Вы находитесь на странице: 1из 35

1.0 Pengenalan.

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan
madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan
bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan
civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas
bermaksud bandar.
Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan
atau

kemajuan.

Menurut

pandangan

sarjana

Barat,

tamadun

bermaksud

pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang
berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan
sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah.
Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek
lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia.
Selain itu, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan
rohaniah. Setiap tamadun mempunyai pusat tamadun awal. Pusat awal tamadun
Mesopotamia adalah di lembah sungai Tigris dan Euphrates. Tamadun Mesir Purba
pula mula di lembah sungai Nil. Pusat awal tamadun Indus ialah di lembah sungai
Indus dan untukTamadun Hwang Ho pula di lembah sungai Hwang Ho. (Mahdi Bin
Shuid, 2014, Ketamadunan Manusia, Sri Pengajian Sosila, Selangor: Darul Ehsan,
Penerbitan Multimedia.)
Terdapat pelbagai sumbangan yang dibekalkan oleh semua tamadun untuk
masyarakat masa kini. Contohnya, penciptaan kertas pertama di tamadun China
dapat berguna sehingga hari ini. Tamadun China juga membekalkan kompas yang
pertama dengan kayu dan sebatang magnet untuk kegunaan keagamaan. Selain itu,
sebagai seorang individu yang bertamadun kita haruslah mempunyai petempatan
yang kekal untuk menjamin keselamatan diri sendiri. Melalui tamadun-tamadun
tersebut kita juga mempunyai sistem pemerintahan iaitu, mempunyai raja dan lainlin lagi. Ini kerana sesebuah negara haruslah mempunyai ketua untuk memimpin
negara tersebut dalam jalan yang betul. Seterusnya, kepercayaan kepada banyah
tuhan seperti matahari, pokokh dan bunga membuktikan semua orang harus
mempunyai kepercayaan kepada tuhan dan mempunyai keagamaan untuk berjaya
dalam kehidupan dengan jalan yang betul. Kepercayaan kepada tuhan membantu
1

seseorang mengelakkan diri daripada gejala negatif. Jadi seabgai manusia yang
bertanggungjawab kita haruslah menghaprgai sumbangan tamadun-tamadun itu.

2.0 Perkembangan Sistem Pertahanan dan Ketahanan Tamadun Islam.


Sebelum kita mengetahui tetang konsep ketahanan dan pertahanan dalam Islam
maka perlu dilihat terlebih dahulu tentang makna Islam. Islam adalah agama Allah
S.W.T. yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W menerusi malaikat Jibrail.
Ia diturunkan untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia sejagat, tidak kira bangsa
dan keterununan. Baginda menyebarkan Islam selama 13 tahun di Makkah dan 10
tahun di Madinah.
Sebelum Islam tersebar di dunia terdapat zaman Jahiliyah yang bermaksud
zaman kegelapan atau zaman yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Di zaman
Jahiliyah peperangan merupakan satu perkara yang dianggap sangat berprestij
malahan merupakan lumrah dalam kalangan masyarakat jahiliah. Tentera-tentera
zaman Jahiliyah dipandang sebagai mulia. Konsep al-Ghazw iaitu peperangan dan
Hamasah iaitu kepahlawanan dalam kalangan masyarakat Badwi terangkum dalam
dasar falsafah hidup mereka iaitu bantulah saudaramu baik dia yang menzalimi
atau dizalimi. Al-Qattami juga mengatakan bahawa dalam kehidupan, kita mestilah
merompak seterukita, jiran kita dan saudara kita, kalau tidak orang lain akan
merompak kita. (Mahdi Bin Shuid, 2014, Ketamadunan Manusia, Sri Pengajian
Sosila, Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan Multimedia.)
Selain

itu,

peperangan

zaman

Jahiliyah

melibatkan

semua

lapisan

masyarakat zaman Jahiliyah daripada golongan kanak- kanak sehinggalah golongan


wanita, termasuk juga harta dan benda. Wanita yang ditahan dalam peperangan
akan dijadikan gundik dan hamba atau lebih dikenali sebagai wanita simpanan. Hal
ini kerana kedudukan wanita di zaman Jahiliyah adalah terendah, tidak mempunyai
sebarang nilai komersial dan juga tidak layah untuk dihormati. Punca mereka suka
berperang adalah disebabkan keadaan geografi dan sosioekonomi Semenanjung
Arab. Struktur masyarakat dan keadaan politik juga menyumbang kepada semangat
berperang dalam sanubari mereka.

Terdapat dua bentuk peprangan pada zaman Jahiliyah iaitu perang gerila dan
perang secara bersisitematik. Ciri-ciri perang gerila dalam kalangan orang Arab
Jahiliyah ialah mempunyai tujuan tertentu dan mempunyai bilangan tentera yang
kecil, jangka masa berperang adalah singkat dan kebiasaannya tidak lebih dari satu
hari. Contoh, perang gerila adalah seperti Yaum Habaah dan Yaum al- furuq.
Peperangan secara bersistematik adalah peperangan yang berlaku ekoran daripada
perhubungan orang Arab dengan negara-negara maju pada masa itu seperti
Byzantine dan Parsi. Contoh, peperangan secara bersistematik pada masa tersebut
adalah Dhi Waqar pada tahun 61M antara Arab Ghasinah dengan Parsi. Struktur
peperangan ini berlaku sebelum wujudnya agama Islam. (Mahdi Bin Shuid, 2014,
Ketamadunan Manusia, Sri Pengajian Sosila, Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan
Multimedia.)
Undang-undang Allah
S.W.T. yang diwahyukan
dalam al-Quran dan Sunah.

Dua prinsip Agama


Syariah

Islam

Akidah
Kepercayaan kepada Allah Yang
Maha Esa atau
mentauhidkannya.

Agama Islam diasaskan kepada dua prinsip pokok akidah dan syariah.
Maksud akidah adalah kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa atau
mentauhidkannya. Syariah ialah undang-undang Allah S.W.T. yang diwahyukan
dalam al-Quran dan juga Sunah. Kedua-dua prinsip ini melambangkan kekuatan
Islam yang merangkumi aspek-aspek duniawi dan ukhrawi. Kekuatan dan ketahanan
umat Islam yang utama terletak pada akidah dan kepercayaannya kepada Allah
S.W.T. Akidah membantu umat Islam di peringkat awal untuk berjuang sehingga
mencapai kejayaan yang cemerlang. Islam juga mengutamakan faktor-faktor
lahiriyah yang berbentuk fizikal. Antaranya adalah persiapan alat senjata dan
kelengkapan perang. (Mahayudin Hj. Yahaya, 2004, Tamadun Islam, Edisi
Semakan, Penerbit Fajar Bakti SN.BHD.)
Seterusnya,

pertahanan

dalam

Islam

lebih

berbentuk

amali

bagi

melaksanakan dasar-dasar ketahatan bagi tujuan membendung kehormatan dan


keutuhan agama, masyarakat dan negara. Islam tidak menggalakkan peperangan
sebab Islam adalah agama damai dan juga cintakan pedamaian kerana perkataan
Islam membawa erti salam atau perdamaian. Objektif dan matlamat utama
pertahanan atau peperangan dalam Islam ialah untuk menegakkan ajaran Allah
S.W.T. Adalah tanggungjawab setiap individu Muslim mempertahankan agamanya.
Namun, Allah S.W.T tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah
orang Islam diancam dalam negara sendiri seperti Makkah. Ini dapat dibuktikan
apabila

Rasulallah

bertindak

menyebarkan

dakwan

Islam

secara

terang-

terang,baginda dan para sahabat telah dimusuhi oleh orang Musyrikin. Terdapat
pelbagai cara yang dilakukan oleh orang Quraisy untuk menghapuskan agama Islam
dari bumi Arab termasuklah usaha membunuh baginda sendiri. Ramai orang Islam
merayu kepada Nabi supaya membenarkan mereka untuk menentang penindasan
tersebut. Tetapi baginda mengatakan bahawa tahanlah tangan kamu dari
berperang. Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat. Baginda menahan orang
Islam daripada berperang. (Mahdi Bin Shuid, 2014, Ketamadunan Manusia, Sri
Pengajian Sosila, Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan Multimedia.)
Di samping itu, Islam mempunyai satu konsep yang penting dalam
pertahanan iaitu jihad. Jihad dalam Islam bermaksud menegakkan kalimah Allah
iaitu akidah dan hukum di muka bumi. Bagi Syed Qutub, makna jihad harus dirujuk
kepada pengertian Islam itu sendiri yang membawa maksud penyerahan diri. Jihad
4

juga merujuk kepada pengorbanan kerana menegakkan kebenaran yang telah


diperintahkan oleh Allah S.W.T. Namun jihad tidak hanya tertakluk kepada perang
semata-mata. Umat Islam boleh berjihad dengan harta benda, kepakaran malah
dengan nilai-nilai murni yang dipamerkan dalam perlakuan seharian. Hakikat jihad
dan peperangan dalam Islam bukannya bersifat sementara untuk mempertahankan
diri sendiri sahaja tetapi bersifat abadi dan terus menerus, sejajar dengan tujuan
Islam untuk membebaskan manusia di bumi daripada pengabadian sesame manusia
kepada menyembah Allah. (Mahdi Shuid, DR.Rumaizuddun Ghazali, Hazlina
Mansor, Teks Pra- U STPM Tamadun Islam, 2008, Longman.)
Pada masa yang sama, Islam membenarkan umatnya berperang, namun
mempunyai beberapa peraturan yang perlu patuhi. Antaranya termasuklah,
pembunuhan hanya boleh dilakukan di medan peperangan dan tidak boleh
diperluaskan ke luar medan peperangan. Musuh yang tidak menyertai peperangan
tidak boleh dibunuh selagi tidak menzahirkan permusuhan dan penentangan
bersenjata. Islam juga melarang membunuh wanita, kanak-kanak, orang cacat,
orang buta dan orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan. Sekiranya
mereka semua terbabit dalam peperangan maka mereka dibenarkan bunuh. Orang
tua yang uzur dan juga golongan yang beribadat di rumah juga tidak dibenarkan
untuk bunuh. Golongan lain yang tidak boleh dibunuh adalah diplomat dan
perwakilan dan golongan petani dan pekerja juga tidak dibenarkan untuk
membunuh.
Justeru, Islam juga tidak membenarkan peperangan dilancarkan terhadap
mereka yang tidak memulakannya. Orang Islam juga tidak boleh menceroboh harta
orang-orang yang meminta perlindungan keamanan. Islam juga menghormati
perjanjian dan ikatan damai. Sungguhpun, Nabi Muhammad percaya bahawa
peperangan adalah tipu helah. Tetapi baginda tidak pernah menipu pihak musuh
dengan mengkhianati perjanjian dan ikatan perdamaian dengan mereka sepanjang
hidupnya. Semua peraturan ini menjelaskan bahawa Islam mempunyai sikap
toleransi dalam peperangan.
Selanjutnya, peperangan dalam Islam pernah dianggap sebagai suatu cara
yang berkesan dan berguna dalam penyebaran agama menerusi mata pedang atau
paksaan. Ia bertujuan untuk memperoleh kedudukan ekonomi yang tinggi atau ia
5

adalah kebendaan semata-mata. Tetapi angkapan-angkapan ini tidaklah benar dan


tidak berasas sama sekali. Peperangan dalam Islam adalah bertujuan untuk
mempertahankan maruah diri, agama dan negara. Pihak yang ingin berperang
hanya memulakan peperangan setelah mendapat keizinan daripada Allah S.W.T.
Dengan ini, kita mendapat tahu bahawa proses pengislaman benar-benar berlaku
pada masa damai sejak Islam di Makkah hinggalah Nusantara.
Selain itu, Al-Quran telah menegaskan dalam surah an-Nahl, ayat 125
supaya Islam itu diseru secara hikmah dan bukan secara kekerasan seperti yang
didakwa oleh golongan orientasi yang mengatakan Islam disebarkan melalui mata
pedang.
Serulah (semua manusia ) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah danpelajaran yang baik
(mauizah hasanah) dan berdialog dengan mereka dengan cara yang baik pula.

(Surah al-Nahl: 256)

Allah S.W.T telah berfirman Tidak ada paksaan untuk memasuki Islam.
Sesungguhnya, telah dijelaskan jalan yang benar daripada jalan yang salah (alBaqarah:256). Peperang pada zaman Nabi Muhammad S.A.W terbahagi kepada
dua iaitu, Ghazwah iaitu peperangan yang disertai oleh baginda iaitu sebanyah 28
kali dan Sariyyah iaitu peperangan yang tidak disertai oleh baginda berjumlah 47
kali. (Mahayudin Hj. Yahaya, 2004, Tamadun Islam, Edisi Semakan, Penerbit Fajar
Bakti SN.BHD.)
Terdapat beberapa peperangan yang berlaku dalam Tamadun Islam.
Antaranya, Perang Badar sebagai satu percubaan telah dilakukan oleh umat Islam
dengan menahan kafilah perdagangan Quraisy yang diketuai oleh Abu Suffiah.
Perang Uhud berpunca daripada rasa kecewa dan ingin membalas dendam dalam
kalangan kaum Musyrikin Makkah atas kekalahan mereka dalam Perang Badar.
Perang Khandak (Al-Ahzab) berlaku pada buan Syawal tahun ke-5 Hijrah/ 627 M.
Perang yang seterusnya adalah Perang Hudaibiyah pada tahun ke-6 hijrah dalam
bulan Zulkaedah. Perang Khaibar berlaku akibat ketidak puasaan kaum Yahudi
terhadap kekalahan mereka dalam peperangan dengan tentera Islam dan sentiasa
6

mencari peluang untuk memerangi pihak Islam. Perang Mutah berlaku pada tahun
ke-8. Seterusnya, berlaku pembukaan Kota Makkah, Perang Hunain dan Perang Taif
dan akhir sekali adalal Perang Tabuk. (Mahdi Bin Shuid, 2014, Ketamadunan
Manusia, Sri Pengajian Sosila, Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan Multimedia.)

Perang Tabuk
Perang Taif
Perang
Badar

Perang
Hunain

Jenis- jenis

Perang

peperangan dalam

Uhud

Tamadun Islam

Perang
Khandak

Perang
Mutah

Perang

Perang

Khaibar

Hudaibiyah

Contoh Peperangan Gerila Zaman Jahiliah:

Tapak Perjanjian Hudaibiyah.


3.0 Perkembangan Sistem Ketahanan dan Pertahanan Tamadun Mesopotamia.
Asal usul ketahanan dan pertahanan serta organisasi ketenteraan termasuklah
jenis- jenis tentera, strategik, taktik, teknologi peperangan dan pentadbiran tentera
8

dalam setiap tamadun. Setiap tamadun di dunia ini bermula dari lembah sungai.
Contohnya, Tamadun Indus bermula dari lembah sungai Indus dan Tamadun
Mesopotamia bermula dari sungai Tigris dan juga sungai Euphrates. Tujuan
tamadun kesemua tamadun tersebut bermula dari lembah sungai adalah tanah
sekitar sungai adalah subur. Tanah sekitar sungai bersesuai untuk bercucuk tanam
dan sungai adalah salah saru tempat memperoleh sumber protein seperti ikan.
Terdapat juga bekalan air untuk kegunaan harian, bekalan air untuk pengairan dan
juga sungai menjadi sebagai laluan perhubungan dan pengangkutan.
Peperangan dalam Tamadun Mesopotamia adalah untuk menyelamatkan
negaranya daripada serangan orang-orang gasar atau nomad di sempadan. Tujuan
utama berlakunya peperangan di Mesopotamia adalah disebabkan negara kotanya
tidak mempunyai sempadan yang jelas. Suku-suku kaum di Mesopotamia dari
negara-negara kota tertentu berperang sesame sendiri untuk berebut tanah yang
subur terutamanya di sekitar Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Untuk menguasai
bahagian hilir Sungai Euphrates negara kota Ur dan Urech berperang antara satu
sama lain. Setelah berhenti daripada bertelingkah sesama sendiri, mereka bersatu
memerangi puak nomad yang sentiasa menyerbu dataran-dataran subur di
Mesopotamia. Kemakmuran dan kekayaan wilayah-wilayah di Mesopotamia juga
mendorong banyah pihak termasuklah orang Assyria, Ammorites dan Chaldea untuk
menakluk Mesopotamia.
Pada

masa

yang

sama,

terdapat

seorang

raja

bernama

Raja

Nebuchadnezzar ll meluaskan empayar Babylondengan menakluk negara-negara


jiran seperti Mesir, Syria, Assyria da juga Jurusalem. Mesopotamia juga dapat
diserang oleh Sargon iaitu ketua puak Akkadia. Setelah peperangan Sargon berjaya
menguasai semua negara kota di Mesopotamia. Selepas Sargon, orang Guti iaitu
barbarian berjaya menguasai beberapa buah negara kotapenting di Mesopotamia.
Seterusnya terdapat juga Utu-Hegal iaitu orang Sumeria yang bertanggungjawab
memulihkan semula kekuasan orang Sumeria dengan menghalau keluar orang Guti.
(Yasir Mansor, 2004, Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800, Federal Marshall
Cavendish Education.)

Perkembangan Tamadun Mesopotamia.


9

Sungai Tigris.

Sungai Euphrates.

Sungai Euphrates.

Kubu pertahanan Tamadun Mesopotamia.

Sargon.

4.0 Perkembangan Sistem Ketahanan dan Pertahanan Tamadun China.


Orang China berperang dengan negara-negara jiran yang terdiri daripada orang
gasar yang sering melakukan serangan ke atas mereka. Tenteranya terdiri daripada
petani yang dipaksa untuk meninggalkan tanah pertanian untuk berkhidmat dalam
tentera. Dalam Kerajaan Shang peperangan bertujuan untuk menawan tahanan
10

perang dalam bilangan yang besar dan menguatkuasakan pemerinahan raja dan
merampas harta orang kaya. Kedaulatan Kerajaan Shang ke atas wilayah yang luas
sebahagian besarnya dapat dilakukan kerana superiority ketenteraan. Selain itu,
peperangan juga dapat menambahkan bilangan tentera melalui tawanan perang.
Kadang-kala Raja Dinasti Shang menawan musuhnya untuk dijadikan korban
kepada dewa mereka.
Semasa pemerintahan Shih Huang Ti, baginda mengarahkan tenteranya
merampas peralatan perang atau senjata dari setiap rumah di China. Semua
peralatan ini dihantar ke ibu kota untuk dilebur untuk menjadi patung besi dan loceng
besar. Tindakan ini dilakukan supaya rakyat di seluruh negara tidak dapat
melancarkan pemberontakan terhadapnya.
Selain itu, penduduk Chou juga maju dalam bidang ketenteran. Mereka
mempunyai tentera seramai 30000 pada abad ke-2 S.M. Sebahagian tentera
Tamadun Mesopotamia terdiri daripada petani yang dipaksa menjadi tentera oleh
birokrasi baru. Unit-unit pentadbiran tempatan diberi kuasa ketenteraan. Mereka
yang diwajibkan dalam perkhidmatan tentera dilengkapkan dengan kelengkapan
tentera yang baik dan dilantik oleh kerajaan. Walaupun tugas ketenteraan
menyusahkan tetapi mereka yang berjaya dalam medan pertempuran diri pelbagai
anugerah oleh kerajaan. Sekiranya tentera-tentera berjaya membunuh ramai musuh
maka kerajaan akan memberikan anugerah kebendaan seperti tanah kepada
mereka.
Pada Zaman Feudal, Kerajaan Chou berjuang bermati-matian untuk
supremasi kehidupan. Tentera berkuda dan tentera berjalan kaki menjadi penting
daripada kereta kuda pada zaman tersebut. Liu Pang iaitu pengasas Kerajaan Han
membentuk unit kavalrinya sendiri untuk mengalahkan musuh dalam pertemburan
dengan Hsiang Yu. Tentera kavalri mempunyai beberapa kebaikan iaitu bermobiliti,
membebaskan tentera dari bergantung kepada kereta kuda dan yang paling utama
adalah mereka mudah bergerak. Selain daripada tentera kavalri, tentera berkuda
zaman ini memakai seluar, boot, topi bangsa Scythia dan tali pinggang yang
berkilauan yang semuanya bukan berasal dari China.
Mereka yang terlibat dalam peperangan biasanya sukar untuk kembali
kepada kehidupan biasa. Ini amat nyata kepada petani. Mereka yang ditawan dalam
11

peperangan pula tidak ada jaminan bahawa nyawa mereka akan terpelihara.
Jeneral-jeneral yang berjaya mengalahkan lawan mempunyai reputasi untuk
membunuh musuh secara kejam dalam pembunuhan secara besar-besaran.
Seorang penulis bernama Wang Ching mengatakan bahawa pegawai-pegawai
tentera Kerajaan Ching yang telah menakluk seluruh China telah menawan hiduphidup 400000 tentera negeri musuh. (Yasir Mansor, 2004, Tamadun Dunia Hingga
Tahun 1800, Federal Marshall Cavendish Education.)
Selepas Kerajaan Han, amalan menubuhkan koloni tentera di sempadansempadan yang tidak stabil menjadi cukup penting. Untuk itu benih, alat membajak
dan lembu dibekalkan oleh kerajaan. Di koloni-koloni ini pahlawan-pahlawan yang
separuh professional diharap untuk melindungi ladang dan keluarga mereka
daripada serangan musuh. Tetapi pada waktu-waktu susah ada kalanya mereka
berkawan dengan negara jiran dan ada yang mengahwini mereka.
Dengan

penguatkuasaan

order sosial

baru

oleh

Kerajaan Tang

ia

menyaksikan pertambahan penduduk. Dalam keadaan ini pemerintah Tang


memaksa anak-anak petani dalam bilangan yang ramai untuk meluaskan
pemerintahan maharaja di kawasan-kawasan pedalaman negara. Tentera Tang
dikatakan lebih cekap dan besar daripada kerajaan-kerajaan sebelumnya.
Selain itu, pada Zaman Kerajaan Tang juga kejayaan ketenteraan telah
memungkinkan China meluaskan wilayah mereka ke sempadan sebelah utara.
Kejayaan ini sebahagian besarnya ialah atas upaya jeneral-jeneral yang handal
zaman tersebut yang mana dari semasa ke semasa komando- komando tentera ini
diarah ke istana maharaja untuk melaporkan keadaan di provinsi dan diraikan dalam
majlis santapan diraja.

Pengasas Tamadun China.

12

Liu Pang pengasas kerajaan Han.

Sun Tzu( Penulis buku Art Off War.)

Kubu pertahanan negara China.

5.0 Perbezaan Sistem Pertahanan dan Ketahanan antara Tamadun Islam,


Tamadun Mesopotamia dan Tamadun China.

13

Setiap tamadun mempunyai sistem pertahanan dan ketahanan yang berbeza.


Sistem pertahanan dan ketahanan berbeza mengikut perkembangan setiap
tamadun. Walupun setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan sumbangan-sumbangan
yang lebih kurang sama namun terdapat pelbagai perbezaan antara konsep
ketahanan dan pertahanan di setiap tamadun.
Setiap tamadun mempunyai matlamat atau tujuan yang berbeza terhadap
konsep pertahanan dan ketahanan. Menurut Tamadun Islam pertahanan bertujuan
untuk memelihara kehormatan agama, negara dan masyarakat. Pada asasnya Islam
tidak menganjurkan peperangan apalagi membenarkan pencerobohan ke atas
negara-negara lain. Menegakkan ajaran Allah S.W.T merupakan matlamat yang
utama berlakunya peperangan dalam Islam. Ia menjadi tanggungjawab setiap
Muslim untuk mempertahankan agamanya.
Matlamat berlakunya peperangan dalam Tamadun Mesopotamia adalah untuk
menyelamatkan negaranya daripada serangan orang-orang gasar atau nomad di
sempadan. Di Tamadun China pula peperang bertujuan untuk menawan tahanan
perang dalam bilangan yang besar dan menguatkuasakan pemerintahan raja dan
merampas harta orang kaya. Peperangan di Tamadun China juga dapat
mengukuhkan kuasa, menambahkan wilayah dan juga menjadidikan seseorang raja
itu kaya. Matlamat peperangan berbeza mengikut tamadun dan perkembangan
tamadun tersebut.
Tentera laut

Tentera

Tentera Tamadun
Islam

Tentera darat

Berkuda

Tentera berkuda
14

Tentera infantri

Tentera dikerah
Tentera Tamadun Mesopotamia
Tentera kavalri

Tentera
professional

Tentera berkuda China


Tentera Tamadun
China

Tentera infantri

Tentera biasa
Seterusnya, Tamadun Islam hanya mempunyai tentera yang bergiat di
bahagian darat di peringkat awal dan tentera yang menggunakan jalan laut sahaja.

15

Terdapat juga tentera darat dan laut dan juga tentera berkuda. Tetapi Tamadun
Mesopotamia

mempunyai

pelbagai

jenis

tentera.

Antaranya

ialah

tentera

professional dan tentera yang dikerah. Tentera prosesional terdiri daripada unit
perisik yang terlatih, unit kejuruteraan dan unit yang bertanggungjawab terhadap
bekalan senjata dan peralatan yang lain. Tentera yang dikerah pula ialah tentera
yang dipaksa menjadi tentera dari kalangan warganegara kota-kota tertentu. Tentera
Mesopotamia juga terdiri daripada tentera berkuda iaitu, tentera yang membawa
tombak dan tentera ringan yang terdiri daripada pemanah. Terdapat juga tentera
pasukan pemanah, tentera infantri dan tentera kavalri. Tentera Tamadun China pula
terdiri daripada tentera berkuda China, tentera infantri dan tentera biasa yang
berjalan kaki dan megekori dari belakang kereta kuda.

Taktik peperangan
Tamadun Islam.

Taktik menunggu
Taktik bertahan

Taktik mengepung
Penubuhan bandar-bandar
tentera.

Penubuhan Jabatan Perisikan

Tidak mengejar musuh bila musuh lari


dari medan peperangan

Terdapat pelbagai taktik dan strategik yang digunakan oleh tentera Islam
dalam peperangan. Taktik yang pertama adalah taktik menunggu. Ketika di tengah
medan peperangan, tentera Islam akan menggunakan taktik menunggu sehingga
16

musuh menghampiri mereka. Selepas itu, barulah mereka menyerang secara


spontan. Taktik yang kedua adalah, taktik bertahan. Tentera Islam menggunakan
taktik mengepung. Taktik ini dilakukan semasa menyerang musuh dan kemudian
melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga pihak musuh tidak sempat bersedia
seperti dalam Perang Taif. Perang Taif ini berlaku diantara kaum Musyrikin dari suku
Hawazin dan suku kaum Thaqif dari Taif dengan tentera Islam Muhajirin dan Ansar.
Tentera Islam juga tidak mengejar musuh bila musuh lari dari medan peperangan.
Tindakan ini bertujuan untuk menunjukkan tentera Islam tidak bersikap agresif dan
ofensif. Muawiyah pula telah menubuhkan Jabatan Perisikan untuk mengetahui
rahsia pihak musuh. Terdapat juga penubuhan bandar-bandar tentera. Bandarbandar ini bertujuan untuk tentera Islam sentiasa menerima latihan dan sentiasa
bersedia pada bila-bila masa untuk mempertahankan negaranya. Taktik yang
terakhir adalah kufah iaitu, bandar tentera yang pertama dibina pada tahun 638 M
dan seterusnya dibina di Syria dan Mesir.
Strategik yang digunakan oleh Tamadun Mesopotamia adalah pembinaan
kubu dan banteng. Tentera Mesopotamia dikerah oleh pemerintah untuk membina
kubu atau banteng bagi menghadapi ancaman musuh. Sepanjang kota-kota
Tamadun Mesopotamia terdapat kubu-kubu pertahanan dengan pelbagai pintu
gerbang untuk menghadapi ancaman dan serangan daripada pihak musuh.
Tamadun Mesopotamia juga mempunyai tentera upahan daripada Yunani bagi
menghadapi tentera Aasyria. Armada laut dibentuk bagi mengawasi kawasan
pengairan. Terdapat juga tentera mahir dalam penggunann kereta beroda dua.
Setiap kereta kuda dikendalikan oleh seseorang anggota tentera yang lengkap
dengan kapak dan lembing. Tenteranya membina terowong dan tembok pertahanan.
Selain itu, kereta kuda digunakan untuk serangan dari arah hadapan pada jarak
sederhana dan dekat.
Strategik Tamadun China berasaskan kepada Sun Tzu. Beliau adalah penulis
buku Art of War. Beliau menyatakan bahawa sesebuah pasukan haruslah tiba di
medan peperangan lebih awal. Hal ini kerana, pasukan yang tiba dahulu mempunyai
masa rehat dan sempat menanti musuh. Pasukan yang tiba lewat pula akan tergesagesa melancarkan tindakan kerana mereka masih penat. Beliau juga menasihati
seseorang jeneral supaya berkhemah di tempat yang tinggi dan jangan menyerang
dengan mendaki gunung. Jika pihak musuh di sungai, seranglah mereka seketika
17

baru setengah pasukannya mendarat. Selain itu, taktik pembakaran seperti


membakar gudang, membakar peralatan, bekalan dan sebagainya masa yang
sesuai adalah pada musim kering dan ketika angin bertiup kencang. Taktik yang
selain adalah, anggaran. Ia merujuk kepada kajian teliti oleh pemerintah sebelum
melancarkan peperangan kerana ia melibatkan nyawa dan masa depan negara.
Akhirnya, taktik menggunakan pengintip. Menurut Sun Tzu, panglima tentera yang
baik mampu memperoleh kejayaan kerana telah mengumpul maklumat yang cukup
tentang musuh melalui pengintipan. Terdapat juga pembinaan tembok besar China
untuk mempertahankan kotanya daripada musuh.

Busur dan panah

Pedang
Tukul besi

Kapak
Peralatan
peperangan
Tamadun Islam

Kereta kabel

Senapang dan Meriam


Perisai
Manjaniq
Seterusnya, strategik peperangan ini dapat dikembang melalui peralatanParit

Baju besi

peralatan yang digunakan oleh semua tamadun. Peralatan ketenteraan Islam


dibahagikan kepada tiga iaitu, senjata ringan, peralatan mengepung dan senjata
18

Tentera Tamadun
Mesopotamia

barat dan juga peralatan pertahanan. Senjata ringan terdiri daripada busur dan
panah, pedang, tukul besi dan juga kapak. Peralatan mengepung dan senjata berat
adalah manjaniq, kereta kebal, senapang dan Meriam. Peralatan pertahanan adalah
baju besi, perisai dan juga parit.

Kereta beroda

Cokmar
Pisau bela

Topi dan pelindung dada


Peralatan peperangan Tamadun Mesopotamia
Kasut boot bertali
Lembing
Pedang kecil dan lastik
Pisau kecil yang
pendek dan tajam.
Kapak
19

Lembing
berapi

Peralatan
peperangan
Tamadun China

Pelontar batu
Pedang

Peralatan peperangan tentera Tamadun Mesopotamia adalah lembing,


panah, busur, pedang kecil dan lastik. Mereka juga menggunakan topi dan pelindung
dada yang diperbuat daripada gangsa. Kereta beroda juga digunakan dalam
peperangan untuk mengangkut peralatan perang dan anggota perang. Kereta kuda
digunakan dalam peperangan. Mereka juga memakai kasut boot bertali, cokmar dan
juga pisau belah. Tentera Tamadun China menggunakan pisau kecil yang pendek
dan tajam, kapak, pelontar batu dan juga lembing berapi dalam peperangan.
Justeru, bilangan tentera Islam dalam setiap peperangan pada peringkat awal
sangat kecil bilanggannya. Namun, bilangan itu semakin bertambah dalam
peperangan. Pada mualanya, terdapat seramai 324 orang dalam Perang Badar.
Seterusnya, terdapat seramai 3000orang dalam Perang Khandak. Dalam Perang
Hunain terdapat seramai 10000 orang. Perang Tabuk mempunyai seramai 30000
orang. Dalam Tamadun Mesopotamia Sargon mempunyai seramai 5400 tentera dan
10000 anggota di wilayah Mari. Seterusnya, Dinasti Han dalam Tamadun China
20

menggunakan tentera antara 50000 hingga 100000 orang. Dinasti Sung mempunyai
anggota tentera berjumlah 378000 dan meningkat menjadi 129000 orang.
Akhirnya, semua tentera Islam dibayar gaji dan elaun. Tentera-tentera
Tamadun Mesopotamia berpeluang mendapatkan harta rampasan tanah dan
Tamadun China pula tentera akan dibayar gaji dalam bentuk makanan dan
keperluan lain. Konklusinya, semua tamadun mempunyai ciri-ciri tertentu. Ia
membekalkan

banyah

kebaikan

kepada

kita.

Sebagai

individu

yang

bertanggungjawab kita haruslah menghargai dan memeliharanya.

6.0 Perbandingan Sistem Pertahanan dan Ketahanan antara Tamadun Islam,


Tamadun Mesopotamia dan Tamadun China.
Perbezaan

Tamadun Islam

Tamadun Mesopotamia

Tamadun China
Bertujuan untuk
21

Matlamat
Peperangan
.

Pertahanan bertujuan untuk

Menyelamatkan

menawan tahanan

memelihara kehormatan

negaranya daripada

perang dalam bilangan

agama, negara dan

serangan orang- orang

yang besar dan

masyarakat.

gasar atau nomad di

menguatkuasakan

Menegakkan ajaran Allah

sempadan.

pemerintahan raja dan

S.W.T

merampas harta orang


kaya. Peperangan dapat
mengukuhkan kuasa,
menambahkan wilayah
dan juga menjadidikan

Mempunyai tentera yang

Tentera professional dan

seseorang raja itu kaya.


Tentera berkuda China,

Jenis

bergiat di bahagian darat di

tentera yang dikerah.

tentera infantri dan

Tentera

peringkat awal dan tentera

Tentera berkuda, tentera

tentera biasa.

yang menggunakan jalan

infantri dan tentera

laut.

kavalri.

Tentera berkuda.
1.Taktik menunggu.

1.Pembinaan kubu dan

1.Tiba di medan perang

2.Taktik bertahan.

banteng.

lebih wal.

3.Taktik mengepung.

2.Pembinaan pintu

2.Berkhemah di tempat

4.Tidak mengejar musuh

bergerbang.

yang tinggi dan jangan

peperangan. bila musuh lari dari medan

3.Tentera upayan

menyerang dengan

peperangan.

daripada Yunani.

mendaki gunung.

5.Penubuhan Jabatan

4.Pembentukan laut

3.Taktik pembakaran

Perisikan.

Armada.

digunakan pada musim

6.Penubuhan bandar-

5.Mempunyai tentera

kering dan ketika angina

bandar tentera.

mahir

bertiup kencang.

6.Pembinaan terowong.

4.Pemerintah melakukan

Taktik dan
strategik

kajian sebelum
peperangan.
5.Taktik menggunakan
pengintipan.
6. Pembinaan tembok
besar negera China.
22

Peralatan

1.Busur dan panah.

1.Lembing.

1.Pisau

2.Pedang.

2.Panah.

pendek dan tajam.

3.Tukul besi.

2.Busur.

2.Kapak.

4.Kapak

4.Pedang kecil dan lastik.

3.Pelontar batu.

peperangan. 5.Manjaniq.

5.Topi

dan

kecil

yang

pelindung 4.Lembing berapi.

6.Kereta kabel.

dada.

5. Pedang

7.Senapang dan Meriam.

6.Kereta beroda.

8.Baju besi.

7.Kasut boot bertali.

9.Perisai.

8.Cokmar

10.Parit
1.Perang Badar- 324 orang.

9. Pisau bela.
1. Sargon- 5400 anggota.

1.Dinasti Han mempunyai

2.PerangKhandak- 3000

2.Di wilayah Mari

50000 hingga 100000

Bilangan

orang.

mempunyai 10000

tentera.

tentera.

3.Perang Hunanin- 10000

anggota.

2.Dinasti Shung

orang.

mempunyai 378000 dan

4.Perang Tabuk- 30000

meningkat 129000 orang.

orang
Gaji Tentera

Tentera berpeluang

Tentera dibayar gaji

Tentera dibayar gaji dan

mendapatkan harta

dalam bentuk makanan

elaun.

rampasan tanah.

dan keperluan lain.

7.0 Peralatan Peperangan Tamadun Islam, Tamadun Mesopotamia dan


Tamadun China.
7.1Peralatan Peperangan Tamadun Islam.
Perisai.

23

Manjaniq

Busur

Senapang

24

Baju besi.

Meriam

7.2 Peralatan Peperangan Tamadun Mesopotamia.

Lembing

Kereta berkuda.

Cokmar
25

7.3 Peralatan Peperangan Tamadun China.

Kapak

Busur Tamadun China.

Pelontar batu.

Lembing berapi

26

Pedang

Pisau Kecil

.
8.0 Jenis-jenis tentera Tamadun Islam, Tamadun Mesopotamia dan Tamadun
China.
27

8.1 Jenis-jenis tentera Tamadun Islam.

Tentera darat.

Tentera berkuda.

28

Tentera laut.

8.2 Jenis-jenis tentera Tamadun Mesopotamia.

Tentera berkuda.

Tentera beroda.

Tentera infantri.
8.3 Jenis-jenis tentera

Tamadun China.

Tentera berpanah.
Tentera kavalri

China.
Tentera infantri China.

29

Tentera biasa
9.0 Rumusan.
Sejarah kewujudan manusia penuh dengan konflik dan pertelingkahan. Setiap
manusia mempunyai masalah dan konflik tersendiri yang membawa pelbagai
masalah kepada mereka. Contohnya, masalah tekanan. Selain daripada masalah
sendiri terdapat masalah sempadan. Masalah persempadan mungkin menjadi punca
berlakunya konflik dalam masyarakat primif. Untuk menghadapi ancaman daripada
musuh terdapat pelbagai langkah-langkah yag diambil. Antaranya, pembinaan
peralatan- peralatan peperangan. Walau bagaimanapun, senjata yang digunakan
pada masa itu diperbuat daripada batu, tidak melibatkan banyah pihak atau tentera,
kurang menggunakan taktik dan strategik yang berkesan dan berskala kecil.
Seterusnya, kemunculan masyarakat bertamadun diiringi dengan pelbagai kegiatan
ekonomi, sosial dan poitik yang lebih kompeks menyebabkan hal-hal yang berkaitan
dengan ketahanan dan pertahanan menjadi unsur penting dalam kehidupan
masyarakat bertamadun. Tidak hairanlah, jika persaingan wujud antara negaranegara kota yang akhirnya mewujudkan empayar kecil dengan menyatukan
beberapa negara kota di bawah satu bentuk pemerintahan. Pada masa yang sama,
ada juga tamadun yang tercabar dengan ancaman musuh dan terpaksa mencari jaln
untuk menghadapi serangan musun. Secara ringkasnya, semua ketahanan dan
pertahanan di semua tamadun hanya dilaksanakan untuk mempertahankan negara
dan juga diri daripada musuhnya.

30

10.0

Refleksi.

Saya Lalina Devi Loganathan bersyukur kepada Tuhan kerana telah berjaya
menyiapkan kerja kursus saya yang diberikan kepada saya. Pada masa yang mulia
ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Encik Anas Bin Suray
yang membimbing saya dalam menyelesaikan kerja kursus ini pada masa yang
ditetapkan. Beliau juga banyah memberi pandangan dan tunjuk ajar kepada saya
dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepaa rakan-rakan saya yang sanggup mengkorbankan masa dan
mengkongsikan idea-ideanya terhadap terhadap kerja kursus ini. Saya bersyukur
kerana ini adalah peluang yang baik bagi saya untuk belajar banyak perkara yang
saya boleh digunakan untuk meneruskan perjalanan saya melanjutkan pelajaran di
IPG Kampus Tuanku Bainun terutamanya dalam kerjaya mengajar saya. Saya telah
mendapat banyak perkara baru dan pengalaman baru bersama-sama kerja kursus
ini terutamanya membolehkan saya untuk berfikir secara kritis apabila menyiapkan
kerja kursus ini.
Masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini adalah saya
tidak mencukupi masa untuk menyiapkan tugasan ini. Jadi saya mencari bahan
rujukan di perpustakaan unuk menyiapkan kerja kursus ini. Bahan rujukan yang
terdapat di perpustakaan juga tidak mencukupi. Jadi saya minta tolong daripada
seniour-seniour yang sanggup memberikan bahan rujukan kepada saya. Saya juga
merujuk kepada beberapa laman web yang berkaitan dengan konsep kepelbagaian
kaum bagi menyempurnakan kerja kursusu ini. Saya juga mempunyai masalah
penggunaan internet kerana wifi yang terdapat di sekitar kampus ini tidak begitu
kuat. Ini menyebabkan saya tidak boleh mencari maklumat dengan cepat dan
pantas.
31

Melalui tugasan ini saya mempelajari tentang perkembangan sisitem


pertahanan dan ketahanan Tamadun Islam, Tadamun Mesopotamia dan juga
Tamadun China. Setiap tamadun mempunyai matlamat dan tujuan peperangan yang
berbeza. Contohnya, peperangan di Tamadun Islam untuk memepertahankan
maruah diri dan mereka dan juga untuk menyebabrkan agama Islam. Tetapi tujuan
peperangan Tamadun Mesopotamia adalah untuk mempertahankan negara kota
daripada orang gasar. Tetapi semua peperangan berlaku untuk mempertahankan
diri, masyarakat dan juga negara daripada musuh. Peperangan merupakan sebuah
langkah dalam mempertahankan negara daripada musuh dan ia bukan segalagalanya kerana ia melibatkan banyah nyawa dan juga harta.
Nilai-nilai yang terdapat pada tentera-tentera masa itu harus dikagumi dan
dan juga dihargai. Tentera-tenteranya sanggup berkorban demi mempertahankan
negaranya. Nilai yang terdapat pada tentera tersebut mengajar kita untuk
bersatupada dan berkerjasama dalam mempertahankan negara dalam semua
keadaan. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab kita haruslah setia dan
sanggup berkorban demi mempertahankan negara daripada musuh.Ini adalah satu
nilai

murni

yang

harus

terdapat

pada

diri

setiap

rakyat

Malaysia

bagi

mempertahankan negaranya.
Selain itu, melalui tugasan ini juga saya mempelajari bahawa setiap
peperanagn yang berlaku antara dua pihak tidak sepatutnya untuk memperluaskan
kuasanya malah untuk keselamatan dan kemajuan negara juga. Pemimpin negara
haruslah berpandang jauh agar dapat memajukan negara dalam sebuah bidang
iaitu, sama ada daalm bidang politik, ekonomi dan juga sosial. Pemimpin berwibawa
juga bertanggungjawab atas taraf hidup rakyat. Beliau juga mengambil berat dalam
kedudukan rakyat agar mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahan pemerintah
mereka.
Melalui tugasan ini saya juga mempelajari bahawa masyarakat pada masa
tersebut ada mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu berbanding dengan
kita. Mereka mempunyai kemahiran menangkap ikan tanpa menggunakan sebarang
alat moden. Mereka hanya menggunakan lembing untuk menangkap ikan.
Masyarakat tersebut juga mempunyai kemahiran dalam mencipta senjata dan

32

peralatan. Walaupun masyarakat zaman tersebut tidak mempunyai teknologi tertentu


malah mereka sanggup mencipta sesuatu yang baru.
Tamadun juga mengajar rakyat bersatupadu dan berkerjasama. Jika
rakyatnya tidak bersatupadu maka ia akan membawa kesan-kesan yang negatif
kepada negara. Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 yang merampas nyawa banyah
orang menjadi peristiwa hitam negara Malaysia. Terdapat banyah nyawa yang
dikorban dalam peristiwa ini dan ekonomi negara juga runtuh. Peristiwa ini berlaku
kerana rakyat Malaysia tidak bersatupadu dan juga tidak setia kepada negara
sendiri. Agar mereka semua bersatupadu peristiwa ini tidak akan berlaku. Jadi,
tamadun menggalakkan rakyat bersatupadu dalam semua keadaan kerana ia
memberi banyah manfaat kepada negara.
Secara kesimpulanya, tamadun-tamadun mengajar kita untuk menggelakkan
diri daripada mempercayai teknologi semata-matanya. Kita juga harus belajar
dengan tidak mempunyai bantuan teknologi dalam kehidupan seharian kita.
Perkembangan tamadun ini memberi banyah kebaikan dan sumbangan kepada kita.
Jadi kita haruslah berusaha dalam memeliharanya.
Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun.Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.
Sekian Terima Kasih.

33

11.0 Rujukan.
Buku:
1. Mahdi Bin Shuid, (2014), Ketamadunan Manusia, Sri Pengajian Sosila,
Selangor: Darul Ehsan, Penerbitan Multimedia.
2. Mahayudin Hj. Yahaya, (2004), Tamadun Islam, Edisi Semakan, Penerbit Fajar
Bakti SN.BHD.
3. Mahdi Shuid, DR.Rumaizuddun Ghazali, Hazlina Mansor, (2008), Teks Pra- U
STPM Tamadun Islam, Longman.
4. Yasir Mansor, (2004), Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800, Federal Marshall
Cavendish Education.
5. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan, (1998), Tamadun
Dunia, Kursusu Komprehensif Fajar Bakti, Selangor: Darul Ehsan, Penerbit Fajar
Bakti SDN.BHD.

Internet:
http://cikguzainal.blogspot.com/2011/07/ketahanan-pertahanan-tamadundunia.html#axzz3WJ9pnCNB
http://tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/tema-3-ketahanan-danpertahanan.html

34

http://sejarahstpm.blogspot.com/2009/06/tamadun-islamtema-3-konsepketahanan.html

12.0 Lampiran
35

Вам также может понравиться