Вы находитесь на странице: 1из 17

1.

0 Pendahuluan
Dalam sukatan pelajaran Kemahiran hidup tahun lima, terdapat satu tajuk
yang amat penting kepada murid-murid iaitu Kreativiti dan reka cipta. Tajuk ini
dapat menguji murid-murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Melalui tajuk ini
murid-murid dikehendaki membuat pendokumentasian berdasarkan projek yang
mereka hasilkan iaitu projek membuat model meja. Menurut Kamus dewan edisi
ke-4 (2005), dokumentasi ialah bukti atau keterangan yang terkumpul.
Pendokumentasian yang dipelajari oleh murid tahun lima ialah penghasilan Buku
Idea. Buku idea merupakan laporan bertulis yang disediakan oleh murid. Buku
idea mengandugi maklumat tentang projek dihasilkan.
Kaedah pengajaran yang dipilih oleh guru harus dapat menarik minat pelajar,
mengekalkan perhatian mencungkil kreativiti pelajar dan juga menimbulkan rasa
ingin tahu pelajar. Penghasilan buku idea oleh pelajar sememangnya dapat
memenuhi keperluan tersebut. Pendokumentasian merupakan salah satu kaedah
berbentuk tugasan. Kaedah pengajaran sedemikan berpotensi memerangsang
pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis
konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan
pembelajaran yang bermakna.
Pendokumentasian Buku Idea dibina berdasarkan projek model meja yang
dihasilkan oleh murid. Maklumat penghasilan projek model meja ini akan
dicatatkan di dalam buku idea. Menurut Zulaikha Yusuf (2010) di dalam bukunya
Temanku Kemahiran Hidup Tahun 5 menyatakan bahawa semasa menjalankan
sesuatu projek, perancangan yang teliti harus dilakukan terlebih dahulu. Menurut
beliau lagi, semua perancangan ini mestilah direkod dengan sistematik untuk
menentukan sama ada projek itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.Rekod
yang sistematik inilah dinamakan pendokumentasian.
Pelajar yang lemah dan tidak berminat mempelajari Kemahiran Hidup adalah
disebabkan mereka tidak dapat memahami kandungan pelajaran yang diajar.
Mereka tidak dapat membayangkan secara intuitif perkaitan dengan apa yang
telah mereka pelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan keadaan
sebenar. Tugasan pendokumentasian dalam pengajaran membolehkan murid

mengaplikasikan perkara yang mereka pelajari dan pelajar dapat memahami


dengan lebih mendalam.
Buku idea boleh dihasilkan dengan pelbagai cara. Kaedah pendokumentasian
buku idea yang sering diperkenalkan oleh guru-guru ialah menggunakan kaedah
folio dan juga membuat penulisan di dalam buku. Timbul persoalan disini adakah
setiap kaedah pendokumentasian ini dapat memberikan kualiti hasil kerja murid
yang sama atau tidak? Mungkin hasil kualiti kerja murid adalah berbeza
disebabkan ia melibatkan pengunaan kaedah pengajaran guru yang berbeza.
Oleh itu saya telah memikirkan untuk membanding beza kualiti hasil kerja murid
yang terhasil daripada kaedah pendokumentasian buku idea kepada murid-murid
di dalam bentuk folio dan penulisan di dalam buku.
2.0 Fokus kajian
Dalam kajian ini, saya terfikir bagaimana untuk memilih kaedah
pendokumentasian yang paling sesuai. Pelbagai persoalan timbul di dalam kotak
pemikiran saya. Apakah jenis kaedah pendokumentasian yang paling sesuai?
Adakah setiap kaedah pendokumentasian dapat mencapai objektif pengajaran
guru? Adakah setiap kaedah ini dapat menguji murid untuk berfikir secara kritis
dan kreati? Setiap pelajar mempunyai kelebihan dan kelemahan mereka sendiri.
Adakah membuat tugasan pendokumentasian adalah perkara yang sukar bagi
murid-murid? Oleh itu saya telah menjalankan satu kajian untuk menjawab
persoalan tersebut.
Kajian ini memberikan fokus untuk membanding beza kualiti hasil kerja murid
dalam menghasilkan buku idea dengan menggunakan dua kaedah berbeza iaitu
dengan menbuat penulisan di dalam buku berbanding menggunakan kaedah
folio. Kajian ini juga bertujuan untuk membandingkan jumlah kos yang digunakan
oleh murid-murid untuk menghasilkan buku idea menggunakan kaedah folio dan
penulisan di dalam buku.
Buku idea yang berkualiti mempunyai maklumat projek yang lengkap.
Maklumat ini perlu dikumpulkan berdasarkan projek model meja dihasilkan.
Berikut adalah format maklumat yang perlu ada di dalam Buku Idea:
1. Muka Depan
Nama individu dan nama kumpulan
2

2.

3.
4.
5.

6.

Tahun/kelas
Tarikh projek disiapkan
Nama Projek
Penerangan berkaitan projek
Mengena pasti masalah/ keperluan
Kegunaan/ faedah
Ciri-ciri keselamatan
Fungsi
Kos projek
Lakaran bentuk 3D
Bahan dan alatan yang digunakan
Langkah kerja
Proses langkah kerja
Lakaran kerja
Lampiran
Ulasan murid
Ulasan guru
Saya telah membuat pemerhatian terhadap folio Buku Idea yang telah

dihasilkan oleh murid-murid tahun lima di Sk Desa Pandan pada tahun 2010.
Penghasilan kaedah folio, biasanya guru meminta murid menghasilkan folio
pendokumentasian dirumah untuk memudahkan mereka mendapatkan bahanbahan yang diperlukan untuk pembinaan sebuah folio. Hasil pemerhatian saya
mendapati kebanyakkan murid tidak mengumpulkan maklumat yang perlu ada di
dalam buku idea dengan lengkap. Terdapat beberapa kelemahan dalam
menghasilkan kaedah folio. Kelemahan yang nyata yang sering dilakukan oleh
murid-murid ialah maklumat yang tidak lengkap didalam buku idea. Antara
kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah seperti berikut:

Tarikh projek disiapkan tidak dicatat pada muka hadapan Buku Idea
Penerangan mengenai projek tidak lengkap dan seringkali memberikan

maklumat yang salah dan tidak tepat.


Penerangan mengenai langkah kerja tidak jelas dan tidak teratur
Pada bahagian lampiran murid tidak membuat penulisan ulasan murid.

Perkara ini berlaku disebabkan guru sukar memberi bimbingan kepada murid
kerana aktiviti pembinaan folio perlu dijalankan di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran.

Berbeza pula dengan pendokumentasian dengan menggunakan kaedah


penulisan di dalam buku. Dengan mengunakan kaeadah penulisan di dalam buku
guru dapat memberikan bimbingan dalam menghasilkan buku idea sepenuhnya
kepada murid-murid kerana aktiviti ini boleh dijalankan semasa waktu pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Kesilapan yang dilakukan oleh murid adalah
disebabkan oleh sifat mereka yang berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur
dan bercelaru. Keadaan seperti yang dinyatakan berlaku kerana murid masih
kabur dan tidak jelas.
Oleh itu bimbingan yang berterusan perlu diberikan kepada murid. Berhenti
sekejap disisi meja pelajar menyemak kerja yang sedang dibuat dan bertanya
tentang masalah yang dihadapi. Sekurang-kurangnya, interaksi dapat dilakukan
secara langsung antara guru dengan pelajar. Berbanding dengan kaedah folio,
guru tidak dapat memberikan bimbingan sepenuhnya kerana tugasan tersebut
dilaksankan dirumah.
Namun begitu, kaedah penulisan di dalam buku juga mempunyai masalah
yang akan mempengaruhi kualiti hasil kerja Buku Idea murid. Antara masalah
yang dihadapi ialah masalah kekangan masa untuk menyediakan Buku Idea.
Masalah ini timbul apabila murid-murid mengambil masa yang lama untuk
mencatat maklumat yang perlu ada di dalm Buku Idea. Hal ini akan menjejaskan
sesi pengajaran dan pembelajaran kerana masa yang lama perlu diambil.
Perkara yang mungkin berlaku adalah murid tidak dapat menyiapkan Buku Idea
dengan sempurna dengan masa yang diperuntukkan. Hal ini akan
mempengaruhi kualiti penghasilan Buku Idea oleh murid-murid.
Masalah lain bagi hasil murid melalui penulisan di dalam buku ialah kaedah
ini mungkin menyekat murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Hal ini adalah
disebabkan waktu yang diperuntukkan untuk murid menghasilkan buku idea
tersebut adalah terhad. Murid juga tidak dapat menggunakan kelebihan ICT
untuk membuat buku idea mereka.
Pemberian tugasan pendukumentasian ini sememangnya mudah untuk
ditadbir. Bagi pendokumentasian menggunakan folio, guru mengedarkan helaian
edaran format Buku Idea dan memberi penerangan mengenai maklumat tersebut
dengan jelas kepada murid-murid. Murid-murid akan melaksanakan tugasan

tersebut di luar waktu perseklahan dan menghantar tugasan mereka pada waktu
yang ditetapkan. Manakala bagi tugasan pendokumentasian di dalam buku,
murid perlu menyediakan sebuah buku tulis dan akan melaksanakan tugasan
pendokumentasian di dalam kelas dengan bimbingan guru. Di akhir tugasan
murid, pengkaji akan mengumpul hasil kerja murid. Pengkaji akan menilai dan
menganalisis hasil kajian yang dikumpulkan.
Kajian ini mempunyai kepentingan yang berguna untuk memperbaiki strategi
pengajaran guru pada masa hadapan. Melalui tugasan ini guru dapat
menentukan kaedah pendokumentasian yang sesuai dijalankan untuk murid
mereka supaya objektif pengajaran guru yang diharapkan dapat dicapai. Selain
itu, aktiviti tigasan ini dapat menarik minat murid di dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup lantas dapat memotivasikan untuk terlibat dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Malah murid juga akan membiasakan diri dengan
pengajaran guru berbentuk tugasan. Malahan mungkin dari hasil dapatan dari
kajian ini, dapat meningkatkan lagi cara dan prestasi guru dan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Hasil tugasan Buku Idea ini sememangnya boleh digunakan oleh mana-mana
guru untuk menjalankan langkah penilaian di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, murid juga boleh menggunakan tugasan ini untuk
bersaing diantara mereka untuk mendapatkan markah yang tinggi. Secara tidak
langsung murid dapat meningkatkan prestasi individu mereka. Bagi pihak
sekolah pula ianya boleh di gunakan untuk mendapatkan markah atau peratus
peningkatan prestasi murid bagi meyimpan rekod prestasi murid.
Langkah kawalan bagi langkah penilaian ini sememangnya mudah. Bagi
pendokumentasian kaedah folio, guru hanya perlu memastikan murid
menghantar tugasan mereka mengikut waktu yang ditetapkan. Manakala bagi
pendokumentasian penulisan di dalam buku yang dijalankan dalam kelas, guru
perlu memastikan murid mendengar arahan guru dengan jelas. Murid boleh
diberi kebebasan untuk berbincang dengan rakan mereka untuk
mengembangkan pemikiran mereka secara kritis dan kreatif.
Bagi kolaborasi pula, hubungan antara guru dan murid adalah secara dua
hala. Murid akan bertanyakan soalan kepada guru dan guru akan

membincangkan mengenai tugasan yang diberikan. Kolaborasi antara guru dan


murid adalah lebih kerap bagi murid yang menjalankan pendokumentasian
secara penulisan di dalam buku. Secara tidak langsung guru dapat mengenal
pasti murid yang memberi tumpuan dan tidak memberi tumpuan. Selain daripada
hubungan kolaborasi antara guru dan murid, tugasan ini juga mengalakkan
lolaborasi murid dengan murid. Tugasan pendokumentasian dapat meningkat
minat murid untuk bertanyakan kepada rakan, secara tidak langsung murid
berkolaborasi dengan rakan sebayanya dan berbincang mengenai pembelajaran.
Bagi pihak sekolah, dengan cara ini, pihak sekolah dapat mengesan tahap
pemikiran dan prestasi murid. Dengan pemberian tugasan pendokumentasian ini
juga dapat direkodkan bagi pemerhatian ibubapa murid sekiranya ada ibubapa
yang ingin mengambil tahu prestasi anak-anak mereka. Malah sekolah juga
dapat memberi perhatian kepada murid yang bermasalah pembelajaran.
3.0 Objektif kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, kajian ini diharapkan mencapai objektif
berikut:
Objektif umum:
i) Menmbandingbeza kualiti hasil kerja murid dalam menghasilkan buku idea
menggunakan kaedah folio dan penulisan di dalam buku.
Objektif khusus:
i) Membandingbeza kualiti muka hadapan buku idea menggunakan kaedah
folio dan penulisan di dalam buku.
ii) Membandingbeza kualiti kandungan buku idea menggunakan kaedah folio
dan penulisan di dalam buku.
iii) Membandingbeza hasil lakaran projek di dalam buku idea menggunakan
kaedah folio dan penulisan di dalam buku.
iv) Membandingbeza kreativiti hasil kerja murid menggunakan kaedah folio
dan penulisan di dalam buku.
v) Membandingbeza penulisan langkah kerja menggunakan kaedah folio dan
penulisan di dalam buku.

4.0 Soalan Kajian


Berdasarkan objektif kajian, kajian ini akan mencuba menjawab soalan soalan
yang berikut:
i) Apakah kualiti penghasilan muka hadapan buku idea murid menggunakan
kaedah pendokumentasian secara penulisan di dalam buku berbanding
secara pembinaan folio?
ii) Apakah kualiti kandungan buku idea menggunakan kaedah folio dan
penulisan di dalam buku?
iii) Apakah kualiti hasil lakaran di dalam buku idea menggunakan kaedah folio
dan penulisan di dalam buku?
iv) Apakah hasil kreativiti murid menggunakan kaedah folio dan penulisan di
dalam buku?
v) Apakah hasil penulisan langkah kerja menggunakan kaedah folio dan
penulisan di dalam buku?
5.0 Kumpulan sasaran
Kajian ini melibatkan 90 orang murid tahun 5 dari SK Desa Pandan. Muridmurid ini terdiri daripada 40 orang murid lelaki dan 50 orang murid perempuan.

Graf perbezaan murid mengikut jantina


60
50
40
30
20
10
0

Lelaki

Perempuan

Rajah 1: Graf perbezaan murid mengikut jantina


Majoriti murid-murid ini adalah berbangsa Melayu iaitu seramai 86 orang.
Manakala 4 orang murid lagi adalah dari bangsa India.
7

Graf perbandingan murid mengikut bangsa


100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Melayu

India

Rajah 2: Graf perbezaan murid mengikut bangsa


Murid-murid yang terlibat ialah dari kelas 5 Intelek dan 5 Gemilang. Kelas 5
intelek mempunyai seramai 45 orang murid dengan 21 orang murid lelaki dan 24
orang murid perempuan. Murid berbangsa Melayu ialah seramai 44 orang dan
selebihnya ialah berbangsa India iaitu seramai 1 orang. Kelas 5 Gemilang juga
mempunyai jumlah murid yang sama iaitu seramai 45 orang. Jumlah murid lelaki
di dalam kelas ini ialah seramai 19 orang dan jumlah murid perempuan seramai
26 orang. Jumlah murid di dalam kelas ini mengikut bangsa pula ialan 42 orang
murid berbangsa Melayu dan 3 orang murid lagi berbangsa India Kedua-dua
kelas ini secara puratanya merupakan murid-murid yang mempunyai keputusan
cemerlang dari segi akedemik. Oleh itu, murid-murid ini mempunyai potensi
untuk menghasilkan buku idea yang berkualiti.

Graf perbezaan murid mengikut kelas


50
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0
5 Intelek

5 Gemilang

Rajah 3: Graf perbezaan murid mengikut kelas

6.0 Pelaksanaan kajian


6.1. Perancangan langkah-langkah tindakan
Murid-murid dibahagikan mengikut kelas.setiap kelas menjalankan
kaedah pendokumentasian buku idea yang berbeza. Kelas 5 Gemilang
seramai 45 orang murid akan menjalankan kaedah pendokumentasian folio
sementara kelas 5 Intelek seramai 45 orang murid akan menjalankan kaedah
pendokumentasian secara penulisan di dalam buku.
6.1.1. Kelas 5 Gemilang: Pembinaan Folio
Guru memberi penerangan mengenai penghasilan buku idea
menggunakan kaedah folio kepada murid-murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dan meminta murid menyiapkan folio tersebut dalam masa 2
minggu. Berikut adalah langkah-langkah aktiviti yang akan diambil:
i) Guru memberi murid tajuk berkaitan dengan maklumat folio yang
bersesuaian. Format folio tersebut akan diedarkan kepada murid-murid
(Rujuk lampiran 1 dan 2).
ii) Guru memberi murid tempoh 2 minggu untuk menyiapkan folio tersebut

iii) Guru memberi arahan kepada pelajar cara dan teknik untuk membuat
folio secara ringkas dan tepat.
iv) Tinjauan akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memudahkan
pelajar bertanya sebarang masalah berkaitan dengan proses membuat
folio mereka.
6.1.2. Kelas 5 Intelek: Penulisan di dalam buku
Aktiviti menghasilkan buku idea dijalankan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran dengan bimbingan sepenuhnya oleh guru.
Bahan yang diperlukan:
1-Sebuah buku fail dokumentasi

Gambar 1: Buku Fail Dokumentasi


2-Sebuah rak khas di dalam bilik darjah
Berikut adalah langkah-langkah aktiviti yang akan diambil:
i) Pelajar perlu menyediakan sebuah buku fail dokumentasi. Pelajar perlu
menulis nama masing-masing di atas kulit buku mereka.
ii) Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru memberi
bimbingan kepada murid murid untuk menghasilkan
pendokumentasian buku idea yang baik.
iii) Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, buku itu akan
dikembalikan ke rak buku yang disediakan di dalam bengkel

10

Kemahiran Hidup supaya pelajar bebas membacanya pada bila-bila


masa.
6.2. Perancangan cara mengumpul data
Tugasan pendokumentasian ini dijalankan secara individu. Guru akan
mengumpulkan hasil kerja murid-murid. Guru perlu memastikan murid-murid
menghantar tugasanmereka di dalam waktu yang ditetapkan Data-data ini
akan dikumpulkan dan markah yang diperolehi murid akan dicatatkan
didalam satu jadual (Rujuk Lampiran 4). Berdasarkan jadual ini murid
disusun mengikut abjad nama mereka di hadapan sekali, kemudian markah
bagi ujian akan diisikan di ruang bersebelahan nama murid tersebut. Keduadua markah ujian itu akan diisikan di dalam jadual.
Data kajian yang dikumpul akan digunakan untuk dianalisis dan untuk
membuat pembandingkan kualiti penghasilan pendokumentasian buku idea
secara folio dan penghasilan pendokumentasian buku idea penulisan di
dalam buku.
6.3. Perancangan cara menganalisis data
Menganalisis data dijalankan setelah data dikumpulkan. Terdapat 5
item data yang dikumpulkan berdasarkan pendokumentasian yang akan
dianalisis. 5 item data yang akan diambil oleh guru ialah maklumat muka
hadapan, penerangan berkaitan projek, lakaran projek, kreativiti dan langkah
kerja. Setiap item tersebut akan diberikan markah. Berikut adalah senarai
markah bagi setiap item yang dianalisis:
i)
ii)
iii)
iv)
v)

Maklumat muka hadapan


Penerangan berkaitan projek
Lakaran projek
Kreativiti
Langkah kerja

5%
15%
5%
5%
10%

Markah keseluruhan Buku Idea yang di hasilkan murid adalah 40 % (Rujuk


Lampiran 3). Markah yang diperolehi murid akan dicatatkan didalam satu
jadual (Rujuk Lampiran 4)

11

Hasil analisis data tersebut akan di dibahagikan mengikut kategori iaitu


lemah, sederhana, baik dan cemerlang mengikut markah yang diperolehi oleh
murid (Rujuk lampiran 5). Setelah markah murid dikategorikan, saya akan
membandingkan kualiti hasil kerja murid menggunakan kaedah graf. Graf
akan dibuat berdasarkan setiap item yang dinilai dan markah kesuluruhan
untuk mengetahui kualiti hasil kerja murid yang dihasilkan.
Kemudian graf ini akan dibandingbezakan untuk melihat adakah
terdapat kualiti penghasilan pendokumentasian buku idea secara folio dan
penghasilan pendokumentasian buku idea penulisan di dalam buku..

6.4. Perancangan Pelaksanaan Tindakan


6.4.1. Jadual pelaksanaan kajian tindakan
Berikut adalah jadual perancangan pelaksanaan sepanjang
saya melaksanakan kajian tindaka ini:

Bil

Aktiviti

Tarikh perlaksanaan

Mengenalpasti masalah dan pengumpulan


data awal

Februari

Menulis kertas cadangan/proposal kajian

Merancang tindakan

Mac

Melaksanakan tindakan

April

12

Februari

Mengenalpasti masalah dan pengumpulan


data

April

Menulis proposal kajian

Jun

Refleksi kajian

Julai

Menulis laporan kajian

Ogos

Pembentangan dapatan kajian

Oktober

Jadual 1 : Jadual pelaksanaan kajian tindakan

6.4.2. Kos Kajian


Dalam menjalankan kajian tindakan ini, terdapat banyak bahan yang
akan digunakan oleh saya sebelum, semasa dan selepas menjalankan kajian.
Disini saya telah menyediakan satu jadual kos yang perlu dikeluarkan oleh saya
bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar.

Bil

Jenis Bahan

Kertas A4

Kuantiti x Harga
Seunit
1 X RM 10.00

Fotostat Bahan dan laporan

Jumlah kos
RM 10.00
RM 40.00

Kajian

Printer Ink

1 X RM 40.00

RM 40.00

Buku catatan guru

1 X RM 3.00

RM 3.00

Jumlah

RM 93.00

13

Jadual 2 : Kos Kajian

7.0 Tinjauan literatur


Tajuk kreativiti dan reka cipta adalah sangat unik dengan gabungan pelbagai
bidang pelajaran dalam satu kurikulum bersepadu. Harris dan Wilson (2003) di
dalam bukunya Designs on the Curriculum? A Review of the Litearature on the
impact of Desingn and Technology in schools in Ebngland menjelaskan
komponen-komponen utama reka cipta seperti berikut:
1. Merupakan mata pelajaran berasaskan proses yang membina
keupayaan pelajar untuk berfungsi secara elektif dan kreatif dalam
dunia pembuatan
2. Berasaskan kepada knowing how daripada knowing that, atau lebih
kepada pengetahuan tindakan daripada pengetahuan usul
3. Pengalaman pembelajaran secara akademik dan praktikal
4. Memberi kuasa untuk mewujudkan perubahan dalam dunia
pembuatan, tentang memahami proses dan membina keupayaan
untuk membuat operubahan
5. Aktiviti pembayangan, malah melibatkan pemikiran kreatif yang
membawa kepada penghasilan sesuatun produk, sistem atau
persekitaran
6. Memerlukan pelajar untuk lebih kreatif dan penyelesai masalah yang
reflektif sama ada secara individu mahupun berkupulan.
Salah satu tajuk bagi bidang Kreativiti dan Reka Cipta ialah
Pendokumentasian. Menurut Hjh. Zainab Hj. Abd Kadir dan Syahrul Effendy
Ahmad Fuzi (2008) di dalam bukunya myMentor Temanku Kemahiran Hidup
KBSR Tahun 5 menjelaskan pendokumentasian adalah satu proses membuat
laporan bertulis hasil daripada pengumpulan maklumat mengenai projek yang
dicipta. Dokumentasi memberi maklumat mengenai projek reka cipta yang dibuat
dan dijadikan bukti ciptaan dan sebagai bahan untuk membuat permohonan
paten ciptaan.
Tugasan pendokumentasian sememangnya dapat meningkatkan pemikiran
murid secara kritis dan kreatif. Menurut Mok Soon Sang (2008) di dalam bukunya
Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, menyatakan

14

bahawa pemikiran kritis berlaku dalam situasi yang memerlukan seseorang


membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaian terhadap masalah yang
dihadapi. Tambah beliau lagi, pembelajaran secara kreatif membolehkan murid
untuk mengembangkan, memodifikasi, mengubahsuai atau mencipta sesuatu
yang baru melalui pemikiran secara kreatif.
Pelaksanaan tugasan pendokumentasian dapat menggalakkan murid untuk
berfikir secara kritis untuk menganalisa masalah yang dikemukakan oleh guru.
Murid kemudianya perlu berfikiran secara kreatif untuk menyelesaikan masalah
dengan cara mengubahsuai atau mencipta sesuatu yang baru untuk mengatasi
masalah tersebut. Hasil pemikiran murid ini akan dicatat dan dikumpulkan oleh
mereka sendiri dan akan didokumenkan samada dalam bentuk buku atau folio.
Pendokumentasian merupakan salah satu contoh strategi berasaskan
tugasan. Menurut Choong Lean Keow di dalam bukunya Murid dan Alam
Belajar, menyatakan bahawa strategi berasaskan tugasan merujuk kepada
prinsip-prinsip yang disyorkan oleh Merill. Sebagai langkah pertama, murid-murid
diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam
situasi harian. Sebagai alternatif, hasil pembelajaran atau masalah-masalah yang
difikirkan dapat diselesaikan oleh mereka di akhir satu-satu urutan pembelajaran
juga boleh diberi sebagai pengganti masalah. Menurut beliau lagi terdapat 5
komponen prinsip pertama pengajaran Merill yang dikatakan menggalakkan
pengajaran iaitu, demostrasi, aplikasi, pengaktifan, integrasi, dan pemusatan
tugasan.
Guru perlu membuat perancangan yang terperinci untuk melaksanakan
pegajaran tugasan pendokumentasian. Menurut Bryan Coombs (2010) di dalam
bukunya Mengajar Secara Efektif menjelaskan guru perlu membuat persiapan
asas dengan tepat. Pelajar pula mesti betul-betul tahu dan diberi bimbingan
secukupnya. Adakan perbincangan ditetapkan seperti berikut:
i)
ii)
iii)
iv)

format penyampaian hasil kerja


tempoh masa yang diperlukan
tarikh kerja disempurnakan
adakah pelajar sudah diberikan segala maklumat untuk memolehkan
mereka meneruskan kerja sendiri.

15

Rujukan

Bryan Coombs (2010). Mengajar Secara Efektif. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad
Choong, L. K. (2008). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Harris, M. Dan Wilson, V (2003). Desingns on the Curriculum? A Review of the
Litearature on the impact of Desingn and Technology in schools in England,
(Research report 401) Dfes London
Hjh. Zainab Hj. Abd Kadir & Syahrul Effendy Ahmad Fuzi (2008). myMentor
Temanku Kemahiran Hidup KBSR Tahun 5. Petaling Jaya: Penerbit Pan Earth
Sdn. Bhd.
Kamus dewan edisi ke-4 (2005) dewan bahasa dan pustaka kuala lumpur
Mok, S. S. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar.
Puchong: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.
Zulaikha Yusuf (2010). Temanku Kemahiran Hidup Tahun 5.
Petaling Jaya: Info-Didik Sdn. Bhd.

16

Lampiran

17

Вам также может понравиться