Вы находитесь на странице: 1из 4

TINGKATAN 4 : BAB 3: PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Maksud Perniagaan Dalam Negeri


Aktiviti jual beli yang dijalankan bagi mendapat keuntungan yang dijalankan dalam negeri.
Saluran Agihan
Maksud: Proses pengedaran barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir. Aktiviti pengagihan ini dibantu oleh pemborong,
peruncit atau ejen.
Jenis Saluran Agihan
1.
Pengeluar -> Pemborong -> Peruncit -> Pengguna. Contoh: Beras, ikan bilis, tepung, alat tulis.
2.
Pengeluar -> Ejen -> Peruncit -> Pengguna. Contoh: Pen parker, John Master, Bonia.
3.
Pengeluar -> Pemborong -> Pengguna. Contoh: Contoh: Perabot.
4.
Pengeluar -> Peruncit-> Pengguna. Contoh: Stesyen minyak.
5.
Pengeluar -> Ejen -> Pengguna. Contoh: Insurans, kosmetik.
6.
Pengeluar -> Pengguna. Contoh: Doktor, tukang jahit, tukang gunting rambut.
Faktor Pemilihan Saluran Agihan
1.
Jenis barang. Barang cepat rosak dan barang dibuat melalui tempahan seperti cermin mata memerlukan saluran agihan yang cepat
dan ringkas.
2.
Sasaran pasaran barang. Bergantung kepada keperluan pelanggan sama ada memerlukan barang dengan segera maka saluran agihan
yang cepat dan ringkas.
3.
Liputan pasaran.
4.
Keupayaan pengeluar. Terdapat pengeluar yang mempunyai saluran agihan sendiri. Jadi mereka tidak bergantung kepada khidmat
pemborong dan peruncit. Contoh Perodua dan Proton.
5.
Kos pengangkutan.
Perniagaan Runcit
Maksud: Perniagaan yang menjual barang kepada pengguna akhir dalam kuantiti kecil mengikut keperluan pengguna.
Fungsi Perniagaan Runcit
1.
Menjual mengikut permintaan pengguna.
2.
Menjual pelbagai jenis barang untuk pilihan pengguna.
3.
Menjalankan kerja akhir- Menggred, menimbang, membungkus, melabel dan meletak harga.
4.
Menyimpan stok dan memperagakan barang.
5.
Menjual secara kredit(hutang) kepada pelanggan yang dipercayai.
6.
Menyediakan perkidmatan selepas jualan seperti perkhidmatan pengangkutan dan memasang barang di rumah.
7.
Terletak berhampiran rumah.
8.
Memberi khidmat nasihat tentang produk.
9.
Memberi maklumat pasaran.

Peruncit Kecil-kecilan
1.
Peruncit tanpa kedai
-Penjaja
-Penggerai
2. Peruncit berkedai:
-Kedai
am-menjual
pelbagai jenis barang
-Kedai khusus- Menjual
satu jenis barang.

Jenis perniagaan runcit


Peruncit besar-besaran
1. Pasar raya
-Menjual pelbagai jenis barang keperluan harian di dalam
sebuah bangunan besar. Contoh Choice Super Mall.
-Kelebihan kepada peniaga: membeli stok secara pukal,
pengurusan layan diri, mengamalkan pengkhususan dalam
pentadbiran, mampu menanggung kos promosi untuk
menambah jualan dan tidak menanggung hutang lapuk
kerana jualan dilakukan secara tunai.
-Kelebihan kepada pelanggan: dapat membeli di bawah satu
bumbung, terdapat pelbagai kemudahan (troli, penghawa
dingin, muzik), harga barang tetap dan bebas membuat
pilihan.
2. Gedung Aneka Jabatan
-Bertempat di sebuah bangunan besar yang bertingkattingkat. Contoh The Springs.
3. Pasar raya besar
-Contoh Carrefour, Giant.
4. Kedai sejaras
-Kedai runcit yang mempunyai banyak cawangan seperti kedai
bata dan kedai singer.
5. Koperasi runcit
-Ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna secara sukarela untuk
menjalankan perniagaan runcit.
-Bertujuan untuk membantu anggota membeli pelbagai jenis
barang pada harga berpatutan tanpa melibatkan orang tengah.

Bentuk lain peruncitan


1. Mesin Peruncitan Automatik
-Mesin layan diri minuman dalam
kotak/tin, tisu, coklat.
-Kebaikan: Perkhidmatan 24 jam dan
perkhidmatan layan diri,
2. Pesanan Mel
-Menjual barang kepada pengguna
melalui kiriman pos.
3. Francais
-Kebenaran yang diperoleh oleh
seorang peniaga untuk menjual barang
di bawah jenama kepunyaan sebuah
syarikat induk.
-Francaisi akan membayar royalti
kepada francaisor.
-Contoh: KFC, Mcd, Body Shop.
4. Jualan Langsung
-Kaedah pemasaran yang melibatkan
kunjungan jurujual dari rumah ke
rumah.
Contoh Avon, Cosway, Tupperware.
5. E-Dagang
-Perniagaan dijalankan melalui internet.

Perniagaan Borong
Maksud: Melakukan kerja pemecahan pukal dan dibahagikan kepada unit-unit kecil untuk dijual kepada peruncit dan pengguna.
Fungsi pemborong
Kepada pengeluar:
1.
Membeli secara pukal dan membayar dengan segera.
2.
Menyampaikan maklumat pasaran terkini- maklumat daripada peruncit tentang citarasa dan maklum balas pelanggan terhadap sesuatu
barang disampaikan kepada pengguna.
3.
Memecahkan pukal dan melalukan kerja memproses barang yang dibeli secara pukal dibahagi kepada unit-unit kecil dan seterusnya
kerja menggred, menimbang, membungkus dan melabel dijalankan.
4.
Menyediakan gudang.
5.
Mempromosi dan mencari pasaran.
Kepada peruncit:
1.
Menyediakan pelbagai jenis barang untuk pilihan peruncit.
2.
Menjual mengikut kuantiti yang diperlukan.
3.
Menyediakan kemudahan kredit.
4.
Menyediakan kemudahan pengangkutan.
5.
Menyediakan kemudahan pergudangan.
Kepada pengguna:
1.
Menstabilkan harga Pemborong dapat mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran. Jika barang terkurang di pasaran,
pemborong akan membekalkan lebihan barang. Jika barang lebih di pasaran, pemborong akan menyimpan barang di gudang sehingga
tiada lagi lebihan barang. Seterusnya harga dapat distabilkan.
2.
Menjamin bekalan berterusan.
3.
Membantu menyampaikan maklumat.
4.
Menyediakan pelbagai jenis barangan di pasaran.
5.
Memudahkan proses jual beli- pemborong dapat melancarkan proses jual beli barang dalam saluran agihan.
1.
2.
3.
4.

1.
-

Persamaan pemborong dan peruncit


Kerja pengagihan yang sama. Sama-sama mengagihkan barang kepada pengguna.
Membekalkan beraneka jenis barang.
Kegiatan perniagaan untuk mendapat keuntungan.
Menyampaikan maklumat pasaran.

Pemborong berfungsi penuh


Pemborong am
Menjual pelbagai jenis barang.

2.
-

Pemborong khusus
Menjual satu jenis barang sahaja
seperti kain, beras.

3.
-

Pemborong satu barisan.


Menjual sekumpulan barang yang
sama jenis seperi hasil pertanian iaitu
buah-buahan dan sayur-sayuran.

1.

Jenis Pemborong
Pemborong berfungsi terhad
Pemborong pesanan mel.
-Menjual barang melalui pos.

2.

Pemborong pesanan berwakil.


-Tiada gudang dan hanya menyampai
pesanan daripada pelanggan kepada
pengeluar
seperti
bahan-bahan
pembinaan.

3.

Pemborong
perkhidmatan
pengangkutan.
-Menyediakan
perkhidmatan
pengangkutan
untuk
mengangkut
barang peruncit atau pengguna.

4. Pemborong bayar dan bawa.


-Menjual barang secara tunai dan murah.
Contoh Carrefour Xtra.
5. Pemborong Jober Para.
-Membekalkan barang kepada peruncit
dengan mengawasi pergerakan stok di
atas rak yang disediakan di kedai
peruncit.
-Dari semasa ke semasa, pemborong akan
memeriksa stok di kedai peruncit bagi
menjamin stok yang berterusan.
-Contoh barang ialah roti, aiskrim, kek.

Ejen
Ejen ialah orang tengah yang menjual barang
bagi pihak pengeluar yang dipanggil
prinsipal.
1.
Ejen pengeluar.
-Dilantik oleh pengeluar untuk
menjual barangan mereka dan
dibayar komisen.
2.

Ejen penjual.
-Memasarkan barang bagi pihak
pengeluar kecil-kecilan dengan
membuat promosi dan mencari
pasaran.
-Komisen dibayar bagi barang
yang dijual.

3.

Broker
-Tidak mewakili pejual dan
pembeli
tetapi
menemukan
penjual dan pembeli. Komisen
diberi atas urus niaga yang
berjaya dijalankan.

Sebelum urus niaga


1. Surat Tanya-Surat dikirim daripada
pembeli kepada pembekal untuk
bertanyakan tentang barang yang
hendak dibeli.
2. Surat Jawapan-Setelah menerima
surat Tanya daripada pembeli,
pembekal akan membalas dengan
menghantar surat jawapan.
3. Sebut Harga-menyatakan harga
barang yang dikendaki oleh
pembeli.

Dokumen Perniagaan Dalam Negeri


Semasa urus niaga
1. Borang Pesanan
2. Nota Makluman-Dihantar oleh pembekal untuk memaklumkan kepada
pembeli bahawa barang telah dihantar dan dalam perjalanan.
3. Nota Serahan-Diserahkan bersama-sama barang yang dihantar.
4. Nota Kiriman- Digunakan apabila barang yang dihantar menggunakan
pengangkutan awam atau swasta.
5. Invois Proforma- Sama seperti invois biasa tetapi mempunyai fungsi
seperti:
i. Cara sopan untuk meminta bayaran daripada pembeli sebelum barang
dihantar.kerana pembekal tidak mahu menjual secara kredit
ii. Kaedah urus niaga uji dahulu sebelum beli.
iii. menggantikan senarai harga terlebih dahulu.

4.Senarai Harga
6. Invois-Dokumen jumlah hutang yang diserahkan kepada pembeli.
7. Nota Kredit-Dokumen untuk membetulkan kesilapan dalam invois bahawa
bayaran yang dikenakan lebih dari sepatutnya. Hal ini akan mengurangkan
jumlah hutang pembeli.

5. Katalog

Selepas urus niaga


1. Penyata akaun
-Ringkasan urus niaga pembeli
dan penjual pada bulan
tertentu.
-Dihantar kepada pembeli
setiap bulan untuk meminta
pembeli
menjelaskan
hutangnya jika bayaran belum
dibuat.
-Contoh penyata bil Celcom,
bil ASTRO.
2. Resit
-Diterima sebaik sahaja urus
niaga dilakukan.
-Digunakan
sebagai
bukti
pembayaran.

8. Nota Debit-Dokumen untuk membetulkan kesilapan dalam invois bahawa


bayaran yang dikenakan kurang dari sepatutnya. Hal ini akan menambahkan
jumlah hutang pembeli.

Jualan tunai
Tunai diterima sebaik sahaja
barang diserahkan kepada
pembeli

1. Dapat menggunakan
yang
diterima
menjelaskan hutang.
2. Tunai yang dikutip
dilaburkan semula.
3. Mempunyai aliran
yang baik.

tunai
untuk
dapat

Kaedah Jualan
Jualan kredit
Jualan prabayar
Terbahagi kepada 2:
Pembeli membuat bayaran
i. Bayaran tertunda-Barang akan menjadi hak terdahulu sebelum barang
milik pembeli sebaik sahaja wang pendahuluan jualan
atau
perkhidmatan
dibayar. Baki bayaran dibuat secara ansuran. digunakan. Contoh reload
Contoh permaidani, baju, kasut.
card, touch n go.
2. Sewa beli-Pembeli boleh menggunakan
barang sebaik sahaja pendahuluan dibuat. Tetapi
barang akan ditarik balik jika pembeli gagal
menjelaskan ansuran.Contoh kereta, mesin
jahit, peti sejuk.
Kebaikan kepada penjual
1. Dapat menambah jualan dan keuntungan
1. Dapat mengekalkan prestasi
2. Dapat mengenakan harga yang tinggi
aliran tunai.
3. Boleh menarik barang jika pembeli gagal 2. Tidak mengalami masalah
membayar ansuran(hanya sewa beli)
hutang lapuk.

Jualan konsain
Barang dihantar oleh pembekal kepada
peniaga dengan syarat barang tersebut
akan dipulangkan semula kepada
pembekal sekiranya tidak dapat dijual.
Contoh aiskrim wall, roti gardenia.
Pembekal
(penjual)
konsainor
manakala
dipanggil konsaini

dipanggil
pembeli

1. Dapat menjimatkan masa dan kos


untuk menjual barang.
2. Dapat meluaskan pasaran

tunai

1. Dapat berbelanja mengikut


kemampuan tunai yang ada.
2. Dapat membeli barang pada
harga yang murah.
3.
Dapat
merancang
perbelanjaan dan mengelak
daripada berbelanja lebih.
1. Kerugian akan berlaku jika
pelanggan
tidak
mampu
membeli secara tunai.
2. Tidak sesuai bagi penjualan
barang mahal seperti kereta,
rumah
1. Tidak dapat menggunakan
barang mewah jika tidak
mampu

Kebaikan kepada pembeli


1. Digalakkan berjimat kerana terpaksa 1.
Dapat
mengawal
membayar ansuran.
perbelanjaan.
2. Dapat menggunakan barang tersebut untuk 2.Membolehkan
pembeli
menghasilkan pendapatan sendiri seperti menggunakan
sesuatu
tukang jahit membeli mesin jahit untuk perkhidmatan dengan cepat.
mengambil tempahan.
Contoh touch n go
3. Taraf hidup meningkat kerana dapat
menggunakan barang mewah.
Kelemahan kepada penjual
1. Memerlukan modal yang besar untuk 1. Hanya dijalankan dalam
menjalankan perniagaan ini.
perkhidmatan
tertentu
2. Mengalami hutang lapuk jika pembeli gagal khususnya telekomunikasi.
menjelaskan ansuran
3. Belanja operasi tinggi kerana terpaksa
merekod, memproses dan mengutip hutang.
Kelemahan kepada pembeli
1. Harga barang mahal kerana dikenakan 1. Terpaksa membuat bayaran
faedah.
walaupun perkhidmatan atau
2. Bayaran ansuran akan membebankan barang belum digunakan.
pembeli.
2. Bayaran tidak dapat dituntut
jika barang hilang atau rosak.

1. Tidak perlu mengeluarkan modal.


2.
Terlindung
daripada
risiko
kerosakan, kecurian.
3. Tidak mengalami kerugian kerana
barang yang tidak laku dipulangkan
balik kepada konsainor.
4. Dapat menjual pelbagai jenis barang.
1. Menghadapi risiko kerosakan dan
kecurian.
2. Menghadapi risiko kerugian kerana
barang yang tidak laku dipulangkan
balik.
1. Mendapat reputasi yang buruk jika
barang yang dijual mahal dan tidak
bermutu.
2. Terikat dengan perjanjian untuk
menjual mengikut harga dan cara yang

telah ditetapkan.

Вам также может понравиться