacau hingga larut
selama kira-kira 3 minit.
Tambah santan dan sedikit pewarna hijau. Kacau sebentar sehingga semuanya sebati dan
padamkan api.
Tuang agar-agar ke dalam acuan dan biarkan keras. Simpan dalam peti sejuk.
Selamat mencuba

Puding Roti Karamel .


SANGATT SNGAT SEDAP
Mudah dan senang buat
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - pukul dan di tapis
1 cawan air suam1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang . Masak
dengan api kecil ea.
Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. kacau hingga
sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang.
Ketepikan.Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan
susu.Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap
agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min1jam)

.Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan

Resepi Kek Lapis Chese Sedapppp.


Bahan A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan
Bahan B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup
Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas
lapisan cheese.(
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
selamat mencuba

RESEPI KEK COKLAT KARAMEL


2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg perlahan...ratakn dipermukaan loyang...sejukkan..
Karamel
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila...
*putar sampai sebati...lps tu tuang dlm loyang td...kukus dlm 20-25 minit....sejukkan
*lapisan kek coklat
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
*masukkn dlm periuk....kacau hingga sebati di atas api yg perlahan...3-4 minit..
4 biji telur di blend...
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*bahan2 ni kena ayak

Masukkan bahan yg diayak kedalam adunan coklat...selang seli dgn telur...kacau hingga
sebati...tuang atas karamel (guna senduk)....kukus 45minit-60 minit...
Nk tau da msk cucuk ngb lidi...klu x melekat da msk...
Jom Share & selamat mencuba semua ya sis ..

UDING BUIH
Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )
1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak
paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
Cara Mmembuat
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning
sahaja ya).
Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning
telur tu.
Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah)
baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan
begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan..
Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih.


Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan
sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah.
Sedap dimakan masa sejuk.

Puding Ice Cream Oreo ..sedapnya


Bahan2:
25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
1250ml air
1 Tin susu cair
1 cup Gula
1 Sudu teh esen Vanila
1 Biji telur
1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh**
Cara membuat:

Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut...


kemudian masukkan gula...kacau sebati. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila
Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi....
Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah
sebati, tutup api...
Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap!
selamat mencuba

esepi Kek Pandan Kukus Mudah


Bahan-bahan:
4 biji telur
175 gm tepung gandum
125 gm gula halus
100 gm mentega dicairkan
1/2 sudu teh ovellette
1/2 sudu teh baking powder
pes pandan secukupnya
Cara membuatnya:
1. Pukul telur,gula dan ovelette hingga kembang, masukkan pes pandan dan pukul lagi.
2. Masukkan pula tepung gandum yang di ayak dengan baking powder dan pukul lagi, lalu
masukkan mentega yang di cairkan tadi.
3. Pukul sebentar dan tuang kedalam loyang.
4. Kukus selama 45minit atau sehingga masak.
Jom share resepi ini
PAM SUSU
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sb ovellete
1 cawan gula halus
5 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
Pewarna

Cara-cara:
Pukul telur, esen vanilla, ovellete dan gula sehingga kembang dan putih. Jiha guna hand mixer.
Kemudian masukkan susu pekat.
Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
Masukkan adunan ke dalam loyang, mengikut citarasa and. Jiha selang-selikan setiap warna untuk
dapatkan layer cantik.
Kukus adunan selama 45 minit sehingga masak.

RESEPI KEK KUKUS MILO (MUDAH DAN CEPAT)


Dah bosan guna koko? Kita boleh ubah gunakan Milo .
Bahan A:
1 cwn milo
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn gula
1/2 cwn susu pekat.
Bahan B:
3 biji telur
1 sdk esen vanilla
(dipukul kembang)
Bahan C:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder.
Cara:
1. Bahan A dicampurkan dan dimasak diatas api yg kecil. Lepas sebati, tutup api.
2. Sejukkan sekejap bahan A dan masukkan Bahan B. Kacau sebati.
3. Masukkan pula bahan C dan kacau.
4. Tapiskan jika ada ketul2 sebelum masuk ke dalam loyang.
5. Sapu mentega dan tepung didalam loyang sebelum masukkan adunan.
6. Kukus adunan sehingga masak diatas api yg sederhana *jgn terlalu kecil dan terlalu besar!!!
7. Kukus selama 30 - 45 minit.
Topping:
1 cwn milo
1/2 cwn susu pekat
2 sdb minyak masak
3 sdb air.
Gunakan taktik double boiler shingga coklat sebati. Jgn terlalu cair, dan jgn terlalu pekat.

Jom share resepi

TIP MENGUKUS KUIH ATAU KEK


Mengukus tidak semudah Membakar, banyak orang menggunakan resipi yang sama tetapi tidak
mendapat hasil seperti yang di harapkan.
6 Tip Mengukus:
1. Gunakan pengukus yang mempunyai penutup yang tinggi supaya wap menjadi seimbang.
2. Sentiasa periksa air di dalam pengukus, sentiasa pastikan air mencecah lantai pembahagi
kukusan.
3. Jika air berkurang, masukkan air panas untuk menambahkannya.
4. Balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap tidak keluar.
5. Tutup loyang adunan dengan aluminium foil supaya air tidak menitis ke permukaan kuih.
6. Pastikan api dapur tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Famous Amos Chocolate Chip Cookies - ( Cookies Monster )


Bahan
1 cawan gula kastor/halus - saya tukar dgn 1/2 gula perang
1 cawan gula perang
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum*
secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar*

1 sudu kecil baking soda*


1/2 cawan walnut cincang - kali ni saya guna 1 Cawan badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila
Yg bertanda ( * ) bahan saya ayak dulu..
Cara
Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Saya gaul guna whisk je. *nak
guna mixer pon boleh tp jgn pukul lama.
Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarakkan sket sebab
nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis
oven..
Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap
udara.

PUDING ROTI KARAMEL


Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat - sy letak 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api
kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau
hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar
sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.
selamat mencuba

PUDING TRIFFLE
2 gulung swissroll coklat @ perisa kesukaan
1 tin buah-buahan campuran
2 cwn susu cair
3 cwn air
1 cwn tpg kastard
1/2 cwn gula(boleh kurangkn@tambah)
1 kotak @ 1 peket jelly crystal nona (strawberry)
-Potong kek susun dlm bekas
-Tapis buah-buahan,air buah tuang ke atas kek.Ketepikan
-Campur tpg kastard,gula,susu cair & air.kacau ats api kecil hingga pekat
-Tuang kastard ke atas kek & tabur buah-buahan
-Masak jelly ikut arahan di kotak & tuangkn keats kastard perlahan2
-Tabur buah-buahan hiasan,sejukkan
SELAMAT MENCUBA

KEK LAPIS KASTARD PANDAN


Resepi Makanan
Kek span pandan
150g tepung superfine
1sk baking powder (diayak bersama tepung)
150g gula kastor
5 biji telur gred A
1sb ovalete
80ml air / susu cair
80ml minyak masak / mentega cair / minyak jagung

1 sudu teh pes pandan


sedikit pewarna hijau
- pukul telur + gula + ovalete + tepung hingga pekat dan gebu - masuk air/susu cair + pes pandan +
sedikit pewarna hijau- pukul lg hingga adunan benar2 ringan - masuk minyak , kaup balik dgn
senduk hingga sebati - bakar 45 minit @ 175C.. - bila dah masak,keluarkan loyang dr oven dan
terbalikkan 5 minit..pastu keluarkan kek dan terlentangkan hingga sejuk
**loyang kek hanya di gris bahagian bawahnyer saja. lapikkan dgn baking paper dn gris sekali lagi.
Bahan-Bahan Utk Kastard Pandan
Bahan (A)
180 gm gula kastor
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera
Bahan (B)
400 ml santan pekat/susu sejat
85 gm tepong hoen kwee hijau/tepung kastard
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam
UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering
Cara-cara membuat;
1. Kek span di hiris kepada 2 bahagian.
2. Ketepikan Untuk membuat kastad,
3. campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
4. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
5. Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan adunan ini kedalam aduan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
Sediakan acuan bulat atau petak
Tuangkan satu lapisan kastard, ratakan dan letakkan kek span dalam acuan.
Tuangkan aduan kastad lagi keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan
dalam peti sejuk.
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa
masing2..
Done!!
Selamat Mencuba!!
jom share semua..

KEK PUDING KARAMEL PELANGI KUKUS


BAHAN A - GULA HANGUS:
2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)
BAHAN C - LAPISAN KEK:
140 gm tepung gandum - Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

BAHAN D - MERINGUE
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim tartar
CARA MEMBUATNYA :
1.Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
2.Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
3.Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
4.Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. 5.Kemudian ketepikan
6.Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
7.Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
8.Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
9.Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak
ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
10.Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek
berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan
api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga
menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
11.Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.
Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!
Selamat Mencuba.....

Bahan-bahan:
5 biji telur dibasuh hingga besih
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sude besar ovellete
1 cawan minyak masak (saya guna minyak matahari - yg tu jer ada kat rumah)

1 cawan susu pekat


1 sudu teh esen vanilla
perasa yang disukai - pisang/nenas (saya cuma lebihkan perasa vanilla - mmg suka dgn bau vanilla
yg wangi)
Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang (dalam 15 minit).
2. Bila telur dah kembang, masukkan ovelette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
3. Masukan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi sekadar untuk adunan bergaul rata.
4. Akhir sekali masukkan gandum dan gaul lagi hingga rata.
5. Kemudian bahagiakan adunan kepada 3 bahagian dan bancuh menggunakan warna kegemaran.
Bagi kes saya, guna warna biru dan merah sebab yang tu jer ada kat dapur.
6. Lenser loyang dgn sedikit mentega (saya guna spring foam non stick, jadi saya skip langkah ni).
7. Part yang paling seronok utk melapiskan adunan secara berselang seli. Ambil satu senduk
adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang. Mula la melapis berselang seli dengan warna-warna
yang ada hingga habis.
8. Bakar pada suhu 170 celcius (saya guna Gas 4) selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Makan panas-panas pun sodap
Selamat mencuba smile emoticon
tq kemma

Resepi Puding coklat oreo


Bahan-bahan:

1 bungkus agar2 tali(37.5gm)


1300 ml air
1 1/2 tin susu cair
1 1/2 cwn gula
3 sudu besar serbuk koko
1 bungkus biskut oreo
Cara2:,,
Masak puding dan air hgga hancur.
Masukkan gula, biar menggelegak n gula hancur.
Masukkan susu cair. Ble menggelegak kluarkan 4 cwn agar2.
Baki dlm periuk tu dicampurkan dgn tepung kastad n serbuk koko. Kacau sebati.
Tuang separuh agar2 coklat dlm loyang n sejukkan dlm petiais. Dah mengeras, cakarkan permukaan
agar2 tersebut. Susun biskut oreo diatas lapisan coklat n tuang adunan putih td.
Sejukkan dan ble agak keras tuang separuh lg adunan coklat keatas lapisan oreo.
Sejukkan hgga agar2 menjadi keras n bleh lah dihidangkan

Resepi Snow CheeseCake


Bahan-bahan :
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dari peti ais)

1 sudu teh baking powder


2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
Untuk Cream :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis bergantung pada kemanisan yang di ingini
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
Untuk Topping :
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika
dimakan.
Cara - Cara Membuat :
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega
cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan
kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. (akak keluarkan dari loyang sebab kek ni mengecut).
Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
(akak guna benang)
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di
atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Resepi Kek Gula Hangus


Bahan-Bahan :
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara Menyediakan:
1. Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.
2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.
3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.
4. Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.
5. Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.
6. Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.
7. Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.
8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.
9. Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan adunan ini selama
3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.

10. Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 c. (api bawah)
selamat mencuba (tq rahsiahawa)

Resepi Kuih Siput Yang Sedap Dan Rangup


Bahan-bahan
100g mentega
2 cawan tepung gandum
Bahan untuk dikisar
1 sudu besar cili kisar Puteri
2 tangkai daun kari
1/2 biji telur
1 sudu teh jintan manis
10g udang kering (lagi banyak lagi sedap)
2 biji bawang kecil
1 cawan air
garam, gula secukup rasa
Cara membuatnya
1. Gaul mentega dengan tepung hingga jadi macam serbuk roti
2. Masukkan bahan kisar ke dalam adunan tepung
3. Tambahkan garam dan gula ikut rasa masing-masing
4. Uli hingga sebati - kalau masih melekat tambah tepung lagi hingga adunan tidak melekit (adunan
memang lembik sedikit sebab itu menjadikannya rangup)
5. Lenyek atas acuan kuih siput kecil-kecil
6. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan, goreng dengan 2-3 tangkai daun kari.
Jom share. Dan selamat mencuba semua sis..

Puding Roti Kukus


Bahan-bahan
4 keping roti dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair
dan kacau adunan hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
tak perlu salin resepi cuma LIKE & SHARE info nie kat wall anda..

Resepi Tiramisu Mocha.


Bahan-bahan:
- 250g cream cheese
- 250g whipped cream
- 150g gula
- coffee layer cake (boleh ganti dengan biskut yang dicelup dengan air nescafe)
- 1/2 paket nescafe or mocha 3 in 1 (untuk hiasan atas kek)
Cara Membuat:
1. Potong & susun coffee layer cake dalam loyang (1st layer)
2. Pukul cream cheese, whipped cream & gula dengan hand mixer sehingga berkrim.
3. Tuang campuran tadi diatas lapisan cake yang pertama.
4. Susun selapis lagi coffee layer cake diatas campuran tadi (2nd layer)
5. Tuang campuran lagi di atas lapisan cake yang kedua.
6. Ulang sehingga habis.
7. Taburkan 1/4 atau 1/2 paket nescafe 3in1 di atas kek.
8. Simpan dalam peti sejuk sehingga semalaman. Siap!
Mudah dan Ringkas kan? Selamat Mencuba

Resepi Oreo Cheese Cake Simple


Bahan-bahan :
1 peket biskut oreo ( terpulang kepada anda jenis apa yang nak )
50gram mentega/butter
200gram whipping cream
250gram cream cheese
yogurt atau susu segar atau apa-apa bahan tambahan yang perlu
sedikit gelatin
Cara-cara penyediaan :
1. Asingkan biskut oreo dari cream yang terdapat di dalamnya. Lebihan cream ini boleh digunakan
dalam kisaran keju nanti.
2. Hancurkan biskut oreo sehingga halus sebagai base cake anda.
3. Cairkan sedikkit mentega dan campurkan bersama biskut oreo. Masukkan ke dalam acuan dan
tekan sehingga ke hujung dengan mampat serta rata ke seluruh bahagian.
4. Ketepikan dan simpan di dalam peti.
5. Putarkan whipping cream, yogurt / susu segar sehingga kembang. Tambahkan sedikit esen vanilla
sebagai pewangi.
6. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas ke dalam kisaran.
(2 sudu serbuk gelatin larutkan ke dalam suku cawan cawan air panas)

7. Masukkan sedikit crumbs oreo.


8. Fillings anda telah siap dan boleh dituang ke dalam bekas acuan yang telah disejukkan.
9. Hiaskan kek anda mengikut cita rasa dengan lebihan biskut oreo. Boleh diletakkan jem atau buahbuahan sebagai hiasan tambahan.
10. Biarkan di dalam peti selama 3 jam untuk mendapatkan kek yang lebih padat dan bercreamy.
p/s: 2 sudu yogurt / suku cawan susu segar ( hanya bahan tambahan, tak perlu banyak )
Jom share. Dan selamat mencuba semua sis...

KEK SPAN COKLAT


Recipe by: Sweetlilly Kitchen

Bahan-bahan:
5 biji telur gred b

170gm gula kaster

1 sudu teh ovalette

100gm tepung gandum

1 sudu teh baking powder - kalau tak de pun tak pe.. kek tetap jadi..

40gm serbuk koko

70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan


Cara-cara:
1.
Putar semua bahan (kecuali minyak/mentega cair) sehingga adunan betul2 kembang.

2.
apabila adunan betul2 kembang, tuangkan minyak/mentega cair ke dalam adunan, dan
sebatikan dengan cara kaedah kaup balik.
3.

tuang adunan ke dalam loyang berukuran 8 inci.

4.

bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit api atas bawah.

Utk dijadikan blackforest


Recipe by: Celoteh Zanazman

Bhn jem:
1 tin dark pitted cherry - asingkan air dan buah, simpan sedikit air utk dibasahkan atas kek
span

2 sdb tepung jagung

Cara-cara:
1.
Masak kedua2nya plus air dia skali sampai pekat.

Untuk coating:
beat whip cream sampai tahap sesuai utk disapu kat kek.

Untuk hiasan:
coklat parut

coklat urai

ceri maraschino

Cara penyediaan Black Forest Cake:


1.

Pastikan kek coklat betul2 sejuk (untuk elakkan krim putar mencair), potong 2 lapis or 3 lapis.

2.

renjis setiap lapisan kek dgn jus buah ceri.

3.

sapu first layer dgn whip cream, then letak jem dark ceri tu.

4.

letak another layer dan ulangi cara #3.

5.

salut kek dgn krim putar.

6.

tabur coklat parut kat atas kek dan coklat urai tabur kat tepi.

7.

paip sedikit krim putar di atas kek, dan hias dengan ceri maraschino.

esepi Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus


Sumber resepi : Celoteh Hati Bella
Bahan-Bahan :

3 biji telur

1 cawan gula halus

1 cawan susu pekat

1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

1 cawan minyak masak

1 cawan air panas

Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Kukus :

Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang

Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati


Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan
baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
Setelah sebati, masukkan minyak.
Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi
sebati.

Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.

Kukus selama 20 minit.

Akhirnya, siaplah cup cake coklat kukus kita..:)


Sebenarnya banyak resepi buat cup cake coklat kukus ni.Kalau
ikut resepi kek coklat kukus moistyang saya kongsikan ini boleh
juga.Bezanya, kali ini kita guna cup atau bekas kecil untuk kukus
dan tidak menggunakan loyang.Takde masalah punya.Insha Allah.

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan


cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis

1
1
1
4
1

1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek


sudu baking powder
sudu soda bikarbonat
biji telur
sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus

Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk
atau kuali.Masak atas
api
hingga
larut.
Pastikan
api
dalam
keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder
dan soda bikarbonat.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi
kedalam adunan telur.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum,
serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan
tidak berketul-ketul.
Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan
loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan
aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
Kukus kek selama 1 jam.

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus


1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan


sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan
sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
ATAU
500 gram coklat masakan
220 ml susu cair

( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

Вам также может понравиться