Вы находитесь на странице: 1из 2

Malaysia merupakan antara penempatan awal bagi manusia. Peralatan.

Perbezaan kaum dan kelas


ini telah mewujudkan jurang khasnya dalam kalangan
bangsa Melayu sendiri (Abdul Rahim Abdul Rashid, 2002:36) Kegagalan membasmi
kemiskinan akan melambatkan pencapaian Wawasan 2020
yang meletakkan pendidikan sebagai cabaran utama menjadi sebuah negara maju
(Lee, 1999).

Selaras dengan perkembangan ekonomi yang maju, Malaysia memerlukan lebih


ramai tenaga manusia yang cergas dan mempunyai latar belakang pendidikan yang
cemerlang dan tinggi. Perkembangan pendidikan sekarang menunjukkan bagaimana
tahap kelulusan pendidikan untuk semua pekerjaan menjadi semakin tinggi dan
memerlukan persaingan daripada semua pelajar (Wan Mohd Nor Wan Daud,
2005:91-92). Sebagai contoh pada tahun 2003, kadar celik huruf di Malaysia adalah
95 peratus. Ia berhasil memandangkan pendidikan di Malaysia adalah semakin maju.
Lebih-lebih lagi menerusi program sekolah rendah, akses kepada peluang saksama
dalam bidang pendidikan diberikan kepada setiap kanak-kanak, termasuk mereka
yang tinggal di kawasan luar bandar dan terpencil (Malaysia, 2002:22). Maka selaras
dengan ini, pelajar-pelajar luar bandar wajib diberikan pendidikan yang berkualiti bagi
menjamin masa depan mereka agar lebih cemerlang. Justeru, kajian ini akan
meninjau sejauh mana aspek pendidikan mampu untuk merangsangkan kemajuan
masyarakat luar bandar sekaligus dapat membasmi masalah kemiskinan di kalangan
mereka.

Walaupun sememangnya terdapat sumber


bantuan atau kebajikan daripada badan-badan kerajaan ataupun badan-badan
bukan kerajaan (NGO) samada berbentuk kewangan, kemudahan asas, dan
infrastruktur, namun ia dikatakan kurang berkesan kerana tidak sampai kepada
masyarakat luar bandar (Mohd. Zaini Omar, 2002).
Penan ialah suku pribumi yang tinggal di Sarawak, Malaysia Timur. Mereka banyak tinggal di
hutan berhampiran dengan Limbang, Bintulu, dalam kawasan Baram. Kaum Penan hidup
dengan berpindah randah. Atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang. Mereka amat
bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan serta pakaian dari hutan.
Sumber flora dan fauna menjadi sumber rezeki mereka setiap hari. Ruma yang mereka tinggal
hanya diperbuat dari buluh dan berlantaikan kayu bulat, buluh malah tanah sahaja menjadi
lantai rumah mereka. Malahan, rumah mereka juga tidak dilengkapi dengan tandas dan
sebagainya. Ada juga rumah yang dibina di kawasan yang tidak sesuai dan terlalu panas.
Kebanyakan irang Penan tidak mempunyai sijil kelahiran dank ad pengenalan. Proses
pendaftaran terpaksa dibuat di Bandar yang terdekat tetapi masih terlalu mahal bagi mereka.

Apabila disebut sahaja “kaum Penan” umum mengetahui bahawa kaum Penan lebih mundur berbanding
kaum-kaum lain di Malaysia.Kemunduran dan kedaifan hidup mereka sering dikaitkan dengan latar
belakang corak hidup mereka yang sering berpindah-randah atau hidup secara nomad.Apabila disebut
mengenai rancangan pembangunan,corak hidup nomad ini juga dikaitkan sebagai penghalang kepada
usaha pembangunan dan bantuan khususnya daripada pihak kerajaan.Namun persoalannya, pada
zaman "Politik Pembanguan" ini apakah masyarakat Penan masih hidup di belantara;berpindah-randah
dan tidak boleh menerima pembangunan,atau belum dapat didekati walau dengan usaha gigih kerajaan?

Вам также может понравиться