Вы находитесь на странице: 1из 9

Soalan:

Loceng sekolah berbunyi. Semua murid keluar dari kelas masing-masing untuk
pulang ke rumah. Aku berjalan ke perhentian bas yang terletak di hadapan sekolah.
Tiba-tiba...

Mulakan cerita anda dengan : Tiba-tiba ...

Tiba-tiba, aku terlihat ramai orang menuju ke arah perhentian bas . Aku
mempercepat langkah . Ada murid sekolah kemalangan .
Hatiku berdebar, rasa-rasanya aku amat mengenali mangsa . Aku mendekati
mangsa. Tidak syak lagi Aliya yang terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah.
Aku berlari mendapatkan sahabatku. Aliya seperti ingin menyatakan sesuatu padaku.
Tidak lama kemudian, ambulans pun tiba. Aku mengiringi Alya ke hospital . Aku
melihat kepalanya berdarah dan badannya luka . Dia kelihatan lemah dan tidak
bermaya.Alya segera dimasukkan ke wad kecemasan. Sementara menunggu , aku
menelefon ibu bapanya .
Ketika aku sedang duduk menanti Alya , ibu bapanya tiba . Mereka tidak dapat
menahan kesedihan. Aku menenangkan mereka. kemudian, seorang doktor keluar .
Doktor memaklumkan keadaan Alya. Beliau meminta kami banyak berdoa . Alya masih
tidak stabil. Dia kehilangan banyak darah.
Tanpa disedari, aku menangis . Aku berdoa semoga Alya selamat .
Seterusnya , aku menelefon ibu dan ayah aku memaklumkan kejadian. Aku meminta
kebenaran untuk menemani ibu bapa Alya.
Setelah penat menunggu, aku tertidur . Aku terjaga setelah terdengar bunyi
riuh rendah . Kebanyakan saudara mara Alya sudah berkumpul di hospital. aku
melihat kebanyakan mereka menangis. Seterusnya, aku terdengar mereka
menyatakan Alya sudah meninggal dunia.
Aku seperti sedang bermimpi. Aku meminta kepastian daripada ibu Alya.
Benar, Alya sudah meninggal . Aku reda kerana Allah lebih menyayanginya. Setiap
yang hidup pasti akan mati.

1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA
Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa
membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan
(Mulakan karangan anda dengan Tanpa membuang masa aku mengatur langkah
dan merancang mengadakan )

Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan


kutipan dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian,
aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan
memuji langkah yang kami lakukan.
Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan
sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah
ini turut serta, kata Encik Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu
seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua
murid memberi kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15.
Wang yang diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin
menyatakan sesuatu.
Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid
yang prihatin, kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu
sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan.
Aku diminta menyampaikan sampul surat itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi
Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan
semoga roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

2. MENYUDAHKAN CERITA
Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.

Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun.
Mereka menemui ajal dalam tragedi kebakaran di salah sebuah kilang di Petaling
Jaya. Sebagai anak yatim piatu aku dijaga..
(Mulakankarangan anda dengan Sebagai anak yatim piatu aku dijaga)
Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah.
Nenekku menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan
keluarganya. Mereka sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan dan
bersejarah.
Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku
teringatkan ibu bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah
berkata,Setiap yang hidup kan mati.
Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku
terpaksa tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata
orang,Sekali air bah, sekali pantai berubah.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik
kepadaku berubah. Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih
yang kualami kucurahkan kepada Cikgu Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil
keputusan keluar dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku
kemudian tinggal bersama Cikgu Rahim dan isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan
baik. Aku diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara gading.
Kehidupanku bersama Cikgu Rahim dan isterinya sungguh bahagia.

3.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.
aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku.
Bapaku tidak pernah mengalah. Dia memegang prinsip Mengapa aku tidak boleh
jika orang lain boleh. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk
memberi pendidikan kepadaku.
Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak
mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat
bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan.
Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan,
terutama untuk membeli buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus
berusaha bagi membiayai pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di
tingkatan lima, aku menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk
membayar yuran peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara
tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan
tuan tanah tempat bapaku menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah
hati membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar
bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada
Ilahi di atas rahmatNya.

4.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
( kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)
Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku
itu terletak di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu
terutamanya pada waktu senja.
Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut
menangkap ikan dan pulang pada waktu petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala
tangkapannya banyak, manakala waktu lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan mata,
lalu aku bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan
suasana di halaman rumah kawanku itu dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan
berasa takut. Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu.
Tidak jauh dari tempatku duduk kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa
kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa
kawanku. Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa
kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan
berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.

KARANGAN GAMBARAN

1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara
menunggu sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas
tersebut. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.

Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini sudah
melewati 15 minit. Azrin belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas mula
menghantui fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri kelihatan
penjual tiket bas haram dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang mereka jual
sekalipun harganya lebih mahal.
Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan tugas
masing-masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan itu tidak
dibenarkan, mereka tetap juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu
dimatikan dan penumpang belum pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut
menaiki bas itu. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar
menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang kertas
pembungkus makanan dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah
tong sampah ada di sekitar stesen bas itu, mereka tidak menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana lapar.
Aku bingkas bangun dari tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku
membuat pesanan, aku terdengar ada orang menyapa. Rupa-rupanya Azrin telahpun
sampai.

2.KARANGAN GAMBARAN

Gambarkan hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu di sekolah anda.

Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun
satu buat pertama kali memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan kemas
memakai pakaian seragam baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang
gembira, menangis dan tidak kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga
ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga
yang berdiri menunggu anak, membayar yuran dan membeli peralatan sekolah yang
perlu, termasuk buku dan alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat
perhimpunan. Mereka kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar
penerangan dan kata-kata nasihat daripada guru besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan di
sekitar sekolah, termasuk pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya
adalah agar mereka mengetahui tempat-tempat tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka
kelihatan sungguh gembira. Namun ada segelintir murid yang masih bermuram kerana
terpaksa ke sekolah lagi pada pagi esoknya.

3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)

Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah


hutan. Kamu telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang
kamu lihat.

Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat


dahsyat kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku
yang serba mewah tetapi tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. Pergilah
untuk menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari. Kata-kata ayah
membuatku bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi
perut ala kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang
sambil memandang persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti
sebesar sepemeluk menjulang tinggi bagai menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi
cengkerik. Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya.
Keadaan itu menyebabkan aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah seharian
berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara.
Kulihat kehijauan daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering
berguguran apabila ditiup angin.
Apa yang difikirkan tu? tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan
lamunanku terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,Hutan ini perlu terus
dipelihara. Jamil mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kataku.

4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)

Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai.
Anda telah ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang
Pengalaman Anda Ketinggalan Bas Sekolah.

Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan


tiupan angin kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam.
Aku ke tandas untuk membuang air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masingmasing. Aku masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu
semua kawanku yang menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik
pakcik jaga sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa
yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa
hatiku. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih juga
tidak berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik
jaga menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir
selesai. Bapaku akan datang mengambilku tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang
dengan selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan.
Posted by Rohana Rahman at 01:15

Вам также может понравиться