Вы находитесь на странице: 1из 2

Cara-cara Menghormati Ibu Bapa

Ibu bapa ialah orang yang memelihara kita sejak kecil sehingga kini. Kita
perlu menghormati mereka kerana merekalah kita lahir di dunia ini.
Cara-cara untuk menghormati ibu bapa ialah kita mestilah menjadi anak yang
soleh. Kita mestilah mengerjakan solat sebanyak lima waktu sehari iaitu solat pada
waktu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Kita mesti mendoakan kesejahteraan
ibu bapa kita selepas kita bersolat.
Sebagai seorang anak, kita mestilah mengenang jasa kedua-dua ibu bapa
kita. Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Jika kita pandai
maka kita dapat menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa seperti mendapat 5A
dalam UPSR.
Selain itu, kita mestilah mentaati segala nasihat ibu bapa kita. Kita hendak
mendengar cakap ibu bapa. Kita mestilah tidak melawan perintah ibu bapa dan
tidak degil kepada mereka.
Seterusnya, kita mestilah menyayangi ibu bapa dan adik beradik. Kita
hendaklah sentiasa bersalam-salaman untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
Kita hendaklah tidak bergaduh antara adik-beradik dan mestilah saling hormatmenghormati antara satu sama lain.
Di samping itu, kita mestilah menjadi anak yang rajin sebagai menghormati
ibu bapa kita. Kita hendaklah menolong ibu di dapur seperti memasak, memotong
sayur dan membasuh pinggan-mangkuk. Kita juga boleh menolong ayah mencuci
kereta pada hujung minggu.
Kesimpulannya, ada pelbagai cara untuk kita menghormati ibu bapa.
Sebagai seorang anak kita mestilah menghormati ibu bapa bak kata pepatah
syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

Вам также может понравиться