Вы находитесь на странице: 1из 7

11

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah di dalam
kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan lebih teratur, metodologi ini akan melibatkan
rekabentuk kajian, kerangka operasi, lokasi kajian, populasi dan sampel, istrumen kajian,
kajian rintis, analisis kajian rintis, kaedah analisis data dan rumusan data. Bahagian
metodologi kajian ini adalah amat penting dan perlu diberi perhatian bagi memperolehi kajian
yang lebih baik dan boleh dipercayai. Selain itu, menurut Majid Konting (2004), metodologi
kajian bertujuan untuk merancang aktiviti oleh pengkaji bagi mencapai objektif yang
ditetapkan serta memberi jawapan kepada persoalan-persoalan kajian. Bab ini juga akan
menghuraikan tentang kaedah-kaedah yang di gunakan oleh penyelidik dalam melaksanakan
kajian ini.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah merupakan konsep yang digunakan oleh wiersma
(1995) seperti rajah 1 di bawah :
Peringkat Persediaan
mengenal pasti masalah
kajian
mengkaji sumber kajian
bekalan
menentukan jangka masa
kajian
menentukan
kajian

prosedur

merangka instumen kajian

Perigkat Akhir
Pengumpulan Data
pemilihan sampel
mengumpul data
menyemak data

menganalisi data
menginteperestasi
data
menyemak data
menyemak
semula
soalan kajian dan
teori

12

Rajah 3.2.1 : Komponen Reka Bentuk Kajian


Di dalam rajah 3.2.1 menunjukka komponen yang terdapat di dalam reka bentuk
kajian yang akan di gunakan oleh penyelidik. pada peringkat permulaan penyelidik akan
mengenal pasti masalah kajian, mengkaji sumber kajian bekalan, menentukan jangka masa
kajian, menentukan prosedur kajian dan merangka instrument kajian. selepas itu, di dalam
pengumpulan data penyelidik akan melakukan pemilihan sampel, mengumpul data dan
menyemak data. manakala pada peringkat akhir penyelidik akan menganalisis data,
menginteprestasi data, menyemak data, menyemak semula soalan kajian dan teori serta
menulis dapatan kajian.

13

3.3

Kerangka Operasi

Kerangka operasi ini dibina bagi menerangkan pelan yang di buat dalam melaksanakan kajian
ini. Rajah 3.3.1 menerangkan langkah demi langkah bagi operasi kajian yang telah dilakukan.
Dalam kerangka operasi ini pengkaji memulakan kajian dengan menjalankan kajian
literature, mengenalpasti isu kajian serta menetapkan objektif, persoalan dan juga fokus
kajian. Setelah itu, mengenalpasti dan menetapkan metodologi kajian dan menyediakan
laporan akhir bagi bagi bab 1, bab 2 dan bab 3. Setelah melaksanakan pembentangan,
pembinaan item-item dalam soal selidik di lakukan berdasarkan konstruk dan dimensi yang
telah dibentuk.

MULA

menjalankan kajian literature

mengenalpasti isu kajian

menetapkan objektif, persoalan dan fokus kajian

mengenalpasti dan menetapkan metodologi kajian

penyediaan laporan akhir bab 1, 2 dan 3 sebelum pembentangan

pembangunan borang soal selidik

TAMAT

Rajah 3.3.1 : Kerangka operasi dalam kajian

14

3.4

Lokasi Kajian

Kajian ini akan di lakukan di dalam UTHM. Antara fakulti yang akan terlibat ialah :
i.
ii.
iii.

Fakulti kejuruteraan elektrik


Fakulti kejuruteraan mekanikal
Fakulti kejuruteraan awam dan alam sekitar

Lokasi kajian ini di pilih adalah kerana fakulti tersebut merupakan fakulti
kejuruteraan yang terdapat di UTHM. Pengkaji ingin melihat persepsi bakal graduan wanita
kejuruteraan yang akan bertukar bidang di alam pekerjaan pada masa akan datang.

3.5

Populasi Dan Pensampelan Kajian

Menurut Konting (2005) populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan
cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Populasi kajian
perlu dikenalpasti bagi mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki. Menurut
Creswell (2011), populasi adalah satu kumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang
sama bersesuaian dengan tujuan kajian. Manakala sampel adalah kumpulan kecil daripada
populasi sasaran yang akan mewakili populasi. Kajian ini adalah kajian populasi yang
melibatkan bakal graduan wanita kejuruteraan pada tahun 2015. Responden yang dipilih
adalah terdiri daripada wanita kejuruteraan yang terdapat di UTHM. Sampel kajian pula
ialah pelajar kejurteraan tahun akhir di UTHM.

3.6

Instrumen Kajian

Borang soal selidik merupakan instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data dalam
kajian yang dijalankan. Konting (2004) menyatakan soal selidik digunakan dalam kajian bagi
mendapatkan jawapan yang lebih konsisten. Borang soal selidik ini bertujuan untuk
mendapatkan maklum balas daripada pelajar tahun akhir berkenaan kajian ini. Borang soal
selidik ini menggunakan pendekatan Skala Likert 5 mata dan soal selidik yang digunakan
dalam kajian ini terbahagi kepada 5 bahagian seperti dalam jadual 3.6.1. Manakala aras
persetujuan Skala Likert 5 mata ditunjukkan dalam jadual 3.6.2.
BAHAGIAN
Bahagian A

ASPEK KAJIAN
Demografi responden

BILANGAN ITEM
5

15

Bahagian B

Minat terhadap permilihan

10

Bahagian C

pekerjaan
Permilihan

20

Bahagian D

dalam pekerjaan
Masalah kemahiran

yang

11

Bahagian E

dihadapi graduan
Kesan bekerja dalam bidang

10

persekitaran

berbeza
Jadual 3.6.1 : Pembahagian dan taburan bilangan item

ARAS PERSETUJUAN
SKALA
Sangat setuju
5
Setuju
4
Kurang setuju
3
Tidak setuju
2
Sangat tidak setuju
1
Jadual 3.6.2 : Skala Likert 5 mata (Sumber: Abdul Ghafar, 1999)
Seterusnya instrumen ini disahakan menggunakan pendekatan model Rasch yang dapat
mengukuhkan kesahan dan kebolehpercayaan instrument. Kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada
kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka
semakin jitu data-data yang akan diperolehi bagi menghasilkan kajian yang baik dan
berkualiti. Kesahan merujuk kepada ujian untuk mengukur apa yang sepatutnya diukur
(schulze, 2003).
Pendekatan Rasch boleh digunakan untuk menentukan kesahan instrumen. Keperluan
pertama untuk menjadikan sesuatu ujian itu berkualiti ialah dengan menentukan bahawa
item-item yang digunakan dalam kajian adalah sah. Sesuatu instrumen dianggap sah jika ia
boleh mengukur apa yang hendak diukur.

3.7

Kajian Rintis

Sebelum pengumpulan data dilakukan satu ujian dinamakan pilot study atau kajian rintis
telah di adakan. Kajian rintis telah dijalankan di sebuah universiti yang mempunyai ciri-ciri
yang sama dengan kajian yang sebenar iaitu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

16

Menurut Konting (2004), sebelum melakukan kajian sebenar, kajian rintis perlu dilakukan
dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri yang sama dengan populasi yang hendak
diuji. Sampel kajian rintis ini terdiri daripada pelajar yang tidak terlibat dalam kajian sebenar.
Kajian rintis ini digunakan dalam menentukan nilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
yang diuji.

3.8

Analisis Kajian Rintis

Menurut Chua Yan Piaw (2006), penyelididkan kuantitatif boleh dilakukan melalui statistc
deskriptif. Beliau mengatakan penganalisaan secara deskriptif di gunakan untuk
menghuraikan ciri-ciri pembolehubah dengan menggunakan petunjuk-petunjuk seperti min,
sisihan piawai, median, mod, taburan normal dan skor z. Dalam kajian yang dilakukan, data
diambil daripada 80 responden dan telah dikumpulkan serta dianalisis berdasarkan item-item
dalam borang soal selidik. Bagi kajian yang dilakukan ini, pengkaji menggunakan statistic
deskriptif untuk mencari min, sisihan piawai, peratus dan taksiran min. Jadual menunjukkan
contoh jadual penganalisaan yang digunakan oleh pengkaji dalam membuat tafsiran terhadap
dapatan yang diperolehi.
SKOR MIN
1.00-1.50
1.51-2.49
2.50-3.80
3.81-5.00

3.9

TAFSIRAN
Sangat tidak setuju / paling rendah
Tidak setuju / sederhana
Setuju / sederhana
Sangat setuju / tinggi
Jadual 3.8.1 : Jadual tafsiran min

Kaedah Analisis Data

Analisis data merupakan kaedah yang paling mudah untuk mengkaji dan melihat setiap
pembolehubah penyelidikan (Sulaiman, 2005). Oleh itu, semua data dan maklumat kajian
yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunkan perisian Winsteps 3.69.11. Data-data
yang telah diperolehi dianalisis dan ini bergantung kepada jenis soalan yang dikemukakan
kepada responden dalam borang soal selidik.

17

Penganalisaan data dengan menggunakan perisian Winsteps 3.69.11 dipilih kerana ia boleh
membantu kebanyakkan pengkaji untuk mengukur, mengesahkan, menganalisis serta
mengorganisasi maklumat data yang diperolehi ddaripada kajian yang dilakukan dengan
mudah dan tepat. Ia juga memudahkan kerja-kerja kemas kini data di mana perolehan
keputusan data boleh dilakukan dengan cepat dan pantas.

3.10

Rumusan Bab

Secara kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa metodologi kajian amat penting di dalam
sesuatu kajian. Dengan adanya metodologi kajian, suatu kajian dapat dilakukan dengan lebih
tersusun dan dapat melakukan pengumpulan data yang berkaitan dengan kajian dengan tepat.
Bahagian ini telah membincangkan secara terperinci tentang metodologi yang digunakan dan
kaedah serta langkah yang dilalui semasa kajian dilaksanakan. Penerangan mengenai
pembinaan instrumen kajian hingga proses pengumpulan data diharap dapat memberi
kejelasan tentang proses kajian ini dijalankan. Bag kaedah analisis data yang digunakan, ia
diharapkan menjadi satu pengukur kepada aspek-aspek yang dikaji dan membantu menjawab
persoalan kajian.

Вам также может понравиться