Вы находитесь на странице: 1из 11

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong

Kanan,guru-guru

dan

rakan

sekalian.Saya

sebagai

wakil

murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru


di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini
merupakan hari

yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi

mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita
dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar
nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar
kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.
Guru juga adalah ibu

bapa

kita

di

sekolah.Oleh itu,kita mestilah

menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan


sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.
Rakan sekalian,
Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin
belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam
pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa
mengajar kita di sekolah.
Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang
membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami
sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik
kami dengan sabar .
Sekian , terima kasih.
1

Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran


Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Namun

demikian,

kecemerlangan

tersebut

tidak

dating

dengan

sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguhsungguh.


Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang
murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu
menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh.
Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang
disampaikan oleh guru.
Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di
rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh
itu, sesuatu topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.
Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan
oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan
member penekanan pada topic-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman
terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.
Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya,
latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang
kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan
kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi
murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan
menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.

Cara-cara membalas jasa ibu bapa.


Soalan: Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.Tuliskan
sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang, bagai
menatang minyak yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai anak, kita sewajarnya
membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas
jasa mereka.
Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa yang bersusah payah
menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam
pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita.
Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang
mulia. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman
hidup. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar agar tidak
menyinggung perasaan mereka.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Penat lelah
mereka mencari nafkah menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan apabila kita
membantu mereka. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram
pokok bunga dan sebagainya.
Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah sentiasa mendoakan
kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh memohon doa kepada tuhan
agar ibu bapa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diampunkan segala
dosa. Doa boleh diamalkan pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas solat.
Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu
sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia


Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.
Berjimat-cermat Amalan Mulia
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat
bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja
tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita
boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti
boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan
dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir
panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan
kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan
tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah
hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk
berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat
dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik
mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh
kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik
atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan
membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin
tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya,
mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa
dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil
elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimatcermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta
mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, serta
rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Cara- cara Mengurangkan
Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".
Hadirin sekalian,
Kita boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita dengan
mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan seperti tidak menggunakan
telefon bimbit semasa memandu, mematuhi lampu isyarat dan sebagainya lagi. Ini
kerana, peraturan-peraturan ini diwujudkan bagi menjaga keselamatan para pengguna
jalan raya itu sendiri.
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengurangkan kosentrasi. Ini
tentu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum pemanduan. Antara yang
mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Ini kerana banyak kemalangan yang
berlaku akibat kerosakan kereta semasa dalam pemanduan.
Hadirin sekalian,
Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan
struktur jalan raya. Ini kerana, keadaan struktur jalan raya yang teruk juga banyak
menyumbang kepada kemalangan.
Di samping itu, pemandu juga haruslah memandu dengan had laju yang ditetapkan.
Memandu kenderaaan dengan laju boleh menyebabkan kita hilang kawalan terutama
apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka atau mencemaskan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya sentiasalah
berwaspada semasa memandu di jalan raya. Bak kata pepatah, "Biar lambat asalkan
selamat".

Cara-cara menjaga kebersihan di rumah untuk menjamin kesihatan keluarga


Kebersihan merupakan perkara yang amat penting.Terutamanya kebersihan di
rumah. Kebersihan di rumah perlu dijaga bagi bagi mengelakkan jangkitan
penyakit. Hal ini, menjamin keluarga yang lebih ceria dan bahagia.
Langkah pertama untuk menjaga kebersihan ialah mengemaskan semua
peralatan yang telah digunakan. Kita sepatutnya meletakkan semula barang di
tempat yang sepatutnya. Hal ini,dapat mengelakkan kita dari bahaya dan
kehilangan barang-barang.
Selain itu,kita perlu memastikan setiap ruang di rumah kita sentiasa bersih.
Kita hendaklah mencuci bilik mandi dan tandas tiga kali seminggu dengan
menggunakan pencuci anti bakteria. Hal ini kerana, bakteria merbahaya berpunca
daripada tandas yang kotor. Justeru, kita dapat mengelakkakan diri daripada
penyakit merbahaya.
Seterusnya,kita perlulah memastikan tempat-tempat menangkung air di tutup
sentiasa. Ini dapat mengelakkan daripada nyamuk membiak kerana nyamuk tidak
dapat bertelur apabila tiada tangkungan air. Selain itu,kita perlu menggantikan
air di dalam pasu bunga selama tiga hari sekali.
Di samping itu,kita haruslah memastikan pakaian yang kotor tidak bersepah
merata-rata dengan meletakkan pakaian tersebut di dalam bakul yang khas.
Manakala,kasut juga haruslah menyimpan kasut di dalam rak dengan teratur.
Kesimpulannya,kita perlulah mengamalkan cara-cara menjaga kebersihan di
rumah dengan baik dan berdisiplin bagi menjamin kesihatan keluarga. Seperti
kata pepatah "RumahBersih Keluarga Sihat."

Cara-cara menceriakan kawasan sekolah


Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Kawasan
sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu. kita
seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan
berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.
Salah satu langkah cara untuk menceriakan kawasan sekolah adalah
mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus
diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu
melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan
setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah.
Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata
pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.

Seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program sekolah


dalam taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan
tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Persekitaran sekolah lebih nyaman dan
berudara segar. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan
gunung-gunungan buatan serta pondok untuk membaca. Nescaya pelajar lebih
selasa dan minat untuk menuntut ilmu.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.


Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa
seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada
menyatakan , sekolahku syurgaku. Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Kelab atau persatuan
kokurikulum juga digalakkan melukis mural pada dinding sekolah. Suasana
Nampak lebih cantik.

Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk


menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah
perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan.


Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi
kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan
mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita
sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita
sentiasa memupuk semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegurmenegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan
semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan
mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu
sama lain.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotongroyong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual
dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu
mengeratkan hubungan sesama jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah
jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan
sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika
diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih sayang
sesama jiran.
Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai
cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti
hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan
kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.

pendahuluan
keindahan

Sekolah

sekolah

-tempat

mesti

menimba ilmu -

dijaga.-terdapat

pelbagai

kebersihan dan
cara

menjaga

kebersihan dan keceriaan sekolah.


Idea 1 - Mengadakan gotong-royong -membersihkan kawasan sekolahguru dan PIBG - muafakat mengadakan aktiviti gotong-royong - hari
minggu.
Idea 2 - Mengecat semula bangunan - menjadi cantik - menimbulkan rasa
sayang murid -terhadap sekolah kerana suasana yang ceria - murid lebih
bersemangat untuk belajar.
Idea 3 -Mewujudkan taman bunga mini - kolam ikan - menghidupkan
suasana sekolah yang ceria- menjadi tempat murid merehatkan minda pada masa senggang.
Idea 4 - Mengadakan kempen kebersihan peringkat sekolah - beri
ganjaran kepada kelas terbersih-mewujudkan pertandingan kebersihan
antara setiap kelas- murid akan berlumba-lumba menjaga kebersihan dan
mencantikkan kelas masing-masing.
Penutup- Sekolah ceria -bersih idaman semua murid dan guru -sekolah
bersih - menjadikan murid lebih bersemangat untuk menimba ilmu.

CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK

Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan.

Menunjukkan teladan yang baik.

Mengajak ke arah kebaikan.

Bersedia mendengar masalah.

Membantu dalam pelajaran.

Contoh Karangan
Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam
kehidupan mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan
yang melanda diri. Namun demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan
dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana jika tersalah pilih rakan akan
rosaklah masa hadapan kita. Jika diperhalusi, ada beberapa ciri dalam memilih
sahabat yang perlu kita ketahui.
Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu
kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang
dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini
perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan
ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan
dan sentiasa ada saat diperlukan.
Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik
kepada kita. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik
habis rosak susu sebelanga. Disebabkan sikap rakan kita yang tidak elok, habis
rakan-rakan yang lain dituduh bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa
pengaruh yang negatif. Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa
berteman dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan
tukang minyak kita akan ikut bau minyak.

10

Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang sentiasa
mengajak kita ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah sahabat yang tidak
meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini
penting kerana ciri-ciri sahabat yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang
masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi individu-individu
yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.

Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi


ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang
diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita
menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan
mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita
perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.

Izharnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti
persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk
menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita.
Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan
dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di
dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Anda mungkin juga meminati:

11

Вам также может понравиться