Вы находитесь на странице: 1из 2

ICT atau Information and Communication Technology adalah satu kemudahan untuk

masyarakat bagi mencari, menerima, dan menghantar maklumat dalam bentuk eletronik dengan
pantas dan mudah di mana-mana sahaja. Penggunaan kemudahan ICT telah banyak membantu
aktiviti harian masyarakat dunia pada hari ini. Contohnya, negara Jepun yang sangat maju dan
menjadi pelopor teknologi di seluruh dunia. Jepun telah mencetuskan idea-idea baru melalui
penciptaan alatan teknologi yang berjenama seperti Honda, Sony, Panasonic dan pelbagai lagi.
Secara tidak langsung, keadaan ini telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara
Jepun. Selain itu, ICT juga membantu dalam pembangunan social, politik dan pendidikan dalam
sesebuah negara. Penerapan ICT dalam pendidikan menjadikan suasana lebih kreatif, mudah dan
menarik terutamanya dalam kalangan pelajar. Idea mengenai penggunaan ICT dalam bidang
pendidikan di Malaysia telah dibincangkan melalui idea penubuhan Smart School pada tahun
1996. Penubuhan Smart School bertujuan menyahut seruan kerajaan bagi merealisasikan
beberapa cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020. Berdasarkan idea ini, pelajar yang
seimbang dari segi intelektual, politik, sosial dan jasmani dapat dilahirkan. Pelbagai manfaat
yang wujud hasil daripada penggunaan ICT dalam pendidikan. Antara manfaatnya ialah
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar, mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik, medium komunikasi antara pelajar dan guru, dan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cepat dan mudah.

Penggunaan ICT seperti meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar merupakan
salah satu daripada manfaatnya. Daya kreativiti dan imaginasi pelajar dapat dibentuk melalui
pendedahan awal terhadap pelajar. Misalnya, melalui penggunaan Microsoft Power Point untuk
menyiapkan tugasan. Terdapat langkah-langkah dan teknik yang perlu dipelajari dan dikuasai
oleh pelajar sebelum menggunakan perisian tersebut. Pelajar yang telah menguasai kemahiran
menggunakan ICT akan memudahkan proses pembelajaran berlaku. Penggunaan ICT ini
sebenarnya banyak membantu dan memudahkan seseorang pelajar dalam menyiap sesuatu
tugasan dengan lebih menarik dan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih berkesan. Keadaan ini
sekaligus mampu meningkatkan daya kreativiti dan tahap imaginasi seseorang pelajar.
Penggunaan aplikasi ICT yang baik oleh pelajar menjadikan pelajar tersebut mampu belajar
mengikut kemampuan sendiri dengan pengawasan yang minimum.
Seterusnya, manfaat penggunaan ICT dalam pendidikan ialah mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik. Multimedia antaranya merupakan teknologi
maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video,audio, teks, grafik dan
animasi (Baharuddin & Mohd,1995) . Multimedia yang berasaskan komputer dapat menjadikan
suatu proses pendidikan sebagai pengalaman yang menarik dan menyeronokkan di samping
dapat membantu pelajar memahami sesuatu konsep yang diajar dengan cepat dan mudah
(Brown & Bush,1992) . Terdapat sesetengah pelajar yang kurang memahami topik yang
dipelajari menggunakan kaedah pengajaran yang manual. Oleh itu, berdasarkan penggunaan ICT
ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan berkesan.

Selain itu, medium komunikasi antara pelajar dan guru juga merupakan manfaat
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ICT adalah medium komunikasi
utama di dunia. Integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah mampu
melibatkan hubungan komunikasi antara pelajar dan guru. Aplikasi ICT ini dapat menghantar,
menerima, dan berkongsi maklumat walaupun kedua-dua pihak berada di tempat yang berbeza.
Di samping itu, guru pula dapat memberikan tugasan kepada pelajar walaupun tidak dapat
menghadiri kelas atas alasan-alasan yang tertentu untuk tempoh waktu yang lama. Komunikasi
antara pelajar dan guru ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara menggunakan aplikasi ICT
sama ada dalam bentuk video,audio, teks , grafik dan sebagainya.
Di samping itu, manfaat penggunaan ICT yang lain pula ialah proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan cepat dan mudah. Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan cepat dan mudah kerana maklumat boleh dicapai hanya di hujung jari
sahaja. Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membuka lembaran baru dalam dunia
pendidikan terutamanya kepada pelajar bagi mendapatkan maklumat tanpa had dan sempadan.
Keadaan juga turut membantu pelajar bagi mendapatkan maklumat yang tidak hanya tertumpu
kepada penerangan daripada guru semata-mata tetapi juga dapat menambahkan maklumat sedia
ada yang boleh diperoleh melalui akses dalam enjin pencarian. Kadang-kadang terdapat
maklumat yang sukar dicari dan jika ingin dapatkannya perlu melibatkan kos yang tinggi, oleh
itu, melalui integrasi ICT ini, maklumat tersebut dapat dicapai dengan mudah dan tidak
melibatkan kos yang tinggi malah menjimatkan masa.

Sumber :
Md., N. B., Rashita,A.H. (2011). Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi. Journal of Science and
Mathematics Educational, 2, 5.

Вам также может понравиться