Вы находитесь на странице: 1из 3

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon,

gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa,
Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk
ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong
lebih dianggap sinonim dengan gamelan.
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud
memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan
Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah
meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah.
Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan
Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke
Terengganu.
Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah
berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam
di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada
1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah
Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari
gamelan.Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan
dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih
penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Demikian
pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang
bersama melatih kumpulan Trg yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga
1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan
tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru,
lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah
manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab
menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan
Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke
Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik
Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya
tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan
Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di
Pekan dan dipamerkan.

Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang, gambang, gendang dan
gong. Perkataan 'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang
bermaksud memukul atau tukul. kemudian gamelan diperkenal kan ke pahang dan
seterusnya ke Terengganu.

Bonang:
Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro
lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya
berbalut. Alat ini dikenali juga sebagai Keromong. Diistilahkan sebagai gong yang
berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' dan merupakan alat melodi
utama. Alat muzik ini mengandungi 2 oktaf yang berlaras "anhemitomik pentatonik"
dan disongsangkan.

Secara fizikalnya alat ini mempunyai bentuk seperti kendi dan bunyinya
berdengung. Dalam bahasa jawa, bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai
wedok manakala yang beroktaf tinggi dikenali sebagai lanang.
Kenong:
Kenong menyerupai gong tetapi lebih nipis, bulat dan kecil berbanding gong. Alat ini
diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras
untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang
digunakan sama seperti pengetuk bonang.

Gambang:
Merupakan alat muzik yang diperbuat daripada kayu keras, mempunyai 21 keping
kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang.
biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'.
cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan
serentak.
Saron
Saron terdiri daripada bilah-bilah yang disusun di atas tapak kayu. Terdapat 3 jenis
saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron peking.

Gendang:

Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan,
ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah
pincang.

Вам также может понравиться