Вы находитесь на странице: 1из 5

Cabaran Pluraliti Budaya Dan Hubungan Etnik Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang unggul di mata dunia yang terdiri daripada
lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya termasuklah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Bajau,
Iban dan lain-lain. Oleh sebab masyarakatnya yang pelbagai budaya, perpaduan etnik sentiasa
menjadi agenda utama dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara kita.
Kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan
wujudnya pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik ini. Hal ini boleh dikatakan
bahawa perkauman yang sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum di
Malaysia. Keadaan ini boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya
boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah sekali lagi.
13 Mei 1969, merupakan peristiwa sejarah hitam yang perlu dipandang berat oleh
semua rakyat Malaysia dalam membina negara dan anak bangsa yang bersatu padu. Secara
khususnya, ternyata faktor etnik yang harmoni menjadi anak kunci utama bagi mewujudkan
keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap
dan teguh amat diperlukan dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai
kepelbagaian

agama, budaya, bahasa dan etnik. Namun, untuk mencapai perpaduan dan

kerjasama daripada pelbagai kaum bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh sebab perbezaan,
bahasa, budaya, aktiviti ekonomi, tempat tinggal dan cara hidup menyebabkan usaha-usaha
untuk menerapkan semangat kerjasama atau kekitaan dalam kalangan masyarakat akan
mempunyai cabaran dan masalahnya. Memetik kata-kata Tan Sri Ghazali Ahafie (1985) ...the
road to a cohesive and progressive society is a long and ardous one which to use the Malay
phrase, is full of onak dan duri. Petikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa walau apa pun
cabaran dan masalahnya, kita perlu tempuh dengan gagah bagi membina sebuah negara yang
unggul di mata dunia.
Pelbagai cabaran pluraliti hubungan etnik dapat dilihat terutama dari aspek sosial yang
dipecahkan kepada empat paradigma yang berlainan. Pertama dari sudut pemisahan fizikal,
sisitem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial.
Melalui pemisahan fizikal, ianya berlaku dalam masyarakat negara ini disebabkan kesan
daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia.
Ketiga-tiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal,
malahan mereka juga diberi tugas perkerjaan yang berbeza. Pada ketika itu, Orang Melayu
diarahkan untuk bertani di kampun, orang cina bekerja di lombong-lombong biji timah,
manakala orang india pula bekerja di ladang-ladang getah. Keadaan ini menyebabkan sesuatu

golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi antara satu sama lain,
khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini juga disebabkan
pemisahan fizikal, iaitu keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan Laut
China Selatan.
Perbezaan lokasi yang berbeza menjadikan perkembangan yang kurang sihat dalam
pemupukan perpaduan di Malaysia. Tambahan lagi, perkara ini dapat meningkatkan perasaan
kekitaan atau lebih dikenali etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang
melihat kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Situasi kurang sihat ini akan
menimbulkan sikap prasangka buruk, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan
ahli bagi golongan etnik terhadap satu kelompok etnik yang lain.
Sebagai contoh yang dapat kita lihat ialah melalui sistem pendidikan yang tersendiri. Hal
yang dimaksudkan ialah pelajar melayu hanya dibenarkan menuntut di sekolah melayu dan
menggunakan bahasa perantaraan bahasa melayu, manakala pelajar cina menuntut di sekolah
cina dengan menggunakan bahasa perantaraan mereka juga, iaitu bahasa cina seterusnya
pelajar india dibenarkan menuntut di sekolah tamil dengan menggunakan bahasa tamil sahaja.
Jelas, sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan
etnik ini kurang memberi peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman
dalam kalangan pelajar. Situasi ini hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di
antara etnik yang sama sahaja. Seterusnya, ini akan memberi kesan negatif kepada negara
Malaysia.
Tambahan lagi, semua etnik hanya mempertahankan bahasa ibunda mereka sahaja dan
tidak akan menerima bahasa ibunda kaum lain. Hal ini kerana mereka menganggap adalah
tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum lain. Sehubungan dengan itu,
sistem pendidikan yang berbeza bagi setiap sekolah menambahkan lagi jurang etnik dan
seterusnya sukar untuk membina satu bentuk pemikiran yang sama dalam mencapai matlamat
perpaduan. Hal ini juga telah memberi impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara
kerana mempunyai corak pendidikan yang yang berbeza-beza. Kesannya juga kita dapat lihat
apabila bakal pemimpin negara akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat
daripada rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik ini. sudah tentu, sebagai
.

Cabaran kedua yang perlu dilalui dalam mencapai hubungan etnik di malaysia ialah
melalui aspek ekonomi. Terdapat dua perkara yang perlu ditekankan dalam aspek ekonomi ini,
iaitu penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama,
dalam penguasaan ekonomi jelas telah memperlihatkan satu jurang yang luas bagi setiap etnik.
Hal ini dapat dilihat apabila majoriti kaum Melayu hanya menguasai sektor pertanian yang
memerlukan banyak tenaga daripada sumber manusia dan penggunaan teknologi rendah. Hal
ini amat berbeza dengan kaum Cina pula, yang umumnya lebih menguasai sektor yang lebih
maju seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, bagi
kaum India pula mereka terlibat dalam sektor perladangan di estet getah dan kelapa sawit
sahaja. Melalui perbezaan kegiatan ekonomi ini, kita dapat membuktikan bahawa terdapat
jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam pembahagian pekerjaan
mengikut kumpulan etnik ini.
Namun, biarpun berbeza sektor pekerjaan, namun semua golongan etnik sentiasa
mencuba untuk bersaing dalam ekonomi bagi mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih
besar. Namun hakikatnya, penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang
tidak seimbang ini telah mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik,
khususnya bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian yang mendapat keuntungan
yang sendikit atau berkemungkinan akan menghadapi masalah kemiskinan yang boleh
membawa kepada kebuluran dan kelaparan. Situasi malang ini juga turut menimpa kaum India
apabila harga getah dan kelapa sawit hanya bergantung kepada keadaan ekonomi di dunia.
Jika pasaran harga meningkat, maka keuntungannya tentu tinggi dan sebaliknya. Kaum cina
pula berbeza situasinya, di mana mereka terus berusaha mencari peluang keemasan dalam
perniagaan, malah kehidupan mereka lebih baik berbanding kaum melayu dan india. Walau
bagaimanapun, golongan etnik ini masih kurang berpuas hati kerana kebanyakkan lubang
perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera sahaja. Perkara ini jelas sudah tentu
menimbulkan persoalan di minda orang cina di mana hak mereka untuk meluaskan perniagaan
sedangkan selama ini kaum mereka jugalah yang banyak menyumbang pada ekonomi negara.
Selain itu, Laporan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) ada menyatakan bahawa
perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa ketidaksamaan dan keseimbangan yang lebih
besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik malaysia melalui penyertaan mereka dalam
pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada pemodenan dan pertumbuhan
ekonomi.

Sesungguhnya, perpaduan negara akan gagal dipupuk seandainya sebahagian

besar penduduk hanya kekal miskin dan peluang pekerjaan produktif tidak mencukupi untuk

menanggung kepadatan penduduk. Fenomena kemiskinan bukan sahaja berlaku di luar bandar,
malahan di bandar juga sehingga mengakibatkan masyarakat menghadapi situasi kelaparan
dan kebuluran. Keadaan ini sudah tentu sedikit sebanyak telah mengugat perpaduan negara
kerana masalah kemiskinan hanya berlaku dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu
sahaja.
Seterusnya, cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik,
iaitu di mana politik perkauman berlaku mengikut sesebuah parti politik yang disokongnya.
Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan mengukuhkan lagi
semangat perkauman jika sesuatu tindakan tidak diambil. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika digunakan untuk tujuan
berpolitik, pastinya akan mengundang masyarakat yang berpecah belah. Berikutan faktor
daripada itu, kita dapat lihat semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti
kaumnya sendiri terutama dari aspek bahasa dan budaya. Setiap etnik akan cuba
mempertahankan identiti etnik mereka supaya mereka juga akan dapat hak yang sama rata
dengan etnik lain.
Tambahan lagi, melalui isu ini juga akan menyebabkan semangat taat setia pada negara
tidak wujud dalam jiwa masyarakat. Hal ini demikian kerana masing-masing tidak ikhlas dan
pasti hanya mengukir janji semata-mata demi memperoleh keuntungan ibarat menanam tebu
ditepi bibir. Malahan, lambang bendera malaysia hanya tinggal sebagai lambang sahaja kerana
semua etnik hanya mementingkan hak

etnik mereka sahaja tanpa mempedulikan negara

malaysia, iaitu nilai perpaduan tidak wujud dalam jiwa masyarakat.


Seterusnya, cabaran hubungan etnik dalam masyarakat ialah cabaran nilai antara etnik,
iaitu yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan yang lebih ketara
dalam masyarakat majmuk. Sudah terang lagu bersuluh bahawa sememangnya kaum Melayu,
Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Malangnya
perbezaan ini bertambah sukar jika setiap kaum terus memperjuangkan bahasa dan
kebudayaan mereka sediri.
Kesannya, sudah tentu akan menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota
etnik yang sama, lebih-lebih lagi dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan atau
sebagainya. Kesimpulannya, anggota etnik hanya akan berkomunikasi dan bersosial dengan
satu etnik yang sama dengan dirinya sahaja dan enggan bercampur dengan etnik yang
berbeza. Hal seperti ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar

untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi canggih sekalipun. Hal ini
disebabkan setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan
budaya etnik lain. Kegagalan anggota etnik untuk berkomunikasi dan menghormati antara satu
sama lain akan menimbulkan masalah di kawasan tersebut. Apabila dikaji, hal ini disebabkan
mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua
etnik, maka timbul ketidakselesaan untuk berkomunikasi dengan baik. Jelas, faktor-faktor inilah
yang menyebabkan negara sukar untuk membentuk hubungan etnik yang harmonis.
Akhir sekali, cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi. Cabaran globalisasi
merupakan satu proses yang menunjukkan corak hidup pembaratan yang berasaskan ekonomi
dan politik barat yang perlu dihadapi oleh rakyat malaysia pada hari ini. Cabaran globalisasi ini
dapat dilihat dari dua sudut, iaitu sudut positif dan sudut negatif. Jika dilihat dari sudut positif,
Malaysia dapat bergerak maju seiring dengan pendedahan penggunaan teknologi tinggi dan
sistem pentadbiran yang sistematik seperti yang kita nikmati pada hari ini. Namun, jika dari
aspek negatif pula pengaruh barat yang mewujudkan pelbagai unsur negatif seperti budaya
hedonisme atau dikenali sebagai budaya kuning telah berjaya menjadi ikutan bagi golongan
remaja di Malaysia.
Ekoran budaya kuning yang semakin berleluasa pada hari ini telah mencorak gaya
hidup remaja ke arah maksiat seperti pemakaian yang kurang sopan, menindik telinga bagi
lelaki, pergaulan campur antara lelaki dan perempuan dan jenayah lain. Hal ini sudah tentu
akan melahirkan generasi muda yang tidak mempunyai nilai-nilai murni dan bertamadun.
Apabila dilihat dari segi sains dan teknologi pula, budaya kuning ini banyak mempengaruhi
golongan remaja terutama dari aspek pergaulan bebas, di mana remaja terdedah dengan
pornografi - pronografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Sehubungan
dengan itu, kemusnahan alam sekitar, budaya hiburan yang melalaikan dan penyalahgunaan
sumber manusia dan bahan mentah juga dipengaruhi dari Barat. Hakikatnya, kita dapat lihat
golongan remaja pada hari ini sudah lenyap kehalusan budi bahasa, kesopanan dan budaya
timur itu sendiri dek kerana dipengaruhi dengan budaya negatif barat.
Oleh itu, sebagai rakyat malaysia adakah kita ingin melihat negara kita berpecah belah
dek kerana masalah perpaduan, masalah pengaruh budaya barat dan lain-lain. Jelas, sebagai
rakyat yang bertanggungjawab kita perlu berusaha memainkan peranan sebagai individu dalam
masyarakat majmuk untuk mengatasi cabaran dalam hubungan etnik di Malaysia ini.

Вам также может понравиться