Вы находитесь на странице: 1из 8

KEPENTINGAN POLITIK

SEBAGAI NEGARA PENAMPAN


Cambodia sangat penting kepada Perancis dari segi politik. Hal ini kerana
Perancis mahukan Combodia adalah untuk dijadikan sebagai sebuah negara
penampan bagi mengelakkan pengaruh Siam dan British ke Vietnam. Ini kerana
kedudukan Cambodia

yang berada antara Vietnam dan Siam dapat menjadi

pengahalang kepada Siam bagi mendekati Vietnam. Cambodia bersempadan di barat


laut dan utara Siam dan timur dengan selatan dengan Vietnam. Perancis mahukan
Cambodia dijadikan negara penampan adalah untuk menjaga kepentingannya di
Vietnam. Ini kerana, Vietnam sangat penting kepada Perancis sebagai penghubung
perdagangan dengan China kerana kedudukan Vietnam yang bersebelahan dengan
China Selain itu, kepentingan Vietnam kepada Perancis juga adalah untuk menembusi
pasaran negara China melalui wilayah Tonkin ataupun melalui Sungai Mekong.
Negara China mempunyai kedudukan yang istimewa kerana mempunyai tamadun
yang tinggi, bilangan penduduk yang ramai untuk pasaran dan menghasilkan
barangan mewah.
MELUASKAN EMPAYAR
Seiring dengan kemajuan pesat dalam pelbagai bidang ekonomi, khususnya dalam
bidang perusahaan dan perdagangan, Eropah telah meluaskan kuasa dan pengaruh
politik mereka ke seluruh pelosok dunia. Pada kurun ke 19, Britain muncul sebagai
negara yang mempunyai jajahan yang besar. Atas dasar itu, Perancis sedar tentang
kepentingan memperoleh tanah jajahan secepat mungkin supaya kepentingan

ekonomi negara terjamin, malah Perancis melihat dengan mempunyai tanah jajahan
akan membaiki imej mereka sebagai kuasa besar dunia.

KEPENTINGAN EKONOMI

Dari segi ekonomi, Perancis ingin mendapatkan kemboja adalah

atas dasar

kepentingan saudagar dan para pengusahanya. Ini dapat dilihat di mana para
pengusahanya telah bergiat dalam bidang perlombongan dan telah mengeksploitasi
pelbagai jenis sumber alam dengan membuka ladang secara besar-besaran. Manakala
di Cochin China pula barang-barangan dagangan Perancis juga dibenarkan masuk
secara bebas.

KEPENTINGAN SUNGAI MEKONG

Ekspedisi Sungai Mekong adalah di bawah pengawasan Komandan E Doudart De


Lagree iaitu pada tahun 1823 hingga 1868.1 Sungai Mekong mengalir dari China ke Laos
merentangi Kemboja dari utara ke Selatan dengan datarannya terbentang luas dari Kratie
hingga ke laut.2 Tujuan perancis menjalankan ekspedisi ini adalah kerana mereka
beranggapan bahawa sungai Mekong penting sebagai pusat perdagangan serta
mempunyai tanih yang subur. Sungai Mekong merupakan salah satu kawasan yang paling
kaya dan mempunyai ramai penduduk.3 Keadaan tanah di Sungai Mekong yang begitu
1

David Handler (1998) . A History of Combodia. Thailand: Silkworm Books. Hlm.1


Devillers P. (1988).Sejarah Indochina Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 3
3
sungai Mekong juga merupakan sungai yang terpanjang di Asia Tenggara.
2

subur menjadikan ia sesuai untuk aktiviti pertanian seperti penanaman padi.4 Selain itu
Sungai Mekong juga giat dengan aktiviti perikanan dan pembiakkan ikan. Disebabkan
faktor inilah yang mendorong Perancis menakluki Kemboja untuk tujuan bekalan
makanan khususnya. Justeru itu Badan penyiasat juga ditubuhkan bertujuan untuk
mengkaji tentang ilmu alam negeri, menyiasat perjalanan darat dan sungai serta tempat
berniaga. Tujuannya adalah untuk melihat keistimewaan yang ada di sunga mekong yang
dapat memberi keuntungan kepada Perancis. Namun ekspedisi ini gagal kerana Sungai
Mekong tidak datangkan kemudahan sebagai jalan perdagangan yang menyambungkan
Saigon dengan Yunnan.5 Ini sebab beberapa bahagian Sungai Mekong itu tidak boleh
dikemudikan oleh kapal dan dengan itu tidak dapat dijadikan sebagai jalan perdagangan.

KEPENTINGAN SOSIAL
MENYEBARKAN AGAMA KRISTIAN
Tujuan Perancis untuk mendapatkan Cambodia juga adalah untuk menyebarkan
agama kristian . Ini dapat dilihat melalui Peranan mubaligh kristian Perancis dalam
menyebarkan agama kristian di kemboja yang mana menyebabkan ramai penduduk
kemboja yang menganutinya. Justeru itu penguasaan Perancis terhadap Sungai Mekong
memudahkan lagi aktiviti penyebaran agama kristian hal Ini kerana Sungai mekong dapat
dijadikan sebagai jalan perhubungan dan interaksi serta merupakan kawasan yang paling
ramai menjadi tumpuan penduduk. Jadi memudahkan lagi berlakunya penyebaran di situ.
kesannya ia telah mengancam tradisi orang kemboja kerana mereka telah meninggalkan
tradisi lama dan menganut agama kristian. Jika kita lihat terdapat pelbagai tradisi orang
4

Devillers P. (1988). hlm 4


pada waktu ini Saigon bukan sahaja merupakan sebuah pelabuhan yang utama di kawasan delta Mekong
malah ia juga Terletak di kawasan pengeluaran padi yang terkaya di Vietnam. Disebabkan inilah pada tahun
1859 orang perancis berlumba-lumba untuk mendapatkan Saigon)
5

kemboja. Contohnya bangsa Mon yang mendiami kawasan rendah lembah mekong.
Mereka ni mengamalkan kepercayaan terhadap ular dan ada juga kumpulan penduduk
yang menganuti kepercayaan animisme.6 Ini semua memberi kesan terhadap tradisi
kepercayaan mereka dengan adanya penyebaran agama Kristian

CAMPUR TANGAN PERANCIS.


Setelah Perancis menyedari bahawa Cambodia boleh memberi banyak
kepentingan, Perancis mula melibatkan diri dalam masalah yang dihadapi negara
Cambodia. Masalah yang berpunca dari perebutan takhta dan kemaraan pengaruh Siam
telah membuka peluang kepada Perancis untuk menguasai Cambodia berdasarkan
perjanjian yang termeterai antara Perancis dengan Raja Norodom dan Perancis dengan
Siam.
PEREBUTAN TAKHTA DI CAMBODIA
Setelah Raja Norodom menggantikan ayahanda baginda, Raja Norodom telah
melalui kesukaran dalam pemerintahannya. Kesukaran yang dimaksudkan antaranya
ialah peperangan di sempadan Vietnam. Selain itu, Raja Norodom juga tidak disukai oleh
rakyat dan juga pihak pemerintah.7 Hal ini berikutan dari tindakan Norodom yang
melakukan pembaharuan dalam pentadbiran. Pembaharuan yang dijalankan adalah
dengan mengurangkan pembahagian wilayah, memperbaharui sistem kewangan, serta
menghapuskan hak pegawai mengambil habuan secara lansung dari hasil kutipan cukai.
Para pemerintah dan pegawai telah menentang dasar ini kerana telah mengancam
kedudukan dan punca kewangan mereka. Oleh yang demikian, adik lelaki baginda telah

6
7

David Handler (1998) . A History of Combodia. Thailand: Silkworm Books.hlm 5.


David Chandler.(1998). A History Of Cambodia. Thailand: Silkworm.Hlmn 140.

mempertikaikan kekuasaan baginda. Pada bulan Julai 1861, satu gerakan telah
dilancarkan oleh adik baginda yang paling muda iaitu Sivothi yang baru pulang dari
Bangkok. Sivothi disokong oleh bondanya yang memberi bantuan dari daerah Baphnom.
Oleh itu, Raja Norodom menyerang dan mengusir saudara-saudara baginda ke daerah
Battambang. Namun begitu, Raja Norodom gagal kerana pengikut baginda yang terdiri
dari kontigen Melayu8 menarik balik sokongan kepada baginda.9 Disebabkan kekalahan
itu, baginda melarikan diri dan mencari perlindungan di Bangkok. Pada masa yang sama,
Monseigneur Jean Claude Miche (Mgr.Miche) telah bekerjasama dengan pembesar di
Udong untuk mendesak konsul Perancis di Bangkok iaitu De Castelnau, supaya campur
tangan dalam kerajaan Siam untuk menunjukkan cara Raja Norodom boleh kembali ke
negerinya.10 Dalam masalah tersebut, Perancis dapat menawan tiga daerah di timur
lembah Cochin china dan mendapat juga sebahagian sempadan dengan Cambodia. Pada
11 Ogos 1863, Perancis telah mengikat perjanjian negeri naungan dengan Raja
Norodom11 Perancis membantu baginda mengatasi kesan buruk diatas ketidaksukaan
pemerintah dan rakyat terhadap baginda. Berhubungan dengan itu, Perancis telah
meletakkan wakil negeri naungan dalam pemerintahan Raja Norodom iaitu Doudart de
Lagree.

MENYEKAT PENGARUH SIAM KE ATAS CAMBODIA

Kehadiran penduduk melayu di Cambodia bermula sejak akhir abad ke 16.Raja Khmer ketika itu, menjaga
kepentingan dan keselamatan mereka. Sesetengah penduduk melayu ini memegang jawatan yang penting
dalam pentadbiran negara dan dalam pasukan tentera.
9
Pierre L. Lamant.(1995). Orang Melayu Kemboja menghadapi penubuhan negeri naungan Perancis..Dlm
A.Aziz Deraman (Pngr), Tamadun Melayu Jilid IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlmn
1505-1506.
10
Ibid
11
D.J.M.Tate.(1971). The Making Of Modern South East Asia: Volume I.The European Conquest. Hlmn
474-476.

Sejak keruntuhan ibu kota Longvek pada tahun1594, Cambodia terletak dibawah
pengaruh Siam. Pengaruh Siam terus bertapak sehingga abd ke 17. 12Ang Duong (18451860) bimbang sekiranya selepas kematiannya nanti, Cambodia akan diperintah oleh dua
kuasa iaitu, Siam dan Vietnam dengan Sungai Mekong sebagai sempadan bersama. Oleh
itu, atas nasihat Monseigneur Jean Claude Miche(Mgr.Miche), paderi katolik di
Cambodia Ang Duong merancang untuk meminta supaya Perancis campur tangan. Oleh
yang demikian, Ang Duong telah menghantar perutusan kepada Napolen III 13 melalui
konsul Perancis di Singapura. Dalam tahun 1855, Napolean III telah mengarahkan
seorang diplomat , M.de Montigny untuk pergi ke Siam dan China dan mengadakan satu
perjanjian pakatan bersama dan perdagangan dengan Ang Duong. Tetapi, kerana
Montigny tidak cekap, rancangan tersebut menemui kegagalan. Walaubagai manapun,
dengan kekayaan yang dimiliki, Ang Duong berusaha memulihkan semula negaranya.
Beliau membangunkan semula bandar Oudong dengan membina jalan raya, memulihkan
ketenteraan dan melakukan pelbagai usaha bagi menarik minat pedagang China dan
India. Beliau telah membentuk semula sistem pentadbiran dan kewangan, menggalakkan
sami menubuhkan sekolah, serta berusaha menghapuskan perhambaan dan kerja paksa.
Tetapi, dasar ini telah menimbulkan penentangan di kalangan orang berpengaruh dan
seterusnya menimbulkan ancaman kepada Ang Duong pada tahun 1857-1859. Beliau
berhati-hati supaya keadaan ini tidak memberi peluang kepada Siam dan Vietnam untuk
campur tangan dalam hal ehwal Cambodia. Dengan kematian Ang Duong pada Oktober

12

Mak Phoeun.(1996). Kemboja .editor P.B Lafont Semenanjung Indochina satu pengenalan.Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka.
13
Napolean III ataupun Louis Napolean adalah anak saudara kepada Napolean Bonaparte.Louis Napolean
menjadi Presiden Republik Perancis pada bulan Disember 1848.Tiga tahun kemudian, beliau telah
menamatkan Republik itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Napolean III di negeri Perancis.

1860, anaknya Ang Voddey dilantik menjadi raja dengan memakai gelaran Norodom
sebagaimana yang diberikan oleh Raja Mongkut.14

Wilayah Cambodia semakin hari semakin kecil dan penduduknya dizalimi. Oleh itu,
campur tangan Perancis pada tahun 1863 membolehkan Cambodia mendapat sedikit
keselamatan15.Hal ini kerana, Cambodia yang merupakan wilayah yang menjadi rebutan
antara Vietnam dan Siam terpaksa membayar ufti kepada kedua-dua negara itu. Perancis
bimbang akan pengaruh Siam yang ketika itu disokong oleh British yang ingin bertapak
di Cambodia. Oleh itu, Doudart de Lagree mengarahkan laksamana de La Grandiere
(Gabenor Cochin China) menemui Norodom.16 Untuk menamatkan pengaruh Siam ke
atas Cambodia, satu perjanjian telah ditandatangani pada 11 Ogos 1863. Dalam perjanjian
tersebut mengandungi perkara tentang:
a)Perancis

memberi

perlindungan

kepada

Raja

Cambodia

dan

menempatkan seorang residen


b) Cambodia tidak akan membuat sebarang pehubungan dengan kuasa
asing tanpa persetujuan Perancis.
c) Rakyat Cambodia boleh bergerak dengan bebas, boleh memiliki
harta,dan menetap dinegara tersebut.
d) Barang-barang Perancis dibenarkan masuk secara bebas.
Perjanjian tersebut telah memberi Cambodia taraf negeri naungan kepada Perancis.

14

Devillers P. (1988). Sejarah Indochina Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 26-27.
Mak Phoeun. Kemboja .editor P.B Lafont.(1996). Semenanjung Indochina satu pengenalan.Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlmn 42.
16
Devillers P. (1988). Sejarah IndoChina Moden.Hlmn 21
15

Pada masa yang sama, Siam membantah campur tangan Perancis di Cambodia
kerana Cambodia merupakan sebuah negeri naungan Siam. Masalah ini dapat
diselesaikan melalui Perjanjian antara Perancis dan Siam pada 1867. antara syarat yang
terkandung dalam perjanjian tersebut ialah:
a) Siam menarik balik tuntutan ke atas Cambodia
b)

Perancis mengakui kedaulatan Siam ke atas Battambang dan Siam Reap


sebagai balasannya.

c) Cambodia menjadi negeri naungan Perancis dan Raja Norodum menjadi raja
boneka di bawah kekuasaan Perancis.17

17

ibid.Hlmn 23

Вам также может понравиться