Вы находитесь на странице: 1из 5

Cerpen Warkah Daripada Ibu Rohani Deraman

Sinopsis
Mira menerima kiriman surat daripada ibunya.Isi kandungan surat itu
membuatkan
dia menangis.Isi kandungan surat itu telah menjawab
segala persoalan dan pertanyaan Mira selama ini.Mira teringat kembali akan
peristiwa pada suatu hari setahun yang lalu.Ibunya memberitahunya bahawa
dia dan adiknya akan tinggal di kampung bersama dengan datuk dan
neneknya.Mira tidak bersetuju dengan keputusan ibunya itu.Ibu Mira
mengatakan bahawa tindakannya itu adalah untuk kebaikan Mira dan adikadiknya.Mira menuduh ibunya tidak menyayanginya dan adik-adiknya lagi.
Adik-adik Mira tidak berasa sedih kerana mereka belum tahu akan erti
perpisahan.Melihat gelagat Mira dalam kesedihan itu,nenek mengajak Mira
menemaninya untuk pergi ke kedai.Menurut nenek,di kedai itu nanti Mira
akan dapat berkenalan dengan banyak teman sebaya.Nenek menyuruh Mira
memakai tudung semasa hendak keluar ke kedai,kerana menurut
nenek,semua anak gadis itu memakai tudung.Di kedai,nenk
memperkenalkan Mira dengan Suzana,anak Pak Imam Dolah.Sejak hari
itu,Mira telah banyak megenali rakan sebaya dengannya.Rakan-rakan
sekolahnya tekun belajar dan mengulangkaji pelajaran.Udara di kampung
begitu menyegarkan dan bebas daripada pencemaran udara dan
bunyi.Melalui surat itu,ibu memperjelaskan keadaan sebenar akan sebab
Mira dan adik-adiknya dihantar ke kampung untuk tinggal bersama datuk
dan neneknya.Antaranya,fator gejala sosial yang hebat malanda masyarakat
kota.Inilah yang menghantui dan menakutkan ibu.Pengaruh rakan-rakan
sebaya dalam pergaulan seharian,suasana persekitaran adalah antara sebab
gejala sosial ini berlaku.Di kampung,corak pergaulan negatif seperti ini
belum berlaku.Di kampung,Mira akan mengerti makna kesusahan dan
bersyukur dengan apa yang ada.Keadaan ini akan menyebabkan Mira dapat
merasai belas dan simpati terhadap orang yang susah.Semua ini akan
membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah untuk menghadapi apa-apa jua
dugaan Allah.Setelah setahun Mira berada di kampung ,ibu Mir berbangga
kerana Mira telah menunjukkAN prestasi yang baik.Apa yang dihasratkan
oleh ibu terhadap Mira telah menjadi kenyataan,iaitu Mira telah hampir
tamat mengaji
al-Quran,menunaikan solat lima waktu,sopan
dalam pergaulan,dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam
pelajaran.Setelah selesai membaca surat itu untuk kali keduanya,baru Mira
faham akan apa yang tersirat selama ini di balik tindakan ibunya
menghantar dia dan adik-adiknya tinggal bersama dengan datuk dan
neneknya di kampung.

Tema
Pengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada
masa hadapan. Pengorbanan ini dapat dilihat melalui watak ibu yang
menghantar anak-anaknya ke kampung untuk tinggal bersama-sama dengan
ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anak-anaknya terdedah dengan gejalagejala sosial yang berlaku di bandar.

Persoalan
1. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Contoh: Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela
berpisah dengan anak-anak demi memastikan mereka membesar dalam
persekitaran yang lebih sempurna.
2. Kesediaan anak melepaskan kemewahan yang dikecapi.
Contoh: Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup
mewah bersama dengan ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung
bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.
3. Masalah sosial di bandar.
Contoh: Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah
berpunca daripada pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh
rakan sebaya.
4. Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada
ajaran agama.
Contoh: Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira diminta oleh nenek memakai
tudung kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib
dilakukan.

Watak Dan Perwatakan


Watak Utama
Amira
a)Anak sulung daripada tiga beradik.
b)Kakak kepada Aidil dan Manja.
c)Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya.
d)Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup.
e)Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.
d)Merupakan anak tunggal.
Watak Sampingan
e)Seorang ibu yang penyayang.
Ibu
a)Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja.
b)Seorang yang lemah lembut.
c)Setia kepada suami.

Ayah

a)Bapa kepada Mira, Aidil dan


Manja.
b)Seorang yang memahami
perasaan isteri.

c)Menantu yang cukup mengasihi


mentuanya.
d)Seorang bapa yang penyayang.

Nenek
a)Prihatin terhadap anakya.
b)Nenek penyayang.
c)Nenek meniktiberatkan aspek keagamaan dalam hidupnya.

Latar
Masa
1. Waktu malam
a)Ketika Mira dan ahli keluarga
bermalam di rumah datuk dan
neneknya.
2. Waktu siang
b)Hari ketika ibu Mira bersamasama anaknya bersiap untuk

pulang ke kampung. Selain itu,


semasa Mira dibawa oleh neneknya
ke kedai Pak Uda Usop.
3. Waktu senja
c)Ketika Mira dan keluarganya
sampai ke kampung. Manakala
datuk dan neneknya sedang
bersiap untuk ke masjid.

Tempat
1. Di rumah ibu dan bapa Mira di
Johor Bharu.

tidur berderetan di ruang tamu


rumah datuk dan neneknya.

a)Semasa mereka bersiap-siap


untuk pulang ke kampung.

3. Di kedai Pak Uda Usop.

2. Di rumah datuk dan nenek Mira.


b)Peristiwa yang dapat dilihat
semasa ahli keluarga Mira telah

c)Mira telah dibawa ke sana oleh


neneknya dan dia melihat anakanak gadis seusianya yang sopan
berpakaian.

Masyarakat
1. Masyarakat Bandar.
a)Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibu Mira
menyedari tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di
bandar.
2. Masyarakat Kampung.
b)Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal
ini dapat dilihat semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang
sebaya dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta
memakai tudung.

Nilai
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya.
2. Nilai pengorbanan
Contoh: Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham betapa
besarnya pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.
3. Nilai kepatuhan
Contoh: Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai
tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya
walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung.

Pengajaran
a)Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi.
b)Kita hendaklah tabah dan reda menghadapi dugaan.
c)Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.

Plot
Permulaan
Mira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira
tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu
dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya
telah menimbulkan seribu persoalan kepadanya.
Perkembangan
Mira dan keluarganya telah bersiap-siap untuk ke rumah datuknya di
kampung. Mereka tidur bersama-sama dengan nyenyak sekali kerana

kepenatan seharian dalam perjalanan. Perpisahan dengan ibu dan bapanya


telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba Mira. Nenek telah mengajak Mira
ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana. Mira mula bersekolah di
kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan
kesedaran kepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain
selain mengulang kaji pelajaran.
Klimaks
Mira telah membaca surat yang dikirimkan oleh ibunya. Dalam surat
tersebut, ibunya menyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adikadiknya ke kampung kerana bimbang dengan gejala sosial yang melanda
masyarakat bandar kini. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota
begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan
persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan
amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Harapan ibunya agar
anak-anak menjadi anak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang
dan pengorbanan orang tua.
Peleraian
Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya
menghantarnya dan adik-adiknya tinggal di kampung.

Вам также может понравиться