Вы находитесь на странице: 1из 41

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kepakaran seorang kaunselor merupakan elemen yang penting dalam


menentukan keberkesanan proses kaunseling (Whiston & Coker, 2000). Namun,
kompetensi adalah lebih penting kerana pakar-pakar terapi berpendapat bahawa ia
merupakan faktor yang paling utama dalam pemilihan calon kaunselor (Grunebaum,
1983; Neukrug & Williams, 1993; Neukrug, Miliken, & Shoemaker, 2001). Oleh yang
demikian, setiap kaunselor bertanggungjawab untuk memastikan dirinya pakar dan
kompeten sebagai syarat utama untuk memberikan perkhidmatan kaunseling dengan
lebih berkesan dan cemerlang.

Secara umum, kecemerlangan seseorang individu itu amat bergantung kepada


keupayaannya untuk mengeksploitasi tiga aset utama: pengetahuan, kemahiran, serta
kreativiti (Treasury Board of Canada, 2000), demi mengharungi era globalisasi.
Kenyataan ini adalah bertepatan dengan pendapat Neukrug (2007) yang mengatakan
bahawa kaunselor yang cemerlang dan kompeten sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan
serta berminat untuk meneliti trenda dan pendekatan-pendekatan kaunseling terkini
agar tidak ketinggalan dalam bidang yang diceburinya.

2
Selain penguasaan pengetahuan dan pendekatan terkini dalam kemahiran
kaunseling, kesepaduan antara kedua-duanya dengan aspek personaliti telah terbukti
menjadikan seseorang kaunselor itu kompeten kerana menurut Boyatzis (1982), aspekaspek seperti kebolehan, keupayaan, tret personaliti, dan sikap juga merupakan faktorfaktor yang menentukan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.

Justeru, kajian ini telah mengambil kira hubungan antara kompetensi kaunseling
dengan personaliti dalam kalangan guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya
Semenanjung Malaysia, dengan dapatan yang membuktikan bahawa kesepaduan antara
komponen kompetensi kaunseling dengan personaliti merupakan syarat utama yang
memenuhi keperluan profesional mereka dalam mengendalikan perkhidmatan
kaunseling.

Kompetensi pengetahuan dalam kajian ini merujuk keupayaankeupayaan


minimum dalam tujuh bidang kaunseling yang telah ditetapkan selaras dengan garis
panduan Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2003), iaitu pentaksiran, kerja
kelompok kaunseling, perkembangan kerjaya, pertumbuhan dan perkembangan
manusia, identiti profesional, kepelbagaian sosial dan budaya, serta penyelidikan dan
penilaian program.
Kompetensi kemahiran pula difokuskan kepada kemahiran asas mikro iaitu
kemahiran memberikan perhatian (attentive behavior) yang merangkumi kontak mata
(eye contact), bahasa badan (body language), mutu vokal (vocal qualities), dan
menjejak jalan cerita (verbal tracking) (Ivey, 1983; 1996).

Dimensi personaliti yang diukur dalam kajian ini merangkumi 11 tret personaliti
diri yang terkandung dalam Profil Personaliti TAJMA iaitu asertif, analitikal,
keterbukaan, keyakinan diri, kepimpinan, jati diri, prihatin, intelektual, pencapaian,
integriti, dan ketidakselarasan (Mohd.Tajudin, 2007).

Hasil penemuan daripada kajian ini memaparkan tahap kompetensi kaunseling


dan personaliti, darjah kekuatan hubungan antara dimensi-dimensi kompetensi
kaunseling dengan tret personaliti, dan dimensi-dimensi utama kompetensi kaunseling

3
yang mempengaruhi personaliti dalam kalangan guru kaunseling sekolah menengah di
bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.2

Latar Belakang Masalah

Kebanyakan model dan profil kompetensi mengandungi elemen-elemen yang


berhubung kait dengan aspek personaliti setiap individu (Vathanopas & Thai-Ngam,
2007).

Begitu juga bagi seorang kaunselor, personaliti yang ada pada dirinya sangat

penting dalam mengintegrasi kemahiran komunikasi dan kaunseling (Mohamed Sharif,


Roslee, Sulaiman, & Azizi, 2005).

Boyatzis (2002) berpendapat, untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan


dan pembimbing eksekutif, seseorang itu perlu sensitif akan perasaan orang lain, yang
merujuk aspek empati. Di samping itu, untuk menjadi seorang yang sensitif akan
perasaan orang lain, dia perlu sensitif akan dirinya sendiri terlebih dahulu, yang
merujuk aspek kesedaran emosi kendiri.

Kedua-dua kompetensi yang utama dan

kritikal itu, amat signifikan pada tahap kemahiran interpersonal.

Para kaunselor

memerlukan latihan dan pembangunan kompetensi-kompetensi tersebut. Oleh yang


demikian, proses bimbingan pasti akan menjadi lebih berkesan jika kaunselor-kaunselor
tersebut berada pada tahap personaliti yang mantap.

Welfel (2006) telah menerangkan bahawa kepentingan kompetensi kaunseling


dan juga perkaitan antara komponen kompetensi kaunseling dengan aspek personaliti
dalam huraian berikut:

Competence is in many respects the most obvious ethical obligation


of the practitioner because incompetent practice greatly increases the
likelihood of harm to a client and radically decreases the potential for
helping. Nevertheless, profesional competence defies easy definition;
however, three major components capture the essence of its meaning.
These components are knowledge, skill, and diligence (ms. 47).

4
Sebagai rumusan, jelas menunjukkan bahawa kompetensi-kompetensi ini bukan
sahaja merangkumi kemahiran-kemahiran intelektual yang terdiri daripada pengetahuan
dan kemahiran-kemahiran teknikal, tetapi juga kemahiran-kemahiran insani, seperti
keupayaan-keupayaan intrapersonal dan interpersonal yang berdasarkan kecerdasan
emosi (Goleman, 1995).

Keupayaan-keupayaan ini ternyata berkait rapat dengan

kemantapan personaliti.

1.2.1

Komponen Kompetensi Kaunseling : Pengetahuan dan Kemahiran

Kompetensi dilihat sebagai keupayaan-keupayaan berdasarkan kecerdasan yang


memperlihatkan kelakuan-kelakuan atau kemahiran-kemahiran yang memberikan kesan
kepada prestasi kerja (Mitrani, Dalziel, & Fitt, 1992; Ulrich, Brockbank, Yeung, &
Lake, 1995; Catano, 2001). Kecerdasan yang selalu dkaitkan dengan kompetensi ini
ialah IQ (Intelligent Ouotient) iaitu kecerdasan untuk menyelesaikan masalah secara
logik yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran teknikal dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan (Brody & Brody, 1976; Hunter & Hunter, 1984).

Berdasarkan sorotan penulisan, didapati kajian kompetensi kaunseling telah


lama dijalankan. Buktinya, Worthington, Soth-Mcnett, Angela, dan Moreno (2007)
telah mengendalikan analisis kandungan dalam kajian empirikal terhadap kajian-kajian
kompetensi kaunseling pelbagai budaya yang telah dijalankan dalam tempoh 20 tahun.
Hasil analisis yang telah dikendalikan, mereka telah mengenal pasti bahawa, terdapat
sebanyak 75 dapatan daripada artikel-artikel tersebut telah menggunakan 81 sampel
kajian yang berbeza. Dapatan-dapatan tersebut merangkumi (a) data deskriptif yang
merujuk reka bentuk kajian, metodologi, dan ciri-ciri sampel kajian; (b) topik dan tema
utama dalam sorotan penulisan kajian empirikal terhadap kaunseling pelbagai budaya
dan sosial; dan (c) sumbangan terbaru daripada kajian-kajian tersebut.

Berdasarkan sorotan kajian lepas, banyak tumpuan diberikan kepada aspek


pengetahuan dan kemahiran kaunseling.

Sebagai contoh, Corey (2001) telah

menghuraikan ciri-ciri kaunselor yang efektif; iaitu mereka yang memiliki kompetensi
dalam kaunseling dari aspek kepercayaan dan sikap, pengetahuan, dan kemahiran, serta
peka terhadap budaya kliennya.

5
Seterusnya, Holcomb-McCoy (2000) telah meninjau faktor-faktor kompetensi
kaunseling pelbagai budaya yang terdapat dalam Association of Multicultural
Counseling and Development (AMCD). Melalui analisis faktor, beliau telah mengenal
pasti lima faktor kompetensi kaunseling pelbagai budaya; kesedaran, pengetahuan,
definisi-definisi istilah, pembangunan identiti, ras, dan kemahiran.

Berikutnya, Sodowsky (1994) telah membina instrumen Inventori Kaunseling


Pelbagai Budaya (MCI), iaitu instrumen laporan kendiri yang mengukur kompetensi
kaunseling pelbagai budaya. MCI telah ditadbirkan ke atas 604 orang pelajar psikologi,
ahli psikologi, dan kaunselor (kajian 1) dan juga ke atas 320 orang kaunselor universiti
(kajian 2). Keputusannya, pengkaji mendapati bahawa MCI mempunyai empat faktor
iaitu kemahiran, kesedaran, perhubungan dalam kaunseling, dan pengetahuan.

Hines (2002) pula berpendapat bahawa pengetahuan dan kemahiran teknologi


merupakan kompetensi yang penting. Sehubungan dengan itu, beliau telah menyorot
pertumbuhan teknologi dan pembangunan yang piawai berkaitan dengan teknologi
dalam kaunseling, pre-K-12, pendidikan, program-program persediaan guru, dan
bidang kaunseling di sekolah.

Berikutnya, Lewis (2004) telah membuat kajian berkaitan dengan komponen


kompetensi pengetahuan dan kesedaran kerana beliau telah mengenal pasti hubungan
antara laporan kendiri dengan penilaian tingkah laku untuk melihat perbezaan tahap
latihan.

Alat ujian laporan kendiri yang digunakan ialah Skala Pengetahuan dan

Kesedaran Kaunseling Pelbagai Budaya (MCKAS) dan Counselor Rating Form-Short


Version (CRF-S) untuk mengukur kompetensi, sementara Cross Cultural Counseling
Inventory-R (CCCI-R) untuk mengukur tingkah laku.

Ridley, Mendoza, Kanitz, Angermeier, dan Zenk (1994) mengatakan bahawa


apabila kaunselor mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang perbezaan antara
budayanya dengan budaya klien, kaunselor akan lebih berkeupayaan untuk
memperoleh, memperkembang, dan menggunakan budaya klien secara aktif dan tepat
dalam proses kaunseling. Seterusnya, keadaan ini akan dapat membantu kaunselor
memilih strategi-strategi intervensi serta teknik-teknik yang sesuai untuk klien.

6
Pendapat tersebut disokong oleh Atkinson dan Lowe (1995) melalui sorotan
literatur terhadap kajian berbentuk empirikal yang telah membuat kesimpulan bahawa
klien etnik minoriti misalnya, melihat kaunselor yang mempunyai kesedaran dan
pengetahuan pelbagai budaya bersikap lebih positif berbanding dengan kaunselor yang
tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan pelbagai budaya.

Di samping itu, proses kaunseling merupakan suatu proses yang saintifik dan
dinamik. Penguasaan pengetahuan, kemahiran pelaksanaan, dan kesedaran dalam
kalangan kaunselor adalah penting supaya sesuatu proses kaunseling itu berjalan
dengan baik (Hilmi, 2006).

Mallincrodt (1993) telah menjalankan kajiannya ke atas 61 orang klien dengan


43 orang kaunselor pelatih peringkat sarjana dan kedoktoran di pusat kaunseling
komuniti, Universiti Oregon. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sesi kaunseling
yang dijalankan dengan pendekatan lebih lembut dan relaks, mudah, dan selesa, adalah
penting terutamanya pada peringkat awal proses kaunseling.

Keadaan sedemikian

menjadi pemangkin ke arah pembinaan dan pengukuhan ikatan kerjasama kaunselorklien, manakala penerokaan yang mendalam ke atas permasalahan yang dibincangkan
dalam sesi adalah penting dalam keseluruhan proses kaunseling.

Dapatan kajian ini adalah sepadan dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh
Tryon dan Kane (1993) yang menyarankan agar kaunselor memulakan pembentukan
ikatan kerjasama kukuh pada sesi awal proses kaunseling.

Kemahiran membina

hubungan pada peringkat awal sesi adalah penting kerana

pembentukan ikatan

kerjasama kaunselor-klien pada peringkat ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan


ikatan kerjasama peringkat seterusnya sehinggalah tamat proses kaunseling.

Wan Rafaei (1995) menyatakan bahawa kaunselor harus sedar dan mengetahui
tentang nilai, sikap, dan bias budaya mereka. Pengetahuan tentang nilai, sikap, dan bias
budaya klien penting kerana dengan menyedari aspek-aspek ini, mereka akan dapat
mengawal dan menghindari daripada mempengaruhi dirinya apabila berhadapan
dengan klien berlainan budaya. Salah satu langkah pengawalannya adalah dengan cara
rundingan, penyeliaan, dan penyelidikan berterusan.

7
Merentasi kesemua teori dan pendekatan dalam kaunseling, penggunaan teknik
dan kemahirankemahiran asas kaunseling dikatakan dapat mewujudkan suasana
terapeutik yang dapat memberikan kesan positif ke atas proses kaunseling (Hovarth &
Greenberg, 1994).

Kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan pada awal sesi dapat


menunjukkan keberkesanan pada hasil akhir proses kaunseling, walaupun hasil akhir
sesuatu proses kaunseling tersebut tidak dapat diukur dengan jelas dan tepat sama ada
proses itu benar-benar berkesan dan bermakna kepada klien. Namun begitu, dapatan
kajian Gillispie (1998) telah membuktikan bahawa persepsi klien terhadap tingkah laku
kaunselor untuk lebih memahami dengan merujuk kemahiran interpersonal, dapat
meramalkan tahap kepuasan klien dalam proses kaunseling secara signifikan.

Di samping itu, klien mendefinisikan sesi kaunseling yang baik sebagai sesi
yang menggunakan pendekatan yang lembut. Faktor ini adalah disebabkan bahawa
pendekatan seumpama itu membuatkan klien lebih percaya dan berasa selamat bersama
kaunselor sepanjang proses kaunseling berlangsung (Mallincrodt, 1993).

Melalui sorotan kajian lepas, didapati banyak kajian yang mengkaji komponen
pengetahuan dan kemahiran dalam kaunseling.

Kedua-dua komponen tersebut

merupakan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dapat mempengaruhi keberkesanan


seseorang kaunselor (Hilmi, 2006).

1.2.2

Personaliti

Personaliti adalah satu bidang ilmu yang mengkaji individu dan dapat
menjelaskan perbezaan antara seorang individu dengan individu yang lain (Cloninger,
1993; Allport, 1937; Cattell, 1957; Jung, 1971; Hermans, 1988). Pelbagai cara telah
digunakan untuk menggambarkan perbezaan personaliti, sama ada kajian berkaitan
jenis personaliti, tret, atau faktor (Cloninger, 1993). Kajian menunjukkan bahawa
selain pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan, personaliti juga merupakan peramal
yang penting untuk kecemerlangan dalam kerjaya (Kierstead, 1998).

8
Heyman dan Giles (2004) berpendapat bahawa konsep-konsep tret seperti
kepintaran, antisosial, dan sifat malu dapat dijadikan pengukur untuk menjelaskan dan
membuat ramalan tentang kehidupan sosial seseorang. Contohnya, kefahaman tentang
konsep tret seseorang individu boleh membantu kita untuk memahami cara individu itu
melihat kehidupan manusia.

Berikutnya, Ehler, McGhee, dan Evans (1999) telah mengkaji hubungan antara
tret personaliti Lima Faktor dengan masalah tingkah laku yang dikenal pasti semasa
zaman kanak-kanak. Hasilnya, dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa corak
yang berbeza dalam masalah tingkah laku ialah berkait rapat dengan ciri-ciri
personaliti.

Tret Personaliti seseorang individu juga didapati mempengaruhi kemurungan


yang dialaminya. Dapatan kajian ini telah dibuktikan oleh Rosli (2009) yang telah
mengendalikan satu kajian kes terhadap seorang guru untuk mencari punca
kemurungannya.

Selain kajian tret, terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan jenis
personaliti.

Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Sharifah Hanizah, Nor

Ashikin, Wong, dan Mohd. Zin (2008). Mereka mendapati bahawa jenis personaliti
memberikan kesan terhadap tahap kebimbangan kerana jika satu-satu kelompok
menganggap kebimbangan sebagai satu cabaran, mereka akan sentiasa bersedia untuk
menerima tugas dan tanggungjawab yang sukar dan mencabar. Semua tanggungjawab
diterima secara terbuka dan sanggup melakukannya tanpa rasa tertekan.

Selain itu, dapatan kajian Mohd. Aziz (2004) menunjukkan bahawa kebanyakan
guru memiliki personaliti ekstrovert dan berbeza mengikut pengalaman mengajar,
lokasi sekolah, dan tahap kelulusan mereka. Walau bagaimana pun, pemboleh ubah
status perkahwinan dan pengalaman mengajar menjadi pemboleh ubah utama yang
menyumbang kepada personaliti ekstrovert guru.

Personaliti seseorang juga dapat mempengaruhi sikap dan kesedaran seperti


yang telah ditemui oleh Christophel, Hardy, Johnson, Kramer, Neil dan Williams
(1997) dalam kajian mereka yang menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang

9
positif dan signifikan antara jenis personaliti dengan sikap guru-guru terhadap
kemahiran teknologi maklumat.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan

wujudnya

hubungan antara jenis personaliti seseorang individu dengan cara belajar, kematangan,
kemahiran, dan isu-isu pencapaian dalam kerjayanya.

Berikutnya, Fontana dan Abouserie (1993) telah menunjukkan bahawa


ekstrovert dan neurotik ialah peramal untuk stres. Oleh yang demikian, berdasarkan
dapatan kajian, didapati bahawa dimensi personaliti dapat mempengaruhi tahap stres
berbanding pemboleh ubah yang lain seperti jantina dan usia.

Melalui sorotan kajian lepas, dapat disimpulkan bahawa personaliti merupakan


pemboleh ubah yang dapat menjelaskan perbezaan antara seorang individu dengan
individu yang lain. Perbezaan tersebut diterangkan oleh tret atau jenis personaliti setiap
individu yang dikaji. Personaliti juga didapati dapat mempengaruhi pemboleh ubahpemboleh ubah yang lain termasuklah faktor-faktor demografi dan telah digunakan
secara meluas oleh pakar psikologi untuk menggambarkan personaliti seseorang
(Allport, 1937; Buss, 1989) dan personaliti itu mempunyai nilai peramal (Cattell,
1979).
.

1.2.3

Kompetensi Kaunseling : Tanggungjawab Profesional dan Etika

Menjadi seorang kaunselor yang kompeten merupakan satu tanggungjawab dari


segi profesional, etika, dan perundangan (Corey, Corey, & Callanan, 2006; Welfel,
2006). Sebagai contoh, garis panduan etika oleh American Counseling Association
(ACA, 2005) telah menetapkan lapan bidang kompetensi; salah satu daripadanya ialah
seseorang kaunselor perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya sejajar dengan
keperluan semasa dengan melibatkan dirinya secara berterusan dalam aktiviti-aktiviti
pendidikan dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, dalam usaha untuk memenuhi tanggungjawab etika,


perundangan, serta keperluan profesional, seseorang kaunselor itu perlu sentiasa
berusaha untuk mencapai tahap kompetensi yang tinggi. Impian ini hanya akan dapat
direalisasikan dengan mengikuti proses pembelajaran yang berterusan (Neukrug, 2007).

10
Keperluan untuk meningkatkan profesionalisme dan potensi diri adalah
bertepatan dengan saranan kerajaan agar semua guru termasuklah guru kaunseling,
memenuhi permintaan semasa dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi, bertujuan memantapkan pengetahuan dan kemahiran. Para guru kaunseling
amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang mantap sebagai persediaan untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik memandangkan tanggungjawab mereka yang
agak rencam dan pelbagai.

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada dekan Sekolah Pendidikan,


Universiti Industri Selangor (UNISEL), Prof. Dr. Abd. Rahim Selamat yang
menegaskan bahawa kaunselor harus menyuburkan minda dengan menerima perubahan
idea, maklumat, dan teori kaunseling terkini. Inisiatif sedemikian akan memantapkan
keupayaan kaunselor, sekaligus dapat memenuhi keperluan khidmat yang dikehendaki
pelanggan (Berita Harian, 18 Ogos 2006).

Di samping itu, perkhidmatan kaunseling telah pun diiktiraf sebagai satu


profesion di Malaysia dengan termaktubnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998.
Justeru, demi memelihara taraf profesion kaunseling, para kaunselor memang
sewajarnya sentiasa didedahkan dengan idea dan penemuan terkini dalam bidang
kaunseling.

Merujuk tanggungjawab seorang kaunselor dari segi perundangan pula, dia


perlu sentiasa berusaha untuk menguasai tahap kompetensi yang tinggi, sejajar dengan
garis panduan berikut:

Psychoterapists commit professional malpractice if they are visibly


less competent than the average of their peers...........One function of
lawsuits is to encourage competent therapy (Swenson, 1997: 166).

Namun begitu, dalam usaha untuk memantapkan perkhidmatan dan latihan


dalam bidang kaunseling di Malaysia, beberapa permasalahan yang timbul

perlu

ditangani. Antaranya ialah piawai latihan, etika dan identiti profesional, perkembangan
teori, penyelidikan, dan penerbitan (Abdul Halim, Md. Shuib & Sapora, 2000).

11
Senario perkhidmatan kaunseling di Malaysia telah menyaksikan kemunculan
program latihan dan pendidikan kaunselor di institusi-institusi pengajian tinggi sejak
tahun 1980 lagi. Program latihan kaunseling ini dilaksanakan dalam pelbagai bentuk
seperti latihan dalam perkhidmatan, latihan guru-guru khas, latihan di peringkat Ijazah
Pertama, Diploma, Sarjana, dan seterusnya Ijazah Doktor Falsafah (Ishamuddin, 1997).

Terdapat institusi yang memberikan penekanan dalam bidang Psikologi apabila


menyediakan program persediaan kaunselor, manakala institusi yang lain pula lebih
mengutamakan bidang Pendidikan.

Oleh yang demikian, Abdul Halim (1999)

mencadangkan agar bidang Kaunseling di Malaysia mempunyai identiti yang tersendiri


dengan mencipta model yang bersesuaian dengan nilai-nilai setempat. Dengan ini lebih
mudah jika bidang kaunseling ini mempunyai satu model yang tersendiri
memandangkan bidang ini lambat laun akan terlibat juga dengan isu-isu perundangan,
kewangan, dan politik pada masa hadapan.

Isu yang timbul di sini ialah model pelaksanaan latihan di institusi-institusi


tersebut tidak seragam dan pelbagai kerana setiap institusi melaksanakannya mengikut
falsafah, misi, dan matlamat masing-masing (Abdul Halim et al., 2000). Keadaan ini
menyukarkan penyeragaman latihan.

Kaunselor akan mendapat latihan yang

piawaiannya sukar ditentukan, sedangkan Davies (1981) menyebut bahawa, antara


langkah yang perlu dilaksanakan sebelum kaunseling boleh dianggap sebagai satu
profesion ialah pembekalan perkhidmatan kaunseling sebagai satu perkhidmatan unik,
yang hanya dapat diberikan oleh pakar terlatih sahaja iaitu kaunselor. Ekoran itu,
kompetensi kaunselor juga turut dipertikaikan.

Bentuk latihan persediaan kaunselor yang berbeza-beza dalam setiap Institusi


Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini mengakibatkan implikasi kepada
kaunseling profesional (Abdul Halim, 2001; Quek, 2001). Hal yang demikian, wujud
isu terhadap pengiktirafan kaunselor profesional. Kepelbagaian dalam jenis program
latihan dan kurikulum yang sedia ada di IPTA menunjukkan tidak berlakunya satu
bentuk latihan yang piawai.

Keadaan ini menghalang usaha untuk meningkatkan

perkhidmatan kaunseling sebagai satu profesion.

12
Di samping itu, ketiadaan pengalaman latihan juga boleh menjejaskan
kompetensi guru kaunseling.

Banyak kajian tentang keberkesanan latihan dalam

perkhidmatan dan proses kaunseling yang telah dijalankan, terutamanya di institusiinstitusi latihan kaunselor di Amerika Syarikat (Constantine, Ladany, Inman &
Ponterotto, 1996; DAndrea, Daniels & Heck, 1991; Holcomb-McCoy, 2000; Sue,
Arredondo & McDavies, 1992; Whitfield, 1994).

Sebagai contoh, Ponterotto,

Alexander, dan Grieger (1995) mendapati bahawa keadaan pelaksanaan yang kabur
dalam program latihan kaunselor tentang kaunseling pelbagai budaya akibat daripada
kurangnya kepastian institusi latihan tentang cara-cara hendak melaksanakannya secara
komprehensif.

Lanjutan dari itu, terdapat juga aduan tentang kaunselor yang baru tamat latihan
yang dikatakan sering menghadapi masalah, terutamanya dalam mengaplikasikan teori
dan kemahiran kaunseling apabila berhadapan dengan klien (Feltham & Dryden, 1994).
Pada hakikatnya, tiada perbezaan yang nyata antara kaunselor yang baru atau yang
telah berpengalaman (Welfel, 2006) kerana kaunselor yang berpengalaman juga
menghadapi masalah kurang kompeten.

Dapatan kajian Neukrug, Milliken, dan

Walden (2001) membuktikan bahawa :

that the most common complaint they receive is for an


inappropriate dual relationships. Of all complaints, 24% fall into that
category.

Complaints about incompetent practice rank second,

representing 17% of all complaints, (ms. 15).

Dalam hal ini, penetapan kompetensi dibina sebagai satu garis panduan untuk
mereka yang berminat dalam peningkatan kerjaya dan profesion. Penetapan kompetensi
merangkumi tenaga pengajar kaunseling, penyelia, dan golongan lain yang berkaitan
dengan garis panduan yang minimum. Di samping itu, penetapan kompetensi ini juga
menjadi panduan kepada kaunselor profesional yang menjalani latihan untuk
melayakkannya muncul sebagai seorang kaunselor yang terlatih sebagaimana yang
telah disyaratkan oleh
(NACAC, 2000).

National Association for College Admission Counseling

13
Sebagai usaha untuk penambahbaikan, Jawatan kuasa Teknikal Pendidikan dan
Latihan Lembaga Kaunselor (2003) telah menerbitkan dokumen garis panduan Piawai
dan Kelayakan Latihan Kaunselor bagi Institusi Pengajian Tinggi, organisasi, orang
awam, dan klien bagi mengetahui piawaian minimum latihan yang perlu dilalui oleh
seseorang calon kaunselor yang berdaftar.

Piawaian tersebut memastikan agar

seseorang kaunselor memiliki dan menguasai tahap pengetahuan dan kemahiran


minimum dalam lapan bidang kaunseling.

Namun begitu, pelaksanaannya harus

dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan latihan kaunselor dapat dilaksanakan
seperti yang telah dipiawaikan.

Usaha ini adalah sejajar dengan keperluan pada masa kini kerana para kaunselor
memainkan pelbagai peranan. Mereka diperlukan sebagai kaunselor di sekolah, kolej,
agensi-agensi dan firma-firma persendirian, kaunselor pemulihan, kaunselor-kaunselor
perniagaan, serta industri. Walau pun para kaunselor tersebut berkhidmat di seting yang
berbeza, tetapi mereka perlu memiliki tugasan yang piawai dalam orientasi profesional,
perhubungan menolong, kaunseling kelompok, perkembangan insan, asas-asas sosial
dan budaya, pembangunan cara hidup dan kerjaya, pengujian dan pentaksiran, serta
penyelidikan dan penilaian program (Neukrug, 2007).

Tidak dinafikan bahawa kedudukan dan peranan kaunselor dalam masyarakat


sangat penting. Masyarakat telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap
perkhidmatan kaunseling, dengan tanggapan bahawa kaunselor diharapkan menjadi
seorang yang berkewibawaan untuk memandu manusia kepada perubahan. Berdasarkan
kepercayaan ini, maka permintaan kepada kaunselor secara tiba-tiba telah meningkat
sehingga memerlukan sebuah badan untuk mengawal selia mengikut peruntukan
undang-undang.

Menurut Marzita (Utusan Malaysia, 3 Ogos, 2004), bebanan guru bimbingan


dan kaunseling pada masa kini semakin bertambah ekoran daripada masalah-masalah
runcing pelajar seperti isu samseng, sumbang mahram, lumba haram, kegiatan
penyalahgunaan dadah, membunuh, dan merogol. Perkara ini ditambahberatkan lagi
dengan bebanan untuk menyediakan Laporan Adab Pelajar mulai tahun 2004.

14
Keperluan

kepada

perkhidmatan

kaunseling

menggambarkan

harapan

masyarakat terhadap guru bimbingan dan kaunseling dalam membantu menangani


masalah pelajar. Hal ini selaras dengan pandangan Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Mingguan Malaysia, 2
Disember, 2007) yang mengatakan bahawa kaunselor merupakan pakar yang sering
dirujuk dalam menentukan sesuatu keputusan.

Tanggungjawab yang semakin

bertambah mendorong guru kaunseling untuk keluar daripada kepompong tradisi


dengan menguasai lebih daripada tiga aspek berikut; kaunseling, penyelarasan khidmat
kaunseling, dan konsultasi (Campbell & Dahir, 1997).

Kajian Sidek, Nordin, Mohd. Yusoff, Shamsudin, dan Halimatun (2005) yang
berkaitan dengan status dan keberkesanan perkhidmatan kaunseling menunjukkan
bahawa perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang paling penting di sekolah
kerana 96% responden yang terdiri daripada pengetua, kaunselor, guru, dan pelajar
sekolah menengah menyedari akan kepentingan dan peranan perkhidmatan tersebut.
Oleh yang demikian, sewajarnyalah mereka yang terlibat dalam bidang ini merupakan
pakar-pakar yang terlatih supaya dapat memperlihatkan mutu perkhidmatan profesional
yang terpuji.

Untuk mengekalkan mutu perkhidmatan yang profesional, para guru kaunseling


perlu berusaha untuk meningkatkan kompetensi kaunseling sebagai memenuhi
tanggungjawab profesional. Perkara ini perlu diberi perhatian yang lebih serius oleh
semua pihak yang terbabit, berikutan laporan akhbar yang menyatakan bahawa kaedah
kaunseling yang digunakan di sekolah diakui berada pada takuk lama, bersifat
konvensional, serta tidak selari dengan perkembangan remaja di sekolah, yang ketika
ini lebih suka mencari alternatif lain untuk meluahkan perasaan mereka (Berita Harian,
27 Oktober, 2009).

Isu yang dihadapi oleh para kaunselor seterusnya adalah untuk memenuhi
ketetapan dan garis panduan bagi tujuan akreditasi, pensijilan, perlesenan, dan
seterusnya pengiktirafan. Isu ini perlu diketengahkan kerana amalan perkhidmatan
kaunseling yang dijalankan secara teratur di Malaysia memerlukan usaha untuk
mengawal dan mengendalikan proses kaunseling sebagai satu profesion.

15
Tambahan pula, masyarakat ingin melihat kaunselor memainkan peranan
dengan sebaik-baiknya. Oleh yang demikian, perlu ada usaha untuk menunjukkan
kepada masyarakat akan kepentingan perkhidmatan kaunseling. Salah satu daripada
caranya ialah status perlesenan yang dapat membantu perkhidmatan kaunseling untuk
mendapat pengiktirafan daripada masyarakat (Neukrug, 2007).

Selain itu, perkara yang perlu dititik beratkan ialah tanggungjawab etika dalam
pengamalan kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor, terutamanya bagi
negara yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Casas, Ponterotto & Gutierrez (1986)
menegaskan bahawa menjalankan kaunseling dengan individu yang berbeza budaya
tanpa mendapat latihan dalam kaunseling pelbagai budaya adalah dianggap tidak
beretika.

Menurut Othman (2000), sesuatu profesion itu akan mencapai tahap profesional
apabila berupaya memantau set etika profesion agar dipatuhi mengikut peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan. Perkara ini mencerminkan satu praktis yang
profesional.

Di samping itu, Boy dan Pine (1982) menjelaskan bahawa sebelum


perkhidmatan kaunseling boleh disahkan sebagai satu profesion, beberapa syarat perlu
dipenuhi.

Antara syarat ini ialah kaunselor terlatih harus memiliki satu bidang

pengetahuan, kepakaran, dan kemahiran yang khusus. Untuk mencapai hasrat tersebut,
para kaunselor memerlukan program latihan yang mantap.

Namun begitu, sebelum tahun 1998 didapati belum wujud satu model latihan
yang mantap dan piawai dalam kalangan institusi-institusi kaunselor di Malaysia
(Abdul Halim et al., 2000). Dalam keadaan kepelbagaian ini, kaunselor yang dilatih
dan bergraduan sebelum itu kebanyakannya tidak layak untuk dipertimbangkan kerana
gagal memenuhi prasyarat yang ditetapkan bagi mendapatkan sijil pengamalan
kaunseling.

Dapatan kajian Hilmi (2006) menunjukkan bahawa hanya seramai 6.5%


responden daripada guru kaunseling sekolah menengah yang memiliki sijil pengamalan
kaunseling yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia mengikut Akta

16
Kaunselor 1998 (Akta 580). Selebihnya seramai 93.5% lagi masih belum mempunyai
sijil pengamalan kaunseling. Status perlesenan ini perlu diberi perhatian yang serius
kerana dengan pelaksanaan Akta 580, seseorang yang mengadakan perkhidmatan
kaunseling bagi sesuatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain dikehendaki
mendaftar (Percetakan Nasional Malaysia, 1998). Di samping itu, kaunselor perlu
diikat oleh satu kod etika bagi tujuan mengawal tingkah lakunya serta ahli-ahli lain
dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling (Boy & Pine, 1982; Davies, 1981).

Isu berikutnya yang perlu diberi perhatian ialah perkhidmatan pengurusan


kaunseling yang merupakan salah satu daripada tanggungjawab dalam senarai tugas
guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 1994;1996). Tugas ini merangkumi
perkhidmatan inventori individu dan rekod iaitu mengendalikan fail-fail bimbingan,
mengumpul dan merekodkan butir-butir berkaitan dengan penilaian, dan pentafsiran
minat pelajar di samping merangka dan menyusun program-program.

Namun begitu, perkhidmatan kaunseling di sekolah juga pernah dilaporkan


oleh akhbar, berdepan dengan masalah kualiti kepemimpinan yang ditafsirkan sebagai
kabur dari segi arah tuju dan misi, serta pentadbiran program yang lemah menyebabkan
perkhidmatan kaunseling itu tidak efektif (Berita Harian, 1 November, 2007).
Kelemahan dalam perkhidmatan pengurusan ini boleh menimbulkan masalah kurang
kompeten dan ketidakcekapan guru kaunseling sepenuh masa.

Secara umumnya, isu-isu global berkaitan dengan tanggungjawab profesional


dan etika yang telah diutarakan telah menunjukkan betapa perlunya kompetensi
kaunseling digarap dan dimantapkan secara serius oleh semua guru kaunseling demi
memartabatkan profesion kaunseling. Kegagalan guru kaunseling untuk menguasai
kompetensi pengetahuan dan kemahiran memberikan implikasi yang besar kepada
perkhidmatan kaunseling di sekolah.

17
1.2.4

Kompetensi Kaunseling : Kesepaduannya dengan Kemantapan Personaliti

Para kaunselor perlu meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan tahap


kompetensi dari semasa ke semasa. Selain itu, ciri-ciri personaliti yang sesuai juga
perlu diambil kira. Perkara ini telah dijelaskan oleh Dameron (1980) dalam bukunya
The

Professional

Counselor:

Competencies,

Performance,

Guidelines,

and

Assessment, yang menitikberatkan bahawa kompetensi dalam kaunseling harus:


(1) mempunyai senarai ciri personaliti yang sesuai bagi kaunselor untuk
menjalankan kaunseling.
(2) menetapkan kepakaran untuk menjalankan kaunseling individu, kaunseling
sekolah, terapi permainan, kaunseling keluarga, dan berkelompok.

Kajian Boyatzis dan Burruss (1995) yang berkaitan dengan keberkesanan


kaunselor mendapati bahawa elemen-elemen yang berkait dengan pembangunan
psikologi seperti kecerdasan emosi iaitu empati, ketulenan, dan efikasi kendiri
merupakan kompetensi yang perlu ada kepada seorang kaunselor yang efektif. Begitu
juga dengan motivasi dan tret personaliti juga terbukti memberikan impak yang tinggi
terhadap konsep kendiri dan kemahiran kaunseling (Boyatzis, 1982).

Bandura (1977) juga turut menegaskan bahawa seseorang individu boleh


melakukan sesuatu tugas apabila memiliki pengetahuan dan kemahiran.

Walau

bagaimanapun, untuk menghadapi situasi yang tertekan dan tekanan dalam


melaksanakan sesuatu tugas merupakan sesuatu yang mencabar. Dalam keadaan ini,
seseorang itu perlu ada kepercayaan terhadap diri sendiri untuk terus berusaha dan
berjaya.

Kemantapan personaliti sangat penting dan perlu seiring dengan pengetahuan


dan kemahiran bagi memastikan sesuatu proses kaunseling itu berkesan. Kedua-dua
elemen tersebut memastikan agar sesuatu proses kaunseling berlangsung dalam suasana
muhibah dan saling memahami antara kaunselor dengan klien (Hilmi, 2006).

Di samping itu, kemantapan personaliti seorang kaunselor adalah perlu untuk


menjadikannya seorang yang berkeyakinan terhadap dirinya, tugasnya, dan apa-apa
yang dihajatinya dalam kehidupan.

Keadaan inilah yang menjadikan seseorang

18
kaunselor itu lebih bertanggungjawab dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan
dalam tugasnya.

Aspek ini menjadi lebih penting memandangkan sorotan penulisan

para profesional dalam tempoh lebih daripada 20 tahun, telah berulang kali
memberikan saranan agar semua kaunselor memiliki sikap kebertanggungjawaban
(Nims, James, & Hughey, 1998). Sikap kebertanggungjawaban ini memerlukan
seseorang kaunselor itu berada dalam keadaan personaliti yang mantap.

Kesimpulannya, pembangunan seorang kaunselor itu, memerlukan kepada


pemahaman dirinya, nilai, dan sikap serta kualiti hubungannya dalam kalangan orang
perseorangan sebelum dapat beroperasi secara berkesan.

Hal yang demikian

menjelaskan bahawa, untuk berfungsi dalam spektrum pelbagai suasana dan keadaan,
seorang kaunselor itu memerlukan suatu pemahaman, kemahiran, serta sikap yang
bersepadu dan menyeluruh (Mohamad Suhaimi, 1993).

1.3

Pernyataan Masalah

Faktor kompetensi sebagai satu tanggungjawab profesional dan etika serta


keperluan kesepaduannya dengan aspek personaliti telah menyediakan gambaran
sebenar tentang perkhidmatan kaunseling, yang berhubung kait dengan piawai latihan,
etika, dan identiti profesional. Namun, isu utama yang dapat dikesan ialah wujudnya
tanggapan bahawa kepincangan dalam perkhidmatan kaunseling telah menimbulkan
masalah ketidakcekapan dan kurang kompeten dalam kalangan kaunselor termasuklah
guru-guru kaunseling.

Sehubungan itu, untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunseling, satu


kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap kompetensi kaunseling dan tahap
kemantapan personaliti, seterusnya meneroka pengaruh kompetensi pengetahuan dan
kemahiran kaunseling terhadap personaliti guru kaunseling sekolah menengah.

Usaha ini bertepatan dengan keperluan untuk menjana kepemimpinan diri


melalui peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kemantapan personaliti.
Tambahan pula, sebagai langkah untuk penambahbaikan, Abd. Halim (Berita Harian, 1
November, 2007) mencadangkan agar perkhidmatan kaunseling di sekolah perlu

19
melalui proses pemantapan dan transformasi yang melibatkan ketiga-tiga elemen
tersebut.

Di samping itu, sehingga kini, kajian berkaitan hubungan kompetensi


kaunseling dengan personaliti sangat kurang dijalankan terutamanya yang melibatkan
guru kaunseling sekolah menengah, sedangkan kepentingannya diakui oleh semua
pihak.

Tambahan pula, analisis literatur menunjukkan bahawa kebanyakan kajian yang


dijalankan sama ada di dalam atau di luar negara hanya mengukur bidang kompetensi
tertentu sahaja, misalnya kaunseling pelbagai budaya (Hilmi, 2006; Maldonado, 2005;
Otavi, 1994; Williams, 2001; Havens, 2003; Constantine, Ladany, Inman & Ponterotto,
1996; DAndrea, Daniels & Heck, 1991; Holcomb- McCoy, 2000; Sue, Arredondo, &
McDavies, 1992; Whitfield, 1994; Ponterotto, Alexander, & Grieger, 1995).

Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat bahawa kajian kompetensi


kaunseling perlu dikembangkan kepada bidang-bidang lain yang meliputi pentaksiran,
kerja kelompok kaunseling, perkembangan kerjaya, pertumbuhan dan perkembangan
manusia, identiti profesional, serta penyelidikan dan penilaian program yang menjadi
fokus dalam kajian ini.

Analisis literatur juga menunjukkan bahawa pemboleh ubah personaliti


merupakan peramal yang mempengaruhi pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lain
termasuk faktor demografi (Heyman & Giles, 2004; Ehler et al., 1999; Fontana &
Abouserie, 1993).

Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji

pengaruh kompetensi kaunseling terhadap tret personaliti guru kaunseling sekolah


menengah supaya dapat dibuktikan kesepaduan dan saling mempengaruhi antara
kedua-dua pemboleh ubah tersebut.

Di samping itu, penyelidik berpendapat bahawa satu set kompetensi guru


kaunseling sekolah menengah yang berpandukan sorotan penulisan dan kurikulum
latihan kaunselor perlu dibentuk berdasarkan kesesuaian seting. Perkara ini penting
kerana cabaran-cabaran yang spesifik yang dihadapi oleh kaunselor-kaunselor di

20
kawasan yang tertentu juga perlu diambil kira, dan sudah pasti berbeza dengan seting
yang lain (Lee, 2005; Holcomb- McCoy, 2000).

1.4

Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara
kompetensi kaunseling dengan personaliti guru kaunseling sekolah menengah. Secara
khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 mengkaji tahap kompetensi guru kaunseling sekolah menengah di


bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.4.2

mengkaji

tahap

kemantapan

personaliti

guru

kaunseling

sekolah

menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.4.3

mengenal pasti hubungan antara komponen kompetensi kaunseling iaitu


pengetahuan dan kemahiran kaunseling dengan personaliti guru kaunseling
sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.4.4

mengenal pasti dimensi-dimensi kompetensi kaunseling yang merupakan


peramal utama kepada personaliti guru kaunseling sekolah menengah di
bandar raya Semenanjung Malaysia.

1.4.5

membentuk satu kerangka kajian hubungan antara dimensi kompetensi


kaunseling dengan tret personaliti.

21
1.5

Soalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian, soalan-soalan kajian berikut dikemukakan:

1.5.1

Apakah tahap kompetensi pengetahuan kaunseling guru kaunseling


sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia?

1.5.2

Apakah tahap kompetensi kemahiran kaunseling guru kaunseling


sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia?

1.5.3

Apakah

tahap

kemantapan

personaliti

guru

kaunseling

sekolah

menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia?

1.5.4

Adakah terdapat hubungan antara kompetensi pengetahuan kaunseling


dengan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya
Semenanjung Malaysia?

1.5.5

Adakah terdapat hubungan antara kompetensi kemahiran kaunseling


dengan personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya
Semenanjung Malaysia?

1.5.6

Apakah

dimensi-dimensi

kompetensi

menentukan personaliti guru


bandar raya Semenanjung Malaysia?

kaunseling

utama

yang

kaunseling sekolah menengah di

22
1.6

Hipotesis Kajian

Bagi menjawab soalan kajian yang keempat, hipotesis nol berikut telah dibentuk
untuk diuji:

Hipotesis nol 1:

Tidak terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap kompetensi
pengetahuan kaunseling dengan tahap kemantapan personaliti guru kaunseling
sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

Bagi menjawab soalan kajian yang kelima, hipotesis nol berikut telah dibentuk
untuk diuji:

Hipotesis nol 2:

Tidak terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap kompetensi
kemahiran kaunseling dengan tahap kemantapan personaliti guru kaunseling
sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

Bagi menjawab soalan kajian yang keenam, hipotesis nol berikut telah dibentuk
untuk diuji:

Hipotesis nol 3:

Tidak terdapat pengaruh pemboleh ubah dimensi-dimensi kompetensi


kaunseling ke atas personaliti guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya
Semenanjung Malaysia.

23
1.7

Kerangka Teori Kajian

Kerangka teori kajian dibentuk berdasarkan model utama kajian iaitu Model
Kompetensi Bungkah Air Batu (Iceberg Competency Model) oleh Spencer dan Spencer
(1993).

Teori-teori sampingan yang dikemukakan untuk menyokong teori utama

berkenaan ialah Teori Pengetahuan: Teori Cairan dan Kecerdasan Hablur Horn dan
Cattell (1967), Pendekatan Kemahiran Mikro Ivey E. Allen (1983;1996), Teori
Kompetensi Kecerdasan Emosi Goleman (1995), Profil Personaliti TAJMA (Mohd.
Tajudin, 2007), Perspektif Personaliti Muslim (1967; 1989; 1992; 1999), dan Hierarki
Keperluan Maslow (1970; 1971).

Rajah 1.1 merupakan kerangka teori kajian yang telah direka bagi menyatakan
secara langsung berhubung dengan keseluruhan kajian yang akan dijalankan. Pemboleh
ubah bebas kajian ini ialah kompetensi kaunseling, sementara pemboleh ubah bersandar
ialah tret personaliti guru kaunseling yang menggambarkan kedua-dua pemboleh ubah
ini mempunyai hubungan secara langsung di antara satu sama lain.

Rajah 1.1 ialah rajah yang menunjukkan komponen-komponen yang dikaji


untuk meninjau hubungan kompetensi kaunseling dan tret personaliti dalam kalangan
guru kaunseling sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia.

24

PENGETAHUAN

PENTAKSIRAN

KERJA KELOMPOK
KAUNSELING

PERKEMBANGAN
KERJAYA

PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
MANUSIA

IDENTITI
PROFESIONAL

KEPELBAGAIAN
SOSIAL DAN BUDAYA

PENYELIDIKAN DAN
PENILAIAN PROGRAM

KEMAHIRAN

KONTAK
MATA

BAHASA
BADAN

MUTU VOKAL

MENJEJAK
JALAN
CERITA

Kemahiran Mikro Ivey (1996) dan Kompetensi Kecerdasan


Emosi Goleman (2001)

Teori Cairan dan Kecerdasan Hablur (1967)

KOMPONEN KOMPETENSI
KAUNSELING

TRET PERSONALITI

Ketidakselarasan

Integriti

Pencapaian

Intelektual

Prihatin

Jati Diri

Kepimpinan

Keyakinan diri

keterbukaan

Analitikal

Asertif

Profil Personaliti TAJMA (Mohd. Tajudin, 2007), Perspektif Personaliti Muslim (1967;
1989; 1992; 1999), dan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970)

Petunjuk :
Hubungan Langsung
Garisan Lingkungan Pengaruh

Rajah 1.1: Kerangka Teori Hubungan antara Komponen Kompetensi


Kaunseling dengan Tret Personaliti

25
Kerangka teori kajian yang bersepadu ini menjelaskan bahawa struktur
penyelidikan ini dibentuk berasaskan pendekatan holistik yang selari dengan objektif
penyelidikan. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kerangka teori kajian (rujuk
Rajah 1.1), maka terhasillah kerangka konsep bagi kajian ini (rujuk Rajah 1.2).

1.8

Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian ini yang dilakarkan di dalam Rajah 1.2,


menggambarkan hubungan langsung antara komponen kompetensi kaunseling sebagai
pemboleh ubahpemboleh ubah bebas dengan tret personaliti guru kaunseling sebagai
pemboleh ubah bersandar.

Dimensi kompetensi pengetahuan terdiri daripada pentaksiran, kerja kelompok


kaunseling, perkembangan kerjaya, pertumbuhan dan perkembangan manusia, identiti
profesional, kepelbagaian sosial dan budaya, serta penyelidikan dan penilaian program.
Dimensi kompetensi kemahiran pula terdiri daripada kontak mata, bahasa badan, mutu
vokal, dan menjejak jalan cerita, manakala dimensi personaliti pula terdiri daripada tret
asertif, analitikal, keterbukaan, keyakinan diri, kepimpinan, jati diri, prihatin,
intelektual, pencapaian, integriti, dan ketidakselarasan (Mohd.Tajudin, 2007).

Rajah 1.2 menunjukkan rajah skematik kerangka konsep kajian yang


menggambarkan hubungan antara komponen kompetensi kaunseling dengan tret
personaliti.

26

KOMPONEN KOMPETENSI
KAUNSELING

PENGETAHUAN

PENTAKSIRAN

KERJA KELOMPOK
KAUNSELING

PERKEMBANGAN KERJAYA

PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN
MANUSIA

IDENTITI PROFESIONAL

KEPELBAGAIAN SOSIAL
DAN BUDAYA

PENYELIDIKAN DAN
PENILAIAN PROGRAM

KEMAHIRAN

KONTAK MATA

BAHASA BADAN

MUTU VOKAL

MENJEJAK JALAN
CERITA

Ketidakselarasan

Integriti

Pencapaian

Intelektual

Prihatin

Jati Diri

Kepimpinan

Keyakinan diri

Keterbukaan

Analitikal

Asertif

TRET PERSONALITI

Petunjuk:
Hubungan Langsung

Rajah 1.2: Kerangka Konsep Hubungan antara Komponen Kompetensi


Kaunseling dengan Tret Personaliti

27
1.9

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini dijangka dapat memberikan input yang penting kepada guru
kaunseling, pihak pentadbir sama ada di sekolah, pejabat pelajaran daerah, dan jabatan
pelajaran negeri. Di samping itu, dapatan ini dapat memberikan maklumat dan data
yang penting kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi pengajian tinggi,
institut pendidikan guru, pusat latihan kaunseling, dan Lembaga Kaunselor Malaysia.

1.9.1

Guru Kaunseling

Dapatan kajian ini akan dapat memberikan faedah kepada perkhidmatan


kaunseling khususnya kaunselor sekolah yang tugas dan tanggungjawab mereka adalah
berat dan memerlukan latihan, pendidikan, dan komitmen yang tinggi terutama sekali
dalam proses meningkatkan tahap kompetensi kaunseling (Shertzer & Stone, 1974).

Hasil kajian ini dapat memberikan kefahaman yang jitu tentang keperluan
seorang guru kaunseling untuk menyiapkan diri mereka agar menjadi seorang kaunselor
yang kompeten dan berkesan kerana kaunselor yang menguasai kompetensi
pengetahuan dan kemahiran, serta kemantapan personaliti, sudah tentu dapat
menangani dengan bijak pelbagai masalah yang melibatkan klien pelbagai golongan
dan latar belakang.

Dengan menguasai kompetensi dan kemantapan personaliti,

seorang guru kaunseling dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kliennya.

1.9.2

Kementerian Pelajaran Malaysia

Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia
menyusun perancangan yang sesuai tentang kaedah untuk melantik dan mengiktiraf
guru kaunseling sebagai kaunselor di sekolah. Kajian ini juga akan memberikan
kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan pengetahuan dan kemahiran kaunseling
untuk disepadukan dengan kemantapan personaliti dalam kalangan guru kaunseling di
sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

28
Ekoran itu, adalah perlu bagi guru-guru kaunseling di sekolah menengah
mempunyai kompetensi-kompetensi tertentu sebagai syarat utama untuk diberi Sijil
Perakuan Amalan atau Certificate of Practice sebelum mereka dilantik sebagai
kaunselor sepenuh masa.

Maklumat dan data yang diperoleh daripada dapatan kajian ini juga membantu
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyusun program-program dan
memberikan kursus-kursus yang bersesuaian bertujuan untuk pembangunan diri dan
peningkatan kompetensi guru kaunseling.

1.9.3

Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, dan Jabatan Pelajaran Negeri

Bagi pihak pentadbir sekolah pula, penyelidikan ini diharapkan dapat


memberikan kesedaran bahawa sokongan pentadbir menjadi penyumbang yang sangat
penting kepada keberkesanan kaunselor. Sokongan pentadbir sekolah baik dari segi
moral, pembangunan diri, idea, atau pun material dapat menjana kompetensi guru
kaunseling dalam melaksanakan program-program kaunseling di sekolah secara lebih
berkesan.

Dalam erti kata yang lain, untuk melihat kejayaan dan keberkesanan program
bimbingan dan kaunseling di sekolah sebagaimana yang diharapkan oleh masyarakat
dan negara, pihak pentadbir sekolah juga memainkan peranan penting bagi memenuhi
hasrat tersebut kerana keberkesanan program ini bukan hanya terletak di atas bahu guru
kaunseling sahaja. Pihak pentadbir harus memberikan peluang dan menyediakan ruang
yang sewajarnya kepada guru kaunseling untuk memainkan peranannya secara lebih
cekap dan berkesan.

29
1.9.4

Institusi Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru, dan Pusat Latihan


Kaunseling

Dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai satu sumber rujukan kepada institusi
pengajian tinggi, institut pendidikan guru,

dan pusat latihan kaunseling, terutama

kepada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah yang berkaitan dengan bidang


Kaunseling dan Psikologi. Pihak institusi pengajian tinggi, institut pendidikan guru,
dan pusat latihan kaunseling juga dapat mengemas kini dan menambah baik programprogram pengajian dan latihan Kaunseling dan Psikologi yang akan ditawarkan kepada
pelajar-pelajar berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh daripada kajian ini.

1.9.5

Lembaga Kaunselor Malaysia

Kajian yang dijalankan ini menyokong usaha Jawatankuasa Teknikal


Pendidikan dan Latihan Lembaga Kaunselor (2003) yang telah menerbitkan dokumen
garis panduan Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor bagi institusi pengajian tinggi,
organisasi, orang awam, dan klien bagi mengetahui piawaian minimum latihan yang
perlu dilalui oleh seseorang calon kaunselor yang berdaftar.

Garis panduan piawai tersebut telah menetapkan penguasaan pengetahuan dan


kemahiran yang minimum dalam bidang-bidang tersebut sebagai syarat untuk diterima
sebagai

seorang

calon

kaunselor

yang

berdaftar.

Sebagai

usaha

ke

arah

penambahbaikan, penyelidik telah merujuk kurikulum dalam Piawai dan Kelayakan


Latihan Kaunselor sebagai panduan membina instrumen untuk mengukur kompetensi
kaunseling mengikut kesesuaian dan keperluan perkhidmatan kaunseling di negara ini.
Seterusnya, penyelidik telah menstruktur kerangka kompetensi guru kaunseling secara
lebih spesifik sebagai cadangan untuk diuji dan diubah suai oleh pengkaji-pengkaji
yang akan datang.

Kesimpulannya, kajian ini relevan dan akan memberikan sumbangan yang amat
bermakna kepada banyak pihak terutamanya mereka yang terlibat secara langsung
dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling; merangkumi guru-guru
kaunseling, institusi-institusi pengajian tinggi, institut pendidikan guru, pusat-pusat

30
latihan kaunseling, pentadbir-pentadbir sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan
Lembaga Kaunselor Malaysia.

1.10

Skop dan Batasan Kajian

Penyelidik telah menetapkan skop tertentu bagi kajian ini yang mengambil kira
faktor masa, kos, sempadan kesesuaian, dan pengoperasian penyelidikan. Pemboleh
ubah-pemboleh ubah kajian pula dipilih setelah meneliti sorotan penulisan tentang
kepentingan komponen kompetensi kaunseling untuk disepadukan dengan personaliti.

Pemboleh ubah-pemboleh ubah bebas iaitu kompetensi pengetahuan yang


diukur adalah melibatkan dimensi-dimensi pengetahuan dalam bidang-bidang
kaunseling yang telah ditetapkan dalam garis panduan Piawai dan Kelayakan Latihan
Kaunselor (2003) iaitu pentaksiran, kerja kelompok kaunseling, kaunseling kerjaya,
pertumbuhan dan perkembangan manusia, identiti profesional, kepelbagaian sosial dan
budaya, dan penyelidikan dan penilaian program.

Di samping itu, dimensi-dimensi kemahiran pula ialah merujuk kepada


kemahiran asas Mikro oleh Ivey (1983;1996) iaitu kontak mata, bahasa badan, mutu
vokal, dan menjejak jalan cerita. Dalam konteks kajian ini, penyelidik cuba meneroka
hubungan dan pengaruh kompetensi kaunseling terhadap tahap kemantapan personaliti
guru kaunseling secara keseluruhan, secara langsung dan tidak langsung.

Pemboleh ubah bersandar iaitu personaliti melibatkan tret-tret berikut; asertif,


analitikal, keterbukaan, keyakinan diri, kepimpinan, jati diri, prihatin, intelektual,
pencapaian, integriti, dan ketidakselarasan (Mohd.Tajudin, 2007).

Kajian ini juga mempunyai beberapa batasan. Bagi tujuan pemilihan lokasi dan
sampel kajian, kajian tersebut dibuat berdasarkan kepada persampelan rawak mudah,
yang memberi tumpuan kepada lima daripada sepuluh buah bandar raya metropolitan
utama. Bandar-bandar raya tersebut dikenal pasti berada di antara kedudukan teratas
mengikut pangkatan perbandaran (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000).

Bandar-

bandar raya tersebut juga telah disenaraikan berdasarkan negeri pelbagai etnik untuk

31
mewakili bandar raya Semenanjung Malaysia.

Dua buah bandar raya yang telah

dipilih secara rawak mudah sebagai lokasi kajian ialah bandar raya Johor Bahru dan
Georgetown. Oleh yang demikian, kajian ini hanya tertumpu kepada guru kaunseling
di dua buah bandar raya yang terpilih sahaja.

Pemilihan guru-guru kaunseling sekolah menengah di dua buah bandar raya


Semenanjung Malaysia yang merupakan populasi sasaran bagi kajian ini dipilih secara
rawak mudah mengikut negeri yang terpilih.

Kajian ini melibatkan guru-guru

kaunseling sekolah menengah yang terlatih secara formal dan sedang berkhidmat di
sekolah-sekolah menengah di bandar raya Semenanjung Malaysia dan terhad kepada
ciri-ciri berikut:
1) Dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2) Berkhidmat sepenuh masa di sekolah.
3) Mempunyai latihan sekurang-kurangnya Ijazah Pertama dalam bidang
Pendidikan Kaunseling atau Psikologi.
4) Berpengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun.

1.11

Definisi Konsep

Dalam konteks kajian ini, konsep dan istilah-istilah yang digunakan bagi
mewakili pemboleh ubah-pemboleh ubah utama didefinisikan sebagai berikut:

1.11.1 Kompetensi Kaunseling

Cloninger (1993) mengatakan bahawa kompetensi merupakan beberapa


pemboleh ubah yang dimiliki oleh seseorang individu yang berkaitan dengan apa-apa
yang mampu dilakukannya dan disokong oleh Welfel (2006) yang telah mendefinisikan
kompetensi dengan lebih spesifik iaitu merujuk pencapaian profesional seseorang,
bukannya kebolehan.

Oleh yang demikian, set kompetensi seseorang individu

mencerminkan keupayaannya atau pun apa-apa sahaja yang dapat dilakukannya


berdasarkan kebolehannya

32
Pendekatan kompetensi juga didapati berbeza antara konsep yang digunakan di
negara Amerika Syarikat dengan konsep yang digunakan di United Kingdom.
Haffernan dan Flood (2000) menjelaskan:

Boyatzis,

who exemplifies the US approach, defines

competency broadly as an underlying characteristic of a


person The UK aproach identifies the outcomes expected
from a job when it is performed adequately. Days definition of
competence, the ability to put skills and knowledge into action,
is an apt description of the UK approach (ms 128).

Pada hakikatnya, konsep kompetensi antara kedua-kedua tafsiran tersebut tidak


menunjukkan perbezaan yang nyata. Rumusannya, kompetensi dalam tugas merupakan
satu kebolehan dan keupayaan. Kompetensi mungkin merangkumi motivasi, tret
personaliti, kemahiran, penampilan diri, dan pengetahuan yang digunakan, atau pun
ciri-ciri peribadi yang tidak dapat dikesan oleh individu lain. Spencer dan Spencer
(1993) bersetuju dengan definisi di atas dan menambah huraian tersebut dengan
mengatakan bahawa kompetensi sebagai:

an underlying characteristic of an individual that is causally


related to criterion-referenced effective and/or superior performance
in a job or situation (ms. 9).

Begitulah juga, tidak terkecuali dalam profesion kaunseling, kompetensi untuk


melaksanakan perkhidmatan amat ditekankan untuk menjadi kaunselor sekolah yang
efektif ke tahap yang maksimum (NACAC, 2000).

United Nations Industrial Development Organizations (UNIDO, 2002) telah


mendefinisikan kompetensi sebagai satu set kemahiran, pengetahuan dalam sesuatu
bidang yang berkaitan, dan sifat-sifat tertentu yang membolehkan seseorang individu
melaksanakan tugas atau aktiviti dalam tugas dan fungsi yang spesifik.

Apabila

individu tersebut telah dapat menguasai ketiga-tiga elemen tersebut, maka tugas itu
akan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif lagi.

33
Schoonover Associate (2001) pula melihat kompetensi sebagai satu keupayaan
dalam pengetahuan, kemahiran-kemahiran, keupayaan-keupayaan tertentu, dan sifatsifat peribadi yang kesemuanya menjadi tunggak kepada pencapaian prestasi kerja.

Hal yang demikian, definisi operasi kompetensi kaunseling merujuk keupayaan


minimum dalam pengetahuan kaunseling yang disepadukan dengan kemahiran asas
kaunseling yang perlu dikuasai oleh setiap guru kaunseling yang telah mendapat latihan
di institusi-institusi pengajian tinggi.

1.11.2 Kompetensi Pengetahuan Kaunseling (KPK)

Pengetahuan merangkumi maklumat tentang teori dan penyelidikan dalam


bidang tertentu, khususnya yang berkaitan dengan

cara seseorang itu membuat

pemilihan dan pertimbangan dalam sesuatu perkara, seterusnya mengetahui pendekatan


untuk membuat intervensi dalam sesuatu situasi yang berlaku (Spruill, Rozensky,
Stigall, Vasquaze, Bingham, & Olvey, 2004).

Dalam konteks kajian ini, kompetensi pengetahuan merujuk keupayaan


minimum dalam pengetahuan, pemahaman, dan kemahiran teknikal yang diukur
berdasarkan tujuh dimensi iaitu bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Lembaga
Kaunselor dalam Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor (2003). Kurikulum ini
membahagikan bidang-bidang yang perlu dikuasai oleh setiap kaunselor dalam latihan
yang dilalui iaitu pentaksiran, kerja kelompok kaunseling, kaunseling kerjaya,
pertumbuhan dan perkembangan manusia, identiti profesional, kepelbagaian sosial dan
budaya, serta penyelidikan dan penilaian program. Huraian setiap bidang pengetahuan
seperti yang telah digariskan oleh Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor
(2003) adalah seperti berikut:

Pentaksiran
Pengetahuan asas dalam menilai karakter peribadi seseorang merangkumi bakat,
pencapaian, minat, nilai, dan tret personaliti (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan
Kaunselor, 2003).

34
Kerja Kelompok Kaunseling
Pengetahuan asas dalam memilih teknik yang sesuai dengan matlamat dan keperluan
kelompok kaunseling (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor, 2003).

Perkembangan Kerjaya
Pengetahuan tentang asas teori kaunseling kerjaya dan memahami teori-teori, model,
dan proses kaunseling kerjaya serta teknik-teknik yang bersepadu di dalamnya
(Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor, 2003).

Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia


Pengetahuan dan pemahaman tentang teori pembelajaran dan perkembangan personaliti
(Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor, 2003).

Identiti Profesional
Pengetahuan tentang garis panduan yang minimum berhubung dengan sistem
pengiktirafan profesional dan memahami peranan, fungsi, dan perhubungan profesional
dengan perkhidmatan profesional yang lain (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan
Kaunselor, 2003).

Kepelbagaian Sosial dan Budaya


Pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan keperluan kelompok yang berbeza
jantina, etnik, ras, keupayaan mental dan fizikal, dan status sosioekonomi (Kurikulum
Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor, 2003).

Penyelidikan dan Penilaian Program


Pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan kajian serta dapat membuat
penilaian program (Kurikulum Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor, 2003).

35
1.11.3 Kompetensi Kemahiran Kaunseling (KKK)

Selain domain kesedaran dan pengetahuan, domain kemahiran menuntut


kaunselor supaya mengenal pasti cara berkesan apabila berhadapan dengan keadaan
dan situasi klien (Hilmi, 2006).

Norman (1985); Overholser dan Fine (1990) telah membahagikan komponen


kemahiran seseorang kaunselor kepada dua jenis kemahiran; kemahiran klinikal yang
berkaitan dengan penggunaan yang sesuai dalam kemahiran-kemahiran asas temu duga,
dan kemahiran teknikal yang berkaitan dengan penggunaan pendekatan yang berkesan
dalam intervensi terapeutik secara spesifik.

Muhd. Mansur dan Siti Nurdinar (2003) telah menetapkan kemahirankemahiran asas bagi seorang kaunselor dalam proses kaunseling iaitu kemampuan
melihat kliennya, merangkumi tingkah laku tanpa kata-kata, cara duduk, cara
mengemukakan soalan terbuka, sepi sejenak, mendengar dengan teliti, memparafrasa,
dan merumuskan isi.

Dalam kajian ini, kemahiran yang akan diberi fokus ialah kemahiran asas mikro
iaitu kemahiran memberikan perhatian yang merangkumi kontak mata, bahasa badan,
mutu vokal, dan menjejak jalan cerita (Ivey, 1983;1996).

Penyelidik merujuk Kemahiran Asas Mikro (Ivey, 1983;1996) yang


menggalakkan klien supaya bebas bertutur atau bercakap sementara kaunselor pula
berkomunikasi secara lisan dengan klien, yang berteraskan empat komponen; kontak
mata, bahasa badan, mutu vokal, dan menjejak jalan cerita. Definisi setiap kemahiran
tersebut seperti yang telah dihuraikan oleh Ivey (1983;1996) adalah seperti berikut:

Kontak Mata
Kemahiran untuk memelihara hubungan atau kontak mata secara terus dan bersahaja
(Ivey, 1983;1996).

36
Bahasa Badan
Kemahiran untuk memberikan tumpuan dengan menggunakan bahasa badan sehingga
klien dapat merasakan bahawa kaunselor menunjukkan minat melalui ekspresi wajah
dan gerak-geri badan sama ada klien dalam keadaan sedang duduk tegak atau semasa
mencondongkan badan dalam jarak hubungan yang selesa (Ivey, 1983;1996).

Mutu Vokal
Kemahiran untuk memberikan perhatian dengan menggunakan nada suara yang sesuai
sama ada tinggi atau rendah serta kadar lambat atau cepat gaya pertuturannya (Ivey,
1983;1996).
Menjejak Jalan Cerita
Kemahiran untuk mengekalkan topik perbualan dan urutan jalan cerita klien dengan
perasaan penuh tanggungjawab (Ivey, 1983;1996).

1.11.4 Personaliti Guru Kaunseling (PGK)

Allport dan Odbert (1936) melihat personaliti sebagai penyusunan sistem-sistem


psikofizikal yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku,
pemikiran, dan penyesuaian dengan alam sekelilingnya.

Maksudnya personaliti

terbentuk daripada gabungan beberapa sifat diri yang tersendiri, yang disebut sebagai
"struktur personaliti individu. Struktur ini pula terbentuk hasil daripada gabungan
beberapa sifat individu yang berbeza perkembangannya.

Adler (1932) mengatakan bahawa antara konsep yang digunakan dalam


psikologi individu ialah kesepaduan personaliti (unity of personality). Di sini individu
digambarkan sebagai satu kesepaduan, tret, atau pun naluri semula jadi. Apa-apa sahaja
yang berkaitan dengan individu, perkara itu merujuk kepada bentuk kesepaduan yang
menjadi satu daya gerak ke arah pencapaian matlamat.

Dengan yang demikian,

psikologi individu merupakan satu psikologi yang berbentuk holistik atau menyeluruh.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa personaliti merupakan satu himpunan emosi,

37
pemikiran, dan corak tingkah laku yang unik bagi seseorang individu yang konsisten
dalam satu tempoh masa.

Jika

dibandingkan

dengan

jenis

personaliti,

tret

lebih

jelas

untuk

menggambarkan personaliti kerana setiap dimensi tret merujuk satu set karakter secara
lebih berfokus (Allport, 1937; Kelly, 1955; Cloninger, 1993) yang membezakan
seseorang individu dengan yang lain, seterusnya menghasilkan perlakuan atau tingkah
laku yang konsisten (Cloninger, 1993). Menurut Feldman (1987) pula, definisi tret
adalah seperti berikut:

..traits are relatively enduring dimensions of personality


characteristics along which people differ from one another
(ms 412).

Fatimahwati (2008) mentakrifkan tret sebagai huraian deskriptif yang berkaitan


dengan tingkah laku, pemikiran, dan perasaan individu. Tret tingkah laku merangkumi
ciri-ciri mesra, pendiam, menghormati, bekerjasama, dominan, tegas, serius, girang,
patuh, malu, dan segan; tret pemikiran merangkumi ciri-ciri imaginatif, konkrit,
terbuka, konservatif, berorientasikan idea dan penyelesaian; dan tret perasaan
merangkumi ciri-ciri yakin, bimbang, relaks, tegang, tenang, dan tergesa-gesa.

Tret personaliti Lima Faktor yang telah dipelopori oleh McDougall (1932)
merangkumi tret-tret ekstrovert, kebimbangan, kepersetujuan, kehematan, dan
keterbukaan yang dianggap asas kepada tret-tret personaliti yang lain.

Pada

hakikatnya, kajian tentang teori tret merupakan pendekatan yang utama dalam kajian
personaliti (Cloninger, 1993).

Ekoran itu, penyelidik mengaplikasikan konsep tret dalam kajian ini untuk
menerangkan personaliti guru kaunseling kerana konsep tret meliputi skop tingkah laku
yang lebih berfokus, dan telah digunakan secara meluas oleh pakar psikologi untuk
menggambarkan personaliti seseorang (Allport, 1937; Buss, 1989) dan ianya
mempunyai nilai peramal (Cattell, 1979).

38
Oleh yang demikian, untuk mengukur personaliti guru kaunseling, penyelidik
merujuk kepada teori tret dengan menggunakan profil personaliti TAJMA (Mohd.
Tajudin, 2007) yang

merangkumi 11 tret personaliti diri iaitu asertif, analitikal,

keterbukaan, keyakinan diri, kepimpinan, jati diri, prihatin, intelektual, pencapaian,


integriti, dan ketidakselarasan (Mohd.Tajudin, 2007). Interpretasi secara terperinci
berkaitan dengan tret-tret yang diukur adalah seperti berikut:

Asertif
Tret personaliti yang menunjukkan individu yang berkecenderungan mempamerkan
ketegasan diri (Mohd.Tajudin, 2007).

Analitikal
Tret personaliti yang menunjukkan individu yang peka dengan persekitarannya, suka
membuat pemerhatian dan seterusnya menganalisa sesuatu perkara sebelum membuat
keputusan (Mohd.Tajudin, 2007).

Keterbukaan
Tret personaliti yang menunjukkan individu yang suka berinteraksi dan bekerjasama
dengan orang lain (Mohd.Tajudin, 2007).

Keyakinan diri
Tret personaliti yang menunjukkan individu yang mudah memperkatakan dan
mengakui kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan orang lain.

Tret ini juga

menunjukkan kestabilan emosi dan psikologi seseorang individu (Mohd.Tajudin,


2007).

Kepimpinan
Tret personaliti yang menunjukkan kemampuan individu dalam memimpin sesuatu
kumpulan, tegas, dan gemar membuat keputusan (Mohd.Tajudin, 2007).

Jati diri
Tret personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk
menghabiskan atau menyelesaikan sesuatu tugas, percaya kepada diri sendiri, yakin,
rasa selamat, dan matang (Mohd.Tajudin, 2007).

39
Prihatin
Tret personaliti yang menunjukkan kemampuan individu untuk memahami perasaan
orang lain (Mohd.Tajudin, 2007).

Intelektual
Tret personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang
memberikan cabaran dari segi intelektual, berfikiran abstrak, cerdas, dan kreatif
(Mohd.Tajudin, 2007).

Pencapaian
Tret personaliti yang menunjukkan individu yang bermotivasi, mahukan status yang
tinggi dan suka akan persaingan. Individu yang juga mempunyai daya usaha yang
tinggi dalam mencapai sesuatu matlamat (Mohd.Tajudin, 2007).

Integriti
Tret personaliti yang boleh membuktikan sifat jujur dan amanah seseorang individu
terhadap tanggungjawab yang diberikan organisasi (Mohd.Tajudin, 2007).

Ketidakselarasan
Skala khas yang direkabentuk untuk mengenal pasti persepsi individu terhadap diri
sendiri. Tret ini juga digunakan untuk menilai sama ada individu itu cuba memberikan
respons dengan ikhlas atau sebaliknya (Mohd.Tajudin, 2007).

1.11.5 Guru Kaunseling

Guru kaunseling merujuk guru-guru kaunseling sekolah menengah yang


bertugas sepenuh masa dan telah dilantik dan ditauliahkan oleh Jabatan Pelajaran
Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Senarai guru kaunseling sepenuh masa
telah diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri bagi negeri-negeri berkenaan.

40
1.11.6 Sekolah Menengah

Sekolah Menengah merujuk sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di dua


buah bandar raya di Semenanjung Malaysia yang terpilih secara rawak iaitu bandar
raya Johor Bahru dan Georgetown.

1.11.7 Bandar Raya Semenanjung Malaysia

Bandar raya merujuk bandar raya Johor Bahru dan Georgetown yang telah
dipilih secara rawak dalam mewakili bandar raya di Semenanjung Malaysia. Kriteria
pemilihan ini ialah berasaskan kepada status bandar-bandar raya tersebut sebagai ibu
negeri. Kewujudan komposisi kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik di negerinegeri berkenaan adalah berdasarkan data perangkaan taburan penduduk dan ciri-ciri
demografi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2000). Kedua-dua
buah bandar raya tersebut juga mewakili bandar metropolitan utama (Jabatan
Perangkaan Malaysia (2001). Oleh yang demikian, adalah sesuai dengan sifat kajian
ini yang akan mengkaji kompetensi guru-guru kaunseling di daerah bandar raya
disebabkan penduduknya lebih banyak terdedah dengan bidang-bidang yang menjadi
fokus kajian serta dapat memberikan kerjasama untuk memberikan maklumat dengan
lebih tepat terutamanya dalam bidang kaunseling pelbagai sosial dan budaya.
Tambahan pula, cabaran yang dihadapi oleh guru kaunseling di bandar raya adalah
lebih besar.

1.12

Rumusan

Bab ini menggambarkan keseluruhan kajian yang dimulakan dengan pengenalan


dan diikuti oleh latar belakang kajian yang membincangkan isu-isu yang mendorong ke
arah pelaksanaan kajian.

Kemudian diikuti pula dengan perbincangan tentang

pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, hipotesis kajian, kerangka teori
kajian, Kerangka konsep kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian, dan
definisi konsep dan istilah.

41
Kajian ini mengandaikan bahawa kompetensi guru kaunseling mempunyai
hubungan dengan personaliti secara langsung atau tidak langsung. Andaian ini dibuat
berdasarkan model utama kajian iaitu model Bungkah Air Batu (Spencer & Spencer,
1993) yang disokong oleh Teori Pengetahuan (Horn & Cattell, 1967), Pendekatan
Kemahiran Mikro (Ivey, 1983;1996), Kompetensi Kecerdasan Emosi (Goleman,1995),
Profil Personaliti TAJMA (Mohd. Tajudin, 2007), Perspektif Personaliti Muslim (1967;
1989; 1992; 1999), dan Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970).

Untuk mencapai objektif yang ditetapkan, enam soalan kajian dikemukakan dan
soalan-soalan tersebut disokong dengan tiga hipotesis nol.

Walau pun kajian ini

dihadkan kepada skop dan batasan tertentu, adalah diharapkan dapatan yang diperoleh
dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkaitan demi memartabatkan profesion
guru kaunseling.

Вам также может понравиться