Вы находитесь на странице: 1из 11

1.

0 Pengenalan
Kata santun menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah halus budi Bahasa atau
pekerti, beradab, bersopan. Oleh itu, kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi
Bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Kesopanan Bahasa secara umum bermaksud
penggunaan Bahasa yang baik, sopan beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahada
menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun.
Awang Sariyan (2007) mentakrifkan bahawa kesantunan berbahasa ialah penggunaan
Bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi yang mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
Hildret Geertz dalam Franz Magnis-Suseni (2001: 38) menyatakan bahawa ada dua
kaedah yang paling baik bagi menentukan bentuk pergaulan dalam masyarakat. Dua kaedah ini
sangat erat hubunganya dengan kesantunan Bahasa. Kaedah pertama adalah daripada setiap
situasi manusia untuk bersikap sepatutnya sehingga tidak menimbulkan konflik. Franz
mengatakan kaedah ini sebagai prinsip rukun. Kaedah kedua menuntut agar semua manusia
untuk menunjukkan sikap hormat terhadap orang lain sesuai dengan darjat dan kedudukannya
apabila bergaul. Franz mengatakan kaedah ini sebagai prinsip hormat.
Asmah Hj. Omar (2002: 08) mendefinisikan santun Bahasa sebagai penggunaan
Bahasa berpandukan peratutan-peraturan tertentu, yang pada amnya ada tiga jenis peratura
penggunaan Bahasa iaitu peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peratutan
pragmatik. Menurut beliau, peraturan linguistik adalah peraturan yang memastikan keteraturan
sebutan dan nahu dalam penggunaan Bahasa. Peraturan sosiolinguistik pula adalah peraturan
yang mengawal ketertiban social orang-orang yang berinteraksi antara satu sama lain. Sama
ada secara tidak setara, takni komunikasi antara penulis dengan pembaca. Manakala aspek
pragmatic pula adalah tumpuan yang diberikan kepada tujuan penggunaan Bahasa iaitu kesan
yang ingin disampaikan dan tindakan lanjutan daripada kesan tersebut.
Berdasarkan pengertian tersebut, kesantunan dapat dilihat dari berbagai segi dalam
pergaulan seharian. Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun
atau etika dalam pergaulan seharian. Kesantunan juga berlaku dalam masyarakat, tempat, atau
situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku bagi masyarakat, tempat, atau situasi lain. Contonya,
Mengunyah makanan dengan mulut berbunyi kurang sopan kalua sedang makan dengan orang
ramai di sebuah jamuan, tetapi hal ini tidak dikatakan kurang sopan apabila dilakukan di rumah.

Seterusya kesantunan selalunya mempunyai hubungan dua kutub seperti antara anak dan
orangtuanya, antara orang masih muda dan orang yang lebih tua, antara murid dan guru dan
sebagainya. Kesantunan juga tercermin dalam cara berpakaian, cara perbuatan, dan cara
bertutur.
Dengan memahami pengertian yang telah dihuraikan mengenai kesantunan di atas,
tulisan ii akan cuba mengulas dan membandingbezakan keesantunan berbahasa masyarakat
Melayu dengan salah satu kaum lain di Malaysia iaitu masyarakat kaum cina.
Berdasarkan agama Islam pula hubungan antara manusia dengan manusia juga
dibatasi dengan peraturan-peraturan yang tertentu. Bagi masyarakat Melayu, tingkah laku
dalam berbudaya dan berbahas dipengaruhi oleh Akhlak. Akhlak bermaksud tabiat, perangai
atau amalan dalam sistem perlaku yang dibuat. Selain akhlak, budi juga memainkan peranan
penting dalam nilai kesantunan bangsa Melayu. Kamus Dewan (1996) mentakrifkan budi
kepada beberapa bahagian, iaitu:
A.
B.
C.
D.

Budi sebagai akal, kebijaksanaan


Budi sebagai perangai, tingkah laku, kelakuan, watak
Budi sebagai sifat baik, perbuatan baik, kebajikan
Budi sebagai bicara, daya upaya

Orang yang berbudi sering kali dianggap sebagai orang yang tinggi akhlak dan ilmunya.
Budi mempunyai nilai yang amat tinggi dalam masyarakat Melayu. Jika dilihat daripada aspek
kehidupan seharian, budi boleh membawa maksud sebagai beradab sopan dalam tingkah laku,
pandai menghormati orang lain, berhati mulia, berbahasa dalam tutur kata. Maka daripada itu,
banyak pantun-pantun Melayu yang memperkatakan tentang budi. Contohnya seperti pantun:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau pandan jauh ke tengah,


Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.


Budi juga amat berkait dengan Bahasa, seperti dalam pepatah Melayu, orang berbudi
kita berbahasa. Dengan budi Bahasa yang baik, seseorang itu akan dianggap sebagai orang
yang berakhlak dan beradab sopan.
(619 Patah Perkataan)

2.0 Perbezaan kesantunan Berbahasa masyarakat Melayu dengan Kaum Cina


Masyarakat Melayu memang terkenal dengan budaya kesopanan dan kesantunan yang
tinggi. Dari permulaan waktu anak-anak dikecil masyarakat melayu sudah diajar tentang
tatacara dan sopan santun ketika berbual atau melakukan sesuatu. Setiap perbuatan ada
batasan dan peraturan yang harus dipatuhi. Sesuai dengan pemahaman bahawa bangsa
Melayu adalah beragama Islam, maka setiap peri laku manusia dalam masyarakat Melayu
aakan dibatasi sama ada dengan hukum adat mahu pun hukum agama itu sendiri.
Manakala kaum Cina pula, merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia selepas kaum
Melayu. mereka asalnya dibawa ke Malaysia untuk bekerja sebagai buruh di sektor-sektor
perladangan dan perindustrian. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu dan bercamput gaul
dengan masyarakat tempatan telah menimbulkan satu pertembungan budaya. Malah ada di
kalangan mereka yang dating telah berkawin dengan orang Melayu dan terus hidup sebagai
sebahagian daripada orang Melayu, maka dari itu wujudnya Kaum Cina Baba seperti yang
tedapat di Melaka dan Penang. Bagi mereka yang mengahwini masyarakat tempatan tentunya
akan beragam Islam, tetapi bagi mereka yang kekal dengan adama masing-masing dan
berumahtangga dengan orang yang sebangsa dan seagama pula telah melahirkan generasi
Cina baru yang berhak mendapat hak Kerakyatan Malaysia.
Secara umum, setiap agama dan bangsa mengajar penganut dan pengamalnya
melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Cuma cara dan amalan sahaja yang berbeza
antara suatu bangsa dengan yang lain.
Apabila berinteraksi sesama manusia, masyarakat Melayu amat menitikberatkan budi
Bahasa yang mulia, iaitu dalam setiap peringkat umur dan golongan masyarakat yang
berinteraksi mempunyai nilai dan etika yang tersendiri. Contohnya Semasa dalam pergaulan,
hubungan keluarga telah mentukan bahawa orang yang lebih tua akan dipanggil dengan
panggilan tertentu, abang untuk lelaki dan kakak untuk perempuan. Begitu juga sekiranya

pergaulan di dalam masyarakat yang lebih tinggi kedudukannya. Sekiranya seseorang itu
terdapat gelaran, maka gelaran tersebut harus disebut dengan sopan. Contohnya, Dato, caracara sebutan haruslah sesuai dengan gelaran Dato itu sendiri. Begitu jjuga dengan Yang
Berhoramat, Yang Amat Berhormat dan sebagainya, adalah kurang sopan sekiranya hanya
memanggil sekadar namanya sahaja.
Selain itu, seseorang individu tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan
perkataan yang dianggap kurang ajar atau kurang sopan, contohnya dalam dialog antara
seorang anak kepada ayahnya, ayah, kau tak ke mana-mana ke? Aku nak guna kereta kejap..
Sudah tentu si Ayah tidak akan mengizikan anaknya meminjam kereta walaupun panggilan
ayah digunakan pada pangkal ayat. Bagi masyarakat Melayu, komunikasi yang santun
mempunyai ayat atau memberi salam terlebih dahulu, ataupun dimulakan dengan puji-pujian
terhadap Allah dan Rasul atau pun dimulakan dengan kata-kata manis bergantung kepada
kepada situasi dan tempat komunikasi tersebut berlaku.
Apabila berbicara bersama teman pula, pilihan Bahasa yang digunakan akan bersifat
lebih santai dan bersahaja. Penggunaan kata diri seperti aku, engkau, kamu, awak tidak dikira
sebagai tidak santun atau tidak sopan, sebaliknya akan menjadi komunikasi lebih mesra dan
lancer. Penggunaan Bahasa yang berdasarkan kepada konteks dan situasi inilah yang
membentuk sifat-sifat kesantunan dalam masyarakat Melayu ketika berbahasa. Penggunaan
Bahasa tersebut pula harus disasarkan kepada keperluan menjaga tertib dan adab dalam
berinteraksi. Contohnya, Seseorang yang menjalani temu duga kerja seharusnya menggunakan
Bahasa yang formal dan rasmi, dan diucapkan dengan tatatertib yang tersendiri bersesuaian
dengan keadaan temu duga tersebut. Begitu juga dengan cara berpakaian yang akan
mempengaruhi kesantunan Bahasa seseorang itu.
Manakala masyarakat Cina pula, mereka berkomunikasi dengan nada suara yang halus.
Walaubagaimanapun penggunaan Bahasa Melayu mereka kurang fasih tapi mereka boleh
bertutur Bahasa Melayu dengan nada dan intonasi yang lebih sopan. Contohnya dalam ayat
ketika proses tawar menawar harga jualan:
Apasal ini macam ma niaga ini macam mana ada manyak untung
Selain itu, Bagi masyarakat Cina, tunduk ketika memberi salam adalah dianggap
sebagai satu tingkah laku yang sopan santun. Tingkah laku ini bertujuan untuk menunjukkan
perasaan hormat dalam hati terhadap orang lain. Menunduk ketika memberi salam adalah lazim
dalam masyarakat Cina pada zaman Dahulu. Di dalam Di Xi Gui iaitu karya yang ditulis oleh Li

Yu Xiu (1662- 1722), Penulis telah menasihati orang muda supaya sentiasa memberi
keutamaan kepada orang tua semasa makan. Orang muda mesti menuggu orang tua makan
dahulu sebelum mereka mula menjamu selera.
Seterusnya, Masyarakat Cina menunggu sehingga semua ahli keluarga tiba di depan
meja makan sebelum mereka mula menjamu selera. Perbuatan ini dianggap sebagai tanda
penghormatan terhadap semua ahli keluarga. Seterusya, Bagi yang menganuti agama Buddha,
mereka tidak dibenarkan untuk memakai topi dan kasut semasa bersembahnyang di dalam
tokong. Hal ini kerana perbuatan ini dianggap tidak mengormati Tuhan. Selain di dalam tokong,
masyarakat Cina juga digalakkan untuk menaggalkan kasut sebelum memasuki ke dalam
rumah seseorang. Pebuatan ini dilakukan bagi menghormati tuan rumah.
Disamping itu, Ketika bangun dari tidur, masyarakat Melayu akan memulakan hari
dengan membaca doa bangun tidur, iaitu berkomunikasi antara Pencipta dan Makhluk yang
dibuat sewaktu subuh. Memulakan hari dengan berdoa adalah menjadi satu amalan yang
sudah sebati dalam masyarakat Melayu, sekiranya ada yang terlupa maka akan menjadi satu
kesalahan.
Melalui hubungan antara Pencipta dan Makhluk, seseorang pengamal budaya Melayu
secara tidak langsung telahh mengikat diri mereka degnan peraturan yang wujud dalam agama
itu sendiri. Berdasarkan terhadap pemahaman terhadap tuntutan agama yang berbentuk rukun
iman dan rukun Islam. Masyarakat Melayu telah terikat kepada mematuhi perkara-perkara yang
disuruh dan ditegah dalam agam Islam. Ini secara langsung akan membentuk sahsiah dan
akidah yang kukuh dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Seterusnya, penganut Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan setiap tahun hijrah dalam
bulan Ramadhan. Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk
mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan
beribadah kepada Allah. Pada pagi Syawal pertama, anak-anak akan memohon maaf daripada
ibu bapa mereka. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak dalam
sampul duit. Mereka akan bersembahyang di masjid sebelum melawat kubur arwah saudara.
Salah satu lagi upacara yang diraikan ialah Hari Raya Aidiladha. Perayaan ini disambut
pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Pada hari
ini, umat Islam akan menyembelih lembu atau kambing bagi memperingati kesanggupan Nabi
Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Masyarakat Melayu bukan
sahaja meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, malah menyambut perayaan Islam yang lain

seperti Maulidur Rasul, Awal Muharam, dan sebagainya. Pada hari tersebut, baju Melayu
bersama songkok merupakan pakaian tradisional yang dipakai oleh umat Islam.

Hari Raya Aidilfitri


Bagi Masyarakat Cina pula, mereka mempunyai adat resam atau pantang larang yang
agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitara oleh persekitaran
darn alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepda nasib. Dalam pelbagai
perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal yang
berkaitan dengan kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini
diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina.
Antara perayaan yang utama yang dirahihkan oleh kaum Cina adalah Tahun Baru Cina.
Perayaan ini disambut besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan
kedatangan tahun baru menurut kalender mereka. Pada malam Tahun Baru semua ahli
keluarga berkumpul. Pemberian angpau dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga.
Setelah 15 hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei, menandakan
berakhirnya Tahun Baru Cina. Ia disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara
besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama
keluarga. Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei.
Perayaan Kuih Bulan juga merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina
menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan. Perayaan Kuih Bulan disambut pada
hari ke-15 pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan

September. Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu
sendiri.

Perayaan Tahun Baru Cina

(1231 Patah Perkataan)

3.0 Rumusan
Untuk memperkatakan kesantunan Bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu dan
Masyarakat Kaum Cina sememangnya memerlukan masa dan ruang yang lebih besar. Namun
dapat dikatakan bahawa masyarakat Cina juga mempunyai kesantunan Bahasa ketika
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan mereka akan lebih santun sekiranya didedahkan
dengan penggunaan Bahasa Melayu yang lebih luas. Mereka tidak dapat menunjukkan
kesopanan kerana tidak memahami penggunaan Bahasa Melayu dengan mendalam,
sebaliknya hanya menggunakan Bahasa Melayu pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Kesantunan Berbahasa ialah kesopan dan kehalusan sewaktu menggunakan Bahasa
sama ada secara lisan atau tulisan. Kita hendaklah mengamalkan Kesantunan Bahasa sewatu
berkomunikasi tidak kira dengan orang yang dihormati orang yang sama taraf atau rendah
kedudukan daripada kita. Kesantunan Bahasa mempunyai nilai hormat yang tinggi, kosa kata
yang halus serta tidak meyinggung perasaan orang lain.
Hasrat kerajaan dalam membudayakan Bahasa Melayu di dalam kalangan masyarakat
Malaysia sememangnya metupakan hasrat yang murni, namun dalam keadaan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum, tentunya kaum-kaum lain juga ingin memelihara Bahasa ibunda
masing-masing agar tidak hilang begitu sahaja. Maka satu bangsa satu Bahasa yang pernah
dilaung-laungkan mungkin hanya dapat dilaksanakan di kalangan segelintir masyarakat sahaja.
Keindahan dan kesantunan dalam Bahasa Melayu yang mempunyai etika, keindahan dan
kesopanan hanya dapat diamalkan dan diikuti oleh masyarakat Melayu iti sendiri.
(202 Patah Perkataan)

4.0 Refleksi
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dengan limpah dan kurniaNya,
dapat juga saya siapkan kerja kursus GSB 1022 Kesantunan Masyarakat Malaysia dengan
jayanya. Dalam usaha saya untuk menyiapkan kerja kursus ini, terdapat pelbagai halangan
yang telah saya tempuhi dan pengalaman berharga yang telah saya perolehi. Pelbagai
pengelaman yang telah dilalui semasa menyiapkan kerja kursus ini telah sedikit sebanyak
menjadikan saya seorang insan yang lebih berpengetahuan dan berfikiran terbuka. Sebelum
mendapat tugasan ini, saya beranggapan bahawa tugasan untuk kerja kursus ini adalah sama
dengan tugasan yang telah saya lakukan semasa di sekolah iaitu Pengelaman Berasaskan
Sekolah(PBS). Tetapi apabila mendapatkan tugasan ini, saya merasakan sangat tercabar untuk
diselesaikan kerana ia memerlukan saya untuk membuat lebih banyak kajian dengan lebih teliti
dan pembacaan yang lebih banyak serta pemahaman yang tinggi kerana tugasan ini lebih
meluas dan kompleks.
Sebelum memulakan tugasan ini, saya sememangnya tidak mampu melakukan kerja
kursus ini kerana kurang berpengetahuan untuk melakukannya. Tetapi, bak kata pepatah
melayu, Yang bulat tidak dating bergolek, yang pipih tidak dating melayang. setelah berusaha
dan diberi tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah subjek GSB iaitu En. Pati Anak Alap,
maka saya mampu menyiapkan kerja kursus ini. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada
beliau kerana telah memberi penerangan yang jelas terhadap gambaran terhadap kesantunan
berbahasa kepada saya sepanjang pengajian saya dalam subjek ini.
Tidak lupa juga, rakan-rakan saya yang turut membantu saya dalam melengkapkan
tugasan ini. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini, kami telah berganding bahu dari
segi berkongsi ilmu, mencari maklumat, memberikan sudut pandangan yang berbeza. Oleh itu
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana dapat membantu dalam
menyiapkan tugasan ini.
Semasa mencari maklumat dan informasi berkaitan dengan kerja kursus ini, saya telah
menerima banyak faedah dan manfaat yang berguna untuk diri saya. Saya sedar bahawa
kesantunan berbahasa merupakan satu aspek yang sangat penting dalam sesebuah
masyarakat. Slogan Budi Bahasa budaya kita jelas menunjukkan berbudu Bahasa
mencerminkan kemajuan sesebuah masyarakat. Saya merasakan walaupun subjek ini
bukanlah subjek utama saya, tetapi penting terhadap diri saya. Oleh itu, saya akan sentiasa
bersedia sekiranya diamanahkan untuk menjalani tugasan ini.

Seterusnya, maklumat-maklumat yang baru saya dapati semasa proses menyiapkan


kerja kursus ini, saya dapat amalkan dan memanfaatkan ilmu tersebut kepada generasi yang
akan datang apabila saya telah Berjaya menjadi seorang pendidik.
Semasa melakukan kerja kursus ini, terdapat beberapa halangan yang telah saya
hadapi menyebabkan terdapat kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini. Antara masalah
tesebut ialah kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang sahih. Hal ini kerana setiap
sokongan ilmiah yang hendak di letakkan di dalam kerja kursus ini perlu dipastikan dahulu
sama ada sokongan ilmiah tesebut benar-benar tulin dan tebukti ketokohannya. Selain itu,
Bahan-bahan rujukan tentang pentaksiran adalah terhad. Oleh itu, saya mengambil masa yang
lama untuk menyiapkan tugasan ini kerana keliru dengan isi kandungan yang perlu dimasukkan
ke dalam folio.
Akhir kata, sebagai guru, aktiviti ini amat membantu saya bukan sahaja dari segi
menjaga akhlak dan kesantunan bahasa saya tetapi membantu saya apabila saya berada
dalam dunia persekolahan dengan anak murid saya pada masa hadapan. Dengan ini, lahirlah
individu yang bertanggungjawab, berakhlak mulia serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
(519 Patah Perkataan)

5.0 Rujukan
Amat Juhari Moain, 1985. Sistem panggilan Dalam Bahasa Melayu. Suatu Analisis
Sosiolinguistik. Tesis Ph.D Akademi pengajian melayu. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
A.Samad Ahmad, 2003 Sulatus Salatin Sejarah Melayu: Edisi Pelajar. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah haji Omar, 1986. Bahasa Dan ALam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Brown, P., & Levinsons, S. 1987. Politeness: Some Universal in Language Usage.
Cambridge: Cambridge University Press.
Mohd Tajuddin Haji Abd Rahman, 1999. Kamus Peribahasa Melayu Untuk Pelajar. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
T.A.Ridwan, 2001. Bahasa Melayu: Peranan Dan Nilai-Nilai Moralisme Di Dalamnya.
Dalam Yaacob Harun, Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

Вам также может понравиться